Home Novel Komedi/Romantik Komedi Benar Aku Suka
Benar Aku Suka
Lily Js
7/3/2018 22:42:13
73,008
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 15


Adam dan Hana pasangan setia yang sulit untuk dipisahkan. Mereka bagaikan merpati dua sejoli yang saling mengasihi, menyayangi dan menghormati. Adam menggapai tangan Hana lalu menggenggam erat. Semenjak Hana menerima dia sebagai teman lelaki, memegang mesra tangan Hana menjadi tabiat Adam. Dia suka memperlakukan Hana seperti itu, apatah lagi merasakan tangan Hana lembut dan hangat. 


"Adam, lepaslah... Tak elok dipandang orang," tegah Hana agak malu dan terdesak. Dia berharap Adam melepaskan tangannya. Hana resah berjalan bergandengan tangan dengan lelaki. 


Adam tersenyum kacak melihat wajah cemas Hana yang sentiasa menarik hati. "Hana, jangan kisah fikiran orang lain. Ini first date kita. Awak teman wanita saya dan tak salah saya memegang tangan awak," balas Adam bersahaja.


"Tak... Ini salah Adam." Hana membantah namun sempat dipotong oleh Adam.


"Hana, makanan kat sana enak. Jom..." ajak Adam sambil menarik tangan Hana supaya berjalan seiring dengannya. 


"Adam, awak nak beli kat sini. Boleh ke?" soal Hana agak ragu. Setiap kali Hana bersama dengan lelaki itu, Adam hanya membeli makanan yang enak dan mahal. Adam yang dikenali lelaki metroseksual, bukan sahaja menjaga penampilan diri tetapi menitikberat makanan yang lebih sihat. 


"Siapa kata Hana? Terkadang makanan yang dijual kat luar lebih enak tahu," jawab Adam tenang lalu tersenyum simpul.


Hana mengangguk setuju. "Itu benar Adam," jawab Hana singkat. Senyuman manis mekar di wajah cantik Hana. 


Adam terpana menatap senyuman manis Hana. Ingin rasanya dia mencuit pipi Hana yang putih kemerahan. Dia merasa geram melihat wajah cantik dan manis Hana walaupun Hana dua tahun lebih tua.


"Hana, jangan tersenyum seperti itu. Kalau tak..."


"Adam, awak belilah. Mak cik dah tunggu dari tadi," potong Hana lembut sebelum Adam melanjutkan kata-kata yang hanya memalukan dia mahupun lelaki itu. 


"Selamat pagi Mak cik manis... Saya nak chicken satay," ujar Adam sambil tersenyum ramah.


"Boleh... Berapa ya nak?" jawab peniaga wanita turut tersenyum ramah.


Adam tersenyum seraya membeli beberapa batang satay yang masih panas dan wangi, membuat Adam semakin lapar. Dia tahu Hana gemar makanan simple tapi menyelerakan.


*****


"Mom and dad mahu bertemu dengan Hana. Nak tak kalau saya bawa Hana jumpa dengan mereka?" tanya Adam lembut. Dia menatap wajah cantik Hana yang tidak jemu dipandang.


"Benar ke? Atau awak hanya bergurau?" soal Hana tidak percaya. Hubungan dia dengan Adam masih terlalu awal. Bertemu dengan kedua orang tua Adam membuat Hana cemas. Dia belum bersedia untuk bertemu dengan ibu bapa Adam. 


Adam menggeleng. Tangannya yang cerah membaiki rambut depan Hana. "Hanaku yang cantik. Saya tidak pernah bergurau dengan awak. Tapi... Jika awak belum bersedia saya faham. Saya menghormati keputusan awak. Cuma... bila masa sudah sesuai jangan terus menolak perlawaan saya, boleh?" pujuk Adam. 


Adam menghormati keputusan Hana. Dia bukan lelaki pemaksa pada wanita yang dia cintai. Asal Hana bahagia itu juga kebahagiaan Adam. Perlahan-lahan jemari Adam beralih ke pipi Hana yang sudah bertukar rona. Wajah Hana merah merona. Adam terbius menatap pemandangan indah itu. Wajah ayu Hana selalu menggoda jiwa lelaki Adam yang liar.


"Err... A... awak, awak nak buat apa?" tanya Hana polos dan gugup. Lelaki muda itu lelaki pertama yang berani menyentuhnya mesra.


Hana keliru. Tidak tahu hendak berbuat apa. Seluruh tubuh dan jiwanya gementar. Hana tidak pernah bermesra mahupun bermanja dengan mana-mana lelaki. Dia tertegun ketika Adam berani mati menyentuhnya dan ternyata telahan Hana benar...


Adam mendekatkan wajahnya pada Hana dan berhenti sejenak. Dia menatap mata redup Hana yang indah. 


"Tenang sayang... Saya hanya melakukan sedikit, hanya sedikit," bisik Adam dengan suara menggoda. Tak menunggu lama bibir Adam mendarat di dahi Hana. Dia mengecup lama sebelum mengangkat wajah. Dia tersenyum melihat reaksi Hana yang masih memejamkan mata mungkin terlalu shock.


Hana membuka mata. Dia tertunduk malu apabila mendapati Adam sedang menatapnya. Sebuah renungan yang sukar Hana fahami. Hana merasakan suatu perasaan indah namun mendebarkan seperti bila-bila sahaja nyawanya akan tercabut. Seteruk itukah cinta bila seseorang sungguh-sungguh mencintai dan menyayangi? 


"Hana, awak sangat manis dan... Tataplah mata saya kerana saya menginginkan awak, Hana." Adam merayu, romantis dan cool. Walau Tuhan yang tahu dia terlalu gelisah sehingga dia tidak mampu mengawal diri. Adam mahu menjadi lelaki dewasa pada Hana yang terlalu polos.


"Ja... jangan Adam. Hana tak mahu," ujar Hana menolak. Gelisah dan gugup apabila dia merasakan tangan Adam menarik lembut dagunya.


Adam tersenyum kacak dan terlalu sempurna di mata Hana. Menatap renungan Adam selalu menggoda hati Hana yang keras. 


"Maaf Hana... Saya, saya..."


Melihat Adam yang sulit menyusun ayat, perlahan-lahan Hana memotong ayat Adam. Dia tahu Adam kehilangan arah apabila semua yang dia lakukan adalah salah. "Awak boleh keluar dan bersama dengan saya, Adam tapi... Tapi awak tidak boleh menyentuh saya. Ingat hubungan kita tidak halal." Pesan Hana lemah-lembut. Rasa gementar dalam diri belum menghilang, namun dia mahupun Adam harus sedar diri sebelum mereka terlanjur. 


Adam mengangguk seraya tersenyum manis menatap wajah Hana yang masih waras. Tidak seperti dia yang bila-bila sahaja hilang kewarasan apabila tidak dihalang. 


"Terima kasih Hana. Awak sudah memberi saya kesempatan untuk bersama dan menyayangi diri awak. Saya cinta dan sayangkan awak, Hana. Sangat sayang..." Adam meluahkan rasa cinta yang lahir dalam jiwa. Luahan perasaan yang sering diulang, namun Adam tidak pernah lelah untuk mengulang kalimat itu.


"Saya juga... cinta dan sayang awak, Adam." Hana menjawab malu-malu mengakui perasaan cinta terhadap lelaki muda dan paling kacak di sekolah.


Mendengar pengakuan Hana yang jarang menunjukkan perasaan sebenar membuat Adam melayang-layang di awangan. Demi Tuhan, dia terlalu bahagia mendengar kata-kata cinta dari Hana. Wanita yang paling Adam cinta dan inginkan. 


"Benar Hana, awak cinta dan juga sayangkan saya?" soal Adam mahu kepastian walaupun tanpa kata-kata dia sudah cukup jelas. Dia dan Hana merasai perasaan yang sama iaitu "cinta."


"Err... Benar Adam. Hana suka awak. Hana tak tipu..."


Adam tersenyum melihat reaksi Hana yang comel. Dia terlalu teruja dan bersyukur kepada Allah kerana tanpa izin dari-Nya, Adam tidak mungkin berjaya singgah ke dalam hati Hana yang lembut. 


"Hana, mahu kita stay di kamar ini atau balik rumah?" soal Adam selamba sambil tersenyum nakal. 


"Hahhh... Stay Kat sini? Tak naklah. Hana nak balik rumah," jawab Hana spontan. Dia melihat jam tangan yang menunjukkan jam lima petang. 


"Okay Hana... Jom keluar dari sini." Adam mengajak Hana dengan lembut. 


Hana mengangguk. Dia tidak sabar keluar dari bilik hotel mewah. "Tapi... saya nak keluar dulu lepas itu awak menyusul saya. Boleh?" saran Hana bersungguh-sungguh.


Adam berfikir sejenak seraya mengerutkan dahi. "But why Hana?" soalnya agak pelik.


"Sebab saya tak mahu orang luar salah faham," jawab Hana agak lurus.


"Salah faham? Hana, awak berlawak ke?" Adam tertawa. Dia geli hati melihat kerenah Hana. 


Hana berkecil hati apabila Adam mentertawakan dia. Hana merasa was-was apabila dia dan Adam pasangan couple keluar masuk hotel. Hana tidak mahu dipandang serong oleh masyarakat. Dia tidak mungkin menginjak hotel dengan Adam jika bukan permintaan dari sahabatnya. 


"Jom keluar sayang..." Ajak Adam setelah menyedari wajah muram Hana. Dia menarik tangan Hana seperti selalu. Hana terpempan dengan tindakan Adam cuba menarik tangannya namun gagal.


"Biarkan apa mereka fikir, Hana. Kita berdua tidak melakukan apa-apa. Kita hanya..." 


"Cukup Adam," potong Hana tidak sanggup mendengar ayat Adam yang seterusnya. Adam mengusap kepala Hana yang wangi dan lembut setelah melihat reaksi pasrah Hana yang comel.


"Thank you and sorry, Hana." Pinta Adam tulus. Hana hanya tersenyum manis dan membiarkan Adam merangkul bahunya. Tanpa mereka sedari sepasang mata sedang memerhati kemesraan mereka dengan renungan nyalang. 


Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lily Js