Home Novel Cinta Cinta Bertaut Di Hujung Rindu
Bab 29

“ Fika, Fika,aku ada berita baik nak bagitahu kau ni,” kata Shikin terjerit-jerit di telefon.

“ Kalau ya pun cakaplah elok-elok. Termengah-mengah suara macam orang kena kejar anjing gila aja.” Syafika menjawab di hujung talian.

“ Aku dah dapat kerjalah. Hihi’” Shikin menjerit kegembiraan.

“ Ye ke?Tahniahlah. Kerja apa? Kat mana? “ Syafika turut teruja mendengar berita baik dari Shikin.

Trainee Officer di Bank Amanah  cawangan Bangsar Kuala Lumpur. Tempoh percubaan  tiga  bulan. Lepas tiga bulan kalau prestasi memuaskan akan diserap menjadi pegawai tetaplah” kata Shikin sambil ketawa kegembiraan.

“Wah, bestnya.Tahniah sekali lagi. Beruntunglah kau Shikin dapat kerja dengan mudah.Tak lama lagi bertemu jodoh dengan orang Kuala Lumpurlah tu. Aku pun dah terbau-bau nasi minyak dah ni,” kata Syafika.

“ Kau lagi beruntung, dapat kerja satu pejabat dengan kekasih hati,” balas Shikin sambil menggilai ketawa. Dia masih belum reda dari rasa kegembiraan yang dialami semenjak mendapat panggilan telefon dari bank menyatakan permohonannya telah berjaya.

“Alah, aku ni kerja sementara aja. Nanti satu masa bila orang dah tak nak guna perkhidmatan aku kat sini aku kena juga cari kerja lain,” balas Syafika.

“Shikin, aku tak boleh cakap lama-lama ni. Aku tengah kerja. Apa kata hujung minggu ni kita jumpa. Dah lama tak bersembang dengan kau.” kata Syafika lagi.

“Aku ok aja bila-bila masa pun boleh jumpa. Cuma kau tu yang sibuk memanjang. Maklumlah orang tu kan dah berjawatan pembantu penyelidik. Kau dah selidik habis ke semua tentang Prof tu? Hihi,” Shikin menjawab sambil tertawa.

“ Kau ni kan Shikin tak habis-habis nak menyakat aku.Tapi semenjak kita tak duduk serumah ni rasa rindu pulak nak dengar  celoteh kau.Sekarang ni aku sewa rumah dengan kakitangan universiti ni juga. Nama dia kak Suriati. Perangai dia ada sikit-sikit macam perangai kau juga  “ Syafika memberitahu Shikin sambil tangannya menaip kerja-kerja yang diberikan oleh Amri kepadanya.

“ Hihi. Mana ada Shikin lain di dunia ni selain dari Norashikin Harun. Kalau ada yang lain-lain yang seakan-akan Shikin, itu cuma tiruan semata-mata,” Shikin menjawab sambil tergelak besar.

“ Eh, kalau layan kau ni satu apa pun kerja akau tak jalan. Nanti tak pasal-pasal kena marah dengan bos pulak. Hihi” kata Syafika.

“Alah. Marah-marah sayang apa salahnya kan? “ kata Shikin

“Oklah Fika. Akupun ada benda nak buat. Sabtu ni tempat biasa ye. Apa-apa hal nanti aku mesej kau semula,” kata Shikin.

“Ok. Pukul berapa?” tanya Syafika.

“Nanti aku confirm balik. Kena tengok jadual temu janji aku dulu. Hihi” kata Shikin sambil tergelak kecil.

“Aku tengok cara kau ni pun dah ala-ala gaya pegawai bank. Oklah Shikin. Nanti kita sembang panjang-panjang. Tak puas bercakap dalam telefon ni sebab tak nampak muka kau yang kelakar tu. Hihi” kata Syafika.

“Kelakarlah sangat. Bye Fika,” jawab Shikin ringkas

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

“Cantik tak baju ni?” Shikin bertanya kepada Syafika sambil memegang baju yang diambilnya dari begitu banyak baju yang tergantung di rak di butik pakaian itu.

Syafika membelek-belek baju yang dipegang oleh Shikin. Dia mengambil baju itu dari tangan Shikin dan mecuba baju itu di badan Shikin.

“Baju ni memang cantik tapi orang yang nak memakainya aja kurang cantik. Kau kena kurangkan 3 kilogram baru baju dan pemakainya sama cantik dan sama padan,” Syafika berkata sambil tertawa .

Sepantas kilat Shikin mencubit lengan Syafika.

“ Kau ni tak habis-habis dengan mulut laser kau tu.” Shikin mencebik bibir kearah Syafika sambil berpura-pura merajuk.

“Alah, aku gurau aja. Nanti kau dah duduk jauh susah nak jumpa. Kalau kau balik sesekali pun mungkin kau sibuk dengan keluarga,” kata Syafika cuba memujuk Shikin.

“Jomlah kerja di Kuala Lumpur. Kita boleh sewa rumah sama-sama.Kalau kau duduk kat Kuala Lumpurkan boleh selalu jumpa dengan Haikal,” Shikin berkata sambil tangannya terus membelek-belek pakaian yang banyak tergantung di rak-rak. Syafika cuma mengekori Shikin tanpa membuat sebarang pilihan pakaian.Dia amat berjimat dengan perbelanjaan kerana memang telah diajar oleh emaknya supaya tidak membazir.Tambahan pula dia masih belum menerima sebarang gaji kerana baru bekerja beberapa minggu sahaja.

“ Aku memang ada niat untuk kerja di Kuala Lumpur. Nanti bila dah kawin pun kan aku memang kena ikut suami. Bukankah tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya? “ Syafika terus mengekori Shikin yang bergerak di bilik mencuba pakaian.

“ Kau tunggu kat luar.Aku nak cuba baju ni,” kata Shikin sambil menghulurkan beberapa helai pakaian kepada Syafika.

“Aku nak ikut masuk fitting room tak boleh ke?Hihi,” kata Syafika.

“Jangan kau nak mengarut. Kawal-kawal sikit nafsu songsang kau tu.” Shikin memandang wajahSyafika sambil tersengih.

“Shikiiiinn,  Kau tak malu ke kalau orang dengar?” Syafika berkata sambil menjegilkan matanya.

Selesai membayar Syafika dan Shikin beredar meninggalkan butik pakaian yang terletak di dalam pusat membeli belah terbesar di Kota Bharu. Mereka berdua menuju ke arah restoran makanan segera yang terletak di tingkat bawah pusat membeli-belah itu.

Sebaik sahaja melabuhkan punggung masing-masing selepas mendapat di meja Shikin dan Syafika mula menjamu selera dengan makanan segera.Syafika membuang lapisan keju di dalam burger sambil diperhatikan oleh Shikin.

“Kau tak makan keju ye? Bagi aku keju tu,” Shikin berkata sambil mengambil kepingan keju yang diletak di tepi oleh Syafika.

“Kau tahu tak Shikin, keju tu menggemukkan. Nak kurus macam mana kalau kau makan benda-benda yang menggemukkan,” kata Syafika melihat Shikin makan dengan berselera.

“Boleh tak kau bagi syarahan tentang makanan dan pemakanan lepas aku sudah makan wahai CikSyafika? “ kata Shikin mengunyah dengan begitu berselera.

Syafika cuma melihat keletah sahabat baiknya.

“Shikin, aku nak mintak tolong kau sesuatu boleh ke?” kata Syafika kepada Shikin yang sedang mencicah kentang goreng ke  dalam sos cili.

“Tolong apa pulak?Macam serius aja bunyinya,” Shikin memandang tepat ke wajah Syafika.

“Minta tolong kau tengok-tengokkan Haikal” kata Syafika.

“Eh. Kau ingat Kuala Lumpur tu aku dengan Haikal aja ke yang duduk sana.Ada dua juta manusia kat Lembah Kelang tu. Aku pun tak tau Haikal duduk mana. Tau kau takut dia berpaling arah ye? “ kata Shikin. Di dalam hatinya Shikin merasa terkejut bila mendengar permintaan tidak munasabah dari Syafika .Agaknya aku ni sampai tua akan menjadi penyiasat cuma kali ini menyiasat bagi pihak yang satu lagi pulak.Kalau ikut peraturan pengintipan itu dah dikira berpaling tadah dan boleh dihukum mati.Shikin berbisik  didalam hati.

“Yelah. Aku faham kau bukannya digaji oleh Bank Amanah untuk jadi pengintip aku. Entahlah Shikin. Sehari dua ni hati aku rasa tak sedap,” Syafika  bersuara sambil meneguk minuman.

“Kau tahu tak kenapa hati kau rasa tak tenteram? Sebab kau dah curang pada Haikal. Itu balasan tuhan pada kau. Bila kau buat tak betul kau rasa semua orang macam kau juga. Semua orang curang macam kau,” Shikin bernada serius sambil memandang Syafika.

“Aku dah malas nak ulang benda yang sama. Rasanya dah berbuih mulut aku bercakap pasal perangai kau ni,”Shikin mengelap mulutnya sambil menyedut minuman. Dia melihat makanan Syafika cuma sedikit sahaja yang berusik.

“Kau janganlah buat aku rasa lebih bersalah. Aku pun cuba renggangkan hubungan aku dengan Prof tu,” kata Syafika.

“Eleh, aku berani kerat jari kelingking aku ni yang kau takkan ada kekuatan untuk tinggalkan Prof tu,” kata Shikin.

“Aku tak nak kau kerat jari kelingking aja. Nak kau kerat semua jari tangan kau baru aku tinggalkan prof tu. Hihi,” Syafika ketawa.Shikin hanya mampu memandang Syafika dengan perasaan geram.

“ Ikut kaulahFika. Aku nanti nak cari kekasih yang kaya di Kuala Lumpur nanti. Kalau dapat Datuk ke,Tan Sri ke barulah kau celik mata tengok aku. Masa tu kau kena panggil aku Datin atau Puan Sri. “Shikin ketawa mengilai tanpa memperdulikan pandangan orang di sekeliling yang memandang mereka berdua dengan pandangan yang kurang senang.

“Kalau kau betul bergelar Datin atau Puan Sri nanti, akulah orang paling gembira.Tak sangka pulak kawan baik aku boleh jadi Datin.Tapi sebelum tu kau kena kuruskan sikit badan kau tu. Dah jangan makan kentang goreng tu lagi. Berminyak tu. Nanti tak turun berat badan kau,” kata Syafika sambil cuba menarik jauh longgokan kentang goreng yang ada di depan mereka.

“Alah. Kan kita dah order, kalau tak makan membazir namanya. Aku janji aku start diet bila aku di Kuala Lumpur nanti. Nanti bila aku balik Kota Bharu kau tak kan kenal aku lagi. Bila kau jumpa aku nanti mesti kau ingat aku ni artis mana ntah. Hihi,”kata Shikin sambil terus mengunyah.

“ Ikut kaula Shikin. Kau kata aku ni degil tapi kau pun dua kali lima dengan aku juga,” kata Syafika.

Kata-kata Syafika disambut dengan hilai ketawa Shikin.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

 

 

Previous: Bab 28
Next: Bab 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.