Home Novel Cinta Cinta Bertaut Di Hujung Rindu
Bab 2


Syafika menghempaskan tubuhnya di katil  sebaik saja dia sampai di rumah dan menanggalkan tudung kepalanya. Perasaan kecewa bercampur sedih menusuk di sanubari. Kalau diikutkan hati mahu saja dia menjerit sekuat hati. Di luar hujan turun mencurah-curah, sesuatu yang bukan janggal di negeri Pantai Timur, petanda banjir mungkin akan melanda. Cuma, kali ini rasanya kehadiran banjir pada bulan Oktober mungkin agak awal dari kebiasaan.

“Kenapa ni Fika?Bergaduh dengan buah hati ke?” Sapa Shikin teman sebiliknya. Rumah teres tiga bilik itu disewa oleh pelajar-pelajar Fakulti Perakaunan Universiti PermataTimur. Jaraknya cuma 5 minit berjalan kaki dari kampus. Syafika, Shikin, Ayu,Liza, Rita dan Rina memang telah menjadi rakan serumah semenjak dua semester yang lepas. Shikin yang merupakan rakan sebilik Syafika paling rapat dengannya.Mereka dah kenal semenjak sama-sama di sekolah menengah lagi. Persahabatan mereka berdua berterusan sehingga ke menara gading.

“ Aku frust sangat-sangat lah Shikin,” kataSyafika. “ Kenapa?,” Tanya Shikin. “ Test costing tadi payah gila. Sia-sia aja aku tak tidur semalaman study, tapi satu soalan pun yang aku jangka tak keluar,” kata Syafika yang dipanggil sebagai Fika oleh rakan-rakannya.”

Kelas tu Cik Hussin yang ajar kan?” Tanya Shikin. “ Ye, “ jawab Syafika.

“Cik Hussin tu memang macam tu. Mengajar entah apa-apa aja. Soalan keluar pun entah apa-apa.Tapi engkau tau tak Fika, dia tu gatal. Kalau pandai memujuk boleh aja dapat A.Engkau pergilah jumpa dia. Mesti dia cair kalau engkau gedik-gedik sikit depan  dia. Kalau tak dapat A pun, dapat A- pun jadilah,” Kata Shikin sambil ketawa kecil.

“ Tolong sikit ye. Engkau jangan nak mengajar aku buat kerja tak senonoh. Aku bukan jenis tu tau, “ kata Syafika dengan nada sedikit tinggi sambil merenung tajam ke arah Shikin .

“ Alah, aku gurau aja. Janganlah ambik serius sangat. Aku taulah engkau tu siang, malam,pagi dan petang asik sebut nama Haikal aja. Beruntunglah dia dapat kekasih yang setia macam engkau ni. Ala-ala perempuan Melayu terakhir aja engkau ni Fika,”kata Shikin. Syafika tersenyum.

“Shikin, nanti kalau engkau keluar beli nasi, aku kirim ye.Belilah nasi lauk apa-apa pun,nanti aku bayar. Tak larat rasanya nak keluar. Kepala ni rasa berdenyut-denyut ni,” kata Syafika.

“Ok. Engkau tu pergilah mandi. Nanti demam pulak kena hujan. Dah lencun aku tengok baju engkau tu.Asar pun dah hujung ni, engkau sembahyang tak?” Tanya Shikin.

“Sembahyanglah.Ini yang aku suka duduk sebilik dengan ustazah pilihan, sentiasa ingatkan aku soal sembahyang. Tapi bila suruh aku gedik-gedik dengan Cik Hussin dah tak macam ustazah pilihan pulak,” kata Syafika sambil tersengih.

 

Sebaik sahaja Shikin keluar dari bilik, Syafika menukar pakaian dan kebilik air untuk mandi.Selesai mandi dia menunaikan solat Asar. Selesai solat dia berbaring semula di atas katil. Melihat pada telefonnya  dia berharap agar Haikal menelefon atau sekurang-kurangnya menghantar sms padanya tapi hampa. Tidak ada missed call mahupun sms dari Haikal. Dia teringat bagaimana kali pertama berkenalan dengan Haikal. Pada masa itu dia mengikut rombongan lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh Fakulti Perakaunan melawat ke Kuala Lumpur. Salah satu tempat yang dilawat ialah Bumi Constructions Sdn Bhd, sebuah syarikat Konsultan Kejuruteraan. Haikal yang bertugas sebagai jurutera di syarikat itu menyampaikan taklimat kepada pelajar-pelajar dan pensyarah pengiring. Syafika pula sebagai wakil rombongan diminta oleh pensyarah pengiring Encik Borhan untuk menyampaikan ucapan di penghujung majlis lawatan.

“ Cik Syafika,ini kad saya. Kalau ada apa-apa yang saya boleh bantu dimasa akan datang jangan malu, telefonlah saya, “ Haikal menghulurkan kadnya kepada Syafika. “ Terimakasih Encik Haikal,” kata Syafika sebaik menerima kad dari Haikal.

“ Boleh saya tau apa nombor telefon Cik Syafika? Manalah tau satu hari nanti bila saya ke Kelantan boleh lah Cik Syafika jadi tour guide  saya’ “ Haikal tersenyum.

Semenjak hari itu hubungan mereka semakin rapat. Setiap hari Haikal akan menelefon dan menghantar sms kepada Syafika. Jarak yang memisahkan mereka berdua bukanlah penghalang untuk hubungan terjalin erat. Bagi Syafika Haikal adalah lelaki sempurna. Berpelajaran tinggi, ada kerjaya yang stabil, berperawakan yang menarik dan matang. Usia Haikal yang hampir 10 tahun lebih tua dari Syafika menjadikan Haikal lebih penyabar dalam melayani kerenah Syafika yang kadangkala keanak-anakan.

Kekadang Syafika tertanya -tanya  kenapa Haikal tidak ada teman wanita sebelum dia mengenali Syafika. Bila diajukan soalan itu kepadanya Haikal menjawab, “ Ada ke perempuan yang nakkan saya ni. Dunia saya cuma kerja,kerja, dan kerja. Mana ada masa untuk cari teman wanita. Saya kena jaga tiga  projek. Dua hari ke Port Dickson, dua hari ke Kuantan dan satu hari ke Rawang. Itulah rutin saya tiap hari sampai projek-projek saya tu selesai.”

Syafika tahu Haikal seorang yang kuat bekerja. Pernah sekali tu dia merajuk panjang apabila Haikal menelefonnnya memberitahu yang dia terpaksa membatalkan temujanji nya bersama Syafika pada  satu hujung minggu.

You tau tak? I dah beli tiket bas nak jumpa dengan you . Mudah-mudah aja you  batalkan temujanji kita. Dahlah nak jumpa dengan dia mengalahkan nak jumpa dengan Perdana Menteri, kena buat temujanji  dulu. Dah buat temujanji pun senang-senang aja dia batalkan,” rengus Syafika.

“ Sayang,janganlah macam ni.Bukan mudah-mudah I nak batalkan temujanji kita tapi benda ni penting sangat. Jurutera konsultan nak datang melawat tapak kat Port Dickson tu. Mana boleh I tak ada. You pun tau kan  kerja I macam mana,“ Haikal separuh merayu.

“ I ni macam orang duduk dalam penjara . Tiap hari tanda kat kalendar berapa hari lagi nak jumpa dengan you. Kita dah tak jumpa lebih 3 bulan. I tak fahamlah dengan kerja you, “ bentak Syafika.

“Sayang, janganlah macam ni. Kalau I kerja siang malam pun untuk masa depan kita juga. I janji nanti bila I ada kelapangan, you datang KL, I belikan you hadiah.Hadiah yang besar-besar pun tak apa  asalkan yang I mampu lah, tertakluk pada terma dan syarat. Macam biasalah kan,hehe ”Haikal memujuk. Syafika  tau Haikal amat pemurah dan tak berkira bila berbelanja untuknya. Telefon tangan dan komputer riba yang digunakan adalah hadiah dari Haikal.Itu tak termasuk lagi pakaian,beg tangan dan pelbagai barangan lain.

 Dia berhajat    untuk solat Maghrib tapi dia terlalu letih  dan tertidur hingga terlepas waktu Maghrib. Sebaik sahaja dia tersedar jam di dinding bilik menunjukkan waktu pukul 10 malam. Dah hampir empat jam dia tertidur. Syafika melihat ada missed call dari Haikal. Dia menelefon Haikal. “Sayang pergi mana tadi? I call you tak jawab,” tanya Haikal.

“I letih sangat sebab semalam study sampai ke pagi, “ jelas Syafika . “ Sayang, you have to take care of your health.Nanti kalau sakit semua orang susah,” kata Haikal. “ Thanks sayang, love you,” Kata Syafika

 “ Love you too,” balas Haikal. Begitulah rutin panggilan samada dari Haikal kepada Syafika atau sebaliknya, mereka jarang bercakap panjang di telefon. Istilah bergayut di telefon memang tidak ada di dalam kamus mereka berdua.

Selesai makan nasi yang dibeli oleh Shikin dan selesai menunaikan solat Isyak dia membaca surah Yassin. Menjadi amalannya meluangkan masa beberapa minit di atas sejadah jika keadaan mengizinkan. Pesan abah dan emak di kampong agar tidak meninggalkan sembahyang lima waktu begitu tersemat di hati Syafika.

Sakit kepalanyapun sudah beransur hilang. Jam di dinding telah beranjak ke pukul 11 malam. .Matanya terasa segar untuk menyambung tidur. Hati Syafika tergerak untuk membuka komputer ribanya

Ika:Assalamualaikum pak cik. Lewat tidur malam ni?

Abang pemikir:Waalikum salam. Ika baru online?

Ika: Ye pak cik.Ni berchatting, mak cik tak marah ke?

Abang pemikir:Mak cik outstation ke KL. Ni yang boleh berchatting malam-malam ni.

Ika: Ohh. Ambik peluang ye. Nanti saya laporkan  pada  mak cik. Hihi. Baru mak cik akan lancar perang dunia ketiga pada pak cik

Abang pemikir:Hehe. Kalau Ika lapor kat mak cik, pak cik akan lapor pada  teman lelaki Ika. Apa macam, fair and square lah kan?

Ika: Hihi. Nak tanya sikit. Pak cik dah nikah berapa tahun?

Abang Pemikir:Dah hampir 25 tahun . Kenapa?

Ika: Lamanya.Tahniah lah pak cik sebab boleh kekal bahagia sampai sekarang. Bagitaulah kat saya rahsia mengekalkan kebahagiaan rumahtangga ni

Abang pemikir:Hehe. Ni dah kena bayar consultation fees   ni.Mana boleh bagi nasihat percuma. Hehe

Ika: Alah, pakcik ni. Benda baik kan elok dikongsi bersama. Besar pahalanya tau pak cik.Hihi.

Abang pemikir:Bagi pak cik lah, hidup berumahtangga ni ibarat orang berkebun. Suami dan isteri kena sama-sama memainkan peranan dalam menyuburkan tanaman kita.  Kalau nak tanam pokok kena pilih benih yang baik. Kena rajin siram air. Kena selalu bubuh baja. Kena selalu buang rumput dan lalang. Ika tau kan, lalang dan rumput liar memang sentiasa cuba menyelinap dan berkembang subur di ladang dan dusun kita. Pokok parasit memang cuba menumpang di dahan pokok yang dah kita tanam sehingga akhirnya pokok yang kita tanam akan layu dan mati. Bila pokok yang kita tanam tu layu dan mati kesannya amat besar. Kalau pokok itu tumbang menimpa anak-anak pokok yang lain semua tanaman kita akan mati.

Ika: Wah, cara pak cik bercakap ni Ika rasa pak cik bekerja sebagai pegawai pertanian. Hihi.

Abang pemikir:Tu sebab pak cik nak kenakan consultation fees ikepada  Ika . Hehe. Ika, letaklah gambar Ika kat display image tu.Buat apa letak gambr kucing. Ingin sangat nak tengok macam mana rupa gadis bernama Ika, boleh ke?Kalau boleh berwebcam lagi bagus, hehe.

Ika: Alah, saya malu lah pak cik.Saya bukan cantik pun. Pak cik kerja apa? Janganlah berahsia sangat. Macam tak ikhlas aja nak berkawan dengan saya

Abang pemikir:Pak cik janji pak cik akan bagitau Ika pak cik kerja mana kalau Ika bagi pakcik tengok wajah Ika. Kalau letak kat display image pun tak  apa tapi jangan letak gambar artis Korea pulak ye?

Ika: Alah pakcik ni. bersyarat pulak. Ok, saya bagi pak cik tengok webcam saya dengan syara tpak cik pun tunjuk webcam pak cik dan bagitau pak cik kerja kat mana. Deal?

Abang pemikir: Deal.Hehe.

******

Amri tergamam melihat wajah gadis yang berada di paparan webcam. Berambut ikal melepasi paras bahu dan  wajah yang licin bersih tanpa solekan. Bibirnya yang halus dan hidungnya yang mancung membuat jantung Amri seakan terhenti berdegup buat seketika.Naluri kelelakiannya menyebabkan dia hampir lupa yang gadis yang sedang ditatapnya itu mungkin sebaya dengan Liza,anak perempuannya.

Ika: Pak cik dah tengok saya. Sekarang ni pak cik kena tunaikan janji pak cik. Saya nak tuntut janji

Abang pemikir:Hehe. Ika ni, kuatnya tuntut janji.

Ika: Mestilah.Nak tau pak cik kerja mana dan nak tengok  muka pak cik. Boleh kan?

Abang pemikir:Kalau saya bagitau Ika jangan terkejut, saya pensyarah di Universiti PermataTimur. Kan dah terkejut tu.

Ika: Hah? Tak percayalah. Entah-entah  pak cik ni menyamar aja. Pak cik cakaplah betul-betul.Kalau betul pak cik ni pensyarah mesti dah biasa tengok saya kat kampus kan?

Abang pemikir:Mustahil saya nak kenal dengan semua pelajar kat universitI  kita ni. Bukannya seorang dua tapi lima ribu lebih. Lainlah kalau saya mengajar Ika . Kekadang tu pelajar saya sendiri pun saya tak kenal.

Ika: Kalau pakcik betul-betul pensyarah kat sini saya tak nak sembang dengan pak cik. Saya malulah. Tapi saya tak percaya yang pak cik ni pensyarah. Saya nak uji  sikit boleh?

Abang pemikir:Wah biasanya saya yang bagi ujian  kat pelajar, kali ni pelajar pulak yang bagi ujian kat saya. Boleh aja nak bagi ujian tapi jangan susah sangatlah soalan tu

Ika: Hihi. Kalaupak cik betul-betul pensyarah kat sini mesti pak cik tau tentang kedudukan kampus kita. Kat mana blok kuliah, kat mana bilik pensyarah, kat mana pejabat Naib Canselor. Boleh saya tanya?

Abang pemikir:  Boleh aja. Tapi janganlah tanya berapa anak tangga nak ke dewan kuliah, berapa batang tiang ada kat setiap blok. Tu dah macam nabi kena jawab soalan masa balik dari Israk dan Mikraj dulu. Hehe

Ika: Saya nakt anya soalan simple aja. Bilik pak cik kat mana?Pak cik pensyarah fakulti apa?Kalau nak kata pensyarah fakulti pertanian kita tak ada fakulti pertanian.  Kat blok mana fakulti perakaunan?

Abang pemikir:Banyaknya soalan .  Fakulti Perakaunan kat Blok D. Bilik saya dan saya dari fakulti mana adalah rahsia. Tapi saya tak tipu Ika yang saya adalah pensyarah universiti ini.

Ika: Benci lah dengan  pak cik ni. Saya nak merajuk ni. Banyak sangat berahsia. Hihi

Abang  pemikir: Haha. Janganlah macam tu. Ok. Pakcik tunjuk webcam pak cik kat Ika. Nanti Ika carilah saya kat kampus.

Ika: Hehe. Macamtu lah pak cik Ika yang sejati, sayang pak cik.

Amri mengundangIka untuk melihat webcamnya. Tapi dia sengaja merendahkan layar komputerribanya. Hanya bajunya saja yang kelihatan. Amri tersenyum. Hari telah melewati tengah malam. Besok dia perlu menghantar Syuhada kesekolah seawal 6.50 pagi.Anak bungsunya itu memang cerewet. Kalau lewat sampai ke sekolah dia akan marah-marah dan memuncungkan muka sepanjang hari.

Ika: Alah pakcik ni. Mana aci. Kita tunjuk kat dia seluruh muka tapi dia cuma tunjuk baju dia aja. Kalau macam tu pak cik kena pakai baju ni pergi kampus besok. Mudah saya nak cam mana satu pak cik ni. Kalau tak saya nak buat banner besar-besar nak tulis ‘Abang pemikir, where are you hiding?. Nak gantung banner tu kat pintu masuk kampus.

Abang pemikir:Haha. Buatlah, saya tak kisah. Tak sampai 5 minit orang HEP akan bawak turun banner awak tu nanti. Cuba Ika perhatikan betul-betul, selain dari baju saya takkan Ika tak boleh guna clue lain untuk cari saya. Takkan saya nak pakai baju lusuh ni untuk pergi kerja. Nanti semua orang Universiti Permata Timur kata saya dah gila. Ika ada ambik subjek perakunan forensik  kan?.Nak jadi pakar forensik kena teliti, kena tengok semua bayangan yang ada.

Ika: Alah pakcik. Itu bidang perakaunan.Ini bidang lainlah. Tak apa saya dah dapat satu bukti. Saya nampak jam tangan pak cik. Pak cik tolong pakai jam tangan pak cik ini masa kekampus besok. Jangan main-main dengan saya, saya peminat CSI, mesti saya boleh jumpa sapa yang pakai jam tangan macam ini. Lagi satu, besok kalau pak cik pergi kerja, jangan pakai baju lengan panjang. Kalau pakai baju lengan panjang pak cik boleh sembunyikan bahan bukti itu. Hihi

 

Abang pemikir:Bersungguh betul Ika ni. Tak semudah tu untuk Ika mencari saya. Ada 100 lebih pensyarah lelaki kat kampus kita tu. Pak cik anggap Ika akan melakukan Mission Impossible.Itu cabaran dari pakcik.

Ika: Alah, sayat aulah macam mana nak cari pak cik. Pak cik lupa saya ada satu lagi clue.Yang tu saya takkan bagitau pada pak cik. Tu rahsia saya untuk mencari pak cik. Hihi

Abang pemikir:Hah? Apa lagi bayangan  yg pak cik bagi?Setau pak cik Ika tak pernah tengok  muka pak cik pun

Ika: Perut pakcik tu nak sorokkan kat mana. Ika nak cari pensyarah yang pakai jam tangan Bonia dan sedikit boroi. Haha

Abang pemikir:Wah, boleh jadi pakar forensik ni. Hehe.

Ika: Hihi. Pakcik, Saya mengantuk lah. Nak tidur dah. Nite pak cik. Sayang pak cik. Muahh

Abang pemikir:Nite Ika. Assalmualaikum

 

Selepas logout dari Yahoo Messenger dan mematikan computer ribanya Amri pun merebahkan badanya keatas katil. Tiga malam lagi Zurina akan balik. Amri tak suka tidur berseorangan.

Kira-kira jam 1 pagi baru dia terlena diulit mimpi.

 

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.