Home Novel Komedi/Romantik Komedi Benar Aku Suka
Benar Aku Suka
Lily Js
7/3/2018 22:42:13
73,023
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 19


Berjalan santai di tengah kota raya yang sedang membangun pesat bersama dengan insan tersayang rasa lelah tidak terasa. Tertawa riang sambil saling bertukar cerita sehingga Hana tidak menyedari telefonnya berdering rendah yang disimpan di dalam crossbody bag atau beg silang. 


Seperti selalu Adam akan mengajak Hana berehat di sebuah kerusi yang disediakan di tempat awam. Kerusi awam yang disediakan haruslah digunakan dengan sebaiknya kerana siapa lagi yang menggunakan kemudahan awam itu jika bukan manusia di muka bumi ini. Hana hanya menurut dan cuba mengambil telefon di dalam beg.


Melihat beberapa kali miss call dari Rosse menyebabkan Hana rasa bersalah. Tidak membuang masa Hana lantas mendail nombor telefon Rosse. Hana merasa tak sedap hati selagi tidak dapat berbicara dengan sahabat baik. Adam pula hanya memerhati gelagat Hana yang tampak resah.


Setelah panggilan tersambut, Hana bertanyakan keadaan Rosse dan mendengar suara lemah Rosse semakin meresahkan Hana. Suara Rosse meminta pertolongan apabila rasa sakit di perut kembali menyerang entah yang ke berapa kali. Dia keliru apakah jenis penyakit yang kerap kali menimpa dia. 


Setelah mengetahui alamat Rosse yang berada di sebuah hotel dan terletak di bandar itu. Hana meminta diri kepada Adam. Sebagai sahabat, Hana tidak sanggup membiarkan Rosse bersendirian apabila gadis itu dalam keadaan sakit. Hana berharap Adam memahami situasi. 


"Hana, tunggulah. Saya akan..."


"Adam, saya kena cepat. Rosse sedang sakit Adam. Hana kena pergi..." potong Hana setelah langkahnya terhenti oleh suara Adam.


"Insya Allah Hana. Saya hanya nak hantar awak. Bertenanglah, okay?" ujar Adam dengan tenang. Tenang melayan Hana yang tampak galau. Dia tak mahu menambah perencah ke dalam mood Hana yang sedia galau. 


"Are you sure, Adam?" soal Hana. Dia sebenarnya tidak mahu menyusahkan lelaki berkulit cerah itu. Dia boleh pergi ke hotel itu dengan menaiki crab atau apa sahaja kenderaan. 


"Yeah. I'm pretty sure, Hana." Adam menjawab yakin seraya tersenyum lembut dan menyebabkan Hana menyerah.


Seusai pintu bilik hotel terbuka dari dalam, Hana terkesima melihat wajah pucat Rosse yang tampak tidak terurus. Rosse melemparkan senyuman tawar walaupun dia dalam keadaan lemah. Dia juga agak terkejut melihat kehadiran Adam di samping Hana. Dia tidak tahu Adam dan Hana sedang meluangkan masa bersama. Dia tidak mungkin mengganggu kedua insan yang baik hati itu jika dia sedia maklum. 


"Hana... baringlah dengan saya kat sini. Takkan awak nak berdiri bak tunggul kayu kat sana." Pinta Rosse lemah apabila dia hanya melihat Hana tidak berganjak dari tempatnya berdiri.


"Tak apalah Rosse. Awak kan sakit. Tak elok saya mengganggu awak. Awak tidurlah balik," saran Hana mengambil berat dengan keadaan Rosse yang menyedihkan. 


"Hana, sakit saya taklah teruk mana. Awak juga tidak mengganggu saya. Atau awak nak berduaan dengan Adam di ruangan itu? Kalau nak pergilah." 


Hana mencebik bibir mendengar rungutan Rosse. Mulut Rosse tidak reti berhenti membebel walaupun dalam keadaan lemah. Fakta tentang Rosse yang tidak boleh dipisahkan, suka membebel dan akhirnya Hana mengalah. 


"Rosse, sebenarnya awak sakit apa? Awak merisaukan saya, tahu tak?" tanya Hana. Tangan kanannya menyentuh dahi Rosse. Rosse bukan sahaja mengalami sakit perut tapi suhu badan juga panas.


"Hana, saya tak tahu tapi... Sejak kebelakangan ini saya sering mudah penat, sakit kepala, senak perut dan... Dan rasa loya. Saya tidak tahu apa semua ini." Rosse meluahkan rasa sakit yang dia alami dengan nada perlahan. 


Seusai mendengar luahan Rosse yang dialami membuat Hana tak sedap hati. Berasa loya dan pelbagai tanda lagi seperti yang diluah oleh Rosse, bukankah itu tanda-tanda... 


"Rosse, kalau saya tanya awak jangan berkecil hati. Bulan ini awak dah period ke?" soal Hana agak ragu-ragu. Rentak jantung Hana juga tidak teratur. Dia risau dengan jawapan yang bakal Rosse lontarkan. Walau bagaimanapun Hana kena terima dan redha dengan keadaan Rosse. Hana menganggap Rosse sebagai kembar walaupun mereka tidak seiras mahupun berbeza latar belakang keluarga. 


Hana menunggu respon Rosse namun tidak mendapat reaksi. Perlahan-lahan Hana mengangkat wajah ke arah Rosse berbaring. Dia melihat Rosse sudah terlelap. Maklumlah Rosse baru sahaja menelan ubat dan boleh menyebabkan mudah mengantuk. Rosse juga menolak apabila Hana dan Adam membawanya ke hospital. Lemah dan kerap jatuh sakit tidak elok untuk kesihatan tanpa pencegahan dari awal. 


Hana kembali berbaring sambil menatap wajah Rosse yang tampak lena. Wajah cantik Rosse selalu tampil ceria walaupun mempunyai rahsia gelap yang tidak mungkin ditinggalkan dengan mudah. Dahulu, sahabatnya pernah berkongsi tentang isi hati. Rosse jatuh hati dengan seorang jejaka, namun hubungan mereka tidak direstui oleh keluarga. 


Leka memikirkan sahabat karib, akhirnya Hana turut terlelap. Terlelap sehingga tidak menyedari jam kian menyinsing petang. Rosse tersedar dari tidur yang lena ketika telefon miliknya berdering. Dia menyambut panggilan seraya berganjak dari atas katil. Setelah selesai berbual di telefon, Rosse berkemas. Dia mahu beredar setelah insan yang ditunggu sudah berada di lobi hotel.


Sejenak, Rosse memandang sekujur tubuh Hana yang sedang diulit mimpi. Melihat sleeping beauty Hana, Rosse tidak sanggup mengejutkan Hana. Gadis berdarah campuran cina dan American itu yakin, Adam mampu menjaga Hana dengan baik. Rosse yakin Adam berbeza dari anak teruna di luar sana. 


Kenangan pahit manis itu terimbau di minda Hana. Dia ingin sekali menjelaskan kepada Nurhan yang tega menuduh dia sebagai perempuan nakal dan liar. Walau kenyataan Hana mudah tergoda apabila berada di samping Adam, apatah lagi berada di tempat tertutup. Lumrah manusiawi yang mudah terjebak dalam dosa apabila iman di dalam jiwa masih tipis. 


****


"Nurhan, bagaimana pertemuan awak dengan Hana?"


Nurhan memandang kosong wajah ayahnya yang baru sahaja selesai membaca newspaper terkini. "Saya mahu bernikah dengan Hana, ayah." Nurhan menyatakan hasrat hati dengan wajah serius. 


"Apa, bernikah?" soal Tuan Qasim agak terkejut. Selama ini anak bujangnya menolak namun mengapa kini Nurhan tidak sabar mahu mengambil Hana sebagai pendamping hidup.


"Benar ayah atau ayah pekak?" jawab Nurhan. Dia panas hati melihat reaksi ayahnya yang kelihatan hodoh di hadapannya. Bukankah itu impian ayahnya. Dia perlu menikahi Hana tanpa bantahan. 


"Nurhan, itu terlalu cepat. Ayah memang mahu awak mengambil Hana sebagai isteri tapi itu terlalu cepat, Nurhan. Ayah nak awak dengan Hana selesa terlebih dulu. Hana juga masih belajar." Nasihat Tuan Qasim, lembut. 


Nurhan tersenyum jahat mendengar nasihat ayahnya yang seperti tidak faham bahasa melayu. "Ayah sudah memaksa saya berjodoh dengan Hana tapi kini ayah menolak keputusan saya? Atau ayah mahu saya berkahwin dengan wanita lain? Itu yang ayah mahu?" tanya Nurhan. Nadanya masih tegas malah mengugut ayahnya.


Sekali lagi Tuan Qasim tersentak. Dia merenung wajah tegang Nurhan yang terkenal sebagai kepala batu. Dia tidak tahu bagaimana caranya lagi untuk melembutkan hati batu Nurhan. Sikap Nurhan tidak ubah seperti arwah ayahnya yang kejam. Tidak makan saman mahupun ambil peduli tentang perasaan orang lain.


"Baik Nurhan. Ayah akan berbincang dengan Harith. Awak tidak perlu berkahwin dengan wanita lain. Nurhan jelas?" ujar Tuan Qasim, tegas. 


Tuan Qasim mahu Hana menjadi menantu perempuan dalam keluarganya yang kecil. Hana anak baik dan taat pada agama. Hana boleh mengubah sikap keras Kepala Nurhan. Bila api bertembung air, lelaki tua itu yakin ada sinar bahagia yang sedang menanti mereka.


"Itu saya lebih jelas ayah. Ayah tidak perlu masuk campur dalam urusan saya. Ayah hanya perlu melaksanakan perkahwinan saya dengan Hana secepat mungkin." Nurhan menjawab sinis seraya tersenyum kecil. Senyuman yang sukar untuk difahami. 


"Sebelum kena nikah kena merisik dan bertunang dulu, Nurhan. Awak cubalah bersabar sikit," tegur Tuan Qasim seraya melepaskan keluhan. Lelah dengan minda Nurhan yang seolah-olah tidak berfungsi dan perlu di ubati dengan segera.


"Itu hanya membuang masa ayah. Saya... "


"Nurhan, sudah! Pernikahan bukanlah perkara mudah. Tidak seperti game di telefon. Lagipun untuk apa awak mahu bernikah tergesa-gesa dengan Hana, Nurhan? Awak membuat mama musykil." Puan Vanessa menegur Nurhan dengan suara lantang. Dia tidak menyenangi mendengar perbualan Nurhan dengan suaminya dari awal.


Nurhan tersenyum sinis melihat kemunculan puan Venessa di ruang tamu mereka. Mamanya seperti hantu di siang hari, pantas mengetahui aktiviti dia yang kurang sihat. 


"Mama juga kenapa bertanya soalan seperti itu? Jangan berfikir mama boleh menghalang saya lagi dalam urusan siapa pilihan saya. Mama dengar tak apa saya sampaikan?" 


Puan Vanessa semakin sakit hati melihat reaksi jahat Nurhan. Apa salah dia sehingga Nurhan melakukan dia seperti seorang ibu kandung yang keji. Pasti Hana mempengaruhi Nurhan selepas pertemuan mereka. Perempuan miskin yang tidak tahu malu, fikir Puan Vanessa menuduh melulu.


"Nurhan, apa yang Hana lakukan pada awak? Mama tidak izinkan Nurhan kahwin dengan Hana kalau tidak suka, sayang. Gadis kampung itu tidak sesuai dengan awak, Nurhan." Pujuk Puan Venessa dengan lemah-lembut.


Mendengar kata-kata Puan Vanessa membuat Tuan Qasim memandang tajam ke arahnya. Sanggup isterinya memandang hina terhadap keluarga sahabat dia semenjak dahulu. Nurhan yang menyedari reaksi ayahnya tersenyum jahat sambil menghampiri Puan Venessa.


"Siapa kata saya tidak suka Hana, mama? Dia adalah taste Nurhan. Dan... Mama bersedialah berperang dengan ayah," bisik Nurhan di pendengaran mamanya, sinis dan pedas. Nurhan memandang wajah marah mamanya sebelum berlalu sambil melepaskan tawa yang menyakitkan hati.


"Nurhan, anak bertuah. Sanggup awak mengkhianat mama. Mama akan pastikan awak menyesal kerana lebih memilih Hana dari memilih mama." Puan Vanessa berdesis marah dalam hati.




Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lily Js