Home Novel Cinta Cinta Bertaut Di Hujung Rindu
Bab 42

Januari 2015

“Sayang,cepatlah. Dah lewat ni. Nanti orang tertunggu-tunggu kita pulak,” kata Haikal sambil melihat jam di tangannya.

“Kejap, kejap.Nak pakaikan kasut Aqil ni,” jawab Syafika sambil menyarung kasut di kaki Aqil,anak  sulungnya yang baru berusia 3 tahun.

Aqil meronta-ronta sambil merengek kecil tidak suka dipakaikan kasut.

“Sayang Aqil.Janganlah buat mama macam ni. Tak boleh ke Aqil diam-diam sikit. Papa dah tunggu lama tu,” Syafika menahan sabar melayan kerenah putra sulung hasil perkahwinannya dengan Haikal.

Sebaik sahaja selesai memakaikan kasut anaknya Syafika terus mengendung Aqil masuk ke dalam kereta.Haikal mengundurkan keretanya meninggalkan rumah teres dua tingkat .

“Sayang dah masukkan hadiah dalam kereta ke? “ Haikal bertanya.

“Dah, ada kat belakang tu,” jawab Syafika sambil menoleh ke belakang untuk mempastikan hadiah yang telah siap berbalut rapi ada di belakang tempat duduk kereta. Lega rasa Syafika.Takut-takut tertinggal  di rumah.

“Aqil, janganlah tarik tudung mama ni,” Syafika menegur apabila melihat Aqil mula menarik manik di tudung Syafika.

“Akhirnya kawin juga Shikin,” kata Syafika.

“Ye. Dah sampai jodohnya,” kata Haikal.

“Suami dia kerja apa bang?”Syafika bertanya sambil tanganya erat meriba Aqil yang mula terlena  dipangkuannya.

“Eh, awak tanya saya pulak.Kan awak kawan baik dia. Tidur sebantal, makan sepinggan. Patutnya awak lagi tahu dari saya,” kata Haikal sambil tersenyum menoleh ke arah Syafika.

“Itu dululah bang. Sekarang dah tak sebaik dulu. Sayang pun hairan kenapa Shikin betul-betul menjauhkan diri dari sayang,” kata Syafika.

Ingatan Syafika kembali semula ke belakang lima  tahun yang lepas. Sebaik sahaja  Syafika mengikat tali pertunangan dengan Haikal Shikin seolah-olah melarikan diri darinya. Panggilan telefon dan sms dari Syafika tidak pernah dijawab oleh Shikin. Sehingga satu hari panggilan telefon dari Syafika dijawab oleh mesin pesanan suara yang mengatakan nombor yang didail tidak ada lagi dalam perkhidmatan.

Haikal juga cuba menghubungi Shikin di pejabatnya tapi dimaklumkan oleh petugas di pejabat yang Shikin telah berhenti bekerja.Mereka sendiri pun tidak tahu di manakah Shikin berada.

Syafika cuba juga bertanya kepada Ayu, Rita dan beberapa orang rakan semasa menyewa serumah ketika belajar di Universiti Permata Timur dahulu namun mereka juga seolah-olah cuba menyembunyikan sesuatu dari Syafika.Tidak munasabah tidak ada seorang pun antara mereka yang mengetahui di mana Shikin berada.

Pada majlis perkahwinan Syafika dan Haikal Syafika amat-amat berharap kehadiran Shikin namun sehingga majlis tamat bayang Shikin tak juga kelihatan.Sedangkan Syafika memang berharap sangat-sangat kehadiran Shikin yang telah dianggap sebagai adik beradik dia sendiri. Syafika telah berulang kali berpesan kepada rakan-rakannya supaya memaklumkan undangan perkahwinannya kepada Shikin.Syafika amat-amat yakin ada diantara mereka yang tahu di mana Shikin berada tapi dia tak faham kenapa mereka seolah-olah tidak mahu Syafika dan Shikin berhubung semula.

Lama kelamaan ingatan Syafika terhadap Shikin semakin pudar.Apatah lagi dia sibuk dengan tugasnya sebagai akauntan di sebuah syarikat di ibu negara. Setahun selepas perkahwinan Syafika melahirkan Aqil.Semakin sibuk hidup Syafika dan akhirnya ingatannya kepada kawan-kawannya dan terhadap Amri juga semakin luput dari ingatan.

Sehinggalah baru-baru ini hubungan mereka yang terputus kembali bertaut apabila Syafika diundang masuk ke kumpulan wassapp bekas pelajar-pelajar Universiti PermataTimur. Shikin juga merupakan ahli kumpulan wassapp tapi Syafika dapat merasakan hubungannya dengan Shikin tidak semesra dulu.Syafika pernah beberapa kali menelefon Shikin bertanyakan khabar tapi Shikin begitu dingin terhadap Syafika.Satu yang ditanya, satu juga yang dijawab oleh Shikin.

Syafika teringat kata-kata yang diungkapkan oleh seseorang, anak sungai lagikan berubah inikan pula hati manusia.Sebagai rakan facebook Syafika tidak dapat meneka apakah yang sebenarnya membuat Shikin berubah sikap terhadapnya. Posting Shikin di dalam facebook juga menggambarkan kekecewaan Shikin terhadap hidupnya sehinggalah dia menerima undangan majlis perkahwinan dari Shikin yang dipostkan di dalam kumpulan wassapp mereka.

Barulah Syafika tahu selama ini Shikin masih kekal menetap di Kuala Lumpur dan telah membawa ibunya berhijrah ke Kuala Lumpur. Terasa seolah-olah bumi Kuala Lumpur ini begitu luas sehingga tidak pernah sekalipun dia terserempak dengan Shikin semenjak 5 tahun mereka terputus hubungan.

‘Fika, kau kat mana tu. Kita orang dah lama tunggu ni. Kalau kau lambat lagi kita orang nak balik lah’.Syafika membaca mesej yang ditulis oleh Ayu di dalam kumpulan wassapp.

“’Kejap lagi aku sampai.Kau jangan nak mengada-ngada nak balik.Dah lima  tahun tak jumpa takkan 10 minit lagi tak boleh tunggu.Tak nak tengok anak sedara kau yang comel ni ke? .Balas Syafika.

Bye bye Aqil.Aunty semua nak balik dah. Tunggu mama Aqil lambat sangat sampai,” mesej dari Ayu.

Syafika menghantar emoticon marah kepada kumpulan wassapp tu .Ayu membalas dengan mesej ‘Kesian pengantin.Dah berpeluh-peluh tu. Hihi.’

“Bang, lambat lagi ke. Kawan sayang semua dah tunggu tu,” kata Syafika memandang ke wajah Haikal yang sedang memandu.

“Alah, suruh aja kawan awak tu tunggu.Takkan tak boleh tunggu sekejap,” Haikal menjawab dengan suara agak meninggi.

Syafika memalingkan mukanya keluar tingkap.Aqil mula menenggeliat dan merengek.Mungkin  minta susu.

Syafika mencapai bekas susu di tempat duduk belakang kereta dan mengambil botol susu yang telah dibancuh lalu menghulurkan susu kepada Aqil.Aqil terus mengenggam botol susu sambil menghisap susu.Matanya mula terpejam semula menyambung tidur.

Syafika menyedari kebelakangan ini Haikal seolah-olah tertekan.Mungkin kerjanya yang begitu sibuk membataskan masanya dengan keluarga.Kadang kala Syafika terasa hati apabila Haikal meninggi suara tapi dia cuba memahami perasaan suaminya.Walaupun Haikal tidak seromantik ketika bercinta dulu namun hati Syafika terhadap Haikal tetap tidak berganjak.Dialah suaminya dunia dan akhirat.

Sekali sekala Syafika teringatkan Amri tapi dia tepis ingatannya terhadap Amri sejauh mungkin dari lubuk mindanya.Biarlah dia melakukan kesilapan besar terhadap Haikal satu ketika dulu.Dia berazam tidak akan ulangi lagi kesilapannya yang lalu.Allah telah memberikan kepadanya peluang kedua dan Syafika berazam tidak akan mensia-siakan peluang yang diberi kepadanya.

Pernah beberapa kali Amri cuba menghubunginya namun dia kuatkan hati untuk tidak menjawab panggilan Amri.Dia takut nanti hatinya akan cair semula. Hati perempuan umpama kerak nasi, kalau setiap hari dicurah air lambat laun akan lembut juga.Melihat wajah lembut anaknya memberi kekuatan kepada Syafika untuk mengharungi hari-hari depan bersama Haikal.

Kadangkala dia  termimpikan Amri.Tiga tahun yang dilalui bersama Amri bukan satu tempoh masa yang singkat.Segala pahit manis suka duka bersama dilalui. Dalam mimpi Syafika dan Amri begitu bahagia.Apabila tersedar dari mimpi ada sedikit rasa kecewa di hati Syafika tetapi melihat wajah Haikal dan sekarang ini wajah Aqil Syafika reda dengan suratan perjalanan hidupnya.

Setiap hari Syafika akan melihat wajah Amri di gambar profil wassap Amri.Semenjak mereka putus hubungan lima  tahun yang lepas Amri dan Syafika tidak pernah bercakap dan berhubung walau satu patah perkataan pun,namun setiap hari tanpa pengetahuan Haikal Syafika akan sentiasa menatap wajah Amri di dalam telefonnya.Sesekali timbul juga rasa cemburu di hati Syafika melihat kemesraan Amri bersama isterinya. Cepat-cepat Syafika mengalihkan pandangannya kepada Aqil bagi melupakan Amri.

‘Tak mungkin kerana sayang, walau terkadang aku terkenang’ lirik lagu penyanyi Alyah menggambarkan perasaan hati Syafika pada ketika ini. Lelaki yang pernah bertapak di sudut hatinya tidak mungkin dapat dinyahkan dari ingatansepenuhnya.

‘Dah sampai pun.Sayang bising-bising tadi tu pun bukannya lama sangat,” kata Haikal sambil membuka pintu kereta melangkah keluar.

‘Abang, tolong ambil Aqil ni.Sayang nak keluar ni susah,”kata Syafika.

Haikal menyambut Aqil dari Syafika.Syafika keluar dari kereta sambil membetulkan kainnya yangberkedut kerana memangku Aqil tadi.

“ Hai Fika,Ha iAqil,” Syafika mendengar suara Ayu yang sedang bergegas berjalan menuju ke arah Syafika.

“Alah montoknya Aqil. Hensemnya anak sedara aunty ni,” kata Ayu sambil cuba mengambil Aqil dari dakapan Haikal. Aqil yang baru terjaga dari tidur mengenyeh matanya sambil mengelak dari didokong oleh Ayu.

Rita dan beberapa orang rakan serumah Syafika semasa di universiti dahulu hanya memandang dari jauh sambil tersenyum .Haikal membimbing Aqil berjalan sambil diikuti oleh Syafika dan rakan-rakannya.

Dari jauh Shikin telah melihat kedatangan Syafika sekeluarga.Timbul rasa iri dihatinya melihat kebahagiaan Syafika.Walaupun dia juga tidak kurang, mendapat suami yang baik tapi terasa ada satu macam perasaan yang terbuku di hati.Dia merenung wajah Haikal. Lima tahun masa berlalu mendewasakan wajah Haikal. Haikal kelihatan agak berisi berbanding dulu. Mungkin senang hati mendapat isteri yang pandai menjaga makan minumnya.

Syafika dan Shikin besalaman dan berdakap mesra. Pertemuan pertama mereka selepas lima tahun terpisah.

Congrats Sis,”kata Syafika sambil mencium pipi Shikin sambil diperhatikan oleh suami Shikin yang berdiri di sisi Shikin.

Thanks,” jawab Shikin ringkas.

Tiba-tiba dia merasa sebak apabila Syafika mendakapnya dengan kemas. Syafika yang dianggap seperti adiknya sendiri.Syafika yang dicemburuinya selama ini.

“ Haikal, ini Zaine, suami saya,” kata Shikin memandang Haikal yang sedang berdiri di samping Syafika dan Aqil.

“Comelnya Aqil,”kata Shikin sambil menyapa  pipi Aqil tanda geram melihat anak Syafika.Aqil cuma terkebil-kebil memerhatikan perbualan orang-orang dewasa di sekitarnya.

Shikin merasa malu untuk bertentang mata dengan Haikal. Dia teringat kali terakhir dia berjumpa dengan Haikal .

Lama juga dia cuba untuk melupakan lelaki yang pernah mencuri hatinya.Dia berhenti kerja.Belajar semula sehingga mendapat sarjana di luar negara dan akhirnya bertemu semula di majlis perkahwinannya .

“Mari kita bergambar beramai-ramai,” kata Rita sambil kawan-kawan Syafika dan Shikin berpusu-pusu mengelilingi pengantin.

Say cheese,”jerit Rita.

Cheese,”serentak itu juga mereka bersorak serentak sambil diiringi dengan gelak ketawa.

‘Jemput makanFika,” kata Shikin.

“ Aku nak tanya kau sesuatu boleh,” kata Shikin sambil membisikkan  sesuatu ke telinga Syafika.

“Amboi.Rahsia besar sangat ke ni sampai nak kena berbisik?’ Syafika bertanya dengan rasa hairan. Nampaknya Shikin masih belum meninggalkan perangai kebudak-budakan walapun telah bergelar isteri orang.

“Fika, kau kena bagi tips menghadapi malam pertama.Hihi,” kata Shikin sambil tergelak besar.Rakan-rakan di sekeliling cuma memandang dengan kehairanan.

Dari jauh kelihatan sebuah kereta mewah menghampiri ke majlis itu.Sebaik sahaja kereta berhenti pintu kereta dibuka dan melangkah lelaki separuh umur bersama seorang wanita.

Syafika terkejut besar melihat lelaki yang keluar dari kereta itu ialah Amri, lelaki yang pernah bertakhta di hatinya satu masa dulu.

Syafika memandang kearah Haikal yang pada ketika itu sedang leka berbual dengan seoarang tetamu majlis. Mungkin kenalannya.

Syafika merasa pada ketika itu ingin meninggalkan majlis itu dengan serta merta.Dia tak sanggup berdepan dengan Amri dan Zurina.

Tapi Amri lebih pantas menghampirinya.

“Assalamualaikum.Syafika sihat?” Amri menegur Syafika sambil diperhatikan oleh Shikin dengan satu pandangan penuh makna.

Syafika tergamam sebentar.Segala yang pernah berlaku antara dia dan Amri serta merta menerjah kotak pemikirannya pada ketika itu. Peluh dingin membasahi wajah Syafika …..

 

Previous: Bab 41
Next: Bab 43

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.