Home Novel Komedi/Romantik Komedi Benar Aku Suka
Benar Aku Suka
Lily Js
7/3/2018 22:42:13
73,021
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 5


Suasana kelas riuh-rendah dengan pelbagai gelagat pelajar. Merlin Adam dan dua jejaka muda tampak kecewa dengan 'game' yang dicipta oleh mereka. Mereka tidak menjangka Adam menjayakan cabaran dengan mudah. Senyuman kejayaan Adam tidak pupus dari wajahnya yang kacak. Pelajar perempuan melirik manja ke arahnya namun seperti selalu Adam tidak merasa tergugat. 


"Awak berdua sudah nampak gadis cantik itu damai bersama dengan saya. Saya bahagia bila dia tidak menolak berjalan berdua dengan saya," ujar Adam amat berbangga dengan kejayaannya. 


Dhafir dan Rifqi saling bertukar pandangan. Pandangan putus asa dan galau. Putus asa kerana tidak sampai 24 jam, Adam yang kacak dan gadis manis itu kelihatan mesra bersama. Galau kerana Adam mempunyai hasrat hati yang tersendiri. 


"Adam, awak tiada idea lain selain ayat yang sama awak ulang. Telinga saya dah berbulu tahu dengar ayat awak," ujar Dhafir sinis. Dia tidak suka apabila sahabatnya mesra dengan perempuan yang lebih tua dari mereka. Pendek kata, dia tidak mahu Adam jatuh di tangan perempuan lain.


"Saya menang dalam cabaran dan kenapa kamu berdua tidak happy dengan kejayaan saya, guys? Tolonglah bersorak untuk saya, kawan. Lelaki muda yang berjaya mendekati gadis yang kamu anggap batu," balas Adam mencuci telinga kedua rakannya. Dia tidak puas hati apabila rakannya yang musuh dalam selimut hanya memandang kosong ke arahnya. 


"Bravo... Adam kerana berjaya mendekati gadis tercantik di sekolah. Saya harap berkenalan awak dengan dia berjalan lancar seperti yang awak inginkan," ujar Rifqi pasrah terhadap kehebatan Adam. 


Mendekati dan berbual mesra dengan gadis manis itu adalah impian setiap jejaka, namun seperti selalu gadis itu gagal untuk didampingi. Adam, sahabatnya tanpa memakan masa yang lama tampak mesra bersama dengan perempuan itu walaupun mereka baru sahaja berkenalan. Rifqi kagum dengan karisma Adam, jejaka campuran mat salleh.


"Thanks Rifqi. Saya berdoa pada Tuhan supaya hubungan saya dan Hana lebih dari sahabat," balas Adam penuh makna. 


Rifqi hanya menjungkit bahu lalu tersenyum simpul. Manakala Dhafir mendengus kasar. Dia perlu melakukan sesuatu untuk menghentikan kegilaan Adam. Pada Dhafir berteman lalu bercinta dengan perempuan itu tidak bernas.




******




Hana merenung tajam ke arah Rosse. Geram dengan tindakan sahabatnya yang melulu. Dia tidak sabar mendengar alasan yang bakal dicipta oleh Rosse yang ada sahaja idea pelik, setelah itu dia akan mencuci telinga sahabatnya yang tekad meninggalkan dia dan Adam. 


"So what happened dear? He's good, right?"


Hana menjenggilkan mata melawan renungan Rosse yang bersinar dan duduk di sebelahnya.


"Rosse, apasal awak tinggalkan saya kat cafe? awak dah hilang akal ke apa? tahu tak saya menunggu awak seperti orang hilang akal," luah Hana geram tanpa mempedulikan soalan Rosse.


"Hana, maaflah... tapi saya cuma tidak mahu menganggu perbualan kamu berdua. Awak juga tahu lelaki itu sangat meminati awak. Hana, memberi peluang pada lelaki untuk menyayangi diri awak tidak salah. Saya yakin lelaki kacak itu mahu mengenali awak dengan lebih dekat. Bertenanglah Hana... Takkan awak mahu hidup menyendiri untuk selamanya."


Hana menarik nafas dalam setelah mendengar nasihat Rosse yang tidak dijangka. 


"Rosse nampaknya awak dah melalut. Saya dan lelaki muda itu sudah berkenal dan hanya berkawan seperti senior dan junior. Awak faham tak? Lepas ini jangan bertindak ikut suka hati awak." Hana meluahkan rasa kecewa terhadap sikap Rosse yang seperti tidak mengenali prinsip hidup dia.


"Maaf Hana. Saya tak berniat menyakiti hati awak tapi kali ini saya tak setuju dengan awak. Walaupun lelaki itu lebih muda dari awak tapi dia sudah matang. Hana, inilah masa awak untuk memberi peluang pada diri awak. Lagipun awak fikirlah berkenalan, berkawan lalu bercinta dengan lelaki itu adalah penyelesaian masalah awak sekarang," ujar Rosse panjang lebar bak seorang ibu yang menasihati anaknya yang bermasalah.


"Rosse, awak nampak saya seorang perempuan yang terdesak mencari pasangan ke? saya bukan perempuan seperti itu. Awak dah silap menilai saya." Hana berkecil hati.


"OMG...! Hana, saya mempersoalkan penyelesaian masalah awak. Bukan..."


"Jika bukan itu apa maksud awak, Rosse? Awak saja sakitkan hati saya kan?"


"Hana, please... jangan berkecil hati. Saya cuma awak fikir jika awak dan Adam mendapati serasi bersama. Tidak menjadi masalah awak memberi dia peluang Hana. Adam lelaki baik dan dia sungguh meminati awak. Masalah perjodohan awak dengan lelaki asing itu juga selesai. Seorang ayah tidak mungkin mengecewakan hati anak perempuan dia yang sedang bahagia dengan lelaki lain. Percaya pada saya, Hana."


"Idea awak mengelirukan saya, Rosse. Saya amat yakin ramalan awak tidak mungkin terjadi. Bersama dengan lelaki muda bukanlah pilihan saya. Saya lebih rela memilih hidup menyendiri dari memilih lelaki itu." Hana menyawab yakin.


"Awak sangat ego, Hana. Kalau awak tahu, cinta itu tidak mengenal usia Hana." Rosse membalas yakin seraya tersenyum kecil menatap wajah bingung Hana.


"Rosse, saya tak faham awak. Awak sahabat saya atau sahabat lelaki itu?" protes Hana tidak puas apabila Rosse seperti menyebelahi lelaki muda itu. 


"Sudah tentu awak sahabat baik saya, Hana. Awak usahlah risau. Tapi berbanding berfikir negative pada seseorang saya lebih suka berfikir positif, Hana. Especially seseorang yang boleh mendatangkan kebaikan pada diri kita. Mengapa tidak memanfaatkan lelaki itu selagi mampu, Hana." 


Hana tersenyum kelat mendengar penjelasan Rosse yang berfikiran terbuka dan membuat Hana berfikir dua tiga kali. 


Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lily Js