Home Novel Komedi/Romantik Komedi Benar Aku Suka
Benar Aku Suka
Lily Js
7/3/2018 22:42:13
73,009
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 14


Adam menatap wajah lembut gadis yang berada di sebelah. Hana tampak muram dan seperti memikirkan sesuatu yang sangat berat. Melihat keadaan Hana memberi tanda tanya pada Adam. Jejaka kacak itu mahu Hana selalu dalam keadaan gembira mahupun dalam keadaan sihat. Adam tidak mahu melihat wajah kesedihan terlukis di wajah cantik buah hati. 


"Hana... awak tak sihat ke?" soal Adam dengan riak wajah risau. 


"Err... maaf. Saya sihat aje. Awak janganlah risau," jawab Hana agak hambar. Dia juga cuba menarik tangannya yang digenggam kemas oleh Adam walau dia tahu lelaki itu mahu menyenangkan dia melalui sentuhan.


"Awak tak boleh tipu saya, Hana. Dari wajah awak sudah menjelaskan, awak tak okay sebenarnya. Hana, saya boyfriend awak. Kongsilah dengan saya apa..."


"Adam cukup... Saya baik-baik saja. Perempuan juga sometimes memang macam ini. Awak janganlah berfikir banyak dan... boleh tak awak lepaskan tangan saya? Awak buat saya tak selesa, Adam." Pinta Hana agak terdesak. 


Adam melihat sekeliling seraya tersenyum nakal. "Di sini hanya ada kita berdua. Tak salahkan saya mahu bermesra dengan kekasih saya. Lagipun semakin awak menolak saya, awak semakin menarik hati saya, Hana. Jadi nikmati saja Hana..." Adam memujuk dengan romantik.


"Adam, awak dah gila ke? Kita di sekolah bukan tempat awak..."


"Awak banyak cakap Hana," potong Adam seraya membawa tangan Hana ke bibirnya dengan bersahaja. Adam mengecup lembut tangan Hana yang cerah. 


"Memang saya tergilakan awak, Hana. Crazy for your love. Your attitude, your face and anything about you. Saya mohon jangan terus menolak saya sebab awaklah kebahagiaan saya."


Mendengar luahan hati Adam yang menyeramkan namun meluluhkan hati yang keras membuat Hana tersenyum. Senyuman manis yang membuat Adam semakin bertambah gila. Hana menyatukan jemarinya dengan jemari Adam yang hangat. Dia lega asalkan Adam tidak bertindak melampaui batas perhubungan sebagai pasangan kekasih. Pendek kata, Hana menerima segala kekhilafan diri lelaki itu. 


"Terima kasih Hana kerana selalu memahami kemahuan saya," ujar Adam sambil tersenyum ceria. Tangannya tak lepas dari mencubit pipi Hana yang putih gebu. Dia sangat bersyukur mempunyai Hana yang bukan sahaja cantik tapi sanggup menerima segala kekurangan yang dia miliki. 


Hana mencebik bibir. Dia tidak menyenangi apabila tangan lelaki itu menyentuhnya sesuka hati. Dia harus selalu mencuci minda Adam yang seperti masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. 


"Hmmm... Maaf Hana. Abang janji taknak buat lagi." Adam memujuk Hana dengan lembut setelah menyedari perubahan raut wajah Hana yang cemberut. 


"Err... A...abang? Awak kata abang?" soal Hana dengan wajah keliru.


Adam mengangguk. "Benarlah `abang.' Ada yang salah ke?" jawab Adam turut memasang wajah keliru.


"Ya Tuhan, Adam... Saya lebih dewasa dari awak. Saya tak mungkin memanggil awak seperti itu. Awak juga tahu panggilan itu hanya sesuai untuk..."


"Hana please... Jangan berfikir seperti itu. Saya tak nafikan saya muda dari awak tapi tidak salah awak memanggil saya 'abang' walau saya muda dari awak. Lagipun saya kekasih awak dan mungkin... Mungkin suatu hari nanti kita akan berkahwin. Sudah tentu awak akan memanggil saya seperti itu. Tak boleh ke Hana?" jelas Adam dengan tenang.


Hana mengangguk kecil turut mengiyakan walau dia terkesima dengan harapan Adam yang masih terlalu awal untuk dicapai oleh akal. "Tak ada yang salah Adam tapi... Saya tak biasa, tak biasa panggil awak seperti itu. Maaf Adam," jawab Hana masih ragu-ragu.


"Baik Hana. Saya faham dan saya akan selalu menunggu awak," jawab Adam seraya tersenyum dan mengusap kepala Hana dengan lembut.


"Hana, keluar dengan saya hujung minggu ini. Nak?" Adam menatap dalam anak mata Hana yang berwarna hitam pekat.


Menatap renungan Adam yang redup membuat Hana tidak sanggup menolak. Keluar dan bersukari bersama Adam adalah impiannya. Lelaki kacak yang selalu membuat detakan jantung Hana tidak menentu setiap kali bersama dengannya. Hana tidak mungkin menolak apatah lagi, bila mengenangkan hubungan dia dengan Adam yang kian tidak jelas. 


"Meluangkan masa dengan awak pada hujung minggu, saya... Saya mahu Adam." Hana menjawab soalan Adam dengan pipi kemerah-merahan. Hana merasa malu namun dia tidak mahu melepaskan peluang itu. 


Melihat respond Hana yang comel membuat Adam tersenyum bahagia. "Thanks sayang... Cuma saya nak ingatkan berhenti menggoda saya jika tak..." 


"Jika tak awak nak buat apa?" soal Hana tertanya-tanya. Dia tahu Adam yang sentiasa cerdas dan cergas sengaja mengusik dia.


"Saya akan..." Adam masih berteka-teki. Dia suka melihat wajah resah tapi comel Hana yang semakin menarik hati. 


"Adam... Awak jahat, tahu tak?" Hana merasa geram Kerana merasa dipermainkan. 


"Hana relax... Saya hanya nak kiss tangan awak. Itu aje." Adam memujuk sambil mengulang perbuatannya. Mengecup mesra tangan Hana tanpa mereka berdua sedari dua pasang mata sedang memerhati gelagat mereka. 


Melihat wajah Adam yang semakin nakal, Hana cuba menarik tangannya. Hana kesal apabila Adam selalu memungkiri janji walau lelaki itu seringkali menabur janji. 




*****




Jemari Nurhan lincah bermain di atas telefon pintar. Dia terlalu taksub berbalas whatsapp dengan insan dikasihi. Malah di mana ada dia di sana ada smartphone yang semakin canggih mengikut arus pemodenan pada setiap tahun. 


"Chat dengan siapa sayang?"


"Oh ghost mom... Awak buat saya terkejut. Mama tekalah dengan siapa anak mama yang handsome ini chatting?" ujar Nurhan tersenyum-senyum.


"Dengan siapa ya? Mama tak yakinlah sayang cuma mama yakin bukan dengan perempuan kampung itu. Benar tak tekaan mama?"


Nurhan tersenyum nipis seraya menggeleng Kepala. "Kampung girl itu bukan taste Nurhan, mama. Dia tidak sesuai dengan cita rasa saya. Thanks ya mom kerana selalu support saya."


"Tenang saja sayang. Mama tidak buta menilai seperti ayah awak. Mama akan pastikan awak dengan perempuan kampung itu tidak bersama. Jadi beritahu mama dengan siapa sayang chatting? Farah atau Bella?"


"Not mom. Girl ini pasti mama suka. Dia anak orang berada dan dia juga gadis menarik, mama."


"Benar sayang? Nurhan sayang dengan perempuan menarik itu?" Soal Vanessa ingin tahu. Walaupun melihat wajah bahagia anak bujangnya sudah menjelaskan bunga-bunga cinta terhadap kekasihnya ketika itu terlalu dalam. 


"Yes mom... Nurhan sayang dan sukakan dia." Nurhan menjawab jujur seraya memeluk Vanessa yang tidak jauh darinya. Nurhan bersyukur mempunyai mama yang selalu menyokong keinginan dia, walaupun sudah beberapa perempuan yang menjadi bekas teman wanita Nurhan. 


"Kali ini sayang serius menjalinkan hubungan dengan kekasih Nurhan?"


Mendengar soalan wanita bekerjaya itu bagaikan durian runtuh pada Nurhan. Tidak ragu-ragu Nurhan mengangguk yakin. 


Vanessa tersenyum manis. Dia gembira akhirnya anak lelakinya mempunyai teman wanita yang mempunyai kekayaan tinggi. Dia sangat membenci apabila Nurhan dijodohkan dengan gadis kampung. Gadis kampung itu tidak setaraf dengan keluarganya yang hidup dalam kemewahan. 


Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lily Js