Home Novel Komedi/Romantik Komedi Benar Aku Suka
Benar Aku Suka
Lily Js
7/3/2018 22:42:13
73,014
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 9

Wajah Adam tampak sugul dan larut dalam dunianya sendiri. Rifqi dan Dhafir melirik ke arah Adam yang tidak terkutik sedari tadi. Mereka risau melihat Adam yang hanya menyepikan diri. Adam yang mereka kenal sentiasa santai dan tenang. Malah lelaki itulah penyeri suasana mereka bertiga.


"Adam, awak sudah kenapa? kongsilah apa masalah awak dengan kami." ujar Rifqi mengambil berat.


"Benar Adam. Awak tak bestlah macam ini. Lagipun kami mahu Adam yang gila-gila. Betul tidak Rif?" ujar Dhafir seraya tergelak kecil.


Rifqi mengangguk. "Adam janganlah terlalu sentimental. Atau awak mahu kami panggil kak senior itu. Awak mahu?" Rifqi cuba memprovok. Dhafir hanya tersenyum senget.


Mendengar ugutan Rifqi yang kadangkala bersikap serius membuat Adam risau. Ikut kata hatinya yang galau mahu sahaja dia menghempuk kepala Rifqi dengan apa sahaja benda yang boleh digapai. Walau kata hati yang lain mahu mengiyakan ugutan gila-gila Rifqi. Adam mahu bertemu dengan Hana. Terlalu rindu menatap wajah cantik milik Hana. 


"Untuk apa awak memanggil dia, Rifqi?" Adam bertanya sinis.


Rifqi dan Dhafir tersentak melihat wajah tiada perasaan Adam. Adam pasti teruja setiap kali mereka menyentuh tentang perempuan itu. Mengapa kini Adam berubah angin? 


"Mengapa tidak? Awak dan dia baru saja bertemu janji. Berhentilah berlakon seolah-olah awak tidak menginginkan dia, Adam. Sikap awak menjengkelkan semua orang, tahu tak? jawab Dhafir sinis dan pedas.


Mata Adam menyala tajam merenung Dhafir yang terserlah sedang membakar emosinya. Dia tidak memahami Dhafir yang sering menimbulkan masalah dengan sengaja menyakitkan hati. Dia juga manusia biasa yang mempunyai batas kesabaran. Dia perlu menyedarkan Dhafir yang sedang merenungnya sinis.


"What's wrong with you, Dhafir? Why you always hurt me, huh?" soal Adam kasar. Adam sudah berdiri gagah di hadapan Dhafir yang memandangnya sinis.


Dhafir tergelak jahat melihat reaksi Adam yang mendadak agresif. Setelah itu matanya turut menatap tajam. Penuh muslihat dan kebencian yang dalam. Berbanding Rifqi, Dhafir lebih licik menyakiti hati Adam. Dia amat berpuas hati setelah berjaya menyakiti Adam. 


"Mengapa awak kata? Awak tanya diri awak, Adam. Awak selalu berlagak sebagai lelaki sempurna sehingga semua perempuan awak tolak. Tapi mengapa bila awak dengan perempuan berusia itu awak tidak menolak? Use your brain, Adam! Sedarlah bahawa awak dengan perempuan tua itu sangat tidak sesuai. Sikap awak sangat menjengkelkan saya." Dhafir meluahkan perasaan tanpa basa-basi. Dia tidak peduli dengan perasaan Adam. Sebelum terlambat dia harus menghalang Adam dari terus terlarut dengan perasaannya. 


"Awak yang perlu sedar diri, Dhafir! Nampaknya awak tidak faham apa ertinya cinta. Mencintai seorang wanita tidak semestinya mengenal usia dan wajah. Mencintai wanita berusia juga bukan suatu kesalahan tapi perbuatan awak yang suka menyakiti hati perempuan itu adalah suatu kesalahan dan kejam. Sedarlah, bahawa sikap awak lebih menjengkelkan sesiapa sahaja. Saya bersimpati dengan ibu bapa awak kerana melahirkan anak tidak sedar diri seperti awak. Awak sungguh menyedihkan, Dhafir." Adam membalas dengan perasaan berapi-api. Mujur dia masih mengawal emosi yang terluka dalam.


Mendengar ibu bapanya disentuh kedua tangan Dhafir lantas menarik kolar baju Adam dengan kasar. 


"Jaga perkataan awak, Adam. Jangan sesekali menyentuh tentang ibu bapa saya sebelum saya hilang akal. Awak faham?!" ujar Dhafir kasar dan hampir kehilangan kewarasan. Bergaduh dan melakukan kekerasan tidak asing pada Dhafir, malah salah satu kegiatan dia yang tidak bermoral.


"Jangan jadi gila Dhafir. Awak juga harus menjaga mulut awak dengan sebaiknya sebelum mulut dan fikiran awak yang busuk menjadi hitam-legam. Awak juga berhenti menyentuh tentang Hana. Dia perempuan yang tidak berdosa dan jangan libatkan dengan fikiran kotor awak. Ingat Dhafir ini ialah last warning saya!" jawab Adam. Lantang dan tegas. 


Adam melepaskan tangan Dhafir dengan kasar, walaupun mahu sahaja dia melepaskan sebuah tumbukan tinju di wajah Dhafir yang angkuh.


Rifqi yang menjadi pemerhati sedari tadi menjerkah Dhafir yang seperti kerasukan hantu jembelang. 


"Dhafir! Hentikan kegilaan awak. Awak jangan membawa sikap kurang ajar awak di sekolah. Sekolah tempat untuk belajar dan... dan untuk bersosial dengan sihat. Saya tidak memihak pada Adam atau awak tetapi sikap awak sudah melampau. Berhentilah bertengkar di sini," ujar Rifqi dengan sekuat hati. Melihat ketegangan di antara sahabatnya membuat dia merinding.


Dhafir mendengus kasar menentang pandangan Rifqi dengan tajam. Sahabat mereka yang paling muda dan jarang menentang namun pagi itu, Rifqi berani menentang dia malah mengajar dia. Tanpa sepatah kata dia berlalu dari tempat mereka berkumpul sebelum mengangkat jari telunjuk ke arah Rifqi sebagai amaran.


********* 


Adam mengeluh seraya mengangkat wajah ke arah Rifqi, sahabat dia yang memahami. "Rif, maaf kerana menyebabkan ketegangan sebentar tadi. Saya juga keliru mengapa saya bersikap keji pada..."


"Adam, relax... awak tak bersalah. Berhentilah menyalahkan diri. Dhafir yang memulakan pertengkaran itu. Dia harus sedar diri dari terus melayan sikapnya yang angkuh dan kejam," potong Rifqi. Dia sudah masak dengan sikap Adam yang mudah tersentuh.


"Benar Rif. Dhafir harus diberi pengajaran sebelum sikapnya yang buruk kembali seperti dulu. Tapi saya tidak faham, mengapa Dhafir membenci saya. Atau awak tahu mengapa Dhafir bersikap seperti itu?" Adam melirik Rifqi yang sudah bertukar reaksi.


"Sebenarnya... saya tahu tapi itu tidak menjamin seratus percent. Sebenarnya Dhafir membenci awak kerana... kerana iri hati. Dia selalu iri hati dengan awak. Apatah lagi setelah dia mengetahui gadis yang dia sukai meminati awak dalam diam-diam." 


Adam memandang Rifqi dengan wajah tidak percaya. Angkara iri hati, Dhafir mahu memusuhi dia? Tidak masuk akal. Di zaman modern masih ada remaja yang menyimpan perasaan iri hati. Adam bersimpati dengan sikap kebudak-budakan Dhafir.


"Saya tak kenal siapa perempuan itu. Ini tidak masuk akal. Mengapa Dhafir tidak berterus-terang, saya yakin masalah ini tidak akan timbul." Adam meluah kesal.


"Tak Adam. Dhafir tak mungkin memberitahu perkara sebenar. Dia mahu membantu pelajar perempuan itu untuk bersatu dengan awak. Walau itu menyakitkan hatinya." Rifqi turut kesal.


"Dia mahu membantu pelajar perempuan itu untuk bersama dengan saya? Saya bukan robot yang harus tunduk dengan kemahuan dia. Saya mahu berbahas dengan Dhafir. Dia harus tahu, saya tidak berminat dengan perempuan lain tapi saya hanya berminat pada seorang wanita."


Rifqi kagum dengan Adam yang mempunyai pendirian tetap. 


"Wanita itu Hana ya? Wahhh... bertuah sungguh gadis itu kerana berjaya menjerat hati jejaka terkacak di sekolah. Temu janji awak dengan Hana pasti romance?" soal Rifqi agak penyibuk.


"Romance? Itu hanya terjadi dalam mimpiku, Rif." 


"Hanya terjadi dalam mimpimu? Maksud?" Rifqi bingung. Wajah Adam kembali suram.


"Hana tidak mahu bertemu dengan saya. Tapi orang lain yang bertemu dengan saya," luah Adam. Kecewa.


Rifqi menepuk bahu Adam mahu memberi semangat. "Saya bersimpati. Tapi siapa gadis bertuah itu?"


"Gadis itu Hani. Adik kepada Hana." 


"What?! Hani? Gadis seumur dengan kita?" jerit Rifqi lantang dan menyebabkan Adam hampir kehilangan nyawa akibat terkejut. 


"Kenapa dengan dia, Rif?!" jawab Adam tak kalah lantang. Dia sudah lelah berlembut dengan Rifqi.


Previous: Bab 8
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lily Js