Home Novel Komedi/Romantik Komedi Benar Aku Suka
Benar Aku Suka
Lily Js
7/3/2018 22:42:13
73,024
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 12


"Sebenarnya... Saya juga suka awak, Adam. Saya tidak tahu kenapa... Tapi saya dah mula suka dan rindukan awak. Saya keliru dengan..."


"Hana... benar ke awak juga suka saya? malah merindui saya? Ya Allah... Hana, terima kasih. Akhirnya awak menyedari saya sungguh-sungguh cintakan awak. Saya sangat bersyukur awak juga cintakan saya. Terima kasih Hana. Saya sayang dan menghargai awak apa adanya," potong Adam terlalu teruja. Dia terlalu gembira dengan pengakuan Hana yang tidak diduga. Tanpa sepatah kata Adam cuba menarik Hana ke dalam pelukan.


Hana terpegun dengan tindakan spontan Adam. Dia tidak tahu harus menolak atau sebaliknya, namun Hana merasakan sebuah getaran yang hebat dan tidak pernah dirasai sebelum itu. Perasaan resah namun mendamaikan. 


Menyedari pelukan Adam yang semakin erat di tubuh kecilnya. Perlahan-lahan Hana meletakkan kedua tangannya di dada bidang Adam lalu mendongak ke atas mahu melihat wajah Adam yang sulit untuk digambarkan. Hana merasakan degupan jantung Adam yang pantas seperti mengejar sesuatu yang sangat indah. Kedua pasang mata Adam yang berwarna coklat terang merenungnya redup


"Adam sudahlah... saya tak mahu orang lain tengok kalau... Kalau..."


"Hmmm... kalau apa Hana?" ujar Adam romantis. Dia melepaskan pelukan dari tubuh Hana yang hangat dan terlalu sayang untuk dilepaskan namun dia harus sedar diri. Adam berjanji, dia tidak sesekali mengecewakan kepercayaan Hana terhadap dirinya. Dia akan menjaga hati Hana seperti mana dia menjaga nyawanya. 


Hana tersipu malu menatap renungan romantis Adam. Lelaki muda itu tidak segan-silu menunjukkan perasaan dia yang sebenar. Malah Adam kelihatan seperti lelaki dewasa yang sentiasa menawan hati dan mempertahankan buah hati. 


"Adam, awak tahu perbuatan ini salah. Kita berada di tempat terbuka dan... Dan kita bukan pasangan mahram. Ini dosa Adam," jelas Hana, polos. Dia merasa lega apabila Adam kembali waras. Dia juga merasa geli dengan perbuatan Adam, namun tidak dinafikan Hana merasa bahagia apabila berada di sisi lelaki itu. 


"Hana itu cuma sebuah pelukan pada gadis yang saya cintai. Tapi maaflah kalau saya membuat awak tak selesa. Saya janji takkan buat lebih-lebih lagi," ujar Adam seraya tersenyum kacak. Dia merasa bersalah kerana memperlakukan Hana seperti itu namun dia tidak boleh mengawal diri. 


Hana memandang sekeliling seraya mengangguk kecil. Dia merasa lega apabila kedudukan mereka jauh dari pandangan orang. Hana tak mahu menjadi popular angkara perbuatan yang tidak bermoral. Hana berharap Adam mengotakan janjinya. 


"Hana, kita sudah menjadi pasangan kekasih. Saya mahu kita boleh bertemu lagi. Boleh kan?" pinta Adam lembut sambil mencuit hidung mancung Hana yang tampak comel di sebelahnya. Dia mahu mencipta suasana romantis dengan Hana. Maklumlah dia lelaki romantis dan menjadi idaman setiap wanita. 


Hana tersenyum manis menerima layanan mesra Adam. Puji dan syukur kepada Tuhan kerana Hana mendapat lelaki yang terlalu mencintai dan menerima dia dengan seadanya. Jarak usia mereka yang berbeza bukan pengukur dan penghalang kepada sebuah perasaan yang indah. Hana akur dengan perasaannya apabila dia turut jatuh hati terhadap jejaka kacak itu.


"Maksud awak, kita bertemu janji?" jawab Hana dengan soalan. 


Adam tersenyum geli melihat wajah polos Hana yang seperti tidak tahu apa-apa tentang dunia percintaan. Dia sungguh bertuah kerana berjaya menjadi cinta pertama Hana. Adam bertekad dia akan mengenali dan menjaga Hana dengan seutuhnya. Malah hidupnya seolah-olah kosong apabila tidak menatap wajah indah Hana yang terlalu sempurna. 


"Kita boleh bertemu janji bila-bila dan di mana saja seperti di sekolah. Hana mahu?" jawab Adam sambil membaiki rambut Hana yang ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Adam suka membelai rambut Hana yang bukan sahaja wangi, hitam pekat, panjang dan lembut seperti kain sutera.


Hana lantas menggeleng. Dia tidak bersetuju dengan idea Adam. Bertemu lalu bermesra dengan Adam di sekolah umpama menjemput maut ke dalam hidup Hana. Adam jejaka muda dan bertindak semberono agak meresahkan Hana. 


"Hana menolak?" Adam merenung wajah Hana, keliru. Dia tahu Hana mementingkan sikap sederhana dalam perhubungan. Hana menyukai kemesraan tetapi tidak melampaui batas perhubungan sebagai pasangan kekasih. Namun sebagai lelaki, Adam mahu menunjukkan rasa sayang dia terhadap Hana. 


Hana mengangguk. "Adam, saya sebenarnya mahu tapi... bertemu awak di sekolah saya tidak boleh. Awak tak marah kan?" jawab Hana lemah-lembut. Hana berharap Adam faham dan bersetuju. 


Mendengar suara Hana yang lunak mampu meruntuhkan keimanan Adam yang liar. Gadis cantik dan polos seperti Hana adalah impian Adam. Dia terlalu memuja dan mencintai Hana sehingga dia sanggup menjadi pak turut demi menjaga dan menawan hati Hana yang murni.


"Boleh saja sayang... asalkan Hana menunaikan syarat saya." Adam memasang perangkap dan menyebabkan Hana keliru. 


"Syarat? Syarat apa?" Hana bertanya, bingung tapi comel. 


Adam tersenyum kacak lantas menundukkan wajah lalu berbisik syahdu di pendengaran Hana. 


Hana terpempan mendengar bisikan Adam yang menggoda. Jantungnya mengepam laju bagai dikejar sesuatu. Adam sudah gila kerana memberi syarat yang tidak masuk akal. Hana tidak mungkin menunaikan syarat gila Adam yang masih tersenyum menatapnya.


"Diam itu setuju, sayang..." ujar Adam membuat spekulasi sendiri. Tangannya menarik dagu Hana dengan lembut. Adam mahu menatap wajah cantik Hana yang sudah bertukar rona. Pemandangan indah dan selalu membuat hatinya terpanah.


"Err... awak... Awak tak ada syarat lain ke? Kerana saya tak mahu. Syarat awak dah mengarut," jawab Hana agak menggelabah. 


Adam tersenyum nipis menatap wajah merah merona Hana. Tanpa isyarat Adam lantas mengecup pipi Hana. Lama dan penuh perasaan. Hana terpegun dengan tindakan berani Adam. Sejenak dia terdiam seperti dipukau oleh sang putera raja. 


"Hana sayang, jangan pernah menolak saya dengan lemah-lembut. Awak hanya menggoda saya sebab awak adalah kelemahan saya," luah Adam romantis dan memecahkan kepatungan Hana.


Hana mencebik bibir. What? Adam baru sahaja mengecup pipinya tanpa kerelaan dia dan kini Adam menuduhnya sebagai penggoda. Sungguh minda Adam bermasalah dan malangnya dia terlewat menyedari. 


"Bila dan siapa yang menggoda awak, Adam? Saya... Saya bukan penggoda, awak tahu tak?" balas Hana yang berkecil hati. 


Tangan Hana menyapu pipinya yang menjadi mangsa ciuman Adam yang tidak betah mengawal diri. Mungkin Adam kerap bercumbu dengan perempuan lain dan kini melampiaskan pada dia. Fikir Hana tidak menentu.


"Dari dulu awak sudah menggoda saya Hana... sehingga detik ini." Adam menjawab nakal sambil tersenyum bahagia.


Mendengar jawapan bersahaja Adam membuat Hana menarik muka. Merasa geram dengan reaksi Adam yang kini menjadi teman lelakinya yang sangat nakal.


Adam tertawa riang melihat wajah merajuk Hana yang comel. Hana, gadis cantik yang selalu menguji keimanan Adam. `Syarat' dia pula akan ditunaikan bila waktunya tiba. 


"Usah berkecil hati Hana, atau saya akan melakukan syarat itu. Mahu?" Adam mengugut Hana yang masih tidak memandang wajahnya. 


Hana pantas menggeleng mendengar ugutan Adam yang sukar dijangka. Hana tidak mahu syarat Adam tertunai. Dia tidak mahu masuk ke dalam dunia Adam yang gila-gila. Melihat reaksi spontan Hana, Adam meleretkan senyuman bahagia. Petang yang hening itu menjadi hari yang paling indah dalam sejarah hidup Adam. 


Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lily Js