Home Novel Komedi/Romantik Komedi Benar Aku Suka
Benar Aku Suka
Lily Js
7/3/2018 22:42:13
73,047
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 7


Puan Lidia menyediakan pelbagai aneka juadah yang menyelerakan sebagai sarapan pagi mereka. Seperti selalu dia dan suami tercinta akan menunggu anak tunggal mereka untuk turun sarapan bersama. 


"Hi dad, mom... Good morning," sapa Adam ceria.


Pasangan suami isteri yang bahagia tersenyum mesra ke arah Adam. Mereka menjaga dan mendidik Adam bagai menatang minyak yang penuh. Cinta dan kasih mereka hanya pada Adam hingga hujung nafas mereka. 


"Good morning too, Adam." Puan Lidia dan Tuan Aysar Daniel serentak membalas. 


Adam tersenyum merenung kedua wajah orang tua yang dikasihi sepenuh jiwa. Dia kagum dengan sikap ibu bapanya yang saling mengasihi dan menghormati, walau umur mereka semakin lanjut. Mama dan papanya jarang bertikam lidah. Cinta yang agung telah membutakan mereka dari perkara yang tidak menyenangkan. 


"Kenapa ya pagi ini anak mama terlalu ceria. Mungkin ada yang special?" soal mama Adam seraya tersenyum manis.


"Benar Adam. You look smart. Adam nak pergi ke mana?" ujar Tuan Aysar Daniel atau lebih dikenali Aysar setelah bernikah dengan Lidia. 


Sepasang mata milik Tuan Aysar yang kian dimamah usia melihat penampilan Adam dari atas kepala sehingga hujung kaki. Adam berpakaian kemas tapi santai ditambah wajah kacak Adam yang umpama keturunan bangsawan dan perlu disanjung tinggi oleh masyarakat. 


Adam tersengih menatap wajah mama dan papanya yang tampak teruja. Teruja kerana tabiat hidupnya berubah. Adam yang lewat bangun pada hujung minggu mahupun berpakaian kemas pada awal pagi adalah luar biasa. 


"Oh yeah... mom, dad hari ni adam hang out dengan teman. Boleh kan?"


Puan Lidia dan Tuan Aysar tersenyum. Adam meminta kebenaran sebelum keluar rumah perkara biasa, tapi melihat senyuman dan sinar bahagia di mata anak lelaki mereka menimbulkan tanda tanya. 


"Boleh sayang... Tapi dengan siapa Adam keluar? Rifqi dan Dhafir?" tanya Puan Lidia mengambil berat tentang aktiviti Adam ketika berada di luar. Walaupun dia yakin Adam seorang pemuda yang baik dan bertanggungjawab.


Adam menggeleng. "Not mom. Hari ini saya keluar dengan special person."


"Oh ya... Special person? Maksud Girlfriend sayang?" jawab Puan Lidia takjub. 


Tuan Aysar hanya memerhati kedua anak-beranak yang mesra berbual. Dia merenung wajah anaknya yang semakin tampan. Wajah American style kian bercambah dalam hidup Adam. Tuan Aysar mahu anak lelakinya yang terlahir dari buah cinta dia dengan isterinya, mengikuti sifat isterinya yang baik hati dan bersopan-santun.


Tuan Aysar tidak mahu Merlin Adam mengikuti jejak hidupnya yang agak kelam. Melalui saat-saat kelelahan, tekanan perasaan yang melampau dan sebagainya. Mujurlah Allah sanggup menolong dia, malah pertolongan yang sangat indah. Dia bertemu dengan Lidia secara tidak sengaja ketika umurnya 30-an. Lidia mengubah hidupnya menjadi sempurna. 


"Girlfriend? Not mom... Tapi dia special person dalam hidup saya selain mama dan papa."


Puan Lidia dan Tuan Aysar tersenyum. Sebagai orang tua yang sudah berpengalaman dan makan asam garam dalam kehidupan mereka memahami hasrat hati Adam.


"Baik adam. Siapa pun perempuan yang istimewa dalam hati Adam, mama dan papa akan selalu doakan yang terbaik untuk Adam," ujar Tuan Aysar tulus. 


"Thanks ya dad, mom. Maaf ya hari ini saya tak boleh breakfast sama-sama."


"It's okay Adam. Jangan lupa kenalkan special person itu dengan kami bila dah berjaya nanti." Pinta Puan Lidia lembut. 


Adam hanya tertawa ceria. Dalam diam dia berdoa pada Tuhan semoga impian dia tercapai. Dia mahu memperkenalkan wanita istimewa itu kepada orang tuanya sebagai isteri masa depan.



******



"Adam..."


Mendengar namanya dipanggil oleh suara merdu yang amat dikenali tubuh tinggi Adam lantas berpaling ke arah belakang. Senyuman kacak dilemparkan pada gadis cantik itu yang menatapnya indah. Sebuah renungan terindah pada Adam. Siapa tidak merasa bahagia apabila bertentang mata dengan perempuan yang dikasihi. 


"Hana... Awak panggil saya?" soal Adam mahu kepastian. 


Hana mengangguk seraya tersenyum manis. "Maaf kalau awak terganggu tapi..."


"Hey, saya tak rasa terganggulah Hana. Saya happy awak sudi berjumpa dengan saya," jawab Adam agak cool tanpa mempedulikan mata kawan-kawan dia yang sedang memandang mereka. 


Hana tersipu mendengar kenyataan Adam. Entah mengapa semenjak pertemuan pertama mereka, pelajar kacak dan muda itu selalu membuat rentak jantungnya tidak menentu. Perasaan halus yang hadir di jiwa juga meresahkan Hana. 


"Hana, ada apa awak nak jumpa saya?" Adam bertanya santai setelah melihat Hana hanya mendiamkan diri. Kadangkala Hana kelihatan sangat polos dan sebagai lelaki, dia ingin menjadi lelaki sejati pada Hana. Adam mahu Hana merasa selesa apabila bersama dengan dia.


"Sebenarnya... saya nak jumpa awak kat luar. Awak mahu?" Hana ragu-ragu meluahkan.


Adam tampak terkejut dengan perlawaan Hana namun dia lantas mengangguk lalu tersenyum. Hana mengajak dia bertemu di luar bagaikan mimpi di siang hari. Adam merasa bahagia tidak terkata, walaupun itu bukan pertama kali perempuan mengajak Adam bertemu janji namun sudah berulang kali. Mujur, Adam bukan kaki perempuan tetapi dia hanya keluar dengan sahabat perempuan.


"Tentu saja saya mahu Hana. Awak kawan special saya dan saya sangat menghargainya." Menolak perlawaan Hana sama sekali tidak terjadi. Dia tidak mahu mengecewakan hati Hana, malah Adam menginginkan pertemuan itu.


"Thanks ya Adam. Jumpa awak di taman tema hujung minggu ini," ujar Hana ceria. Dia gembira apabila Adam tidak menolak. Hani pasti gembira mendengar berita baik itu.


"No need to thanks, Hana." Adam tersenyum kacak menatap wajah gembira Hana. 


Peristiwa di gate sekolah berlegar segar di minda Adam. Dia tidak sabar bersua muka dengan Hana. Berbual mesra, menikmati makanan enak dan bersiar-siar dengan Hana di taman tema yang mempunyai pelbagai tempat menarik. 


Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lily Js