Home Novel Cinta Cinta Bertaut Di Hujung Rindu
Bab 9

Suasana diLapangan Terbang Sultan Mahmud Kota Bharu pada pagi itu amat tenang. Tidak ramai penumpang yang mengambil penerbangan 6.25  pagi MH 1427 dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Kedai-kedai di dalam bangunan terminal lapangan terbang pun masih belum banyak yang dibuka. Zurina mengambil penerbangan pagi ke KualaLumpur untuk berlepas ke Tokyo bagi menghadiri seminar di sana selama seminggu.

 

“ Panggilan terakhir bagi penumpang MH 1277 ke Kuala Lumpur,” suara yang keluar dari sistem pengumuman awam lapangan terbang memecah kesunyian.Amri, Zurina dan Syuhada berjalan perlahan-lahan menghampiri pintu masuk ke balai berlepas.

 

Sebaik menghampiri pintu masuk balai berlepas, Zurina mendakap Amri. Amri melepaskan kucupan di dahi Zurina sambil mengucap selamat jalan. Zurina kemudiannya mendakap Syuhada sambil berpesan.

“ Hada jangan lupa ambil sarapan sebelum pergi sekolah. Mama dah pesan pada kak Tini untuk siapkan sarapan untuk Hada setiap hari,” kata Zurina kepada Syuhada. Tini,pembantu rumah yang telah 4 tahun bekerja dengan keluarga mereka memang boleh diharapkan.

 

“ Nanti sampai Tokyo Ina call abang. Abang jangan lupa makan ubat. Baju abang,talileher  abang semua Ina dah letak kat dalam almari,”kata Zurina.

 

“ Awak cepatlah masuk. Nanti kena tinggal flight  pulak, “ kata Amri sambil sekali lagi mendakap dan mencium pipi isterinya. Kelihatan beberapa orang tua yang turut menghantar sanak saudara dan kenalan di lapangan terbang itu melihat dengan wajah yang tidak gemar dengan perbuatan Amri dan Zurina.

 

Sebaik sahaja selesai menghantar Zurina, Amri dan Syuhada keluar dari lapangan terbang menuju ke masjid berhampiran untuk menunaikan solat Subuh. Selesai menunaikan solat Subuh mereka berdua singgah di sebuah restoran makanan segera untuk bersarapan pagi.Begitu berselera Syuhada menikmati hidangan sarapan pagi. Amri berfikir cepatnya anak-anak membesar tanpa disedari.Dia masih ingat ketika Aizat danLiza masih kecil betapa susahnya dia dan Zurina bergilir-gilir menjaga dan membesarkan anak-anak mereka. Gaji Amri sebagai pensyarah biasa pada ketika itu dan Zurina pula sebagai pegawai peringkat pertengahan tidak membolehkan mereka menggaji pembantu rumah. Semua terpaksa diusahakan sendiri oleh mereka suami isteri.

 

Alhamdulillah keadaan sekarang lebih mudah bagi Amri dan Zurina. Anak-anak sudah meningkat dewasa. Tidak perlukan perhatian khusus dari Amri suami isteri. Tini banyak membantu menguruskan anak gadis bungsu mereka.

 

Sebaik sahaja Syuhada selesai bersarapan mereka menuju ke kereta untuk balik semula ke rumah.Oleh kerana hari Jumaat adalah hari cuti umum di Kelantan Amri tidak perlu menghantar Syuhada kesekolah pada hari itu.

“Mama kata dia nak belikan sesuatu untuk Hada kat Tokyo nanti,” kata Syuhada sambil mengenakan tali pinggang keledar. Kereta Amri bergerak perlahan meninggalkan medan letak kereta restoran.

 

“ Hada ni sangat bertuah tau. Semua Hada nak akan dapat.,” kata Amri. “ Abah dulu tak macam Hada.Tiap hari kena bangun pukul 5 pagi untuk tolong arwah atuk menoreh getah,”kata Amri sambil matanya menumpukan perhatian penuh di jalanraya yang semakin bertambah kenderaan.

 

Syuhada  cuma mendiamkan diri sahaja mendengar kata-kata bapanya. Seingatnya,sekurang-kurangnya sudah 30 kali Amri mengulang perkara yang sama. Kata-kataAmri seolah-olah menjadi halwa telinga anak-anak.

 

“Abah, nanti cuti sekolah lepas Hada habis UPSR kita makan angin nak?’” kata Syuhada sambil melihat kearah bapanya yang sedang memandu.

 

“ Hada nak pergi mana?” tanya Amri.

 

“Kite pergi HongKong Disneyland nak tak?. Ada kawan sekelas Hada baru aja pergi kesana cuti sekolah hari tu. Dia cakap best sangat kat sana. Dia cakap firework show kat Disneyland is the best in the world,”  kata Syuhada seolah-olah berharap cadangannya diterima oleh bapanya.

 

“Abah dah pergi kat Disneyland California masa abah dengan mama belajar kat Amerika dulu. Tapi dah berpuluh tahun. Ingat-ingat lupa aja,” kata Amri.

 

“ Nanti kita pergi ye abah,” pujuk Syuhada kepada Amri.

 

“Tengoklah macam mana nanti,” jawab Amri ringkas. “Tapi macam tak best aja pergi makan angin kalau abang Aizat awak tak ada,” kata Amri.

 

Syuhada hanya mendiamkan diri. Dia tau abahnya cuba mencari alasan untuk tidak berbelanja besar bercuti ke luar negara. Mungkin latar belakang hidup Amri yang pernah susah semasa kecil menjadikan dia amat berhati-hati dalam berbelanja.

 

Sebaik sahaja kereta yang dipandu Amri sampai di luar pagar rumah banglo dua tingkat Amri membunyikan hon kereta. Kelihatan Tini pembantu rumah berlari-lari anak membuka pagar rumah.Wanita berasal dari Malang Jawa Timur Indonesia berumur lewat 30anitu kelihatan sedikit tercungap-cungap.

 

“ Kamu ni, tak perlulah berlari macam tu. Tak ada apa yang perlu dikejarkan. Bukan nak masuk sukan olimpik pun,” kata Amri sambil tertawa kecil. Tini Cuma tersenyum tanpa menjawab. Amri sekeluarga telah menganggap Tini sebagai sebahagian dari ahli keluarga mereka.

 

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

 

Amri terkebil-kebil memandang siling. Matanya masih tidak mahu lelap walapun malam sudah semakin menginjak menghampiri dinihari.Dia ingin menelefonZurina tetapi bimbang menganggu tidur Zurina yang mungkin keletihan selepas melalui hampir tujuh jam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tokyo, tidak termasuk sejam penerbangan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur sebelum itu.

 

Setelah beberapa waktu bergolek ke kiri dan ke kanan di atas katil, Amri bangun dan bercadang untuk menyemak tugasan pelajar yang bertimbun di meja di bilik bacaan.Ketenangan malam memudahkan dia memberi tumpuan kepada kerja-kerjanya. Suasana malam begitu sunyi. Sesekali kedengaran tangisan bayi dan bunyi kucing berkelahi memecah keheningan malam.

 

Jam di dinding menunjukkan hampir 1 pagi. Matanya sedikit mengantuk . Dia membuka komputerr ibanya dan terdapat offline message dari Ika yang berbunyi “ Miss you Abang Pemikir@Prof Amri@Sayang.”

Amri tersenyum melihat mesej berkenaan sambil membalas,’ Jangan bermain dengan perasaan, Nanti jiwa merana. Pesanan ikhlas dari  saya Profesor Amri.’

 

Amri memasuk ibilik tidurnya dan cuba melelapkan mata. Dia rindukan Zurina dan anak-anak.Usia perkahwinan yang mencecah hampir suku abad tidak menjejaskan langsung kasih sayangnya terhadap isterinya. Amri mengimbau semula kenangannya semasabercinta dengan Zurina lebih 25 tahun yang lepas. Dia teringat kata-kata arwah bapanya. Walaupun arwah bapanya cuma penoreh getah tetapi Amri amat mengkagumi sifat gigih dan kata-kata arwah bapanya. Salah satu pesanan yang masih terngiang ngiang di telinga Amri ialah bila bapanya berpesan pada hari pernikahannya dengan Zurina. Bapanya dengan nada separuh bergurau berpesan kepada Amri, bila dah berkahwin jaga isteri sendiri, jangan jaga isteri orang.Bila ada anak -anak nanti jaga anak sendiri jangan jaga anak orang. Bila anak kita dah jadi anak dara, dah besar, jaga anak dara kita, jangan jaga anak dara orang.

 

Adakah aku sekarang ini dalam proses menjaga anak dara orang? Hati Amri berbisik.

 

Menjelang ayam berkokok barulah Amri berjaya melelapkan mata.

 

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

 

Amri menguap beberapa kali. Kuliahnya bermula jam 11 pagi. Dia menatap layar komputer sambilj arinya menari-nari di papan kekunci. Dia terpaksa mengejar dateline.Pagi ini editor akhbar Suara Muda telah menelefonnya mengingatkannya dia masih belum menghantar artikel yang sepatutnya disiarkan pada hari Rabu ini. Ada dua hari lagi, bisik hati Amri.

Sebagai kolumnis akhbar Suara Muda ruangan ‘Dari Kotak Fikiran Profesor Amri’ mempunyai ramai pengikut.Walaupun bayaran honorarium yang diterima dari akhbar berkenaan tidaklah seberapa tetapi Amri rasa puas apabila hasil penulisannya  dibaca dan diulas oleh ribuan pembaca akhbar Suara Muda.

Amri memilih tajuk yang berbunyi “ Hubungan Subuh dan Senja”.Jari jemari Amri tekun menaip artikel apabila idea datang mencurah-curah dan apabila dateline semakin hampir. Dia juga bercadang untuk emailkan artikel itu kepada Syafika sebaik sahaja siap , memberikan Syafika hak eksklusif membaca artikel yang masih belum disiarkan di dada akhbar.

 

Hubungan Subuh Dan Senja

 

Pada masa sekarang seolah-olah menjadi trend masa kini apabila ramai gadis muda yang menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki yang lebih berusia termasuk suami orang. Banyak persoalan yang timbul di sini.Adakah hubungan itu bersandarkan kepada cinta sejati atau kerana motif materialistik semata-mata. Amatlah tidak adil untuk perempuan muda memilihj alan mudah dengan ‘mencuri’ suami orang yang telah mantap dari segi kedudukan kewangan dan emosi.Hubungan yang saya takrifkan sebagai hubungan Subuh dan Senja akan menimbulkan banyak masalah di kemudian hari.

 

Andai kata suami meninggal dunia terlebih dahulu, ini bermakna isteri yang masih muda akan ditinggalkan dengan beban membesarkan anak-anak yang masih kecil.Amat malang jika wanita muda merampas suami orang.Mereka tanpa rasa bersalah meruntuhkan rumahtangga yang telah didirikan bertahun-tahun lamanya.

 

Siapakah yang patut disalahkan jika ini semua berlaku?Adakah trend hubungan Subuh dan Senja ini hanyalah fenomena bersifat sementara atau dia merupakan corak perhubungan manusia di masa akan datang? Apabila boleh diterima masyarakat gadis yang selayaknya menjadi menantu dijadikan isteri?Kasihan kepada anak-anak muda kita yang tidak diberi peluang menyunting bunga yang mekar di taman-taman kerana diragut oleh kambing-kambing yang sememangnya gemar dengan pucuk muda.

 

Adakah pencipta pil viagra wajar dipersalahkan apabila lelaki tua merasakan diri menjadi muda semula? Adakah sistem pendidikan negara kita wajar dipersalahkan kerana pengambilan pelajar ke universiti tidak seimbang menyebabkan kita membentuk masyarakat yang tidak seimbang? Lebih ramai wanita yang bekerjaya dan berpendidikan tinggi mengalami kesukaran mendapat pasangan hidup yang sama taraf dengan mereka.Akhirnya wanita muda berpendidikan tinggi dan bergaji besar ini mencari lelaki berusia untuk dijadikan pasangan hidup.

 

Sesuatu perlu dilakukan untuk mengatasi trend ini dari berterusan. Sebagai seorang ayah yang mempunyai dua orang anak perempuan, saya akui yang saya sendiri pun risau tentang masa depan anak-anak perempuan saya.Saya cuma mampu berdoa agar anak-anak saya tidak terperangkap dalam hubungan subuh dan senja ini.

 

Sekian untuk minggu ini

Profesor Amri

 

Sebaik sahaja dia siap menaip artikel ringkas, Amri terus menghantar artikel itu melalui email kepada editor akhbar Suara Muda.Satu salinan lagi dihantar ke email Syafika. Tak sabar dia menunggu reaksi Syafika apabila membaca artikel itu nanti.

 

Tidak sampai 10 minit kemudian Amri melihat ada mesej di dalam inbox.Mesej yang dihantar oleh Syafika menjawab apa yang ditulis oleh Amri sebentar tadi.

 

Assalamualaikum Prof@sayang, hihi,

 

Saya mungkin tidak banyak pengalaman berbanding denganProf berhubung dengan apa yang diperkatakan oleh Prof di dalam artikel yang dihantar kepada saya. Tapi sebagai seorang wanita muda, saya rasa terpanggil untuk menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan. Berdasarkan pengalaman saya yang terbatas ini saya merasakakan bahawa bukan semua perempuan yang menjalinkan hubungan dengan lelaki berusia atau suami orang mengejar duit.Ramai yang menjalin hubungan atas dasar benar-benar sayang.

Orang tua-tua selalu berkata, kalau bertepuk tangan sebelah takkan berbunyi. Tidak ada yang menjual kalau tiada yang sanggup membeli.Maaf kalau tulisan saya ini seolah-olah nak berlagak pandai. Siapa saya gadis mentah yang belum tau selok belok kehidupan. Saya rasakan artikel Profitu seolah-olah menyindir saya.

Dengan ini saya secara rasminya menarik balik panggilan sayang kepada Prof kerana saya tidak ingin bercinta dengan suami orang. Hihi

 

Ikhlas dari Syafika

 

Amri tersenyum membaca email dari Syafika. Dalam hatinya berkata, bijak juga Ika @ Syafika ini.Mungkin boleh dimuatkan dalam ruang ‘reaksi pembaca’. Amri tahu dia boleh memujuk Encik Hassan ketua Editor akhbar Suara Muda untuk menyiarkan surat dari Syafika.Tapi perlu dieditlah surat tu, bisik hati Amri.


 

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.