Home Novel Cinta Cinta Bertaut Di Hujung Rindu
Bab 41

“Assalamualaikum,saya kat depan ofis awak ni. Boleh tak awak keluar kejap. Saya ada sesuatu nak cakapkan dengan awak,” kata Haikal.

Senyap sahaja talian di hujung sana .Haikal tahu Shikin mendengar panggilannya tapi sengaja tidak menjawab panggilannya.

Haikal menunggu beberapa saat sebelum mendengar talian diputuskan. Dia rasa ingin sahaja masuk ke pejabat Shikin tapi dia risau apakah reaksi Shikin nanti.Takut kalau-kalau Shikin bertindak sesuatu yang akan memalukan dirinya sendiri.Hati perempuan sukar untuk diduga.Lagipun Haikal tidak ingin mencampur adukkan masalah  peribadi dengan urusan waktu kerja.Haikal tahu semua itu tapi selagi dia tidak mendengar suara Shikin hatinya merasa tidak senang.

Selepas menunggu kira-kira 10 minit Shikin tidak juga muncul.Jam di dashboard keretanya menunjukkan waktu telah beranjak ke pukul 11 pagi. Haikal berkira-kira ingin balik semula ke pejabatnya apabila dia melihat Shikin dengan langkah agak tergopoh-gapah berjalan menuju ke keretanya. Tanpa diundang Shikin terus masuk ke sebelah  tempat duduk penumpang. Haikal terus meluncurkan keretanya meninggalkan pejabat Shikin.

“ Nak ke mana kita?’ Haikal bertanya.

“ Saya nak cakap sesuatu  pada awak. Saya minta awak tolong jangan hubungi saya lagi.Awak tu kan tunangan orang. Kenapa mesti nak ganggu saya?” kata Shikin tanpa menoleh kepada Haikal.

“Saya hairan dengan perubahan mendadak awak. Dulu awak kawan saya yang rapat. Tapi kenapa sekarang ni awak cuba melarikan diri dari saya,” kata Haikal.

Haikal terus memandu di celah-celah kenderaan yang bertali arus. Keadaan jalanraya sudah semakin sesak.

“Yelah.Dulu awak bukan tunang orang.Sekarang ini kan dah jadi tunang orang.Tak manis kalau saya ganggu tunangan orang.Lagipun tunang awak tu bekas kawan baik saya,” kata Shikin.

“Bekas? Kenapa bekas? Sekarang dah bukan kawan baik awak ke?” Tanya Haikal merenung wajah Shikin yang kelihatan muram.

“Sekarang dah tak lagi.Saya pun dah lama tak hubungi dia lagi,” kata Shikin.matanya merenung jauh keluar tingkap kereta.

“Eh, awak keluar pejabat ni tak apa ke. Bos tak marah?” Haikal bertanya cuba mengubah topik perbualan.

“Tadi dah minta izin dengan bos balik awal hari ini.Tak sihat,” jawab Shikin ringkas.

“Kalau tak sihat saya bawakkan awak ke klinik. Tak payah awak nak kena naik teksi,” Haikal menawarkan diri.

“Saya sihatlah.Tapi hati saya yang sakit. Awak tau tak?” Shikin meninggikan suara.

Haikal agak tersentak mendengar suara Shikin yang meninggi sedikit.Selama dia mengenali Shikin dia tidak pernah mendengar Shikin meninggikan suara terhadapnya.Haikal dapat mengagak pertunangannya menyebabkan Shikin menjadi kecewa. Selama ini pun Haikal dapat menghidu sedikit sebanyak perasaan Shikin terhadapanya namun dia tidak pernah membalas perasaan Shikin terhadapanya.Haikal tahu menjaga kesetiannya terhadap Syafika.

“Shikin, jangan terlalu ikut perasaan. Selama ini saya baik dengan awak, saya berkawan dengan awak sebagai kawan biasa. Awak sendiri pun tahu hubungan saya dengan Syafika.Saya dah berulang kali cakap pada awak yang awak adalah kawan baik saya. Itu aja,” kata Haikal memujuk.

“Saya yang bodoh.Saya yang tak tahu sedar diri.Siapalah saya jika dibandingkan dengan Syafika.Saya hodoh, Syafika cantik. Saya tomboi, Syafika wanita sejati.Saya tak pandai, Syafika pandai.Segala-galanya lebih Syafika berbanding dengan saya,”kata Shikin.Air mata mula mengalir di pipinya.

Menyedari yang Shikin mula beremosi  Haikal cuba untuk memujuknya.Haikal faham Shikin tidak sukar dipujuk.Jika dipegang tangannya memang dia akan berhenti menangis tapi menyedari status barunya sebagai tunangan orang Haikal membataskan perbuatannya.

“Tapi Haikal,awak tahu tak walaupun perawakan saya macam ini, keras, kasar, tapi jiwa saya tetap lembut.Hati saya tetap hati seorang wanita. Saya juga ingin merasa pengalaman bercinta. Terus terang saya cakap selama saya berkawan dengan awak saya dapat merasakan satu pengalaman yang amat indah yang saya tidak pernah rasa sebelum ini. Kalau orang kata cinta, mungkin itulah cinta.Tapi setahu saya bercinta ni mesti  berbalas kan? Kalau saya seorang aja yang bercinta itu dinamakan gila bayang. Betul kan Haikal?”kata Shikin sambil ketawa kecil.

Haikal tidak membalas kata-kata Shikin.Dalam hatinya timbul juga rasa belas kasihan kepada Shikin kerana menaruh perasaan terhadapnya.Selama ini akukah yang bersalah?Memberi harapan palsu kepada seorang gadis? Andai dapat diundurkan masa mahu sahaja Haikal membetulkan semula keadaan. Mungkin dia tidak akan menjadi serapat ini dengan Shikin.Tapi Haikal sendiri akui kehadiran Shikin memberi warna baru dalam hidupnya.

“Haikal, awak tahu tak? Semenjak saya rapat dengan awak tiap hari saya sentiasa ingat padaa awak. Saya selalu bandingkan mana-mana lelaki yang saya jumpa dengan awak.Bila saya tengok lelaki saya akan kata Haikal lagi hensem.Haikal tinggi.Haikal putih. Haikal lagi kacak dari semua lelaki yang saya jumpa.Tapi Haikal bakal jadi suami orang dan isteri Haikal itu bukan saya,” suara Shikin mula kendur semula. Redup di wajahnya kembali dan kelihatan dia cuba menahan air mata dari mengalir keluar.

“Nanti awak akan dapat suami yang jauh lebih baik dari saya.Jauh lebih kacak dari saya.Kan tuhan dah janji perempuan yang baik untuk lelaki yang baik-baik,”kata Haikal memujuk.

“Baik ke saya ni? Kalau saya baik saya tak akan keluar dengan tunangan orang.Saya perempuan jahat.Saya ganggu hubungan awak dengan Syafika,” kata Shikin.

“ Tak baik cakap macam tu.Kalaulah perbuatan kita ini salah saya pun turut sama bersalah.Orang tetua kata tepuk sebelah tangan takkan berbunyi,” kata Haikal.

Sejenak itu juga Shikin menampar peha  Haikal dengan agak kuat. Haikal menjerit kesakitan.

“Eh, apa ni,sakit tau” kata Haikal sambil menggosok-gosok pehanya.

“Hihi, awak kata tepuk sebelah tangan takkan berbunyi.Saya tepuk tangan saya kat peha awak terus mulut awak berbunyi. Berbunyi juga tu, Hihi,” Shikin ketawa sambil melihat muka Haikal yang agak kemerahan.Mungkin menahan sakit atau menahan marah kepadaShikin.

“Awak ni,” kata Haikal kehilangan kata-kata.Sejenak itu juga dia membandingkan Shikin dan Syafika. Memang antara Shikin dan Syafika ibarat bumi dengan langit. Syafika gadis yang bersopan santun tapi Shikin agak kasar. Tapi di mata Haikal Shikin ada keistimewaan tersendiri.

“Kalau awak tak nak gi klinik apa kata kita singgah makan kat mana-mana. Ni pun dah pukul 12.Dah lapar ni,” Haikal mencadangkan kepada Shikin.

“Awak belanja? “Shikin memandang kearah Haikal sambil tersenyum.

“ Boleh aja.Dah saya yang ajak, sayalah yang belanja,” kata Haikal.

“ Hihi. Makan free pulak saya hari ini. Macam mana nak turunkan berat badan kalau selalu aja dapat makan free,” kata Shikin sambil ketawa.

“ Makan banyak lepas tu kenalah berjoging. Bakar lemak tu,” balas Haikal sambil matanya mencari-cari kedai makan manakah yang sesuai untuk dia menjamu selera bersama Shikin pada tengah hari ini.

“Lepas ni saya nak berjoging dengan siapa? Saya dah tak ada teman untuk berjoging.Dulu saya selalu keluar berjoging dengan awak,” kata Shikin.

“Apa salahnya awak berjoging dengan saya. Bukannya buat apa-apa pun. Berjoging aja ,” kataHaikal.

“Tak naklah.Lepas ni saya dah tak nak ganggu lagi kekasih orang ke, tunangan orang ke,suami orang ke,” kata Shikin.

“Kalau suami orang tu jutawan? “ Tanya Haikal.

“Itu kena fikir dua kali. Hihi,” Shikin menjawab sambil tertawa.Tiba-tiba dia teringatkan Syafika.hatinya tertanya-tanya adakah Syafika masih lagi menjalin hubungan dengan Profesor Amri.

“ Nantikan, saya nak cari kekasih yang macam awak.Yang kacak.Yang tinggi. Yang hensem. Yang berjawatan tinggi,” kata Shikin.Haikal mendengar sambil tersenyum.

“Nanti bila saya kahwin saya akan minta awak jadi pengapit kepada Syafika.Boleh kan?” Haikal bertanya.

“Tak mungkin saya akan  hadir ke majlis perkahwinan awak.Awak nak majlis tu nanti banjir dengan air mata saya ke?,” kata Shikin.Moodnya tiba-tiba berubah mendengar pertanyaan Haikal tadi.

“ Ok , ok. Saya faham. Maaf sebab tanya soalan macam tu,” kata Haikal.

Haikal membelok kereta memasuki kawasan parkir bersebelahan dengan restoran mamak.

Mereka  berdua menjamu selera dengan nasi beriani yang memang terkenal di restoran itu.

“Kenapa tak habiskan nasi tu. Membazir aja,” Haikal menegur melihat Shikin menolak pinggan yang masih separuh berisi dengan makanan.

“Tak ada selera,” balas Shikin ringkas sambil meneguk teh ais.

“Semenjak bila pulak ada istilah tak berselera  dalam kamus hidup awak?” Haikal bertanya.

“Semenjak orang tu bertunang,” kata Shikin.

“Orang mana? “Haikal berpura-pura bertanya walaupun dia tahu jawapannya.

“Orang tu lah,”kata Shikin sambil memuncungkan bibirnya kepada Haikal.

Akhirnya kedua-dua mereka tertawa tanpa menghiraukan gelagat pelanggan di restoran yangmemerhatikan mereka berdua.Melihat kepada aksi mereka berdua ramai yang menjangka mereka adalah sepasang kekasih yang sedang dilamun cinta.

Sebaik selesai menjamu selera Haikal mengantar Shikin balik kerumah sewanya.

Sebelum membuka  pintu kereta sebaik sahaja sampai di depan rumah sewa Shikin, kelihatan Shikin teragak-agak untuk keluar dari kereta. Haikal memandang dengan kehairanan.

“Haikal, rasanya inilah pertemuan terakhir buat kita. Terima kasih sebab memberi peluang kepada saya untuk menumpang dalam hidup awak walaupun untuk sementara waktu.Selama setahun kita berkawan saya rasa amat bahagia sekali. Saya tak nak jumpa awak lagi bukan sebab saya benci pada awak tapi saya tak sanggup lagi merasa pedih dalam hati.Saya tak boleh bayangkan macam mana perasaan saya melihat awak bersanding dengan Syafika di atas pelamin. Nanti luluh hati saya.sebelum  itu semua terjadi biarlah saya berundur diri dari awal,” kata Shikin.

Shikin membuka beg  tangannya dan mencari sesuatu dari dalam beg. Dia mengeluarkan seutas tasbih dan menghulurkan kepada Haikal.

“Saya tak ada wang ringgit yang banyak untuk saya hadiahkan pada awak. Saya bagi awak tasbih ini sebagai tanda ingatan saya kepada awak.Tasbih ini tak pernah berenggang dari hidup saya dan saya harap begitulah nanti apabila awak dah jadi suami Syafika, ingatan awak terhadap saya tersimpan di sudut hati. Tolong sampaikan salam saya kepada Syafika,” kata Shikin sambil melangkah keluar dari kereta.Dia memalingkan muka tanpa memandang Haikal sebaik sahaja dia melangkah keluar dari kereta.Dia tidak ingin Haikal melihat linangan air matanya.Biarlah Haikal mengingati pertemuan terakhirnya dengan kenangan yang indah.

Sebaik sahaja Shikin masuk kedalam rumah Haikal terus menggenggam tasbih di tangannya dengan perasaan  yang bercampur baur.Sedih dan kasihan silih berganti.

Dia amat berharap Shikin membuka semula pintu rumahnya.Sekurang-kurangnya untuk memberikan lambaian terakhir namun hampa.

Selepas menunggu beberapa minit Shikin tidak muncul Haikal memandu kereta meninggalkan rumah Shikin menuju semula ke pejabatnya.


 

Previous: Bab 40
Next: Bab 42

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.