Home Novel Cinta Cinta Bertaut Di Hujung Rindu
Bab 55

“ Fika, dah tak ada orang lain dalam dunia ni ke yang Fika boleh pilih untuk jadi calon suami Fika? Ma bukan apa, tapi rasa macam tak selesa bila menantu sama tua dengan Ma,” kata Noraini apabila Syafika memberitahu hasratnya ingin bernikah dengan Amri.

“Alah, budak tu dah suka apa salahnya,” kata Rahman ayah Syafika. “Bagus juga dapat menantu sebaya dengan kita, boleh jadi kawan pergi masjid,” katanya lagi sambil tertawa kecil.

“Ish, macam tak sesuai aja, “kata Noraini sambil mencebik bibir tanpa memandang wajah Syafika.

Syafika merasa kecewa dengan reaksi ibunya. Andai kata dia menerangkan sejarah panjang percintaannya dengan Amri, mahu pengsan ibunya.

Sebaik sahaja selesai membasuh pinggan dan mengelap tangannya Noraini dan Syafika bergerak ke ruang tamu rumah.Rahman sedang menonton televisyen.

Aqil ditinggalkan di rumah bekas mertuanya sepanjang Syafika berada di Kelantan selama beberapa hari. Walaupun Aqil nak mengikut Syafika balik ke Kelantan tapi Puan Salmah seolah merayu agar Syafika meninggalkan Aqil beberapa hari di rumahnya. Walaupun Haikal telah meninggalkannya  lebih 2 tahun hubungan Syafika dengan kedua-dua bekas mertuanya masih rapat. Aqil menjadi penyambung hubungan Syafika dengan mereka.

Tambahan pula kepulangan Syafika ke kampung untuk menyampaikan hasrat untuk bernikah dengan Amri.

Syafika telah menerangkan sedikit sebanyak siapa Amri kepada ibu dan bapanya namun banyak lagi persoalan yang bermain di minda ibu dan ayah Syafika. Bagi Noraini ibu Syafika, dia merasa gembira hati Syafika telah terbuka semula untuk menerima seorang lelaki menjadi suami.Noraini tidak ingin Aqil cucunya membesar tanpa seorang bapa yang boleh dijadikan contoh. Dari segi yang lain pula Noraini merasa sedikit kecewa dengan pilihan Syafika. Dia mengharapkan Syafika memilih bakal suami yang muda pengganti Haikal.

“Anak-anak dia semua setuju ke?”Noraini bertanya.

“Dia cakap anak-anak dia tak ada masalah. Semua setuju. Anak-anak dia dah lama suruh dia kahwin lain tapi dia cakap hati dia belum terbuka nak terima mana-mana perempuan sebagai pengganti arwah isterinya,” kata Syafika.

“Dah tu kenapa dengan Fika dia berubah hati pulak. Boleh terima Fika? “ soal Noraini.

“ Tak tahu,” jawab Syafika ringkas dengan gaya tersipu-sipu. Jelas di mata Noraini yang anak kesayangannya sedang dilamun cinta.Naluri keibuan Noraini menyatakan yang pilihan Syafika itu tepat tapi hatinya masih risau dengan lelaki baru yang akan menjadi sebahagian dari keluarga mereka.

Noraini bimbang dengan penerimaan anak-anak Amri terhadap ibu tiri baru mereka yang hampir sebaya dengan mereka.Noraini juga risau jika sekiranya Aqil terabai apabila Syafika berkahwin lain.Noraini turut  memikirkan kesan hubungan Syafika dengan bekas mertuanya.

Rahman menonton televisyen sambil memasang telinga mendengar perbualan antara ibu dan anak.

“ Ma tak kisah siapa pun pilihan hati Fika. Bagi Ma yang penting lelaki tu boleh beri kasih sayang kepada Fika dan Aqil. Soal umur tu Ma tak boleh nak komen apa-apalah.Dah selera awak lelaki berumur,” kata Noraini tertawa kecil.

Syafika menarik nafas lega apabila melihat perubahan mood Noraini yang kelihatan agak ceria.Jika tadi Noraini seolah-olah menolak pilihan Syafika tapi setelah melihat wajah ceria Syafika ketika menyampaikan berita ingin mendirikan rumahtangga dengan Amri hatinya menjadi lembut.Sudah lama dia tidak melihat wajah Syafika seceria sekarang.

“Doa Ma agar dia tak sia-siakan Fika.Ma dengan abah dah tua.Tak taulah berapa lama lagi Ma dengan abah akan hidup di dunia ini. Ma harap nanti bila kami berdua dah tak ada suami Fikalah tempat Fika bergantung.Kalau dia mensia-siakan hidup Fika tak ada siapa tempat Fika mengadu,” kata Noraini. Tiba-tiba dia merasa sebak memikirkan nasib anak perempuannya itu.

“Terima kasih Ma atas izin Ma.InsyaAllah Fika tidak buat keputusan yang salah.Fika dah solat Isytikharah dan memohon petunjuk dari Allah” kata Syafika sambil bangun dari duduk dan terus mendakap wajah ibunya. Kedua-dua anak beranak itu berdakapan sambil  mengalirkan air mata. Ayah Syafika yang mendiamkan diri sejak dari tadi hanya mampu melihat drama yang berlaku di depanmatanya.

Tak sabar rasa Syafika untuk menyampaikan berita baik ini kepada Amri.Syafika tahu Amri tertunggu-tunggu berita dari Syafika.

Sebaik sahaja mendapat kebenaran dan izin dari Noraini, Syafika terus masuk ke bilik dan menghantar mesej wassapp kepada Amri.

Mesej ringkas Syafika berbunyi “Sayang, Ma dah beri  lampu hijau’

Amri yang memang tertunggu-tunggu mesej dari Syafika seakan-akan ingin melonjak tinggi sebaik sahaja membaca mesej itu.Tapi memikirkan keadaannya yang ada sejarah serangan jantung dia hanya tersenyum lebar.

Dia merasa tidak sabar memberitahu berita gembira kepada ketiga-tiga anaknya Aizat, Liza dan Syuhada.Pada masa yang sama dia terbayang wajah arwah isterinya, Zurina. Dia langsung mengambil wudhu dan menunaikan solat sunat Syukur.Selesai solat sunat Syukur  Amri membaca Quran dan berdoa agar roh isterinya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Mata Amri tidak lena tidur walapun dia merasa mengantuk. Pelbagai kenangan lama datang semula di pemikiran Amri.Selepas bepusing ke kirii dan kekanan di atas katil Amri bangun semula .

Jam telah menunjukkan hampir pukul 4.30 pagi.Amri memasang lampu, turun ke tingkat bawah rumah banglo dua tingkat itu. Sudah lama perasaan sunyi seperti ini dirasakan oleh Amri.

Amri membuka semula album foto lama yang tersusun kemas di almari rumahnya.

Satu demi satu dia membelek gambar-gambar lama semasa dia dan Zurina sama-sama belajar di bumi Amerika. Dia membelek pula gambar-gambar kenangan semasa anak-anak mereka masih kecil. Dari gambar Aizat, Liza dan Syuhada semua diperhatikan.

Perlahan-lahan air mata membasahi pipi Amri.Rasa rindu yang teramat sangat menusuk ke jiwa Amri.Andai dapat diundurkan masa ingin sahaja dia kembali ke masa lampau.Dia akan perbetulkan segala kesilapannya ketika arwah masih hidup.

Sedar tidak sedar Amri terbuai dengan kenangan silam sehingga suara Azan Subuh memecah kesunyian di pagi hari.

Amri mengambil wudhu dan selepas menyarung baju melayu dan kain pelikat terus membuka pintu rumahnya untuk menuju ke masjid yang terletak cuma beberapa puluh  meter sahaja dari rumahnya.

Sebaik sahaja membuka pintu rumahnya ketiga-tiga kucing peliharaanya seolah-olah berebut mendekati nya.

“Comel, Koko, Kiki, tak lama lagi awak semua akan dapat mak baru,” kata Amri berkata dengan ketiga-tiga kucing kesayangannya.

Perlahan-lahan dia berjalan kemasjid dengan hati yang berbunga.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

“ Amri bin Abdul Majid, aku nikahkan engkau  denggan Nur Syafika binti Abdul Rahman dengan emas kahwin Satu Ribu Ringgit Tunai,” kata-kata jurunikah bergema memenuhi ruang tamu  rumah Rahman ayah Syafika.Semua mata tertumpu kepada Amri yang kelihatan tenang menjawab lafaz nikah .

“ Aku terima nikahnya dengan emas kahwin sebanyak yang tersebut,” jawab Amri dengan nada yang jelas.

“Sah?,” kata jurunikah sambil berpaling sekeliling bertanyakan kepada saksi-saksi.Kesemua saksi-saksi mengangguk-anggukkan kepala tanda pernikahan itu sah.

Syafika yang duduk bersimpuh  di penjuru ruang tamu sambil ditemani oleh Aqil mengucap syukur dengan selesainya majlis pernikahan.Airmatanya bergenang. Perasaan bercampur baur antara gembira dan sedih.Gembira kerana Amri sah menjadi suaminya.Sedih apabila teringatkan Haikal.sambil sebelah tangannya menyapu air mata, tangan kirinya mengusap-ngusap rambut Aqil yang setia menemaninya.

Shikin yang duduk di sebelah Syafika menolong mengelap airmata Syafika.

“Fika, kawal sikit rasa sedih tu.Nanti rosak make up kat muka. Buat letih aja aku make up kan kau separuh hari,’kata Shikin beria-ia cuba menenangkan Syafika.

Dalam hati Syafika rasa nak tergelak mendengar kata-kata Shikin.Sahabatnya yang tidak pernah jemu menemaninya di saat sukar dan senang.

Sebaik sahaja Amri dibawa menghampiri Syafika untuk istiadat membatal air sembahyang Syafika sempat menjeling kearah Amri. Akhirnya lelaki yang pernah bertakhta di hatinya sejak hampir 10  tahun yang lepas sah menjadi suaminya.Syafika mencium tangan Amri.

Aqil juga turut mencium tangan Amri.Anak- anak Amri Liza dan Syuhada bersalaman dengan Syafika, Shikin dan Noraini.Aizat anak lelaki tunggal Amri bersalaman dengan ayah Syafika.

Amri mengucapkan syukur yang teramat sangat kerana majlis telah berjalan dengan lancer.

“Fika, kau jangan aktif sangat ye.Prof tu bukannya orang muda.Hihi,” kata Shikin berbisik kepada Syafika.

“Ish, kau ni Shikin, ke situ pulak perginya,” kata Syafika sambil tersipu-sipu malu.

“Yerlah, manalah tau kan.Kau tugelojoh sikit, “ kata Shikin sambil tertawa.

“Pandai aja kau ni,” kataSyafika.

“Eh, mestilah pandai.Aku lagi banyak pengalaman dari kau kan.Aku lebih dulu makan garam tau,” kata Shikin.

“Yerlah, yerlah. Kau mana pernah nak mengaku kalah kan, “ kata Syafika sambil mereka berdua bergerak perlahan menuju ke meja utama untuk jamuan makan. Amri kelihatan berbual mesra dengan Rahman ayah Syafika.

“Shikin, terima kasih kerana menjadi sahabat yang baik selama ini. Pada masa aku jatuh kau banyak membantu aku. Kaulah satu-satunya orang yang tahu kisah aku dengan Amri,” kata Shikin.

“Aku ingat nak tulis novel berdasarkan kisah cinta kau berdualah, “ kata Shikin sambil tersenyum.

“Wah, nak jadi penulis novel pulak ye,” kata Syafika.

“Ye. Kalau aku tulis novel tu mesti jadi best seller kan. Mesti terjual beratus ribu naskah. Aku nak bagi tajuk ‘Cinta Bertaut Di Hujung Rindu”. Macam best aja kan tajuk novel aku tu,”kata Shikin.

Syafika tersenyum mendengar kata-kata Shikin.

“Fika, aku nak pergi kat anak dengan suami akulah. Kesian  dia orang menunggu lama kat luar tu,” kata Shikin agak tergesa-gesa.

Sebelum meninggalkan Syafika Shikin memeluk erat dan mencium pipi Syafika. Rasa sedih apabila melihat wajah Syafika. Rahsia Syafika hampir semua dia tahu tapi Syafika tidak tahu bahawa satu masa dulu dia pernah menaruh hati terhadap Haikal. Rahsia itu biarlah kupendam hingga ke akhir hayat, bisik hati Shikin.

Sebaik sahaja Shikin meninggalkannya Syafika terus berpaling ke belakang dan mendapatkan Amri dan Aqil. Tangan kanan  Syafika mengenggam erat tangan Amri  sementara tangan kir iSyafika mengenggam erat tangan Aqil anak lelaki kesayangannya.

Tidak ada kata- kata yang dapat menggambarkan kebahagiaan Syafika pada ketika itu.Benarlah kata orang tua-tua kalau jodoh tidak kemana juga.

 

SEKIAN

 

Previous: Bab 54
Next: Epilog

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.