Home Novel Cinta Cinta Bertaut Di Hujung Rindu
Bab 52

“Aqil, dah lewat ni. Pergilah tidur. Nanti besok nak bangun pagi susah.Kalau hari tak sekolah tak apalah tidur lewat sikit,” kata Syafika sambil mengusap bahu Aqil yang sedang tekan menonton televisyen

“Yanti, baju sekolah, kasut sekolah Aqil semua dah siap?” Syafika bertanya kepada Yanti pembantu rumah Indonesia yang telah lama bertugas dengannya.Syafika menganggap Yanti sebagai adiknya sendiri. Semenjak ketiadaan Haikal Yantilah yang banyak membantu menguruskan Aqil. Syafika pun tidak merasa sunyi apabila ada teman berbual.

Aqil mengemas buku-buku latihan dan menyimpan dalam beg sekolah.Memandang wajah Aqil Syafika merasa seolah-olah seperti memandang Haikal.Ramai orang yang melihat Aqil memberi  komen yang wajah Aqil saling tak tumpah dengan wajah Haikal.

“ Mama sayang Aqil sangat-sangat,” ujar Syafika sambil mengucup dahi Aqil yang telah masuk ke dalam selimut

“Aqil pun sayang mama,” Aqil menjawab sambil matanya separuh terpejam, mungkin teramat mengantuk.

Syafika mematikan lampu di sebelah tepi katil Aqil dan perlahan-lahan bergerak ke biliknya , meninggalkanAqil yang sudah lena.

Sebaik sahaja masuk ke biliknya dia merasa kesunyian yang amat sangat.Begitulah rutin hariannya setiap malam.Dia akan terkebil-kebil memandang siling bilik sambil menunggu mata untuk lelap. Kadang-kala jika rasa kebosanan memuncak dia akan membaca  novel atau menonton televisyen di biliknya. Yanti sememangnya tidur awal sebab dia bangun seawal lima pagi setiap hari.

Sambil berbaring Syafika teringat semula perbualannya dengan Shikin siang tadi. Memang banyak benarnya kata-kata Shikin tapi Syafika tidak boleh membuang ingatannya terhadap Haikal.Tiba-tiba ingatannya kembali kepada Prof Amri.Syafika turut tertanya-tanya apakah yang Prof Amri lakukan selepas bersara. Mungkin dia sekarang sudah bercucu. Timbul rasa iri hati apabila Syafika membayangkan Amri sedang menikmati hari-hari persaraannya di samping keluarga tercinta.

Syafika melihat jam di telefon.Baru pukul 10 malam.Dia membuka wassapp dan melihat status Prof Amri. Melihat gambar profil Amri yang berseorangan.Dah lama dia tidak membuka profil Amri tapi malam ini hatinya tergerak untuk melihat wajah terbaru Amri . Melihat wajah terbaru Amri di gambar profil Syafika merasa sedikit terkejut. Amri kelihatan begitu tua, rambutnya kian memutih.Amri tidak sesegak Amri yang dia pernah temui  lebih lima tahun yang lepas. Masa mengubah segalanya. Rasa insaf apabila Syafika melihat wajah lelaki yang pernah menjadi pujaan hatinya  disatu ketika dahulu.

Lebih menghairankan gambar profil kali ini cuma memaparkan wajah Amri seorang.Hati Syafika tertanya-tanya juga,mungkin benar firasat Shikin tengah hari tadi. Mungkin sekarang Amri tinggal berseorangan diri. Kemana pula perginya Puan Zurina? Hati Syafika melonjak ingin tahu keadaan Amri. Ni semua salah Shikin. Kalau Shikin tak sebut pasal Prof Amri takkan aku tiba-tiba teringatkan dia malam-malam ni. Bentak hati Syafika

Mata Syafika masih memandang wassapp Amri. Tiba-tiba dia melihat Amri online.

Syafika: Assalamualaikum Prof.Ingat lagi ke saya? Syafika.

Amri: Walaikum Salam. Mestilah ingat.

Syafika: Prof sihat?

Amri: Alhamdulillah, sihat seadanya.Sihat orang tua. Hehe

Syafika: Anak-anak, isteri semua sihat?

Amri: Anak-anak Alhamdulillah semua sihat.Fika tak tahu ke yang saya dah terima dua menantu.Dah ada tiga cucu pun.

Syafika: Ye ke. I am so happy for you. Puan Zurina sihat?

Amri: Puan Zurina dah tak ada.

Syafika: Maksud Prof?

Amri: Dia dah meninggal. Barah payudara. Dah setahun dia meninggal.

Syafika: Innalillahiwainnailaihirojiun. Takziah prof.Saya tak tahu pun.

Amri: Ye, saya pun tak bagitahu Syafika sebab tak nak ganggu awak lagi. Awak dah nikah baru ke?

Syafika: Taklah prof. Saya ni dah tua.Tak ada dah orang yang nakkan saya ni.Lelaki sekarang nak cari yang muda-muda.Kita ni yang dah berumur dah luput shelf  life.Hihi

Amri: Ada aja orang yang nak cuma awak tu yang memilih agaknya.

Syafika: Kenapa semua orang kata macam tu? Saya ni memang memilih ke?

Amri: Yelah, kalau tak memilih mesti dah lama awak nikah semula kan.

Syafika: Banyak perkara yang saya perlu fikirkan Prof.Saya fikirkan tentang anak tunggal saya ni.Saya masih ingat pada arwah.

Amri: Ye, saya faham semua tu.Saya pun sama macam Syafika.Dulu masa arwah masih ada saya bukan suami yang ideal.Saya curang. Bila dia dah tak ada menangis airmata darah sekalipun dia takkan balik semula pada saya.Cuma saya puas hati menjaga arwah ketika saat-saat dia bergelut dengan kanser.Saya sentiasa di sisinya.Sehinggalah dia pergi.

Syafika: Prof beruntung dari segi itu.Pemergian Haikal langsung saya tidak duga. Saya tak sempat nak minta ampun dan maaf dari dia.Sampailah ke hari ini saya merasa kesal yang amat sangat. Tak ada kata-kata yang boleh menggambarkan kekesalan di hati saya ini.

Amri:  Saya minta maaf banyak-banyak kepada awak .Kalau kita tak berjumpa dulu mesti tidak ada rasa kesal di hati masing-masing kan?

Syafika: Biarlah Prof. Benda dah lepas, takkan boleh diundur semula.Kita sama-sama bersalah.Saya tak salahkan Prof.Kalau saya tak melayan takkan jadi semua tu

Amri: Tak payahlah berprof prof dengan saya.Saya pun Prof pencen sekarang ni. Panggil aja Amri

Syafika: Ingat tak dulu saya panggil Prof dengan panggilan apa?

Amri: Ingat tapi itu dulu.Saya tak kisah kalau nak panggil macam tu juga tapi takut Fika yang tak sudi. Hehe

Syafika: Hihi. Kenangan lama mengusik jiwa nampak?

Amri: Sesuailah orang lama macam saya ni dengan kenangan lama, Orang baru macam Syafika dengan kenangan baru

Syafika: Ishh, apa yang baru apa yang lama.Saya pun dah masuk 30an. Bukannya muda.

Amri: saya dah masuk 60an. Lagi tua.

Syafika: Tapi hati muda kan?

Amri: Haha

Syafika: Prof duduk dengan anak menantu ke?

Amri: Taklah. Saya sekarang duduk sorang aja kat rumah. Anak pertama dan kedua dah kahwin dah ada keluarga masing-masing.Tinggal yang bungsu masih belajar di kolej di Kuala Lumpur.

Syafika: Tak sunyi ke?

Amri: Sepatutnya saya yang tanya awak soalan tu.Tak sunyi ke?  Saya dah tua. Banyak aja aktiviti  yang saya boleh buat. Jadi ahli jawatankuasa masjid. Kekadang kawan-kawan ajak minum-minum.Kalau di rumah saya ada bela 3 ekor kucing buat peneman saya. Sesekali rasa nak bermain dengan cucu saya akan pergi ke Kuala Lumpur 3 atau 4 hari. Saya gembira dengan kehidupan sekarang. Alhamdulillah buat masa ini kesihatan saya mengizinkan. Dimasa akan datang tak tahulah kan.

Syafika: Tak nak cari pengganti?

Amri: Awak sudi?

Syafika: Ish, kesitu pulak Prof ni.Biarlah prof.Saya selesa hidup macam ni

Amri: Ye. Saya pun. Boleh saya call awak sekarang?

Syafika: Tak payahlah prof. Kita wassapp aja.

Amri: Jari orang tua selalu silap kalau menaip. Saya call sekarang boleh ke?

Syafika: Kalau sudi apa salahnya.

Syafika menyambut panggilan dar iAmri dan mereka bersembang sehingga larut malam.

Ketika azan Subuh berkumandang Syafika bangun dari tidur dengan senyuman lebar.Terasa hatinya berbunga semula selepas 2  tahun kemarau.

Previous: Bab 51
Next: Bab 53

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.