Home Novel Cinta Cinta Bertaut Di Hujung Rindu
Bab 38

“Haikal, Haikal,janganlah laju sangat lari” kata Shikin dengan suara termengah-mengah.

Haikal yang beberapa langkah di depan Shikin menoleh kebelakang sambil tersenyum memandang Shikin yang tercungap-cungap.

Suasana pagi yang hening di taman rekreasi itu dipenuhi oleh ramai orang yang sedang berjoging.Ada juga yang berjalan-jalan sambil menghirup udara pagi yang segar.

“Semalam awak  juga yang beria ia ajak saya  berjoging.Rupanya tak sampai setengah jam dah semput.Awak kena kuatkan lagi stamina Cik Shikin,” kata Haikal sambil mengelap peluh di mukanya dengan towel  yang terlilit di tengkuknya.

Haikal memperlahankan lariannya.Shikin berlari-lari anak mengejar Haikal.Sebaik sahaja dia seiring dengan Haikal, dia terus memegang lengan Haikal.

“ Eh, apa ni pegang-pegang,” kata Haikal dengan nada bergurau sambil berpura-pura menarik lengannya dari Shikin.Orang ramai yang berada di keliling mereka tidak menghiraukan gelagat Haikal dan Shikin. Masing-masing terus memberi tumpuan kepada aktiviti mereka.

“Saya rasa macam nak pengsan ni. Ni baru jogging sekejap. Kalau 10 minit lagi tak berhenti mahu saya  rebah.Susah pulak  awak nak kena hantar saya  ke hospital.Sebab tu kena berpaut pada awak,”kata Shikin .

“Tulah, makan sedap ikut selera. Kena turunkan berat badan tu.Barulah cantik,” kata Haikal.

“Tengok Fika tu.Body maintain aja,” kata Haikal, membanding Syafika dengan Norashikin.

“ Balik balik Fika, balik balik Fika,” kata Shikin sambil mencebik bibir. Kalau ikutkan hati mahu saja dia menceritakan apa yang Fika lakukan tanpa pengetahuan Haikal.Tapi dia tak sampai hati mengkhianati rakan baiknya.

“Eh, merajuk pulak dia.Saya sayang dua-dua. Saya sayang Fika sebagai kekasih dan awak pula saya sayang sebagai kawan,” kata Haikal sambil mereka berdua berjalan meuju ke arah kereta Haikal.

“ Kalau saya nak awak anggap saya lebih dari kawan tak boleh ke? “ kata Shikin sambil tersenyum memandang ke arah Haikal.

“Eh, mana boleh.Saya dah nak bertunang dengan Syafika tak lama lagi.Saya dah berbincang dengan Syafika untuk carikan dia kerja di Kuala Lumpur ni.Nanti lepas kami berkahwin pun kami bercadang nak menetap di Kuala Lumpur ni,” kata Haikal.” Awak mesti suka kalau Fika kerja di Kuala Lumpur. Boleh jumpa  balik dengan Fika. Boleh jalinkan semula persahabatan yang erat macam dulu-dulu” kata Haikal lagi sambil membuka pintu kereta di sebelah penumpang.Shikin melangkah masuk ke dalam kereta.

Haikal menghulur botol air minuman kepada Syafika .Perlahan-lahan tangannya memutar stereng kereta Shikin membuka botol minuman dan menghulurkan kepada Haikal.

“ Awak  minumlah dulu. Saya  nak bawak kereta ni. “ kata Haikal cuba menumpukan perhatian kepada pemanduan.

“Alah, awak  minum dulu. Saya  tak boleh minum selagi awak  tak minum” kata Shikin dengan nada merajuk.

“ Macam-macam awak  ni,” kata Haikal sambil meneguk air dari botol yang dihulur oleh Shikin kepadanya.

Shikin cuba memegang lengan Haikal. Haikal cuba menepis pegangan Shikin namun Shikin tidak melepas genggaman tangannya di lengan Haikal.

“ Shikin, boleh tak awak  jangan ganggu saya  nak memandu ni. Nanti masuk longkang dua-dua kita masuk hospital,” kata Haikal dengan nada agak meninggi.

“ Awak  ni kan semua tak boleh. Nak bagi air tak nak.Nak pegang sesikit pun tak boleh” kata Shikin merengus kecil.

“Kan saya  tengah drive ni. Lagipun saya rimaslah” kata Haikal berterus terang.

“ Yerlah, kalau dengan saya  semua rimas. Itu tak boleh,ini tak boleh tapi kalau dengan Fika tu tak rimas pulak. Tak lemas pulak.Entah-entah kalau dengan Syafika tu lebih dari tu lagi,” kata Shikin dengan suara yang meninggi.

“Apa awak  merepek ni. Takkan nak samakan awak  dengan Fika. Lagipun tak baik awak  buat tuduhan macam-macam pada saya  dengan Fika. Awak  lebih kenal Fika berbanding dengan saya . Awak tahu kan Fika bukan perempuan macam tu,” kata Haikal.

Pada ketika itu mahu sahaja Shikin memberitahu Haikal wajah sebenar Syafika. Rasa kasihan pula apabila memikirkan bagaimana mudahnya Haikal tertipu dengan lakonan dan kepura-puraan Syafika.Disebalik wajah ayu dan tingkah laku yang lembut itu Syafika telah mempermainkan perasaan dua orang lelaki. Sabar Shikin sabar,bisik hatinya.Jangan ikutkan sangat perasaan marah itu. Kata hatinya lagi.

“Haikal, boleh tak awak  berhenti kat depan tu. Biar saya balik naik teksi aja” kata Shikin mengarahkan Haikal.

“Apa ni.Tadi kata nak suruh saya  hantar sampai ke rumah. Ni nak balik rumah naik teksi pulak,” kata Haikal menduga kemarahan Shikin terhadapnya.

“Saya  rasa panas dalam kereta ni,” kata Shikin.“Saya  nak keluar dari kereta ni cepat–cepat,” kata Shikin.

“Macam perli  kereta saya  aja. Taulah kereta saya  ni buruk. Tahulah awak tu selalu naik kereta mewah aja. Tapi saya  tak bagi awak  balik naik teksi.Saya ambik awak  dari rumah saya  hantar awak balik sampai ke rumah lah,” kata Haikal.

“Siapa yang perli  siapa sekarang ni? Awak tu yang perli  saya.Saya nak naik kereta mewah siapa pulak.Saya tak ada suami.Saya tak ada kekasih.Siapa yang nakkan saya yang tomboi macam ni.Saya pun ada hati dan perasaan macam orang lain juga.Saya pun nak merasa mencinta dan dicintai. Memang takdir hidup saya selamanya macam ini.Apakah salah saya menaruh hati kepada lelaki lain walaupun lelaki itu kekasih orang?” Shikin bersuara dengan nada sendu. Kelihatan kelopak matanya mula bermanik dengan air mata.

“ Awak tahu?Saya sentiasa mencemburui Syafika.Dia ada segala-galanya.Wajah yang cantik.Kekasih yang baik yang sentiasa mengambil berat tentang dia. Semenjak dari sekolah menengah lagi sehingga masuk ke universiti pun saya tak pernah dapat mengalahkan dia dalam keputusan peperiksaan.Dia gadis yang amat-amat bertuah.Tapi saya ni? Serba kekuranga.Wajah tak secantik Syafika. Tak ada boyfriend. Keputusan periksa pun cukup-cukup makan aja,” kata Shikin.Semakin kuat esakan Shikin.

Haikal terkejut dengan perubahan yang tiba-tiba berlaku pada Shikin.Dia tak menyangka Shikinyang berperawatakan sempoi  mempunyai sisi sensitif dalam jiwanya.

“Awak jatuh hati dengan kekasih orang?Siapakah lelaki malang itu? Haha” Haikal cuba mewujudkan keceriaan di dalam hati Shikin.

“Awak ni betul-betul tak tahu atau buat-buat tak tahu?” Shikin menoleh ke arah Haikal sambil tersenyum. Haikal merasa gembira melihat perubahan pada mood Shikin.

“Serius, saya tak tahu,” kata Haikal, cuba bermain dengan kata-kata walaupun dia dapat mengagak apa yang berada di minda Shikin. Kebelakangan ini Haikal merasakan hubungan dia dengan Shikin semakin mesra. Mereka kerap keluar makan bersama,menonton wayang dan keluar berjoging bersama.

“Awaklah lelaki kekasih orang yang saya dah jatuh hati tu,” kata Shikin sambil tersipu malu.

Haikal sedikit tersentak dengan pengakuan Shikin itu walaupun kebelakangan ini dia dapat menghidu perasaan Shikin terhadapnya.Dia sendiri dapat merasakan yang hatinya juga mula tertarik pada Shikin. Perasaan bersalah kepada Syafika membataskan pergaulannya dengan Shikin.

“Tapi saya ni kekasih Syafika. Syafika kawan baik awak. Bukannya awak tak tahu selama ini macam mana hubungan saya dengan Syafika. Kami dah merancang untuk bertunang pun tak lama lagi,” ujar Haikal.

“Itu saya tahu.Sebab tu bila awak beritahu saya yang awak akan bertunang dengan Syafika tak lama lagi hati saya luluh. Bukan saya tidak cuba melawan perasaan ini.Tapi saya insan lemah.Biarlah kalau lepas ini awak dah tak nak berjumpa dengan saya lagi.Tak nak berhubung dengan saya lagipun saya faham. Sekurang-kurangnya saya dah berterus terang dengan awak . Selama ini saya pendam perasaan saya terhadap awak. Haikal, dulu masa saya dan Fika sama-sama duduk di rumah sewa semasa di universiti setiap kali awak dan Syafika berbual di telefon hati saya rasa cemburu mendengar kemesraan awak berdua. Dalam hati saya teringin sangat-sangat nak mendapat kekasih yang prihatin dan mengambil berat macam awak. Saya berangan-angan nak dapat kekasih macam awak” Kata Shikin.

Haikal mencuri pandang kepada Shikin.cantik juga Shikin ini, kata Haikal di dalam hati.

“Awak ingat tak Haikal. Kali pertama saya berjumpa dengan awak semasa saya dan Fika menemankan awak melawat tapak sekolah di Gua Musang?Pertama kali saya tengok awak dalam hati saya kata Fika memang seorang yang bertuah di dalam hidup. Awak lelaki yang diidamkan oleh setiap wanita dan Syafika perempuan yang berjaya mencuri hati awak.

“Yer saya ingat juga. Masa saya tengok awak buat pertama kali saya kata dalam hati inilah rupanya Shikin kawan baik Syafika. Tak cantik langsung awak pada masa tu. Haha”Haikal ketawa berdekah-dekah mengingatkan kisah pertemuan kali pertama mereka berdua.

Shikin mencubit lengan Haikal.

“Yerlah, masa tu kan saya budak kampung. Tak pandai lagi bersolek. Dahlah tu tak cukup tidur pulak malam tu. Pagi-pagi lagi Fika dah kejutkan saya.Dia tak nak awak yang tertunggu-tunggu kami. Biar kami yang tunggu awak. Itu kata Syafika pada saya”kata Shikin tersenyum sambil mengimbau kenangan lama mereka.

“Awak perasan tak masa dalam kereta ke Gua Musang tu mulut awak tak berhenti-henti bercakap.Pot pet pot pet.Dalam hati saya banyak modal betul budak tomboi ni,” kata Haikal sambil tergelak kecil.

“ Hihi. Saya tak perasan pulak yang saya berlebih-lebih cakap. Kesian Syafika kan? Dia senyap aja .Saya pulak yang lebih-lebih.Tapi sekali fikir kesian saya lagi. Menumpang kasih pada lelaki milik orang,” kata Shikin.

“Dahlah,baik-baik cuaca dah cerah nanti mendung balik” kata Haikal sambil memperlahankan kereta kerana sudah hampir dengan rumah sewa Shikin.

Sebaik sahaja Shikin ingin melangkah keluar kereta Haikal memegang tangan Shikin.

“Shikin, kita sama-sama terperangkap dengan perasaan” kata Haikal ringkas.

Shikin menoleh kepada Haikal dengan rasa terkejut. Dia tidak menjangka sepotong ayat yang keluar dari bibir Haikal mampu menggugurkan jantungnya.

“ Maksud awak? “tanya Shikin dengan kehairanan

“Nanti saya jelaskan.Awak jangan sedih ye. Rehat-rehatlah hari ni. Besok nak kerja pulak,”kata Haikal.

Shikin melangkah keluar dari kereta dengan hati yang berbunga

 

Previous: Bab 37
Next: Bab 39

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.