Home Novel Komedi/Romantik Komedi Benar Aku Suka
Benar Aku Suka
Lily Js
7/3/2018 22:42:13
73,043
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 13


Hana menolak pintu rumah berhati-hati setelah Adam menghantar dia di persimpangan rumah. Hana menegah ketika Adam berkeras mahu menghantar dia sehingga di hadapan rumah. Seorang lelaki kacak serta bergaya menghantar dia pulang hanya mengundang padah. Hana risau apabila ayahnya sudah berada di rumah dan mendapati dia balik lewat bersama dengan lelaki.


Harapan Hana punah ketika dia mendapati ayahnya sudah berada di ruang tamu rumah. Kedua pasang mata Harith tajam merenung Hana. Ayahnya dalam keadaan emosi.


"A... Ayah, ayah dah balik?" sapa Hana agak gugup. 


"Ayah sudah lama balik, Hana. Kalau bukan ayah di sini siapa lagi? Hana pula kenapa lewat balik?" Harith bertanya tegas. Hana tidak pernah balik rumah pada waktu malam.


Hana melihat jam tangan. Jarum jam hampir 7.30 malam. Hana tidak pernah balik selewat itu. Dia akan keluar rumah ketika bertolak ke sekolah, keluar pekan atau ke bandar yang berdekatan. Sudah tentu Harith akan menyiasat dia seperti pesalah yang tak professional. 


"Maafkan Hana, ayah. Tapi... Hana hanya keluar kat bandar berdekatan dengan kawan. Hanya itu," jawab Hana rasa gelisah. 


Hana, seorang gadis yang tidak reti menipu. Dia akan memberikan jawapan yang sebenar pada akhirnya. Namun mengenangkan wajah Adam, Hana bertekad tidak membocorkan perkara sebenar. 


"Ayah tak tanya Hana pergi ke mana tapi ayah mahu tahu alasan sebenar Hana balik lewat. Hana tak pernah seperti ini. Hana keluar dengan Rosse sekalipun Hana tidak pernah balik malam. Atau Hana ada urusan penting di luar sana?"


"Tak ada ayah. Tak ada apa-apa urusan penting. Hana juga tak ada alasan lain. Hanya itu," jawab Hana agak lurus. Sikapnya cukup difahami oleh ayahnya yang bersikap tegas malam itu.


"Siapa lelaki itu yang menghantar Hana balik?" Harith bertanya soalan cepumas.


"Lelaki? Ayah tahu ke?" jawab Hana. Terkejut sehingga membuka pekung di dalam dada.


"Benar Hana. Siapa lelaki itu yang menggunakan kereta mewah?" soal Harith lagi dan menyebabkan Hana terjerat dalam sangkar.


"Lelaki itu... Lelaki itu hanya teman biasa Hana, ayah." Hana menjawab terpaksa. Sungguh Hana bukan gadis licik yang licik menyembunyikan hal peribadi. 


"Hanya teman biasa? Hana yakin tidak sedang menipu ayah," ujar Harith masih nada tegas dan menakutkan.


"Benar ayah. Hanya teman biasa. Hana masih belajar dan untuk apa Hana menerima lelaki dalam hidup Hana." Sekali lagi Hana cuba merahsiakan isi di hati. 


Merenung wajah lembut Hana yang seperti tidak berdosa. Harith melepaskan keluhan. Dia merasa lega apabila Hana tidak mempunyai hubungan istimewa dengan lelaki lain. Harith risau perjodohan Hana dengan anak lelaki sahabatnya bermasalah apabila wujud orang ketiga. 


"Eloklah kalau Hana sedar. Malam esok kita akan ke rumah majikan ayah. Hana tiada alasan untuk menolak. Anak sahabat ayah nak sangat bertemu dengan Hana."


Hana terpempan dengan arahan ayahnya. Harith akan membawa dia berjumpa dengan lelaki asing itu. Ayahnya sudah melampau tapi bukankah Hana sudah bersetuju dengan perjodohan itu. Hana merasa kesal, sakit, marah dan semua rasa itu bergaul dalam satu rasa.


Mengapa dia bertindak bodoh ketika itu tanpa memikirkan kesan panjang?


*****


Hana merenung penampilannya di hadapan cermin. Hana tidak senang hati walaupun dress berwarna cerah itu tampak sesuai di tubuhnya yang langsing. Hana membenci akan semua yang bakal terjadi. Malam itu Hana akan bertemu dengan bakal jodohnya. Hana merasa kesal dengan percaturan jalan hidupnya.


"Cukup-cukuplah kakak merenung cermin. Kakak sudah cukup cantik dan menggoda di mata lelaki. Saya yakin bakal suami kakak terpesona dan mungkin akan mengajak kakak untuk berkahwin dengan segera. Bukankah itu berita baik?"


"Hani berhenti bercakap tak masuk akal. Adik fikir kakak suka ke perjodohan ini? Kakak tak suka, tahu tak?"


Hani tersenyum sinis. "Mengapa Kakak tak melarikan diri kalau benar tak suka? Kakak juga nak sangat bersetuju dengan perjodohan ini. Atau... Kakak sudah berubah hati dengan lelaki muda itu? Kakak sungguh melucukan, tahu tak?" jawab Hani sinis seraya tertawa. Ketawa yang menyakitkan hati. Hani puas hati melihat wajah resah Hana yang selalu penyabar dan baik hati.


Hana menggeleng melihat reaksi adiknya yang jauh menyimpang. Hana tak faham mengapa Hani terlalu membenci dia. Hana sudah berusaha membantu adiknya untuk mendapatkan tempat di hati lelaki itu namun apabila takdir menyatakan sebaliknya, Hana hanya mampu pasrah. Jalan cerita mereka mengelirukan namun Hana percaya di sebalik awan gelap itu ada cahaya terang yang sedang menanti.


"Kakak lelah bersoal jawab dengan adik. Sudahlah... keluar dari kamar kakak. Kakak taknak awak ganggu kakak." Hana memilih berdiam diri dan bertabah. 


"Kakak tidak perlu mengusir saya. Saya akan keluar tapi sebelum itu saya nak ingatkan kakak, pilihan ayah untuk menjodohkan kakak dengan lelaki kaya itu adalah pilihan terbaik. Kakak harus sedar, kakak dengan lelaki mentah itu jauh berbeza. Kalau ayah tahu kakak fikir ayah senang hati? Kakak pun tahu apa penerimaan ayah." 


Kedua kaki Hana lemah seusai mendengar teguran Hani yang panjang lebar. Mengapa pilihan yang berada di hadapan Hana selalu bertentangan dengan kemahuan hati.



"Makanlah nak Hana. Usah malu-malu... Buat rumah Mak cik seperti rumah Hana," sapa seorang wanita berusia namun masih kelihatan menawan. Kekayaan dan gaya hidup sihat mengekalkan wanita itu masih kelihatan cantik dan bergaya. 


"Baik Mak cik. Terima kasih..." jawab Hana sopan-santun. 


"Hana... usah memanggil saya Mak cik. Panggil mama saja. Itu lebih manis, Hana."


"Err... baik mak err... mama. Terima kasih mama kerana melayan Hana dengan baik," balas Hana agak polos dan gugup. Dia merasa kekok berbicara dengan wanita moden itu. 


"Nak Hana, sudah tentu mama akan layan Hana dengan baik. Lagipun Hana juga sebahagian keluarga kami. Betul tak Nurhan sayang?" 


Nurhan tersenyum nipis. "Benar mama. Hana dan saya bakal bertunang, itu sudah tentu." Nurhan menjawab sambil merenung Hana dengan tajam.


"Hana sedang buat apa sekarang? Belajar atau kerja?" tokok Nurhan dengan nada formal. 


"Saya masih belajar encik Nurhan," jawab Hana ringkas dan menyebabkan lelaki tampan itu tergelak. 


"Oh Hana... Saya belum tua, berhenti memanggilku seperti itu. Panggil saya apa saja Hana asal bukan panggilan encik."


"Baiklah a... Abang Nurhan. Saya takkan memanggilmu seperti itu lagi. Maaf... Saya sudah membuat awak tersinggung." Hana menjawab sopan walaupun dia kurang menyenangi dengan renungan Nurhan yang sukar untuk difahami. 


"Abang Nurhan? Panggilan itu lebih sopan dengan usia seperti awak," jawab Nurhan dengan suara datar. 


"Nurhan, nak Hana... Ayah gembira melihat kemesraan kamu berdua tapi eloklah kita menyantap makanan ini dulu. Selepas ini kamu berdua boleh bersembang semula," ujar ayah Nurhan dengan lembut tutur kata. 


"Not bad, ayah." Nurhan menjawab bersahaja seraya tersenyum senget ke arah Hana. 


Nurhan tidak berpuas hati setelah hidupnya ditentukan oleh orang tua. Dia membenci takdir itu. Gadis kampung di hadapannya tidak sesuai dengan cita rasa Nurhan. Dia tidak mahu menjadi bahan ketawa oleh kawan-kawan. Nurhan sanggup melakukan apa sahaja demi menghentikan perjodohan kuno itu. 



Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lily Js