Home Novel Cinta Cinta Bertaut Di Hujung Rindu
Bab 26


“Fika, dah pukul 10 ni. Tak bangun lagi?.Tak baik anak dara tidur sampai tengahari macam ni.Tak ada orang yang nak masuk meminang kalau orang tahu awak buat perangai suka bangun lambat,” kata Noraini sambil mengetuk pintu bilik Syafika.

Syafika mengesat-ngesat matanya. Terkejut dengan ketukan pintu yang kuat oleh emaknya.

“Ala Ma.orang sakit kepala ni,” jawab Syafika sambil mencapai bantal menutup mukanya, cuba melindungi matanya dari cahaya matahari pagi yang menyinar masuk  di celah-celah jenang tingkap biliknya.

Dia sampai dengan bas di Kota Bharu kira-kira pukul 5 pagi. Abahnya telah menjemputnya di stesen bas, Sebaik selesai menunai solat Subuh Syafika menyambung tidur.Dia memang tidak selesa tidur di dalam bas.

Terganggu dengan suara emaknya mata Syafika enggan untuk lelap lagi.Dia bangun menuju ke bilik air. Selepas membasuh muka dan membersih diri, dia menuju ke dapur.Di atas meja terhidang nasi goreng.

Sambil menyuap nasi goreng dan menghirup Nescafe yang telah tersedia Syafika membelek-belek akhbar hari itu.Syahira sedang menonton televisyen di ruang tamu . Abah dan abangnya tidak kelihatan. “Semalam siapa hantar ke stesen bas?” tanya Noraini memandang ke arah anak gadis kesayangannya.

“ Paksu, “ jawab Syafika pendek sambil matanya masih tertumpu di dada akhbar.

“Haikal tak hantar?” Noraini bertanya, seolah menduga Syafika dan Haikal bergaduh lagi.

“Memang mula-mula dia janji nak hantar tapi petang semalam dia sms Fika , bagitahu mesyuarat dia lambat habis. Tak sempat nak hantar Fika balik. Nasib baik paksu tak ada kerja . Kalau tak Fika kena pergi stesen bas dengan teksi aja,” kata Syafika.

“Yelah. Kesian juga Ma tengok Haikal tu. Kerja siang malam. Nanti kalau Fika dah jadi isteri Haikal adalah juga orang jaga makan minum dia,” kata Noraini.

“Entahlah ma. Rasa tawar hati pulak dengan dia,” kata Syafika sambil membawa pinggan dan cawan yang telah digunakan ke sinki.

“Eh eh budak ni.Fika jangan main-mainkan perasaan orang. Malu Ma nanti kalau Fika buat perangai macam tu,” kata Noraini memandang kearah Syafika .

“ Dia budak baik.Fika nak cari lelaki macam mana lagi,” kata Noraini mengulang ayat yang sama yang telah diucapkan kepada Syafika entah berapa puluh kali.

Sebaik sahaja mereka dua beranak selesai berkemas di dapur, kedua-duanya bergerak menuju ke ruang tamu. Syafika melabuhkan punggungnya duduk bersebelahan dengan Syahira yang sedang tekun menonton rancangan kartun di televisyen.

“Adik ni, tak ada kerja lain.Siang malam tengok kartun, kartun, kartun,” kata Syafika sambil mendakap tubuh Syahira,

Syahira ketawa kecil sambil cuba mengelak dari dakapan Syafika.Dia merasa lemas dengan dakapan Syafika yang menganggu tumpuannya untuk mengikuti jalan cerita kartun yang sedang ditontonnya.

“Adi anak maksu pun macam tu juga. Kartun memanjang,” kata Syafika.

“Tadi ada orang dari pejabat unversiti tempat Fika belajar telefon rumah. Dia tanya Fika berminat tak nak kerja sementara di universiti,” kata Noraini.

“Naklah Ma.Mestilah nak,” kata Syafika dengan nada teruja.

“Ma ingat awak tak minat kerja di sini. Kan Haikal dah janji nak tolong carikan Fika kerja di Kuala Lumpur,” kata Noraini.

“Ma ni macam tak suka aja Fika duduk di sini buat sementara waktu. Nampak sangat macam Ma nak suruh Fika duduk jauh-jauh dari keluarga,” Syafika berkata dengan nada sedikit merajuk.

“Bukan. Tak ada sikit pun dalam hati Ma perasaan macam tu. Ibu mana yang tak sayangkan anak.Awak tu belum ada anak lagi memang tak tau perasaan emak terhadap anaknya. Cuma Ma faham bila kita jadi emak ni, sayang macam mana pun kita pada anak kita satu hari nanti dia akan tinggalkan kita juga. Kalau boleh memang Ma nak Fika dan Haikal duduk sekali dengan Ma lepas awak berdua nikah nanti.Tapi duduk di kampung ni kerja apa sangat yang ada. Kalau Fika boleh pujuk Haikal untuk kerja dan menetap di Kota Bharu Ma memang setuju sangat,” terang Noraini panjang lebar.Dia tahu memang Syafika berjiwa sensitif.

“Alah Ma ni.Fika tak pernah fikir pun yang Ma tak sayangkan Fika. Fika saja bergurau dengan Ma aja tadi,” kata Syafika memujuk ibunya.

“ Masa di Kuala Lumpur pun Fika ada cakap pada Haikal kalau boleh Fika nak duduk dengan Ma setahun dua dulu sebelum kami bernikah. Bukan apa, rasa tak sampai hati nak tinggalkan Ma, abah dan Syahira,” kata Syafika.Sejuk hati Noraini mendengar kata-kata Syafika

“Haikal jawab apa? “ tanya Noraini.

“Dia macam tak berapa suka. Kalau boleh dia nak Fika terus kerja di Kuala Lumpur. Dia nak kami bernikah secepat mungkin,” kata Syafika.

“Hmm, “ Noraini menjawab ringkas. Perasaanya sebagai ibu ternyata berbelah bagi. Dari satu segi dia keberatan untuk melepaskan anak kesayangannya pergi tapi dari segi yang lain pula dia sedar di mana duduknya isteri kalau tidak di sisi suami.

“ Hairan juga kalau universiti tu nak ambik Fika kerja kenapa tak telefon Fika aja. Kenapa telefon rumah pulak,” tanya Syafika.

“Manalah Ma tau,” jawab Noraini.

Tiba-tiba Syafika teringat yang dia telah mematikan telefonnya sebaik sahaja dia nak tidur pagi tadi.Dia tidak mahu diganggu dengan panggilan telefon di pagi hari.Syafika lantas berjalan ke bilik mengambil telefon dan menghidupkan telefon. Beberapa pesanan masuk sebaik sahaja telefon dibuka. Termasuklah satu panggilan telefon dari nombor universiti dan beberapa mesej dari Haikal.

“Dia sebut tak jawatan apa nak ditawarkan?” Syafika bertanya pada Noraini.

“ Pembantu penyelidik kalau tak silap . Pembantu penyelidik di pejabat Profesor Amir.Ada ke nama Profesor Amir kat universiti tu. Pemanggil tu kata kalau berminat ada temuduga di pejabat Profesor Amir Isnin nanti pukul 9 pagi,”terang Noraini.

“Profesor Amir tak ada tapi Profesor Amri adalah, “ kata Syafika sambil tersenyum lebar.

“Mesti Ma teringatkan Amir Khan pelakon Hindustan tu. Sebab tu tertukar nama Amir dengan  Amri.Hihi,” Syafika tertawa kecil mengusik emaknya yang memang penggemar tegar filem Hindustan.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Syafika melangkah ke dalam pejabat pentadbiran dengan dada sedikit berdebar.Dia terasa peluh dingin membasahi bajunya.Sebaik sahaja melihat Syafika, pembantu  Profesor yang sedang menaip sesuatu di papan kekunci berhenti menaip dan memandang ke arah Syafika sambil tersenyum.

“ Ye. Boleh saya tolong?” kata wanita berusia dalam lingkungan 20an itu bertanya kepada Syafika.Dalam hati Syafika sedikit mencemburui wanita itu kerana boleh berhubung dan berhadapan dengan Amri setiap hari.

“Saya datang untuk temuduga jawatan pembantu penyelidik di pejabat Profesor Amri. Saya ingatkan saya salah tempat sebab saya tak nampak pun calon-calon lain yang hadir,” kata Syafika teragak-agak.

“Awak satu-satunya calon untuk jawatan ini,” kata pembantu Prof Amri sambil tersenyum

“ Masuklah. Prof Amri memang dah menunggu awak, “ kata wanita yang dia tidak kenal itu kepada Syafika.Seingat Syafika ketika dia berkunjung ke bilik Profesor Amri untuk menyampaikan undangan seminar dulu tidak ada pula perempuan muda ini. Mungkin jawatan baru diadakan, kata hati Syafika.

Syafika berjalan kearah bilik Profesor Amri yang terletak tidak jauh dari situ.

“Masuk’”Amri menjawab lembut sebaik sahaja Syafika mengetuk pintu bilik Amri.Walaupun ini bukanlah pertama kali Syafika masuk ke bilik pejabat Amri tapi kali ini dia merasa lebih gemuruh. Kalau dulu dia datang bersama Shikin kali ini dia datang berseorangan.Setelah apa yang berlaku di antara Syafika dengan Amri, Syafika merasakan lebih lagi gemuruh. Berpeluh tapak tangannya memegang fail berisi biodata dan transkrip peperiksaaan lengkapnya.

“ Kenapa pucat muka ni? Saya tak makan oranglah, “ kata Amri cuba menenangkan Syafika yang dilihat begitu gementar.

Syafika masih terus menundukkan mukanya.

Amri cuba mengenggam tangan Syafika.Cepat-cepat Syafika menarik semula tangannya.Dia bimbang jika kelakuan Amri itu diketahui oleh orang lain. Manalah tau pada ketika itu ada orang yang masuk ke bilik tanpa mengetuk pintu.

“Saya datang untuk temuduga kerja. Bukan untuk bermesra dengan prof, “ kata Syafika.

“Tak payahlah panggil prof. Bukannya tak kenal saya, “ kata Amri.

“Syafika terus menundukkan mukanya. Amri melepaskan genggaman tangannya dari tangan Syafika.

“ Ok. Fika panggil saya Prof semasa di dalam kampus. Di luar nanti jangan panggil saya prof ye, “ kata Amri.

“Abang saja panggil sayang sorang aja untuk temuduga ini sebab abang nak sayang aja untuk jawatan ini,” kata Amri

Straight to the point ye. Jawatan ni jawatan kontrak.Kontrak untuk setahun tapi boleh disambungdari setahun ke setahun. Gaji bulanan RM2,000 .Fika pertimbangkanlah samada nak atau tak jawatan ni.Abang berharap sangat-sangat Fika terima jawatan ini,” kata Amri.

“Nak tu memanglah nak tapi apa bidang tugas saya. Takut-takut tak mampu nak buat pulak nanti,” kata Syafika.

“Abang yakin Fika boleh dan mampu membuatnya. Abang menaruh keyakinan Fika memang seorang yang boleh diharapkan. Kerjanya mudah. Fika jadi pembantu abang dalam kajian yang abang sedang lakukan. Kita ada pasukan yang sedang buat kajian tentang kemiskinan masyarakat di Pantai Timur. Abang sebagai pengerusi pasukan penyelidik.Dari semasa ke semasa Fika akan diberikan arahan tentang apa yang perlu dibuat. Jangan risau, abang akan bimbing Fika,”kata Amri.

“Kalau macam tu saya setuju lah. Bila boleh mula bertugas?” Syafika bertanya. Cuba untuk seformal mungkin dengan Amri.

“Besok pun boleh. Fika isi borang kat luar tu. Pembantu saya tu nama dia Suriati.Fika minta borang dari Suriati lepas ni ye, “ kata Amri.

“Tahniah” kataAmri sambil menghulur salam kepada Syafika.Syafika merasa serba salah samada ingin menyambut salam dari Amri atau pun tidak. Akhirnya Syafika menyambut tangan yang dihulur Amri.

“ Jumpa lagi besok,” kata Amri apabila melihat Syafika mula berdiri  dan melangkah untuk meninggalkan bilik.

“ Kejap,” kataAmri sambil bergerak ke arah Syafika yang sedang hampir membuka pintu. Dengan pantas Amri mengunci bilik . Sebaik bilik dikunci dia terus mendakap Syafika yang sedang berdiri , lantas mencium pipi Syafika. Syafika terkejut dengan perbuatan Amri tapi dia tidak berdaya menolak. Sebaik sahaja Amri melepaskanSyafika dari dakapannya dia memandang wajah Syafika sambil tersenyum.

“Bang, ada kesan lipstick kat pipi abang tu. Kejap sayang lapkan, “ kata Syafika sambil membawa keluar tisu kecil dari beg tangannya dan menggosok pipi Amri yang terkena kesan gincunya.

Selepas yakin tiada lagi kesan gincu di pipi Amri, Syafika bergerak melngkah meninggalkan bilik Amri menuju ke arah meja Suriati yang masih lagi menaip sesuatu.Selepas mengisi borang seperti yang di minta oleh Amri sebentar tadi ,Syafika berjalan meninggalkan bangunan pentadbiran dengan hati yang berbunga.

Previous: Bab 25
Next: Bab 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.