Home Novel Komedi/Romantik Komedi Benar Aku Suka
Benar Aku Suka
Lily Js
7/3/2018 22:42:13
73,028
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 16


Nurhan mendengus kasar setelah melihat gadis yang kian menyentuh hatinya bersama dengan lelaki lain. Benarkah itu gadis pilihan ayahnya. Menjodohkan dia dengan gadis kampung yang sudah jelas sedang bermesra dengan lelaki lain apabila berada di belakang. Nurhan berasa dikhianati dan terhina apabila ditipu hidup-hidup oleh gadis kampung nan polos itu.


"Awaslah awak gadis kampung. Saya akan buat hidup awak menderita," desis Nurhan penuh amarah. Dia menggepal tangannya ketat. Penuh kebencian.


Camelia Ghaitsaa, gadis cantik dan seksi berada di samping Nurhan tersentak apabila dia tidak pernah melihat teman lelakinya dalam keadaan emosi, mahupun cuba mengutuk orang lain. Walaupun gadis menawan itu kurang jelas dengan keluhan kasar Nurhan sebentar tadi. 


"Nurhan, are you okay? You look angry but why?" soal Camelia dengan ingin tahu yang tinggi.


"Apa awak kata, saya okay? Awak nampak saya okay ke Camelia, Huhh?! Pekik Nurhan melepaskan rasa amarah tanpa peduli siapa yang berada di hadapannya ketika itu. 


Sungguh, kehadiran Hana dan seorang jejaka tampan bak keturunan dari diraja sangat mengganggu emosi Nurhan. Malah ikut kata hatinya yang sedang gila mahu sahaja Nurhan memberikan tumbukan jurus pada lelaki yang tega mengherot tubuh indah Hana di sebuah hotel terkemuka. 


Camelia Ghaitsaa melihat reaksi Nurhan yang mendadak berubah dingin dan kasar, memberi sejuta persoalan pada gadis modern itu. Gadis yang dipanggil manja sebagai Camelia bukan saja cantik menggoda tetapi turut mempunyai keluarga kaya-raya. Dia sakit hati apabila tiba-tiba Nurhan menengking dia dengan kasar. 


Salahkah, apabila dia ingin tahu keresahan yang mengganggu fikiran teman lelakinya? Dia juga sudah menyerahkan seluruh tubuh dan jiwa pada lelaki yang dicintai sepenuh hati. 


"Nurhan, awak menengking saya? Awak baru saja menengking saya di hadapan umum, Nurhan? Awak lelaki tidak berguna Nurhan. Lelaki tak mengenang budi setelah apa yang awak lakukan pada saya. Saya benci awak, Nurhan. Sangat benci!" luah Camelia lancar dan dingin sama seperti Nurhan yang sedang galau. 


Camelia menyesal menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki tampan tapi mempunyai sikap buruk yang tidak dijangkau. Tak membuang masa Camelia bergegas meninggalkan Nurhan yang tampak terpinga-pinga. 


Tubuh indah Camelia semakin jauh dari pandangan Nurhan. Tidak menyulitkan keadaan Nurhan berusaha mengejar sehingga lengan gadis itu berjaya digenggam, walaupun gadis menawan itu berusaha menepis. 


"Awak nak apa lagi, Nurhan? Tak cukup lagi ke awak nak sakitkan hati saya?" soal Camelia marah. Dia terlalu kesal dan membenci lelaki di hadapannya yang menatap dia dengan penuh penyesalan. 


"Camelia, bertenanglah... Okay? Okay, saya mengaku saya bersalah. Sangat bersalah pada awak tapi... Awak tak boleh buat saya macam ini. Saya menyesal dan... Dan saya insaf. Saya janji takkan mengulangi kesilapan ini kembali. Percaya pada saya, Camelia." Nurhan cuba memujuk rayu teman wanitanya sambil kedua pasang mata miliknya menatap wajah menawan Camelia yang dingin. 


"Percaya pada awak? Awak tidak cuba menipu saya, Nurhan?" soal gadis bergaya itu seraya tersenyum sinis.


Nurhan melepaskan keluhan berat. Camelia bukan gadis muda yang calang-calang. Wanita cantik, suka berfesyen, malah penggoda sesiapa sahaja lelaki hidung belang. Tapi siapa sangka Camelia juga berhati batu sama seperti dia yang bersikap ego. Mahu tidak mahu Nurhan perlu memujuk wanita keturunan elite itu.


"Camelia, apa yang awak mahukan sehingga awak kembali percaya pada saya? Untuk pengetahuan awak, saya tak pernah menipu mahupun mempermainkan perasaan awak. Awak satu-satu wanita yang saya cintai untuk selamanya," luah Nurhan dengan yakin tanpa memikirkan kesan buruk.


Camelia tersenyum sumbing mendengar pujuk rayu Nurhan yang sudah kuno. Dia bukan wanita bodoh yang mudah diperbodohkan oleh lelaki. Dari awal dia sudah tahu siapa Nurhan yang sebenar. Nurhan sama seperti lelaki lain yang mencintai dan menerima dia semata-mata harta dan darjat. Nurhan si lelaki mata duitan dan mata keranjang, namun Camelia masih menerima lamaran lelaki itu. Itulah kelemahan Camelia apabila dia benar-benar cinta dan tergilakan Nurhan. 


"Baik, saya akan katakan apa yang saya mahukan. Selepas itu awak jangan cuba menikam saya dari belakang, jika tidak awak akan mendapatkan upahnya. Awak faham apa saya cuba sampaikan, sayang?" soal Camelia masih sinis namun menggoda. Jemarinya yang lentik bermain di dada bidang Nurhan yang lebih tinggi dari dia. 


Nurhan menelan air liur mendengar penjelasan Camelia yang menawan tetapi menyeramkan. Namun dia bukan lelaki lemah seperti perempuan yang mudah terpedaya mahupun mudah diperbodohkan dengan mulut manis miliknya. Menjadi hamba kepada perempuan itu bukan diri Nurhan yang sebenar.


"Camelia, awak tidak perlu mengugut saya seperti itu kerana I am yours and you are my lady, right?" bisik Nurhan turut menggoda di cuping telinga Camelia. 


Mendengar suara jantan Nurhan yang parau dan hembusan nafas Nurhan yang sentiasa menggoda meresahkan Camelia. Malah dia membiarkan lelaki itu mengecup pipinya yang sudah kemerahan menahan gelora perasaan yang sedang panas membahang. 


"Nurhan, please stop it...! Sa... Saya tak mahu," ujar Camelia turut berbisik lirih sambil sedikit menjauh dari wajah Nurhan. 


Nurhan tersenyum jahat mendengar penolakan Camelia. Dia sudah menghafal sikap Camelia yang mempunyai nafsu buas malah selalu memuaskan nafsunya di atas ranjang. Dia tahu Camelia hanya pura-pura menolak. 


"Can't baby... Selagi awak tak katakan kemahuan awak supaya saya sedar di mana arah tuju hubungan kita yang indah ini," putus Nurhan tidak mahu mengalah.


Mendengar permintaan lelaki itu Camelia kembali menegakkan tubuh dan menatap dalam ke anak mata Nurhan yang hitam kecoklatan.


"Tetaplah di sisi saya, Nurhan walau apapun yang terjadi. Jangan pernah tinggalkan saya kerana saya milik awak dan... Awak adalah milik saya. Hanya milik saya seorang. Hanya itu permintaan saya, Nurhan." Camelia menjelaskan sambil tersenyum menggoda seperti selalu. Dia mahu memiliki Nurhan untuk selama-lamanya.


Nurhan terkilan mendengar permintaan Camelia. Namun seperti selalu dia adalah pelakon lelaki terhebat. Nurhan yakin dia akan merangkul anugerah pelakon lelaki terbaik pada setiap tahun seperti mana program di kaca television. 


"Great wish baby. Lagipun, untuk apa saya mahu meniduri perempuan seperti awak jika tak mengambil awak sebagai isteri masa hadapan saya, Camelia." Nurhan menjawab penuh makna tersirat. 


Camelia mengangguk yakin. "Thanks Nurhan kerana menerima saya dengan seadanya."


"Hmm... Just enough baby. So what for next step?" tanya Nurhan memasang perangkap pada wanita pemuas nafsu serakah. 


Nurhan tertawa kejam dalam diam. Di lubuk hati yang paling dalam, Nurhan hanya mempermainkan perasaan Camelia setelah dia puas merosakkan jiwa dan tubuh wanita itu yang tidak bernilai di matanya. Pertama kali menyentuh tubuh genit Camelia yang tidak virgin sangat mengecewakan Nurhan. Dia jijik dengan perempuan yang tidak reti menjaga maruah diri. 


Kini harapan Nurhan tertuju pada Hana. Gadis yang dikenali semenjak kecil, polos dan terlalu comel. 


"Please, go to the hotel room once again, Nurhan." bisik Camelia merayu dan gedik setiap Kali dia menginginkan Nurhan. 


"Menempah bilik hotel lagi? Asalkan sayang sanggup membayar bil. Saya tak kisah sayang," ujar Nurhan tidak malu menunjukkan belang sebenar. 


"Apapun yang awak mahukan saya sanggup lakukan, Nurhan."


"Benar? Apapun sayang sanggup?" soal Nurhan bahagia. Camelia hanya mengangguk sambil tersenyum menggoda. 


Nurhan tertawa. Tertawa jahat di dalam hati melihat respond baik Camelia yang tidak sabar menerkam dia. Gadis kaya nan bodoh itu terlalu mudah terpancing dengan lakonannya yang hebat. Tidakkah perempuan itu sedar yang dia mahukan hanyalah tubuh fizikal Camelia yang terdedah sini sana. Apatah lagi harta banda kedua orang tuanya yang kaya-raya.



*****


Lelaki separuh tua itu memandang Nurhan tajam. Dua hari satu malam anak bujangnya tidak munculkan batang hidung di rumah. Dia tidak tahu ke mana Nurhan menghilang selama itu. Tuan Qasim mahu penjelasan dari anaknya yang pulang rumah pada waktu larut malam. 


Nurhan hanya berlalu ke kamar apabila melihat renungan ayahnya yang cukup untuk difahami. Dia tidak mahu membuang masa berbual kosong dengan ayahnya. 


"Nurhan, inikah sikap awak pada orang tua? Pergi dan pulang rumah begitu saja. Awak fikir ini hotel ke yang boleh keluar masuk?" tegur Tuan Qasim tegas. Dia kesal dengan sikap Nurhan yang tidak pernah matang. Dengan ikatan sah di antara Nurhan dan Hana, Tuan Qasim berharap sikap anaknya berubah dengan lebih baik. 


"Saya tak mahu membuang masa bertikam lidah dengan ayah. Saya nak masuk kamar. Saya lelah ayah," jawab Nurhan bersahaja lalu meneruskan langkah mahu meninggalkan ruang tamu besar yang perlu dilalui menuju ke kamar bujangnya.


"Kalau awak rasa penat ayah lagi penat, Nurhan. Penat memikirkan semua tentang awak. Awak faham atau tidak Nurhan?" tegur Tuan Qasim sudah naik angin melihat reaksi anaknya yang tidak berasa bersalah. Suaranya yang kasar mengejutkan isterinya yang sudah lama diulit mimpi. Dia tidak faham mengapa Nurhan tidak menghormati dia sebagai ayah kandung.


"Kalau ayah rasa penat nak mampus. Ayah berhentilah merisaukan saya. Saya dah cukup dewasa untuk mempunyai cara hidup saya sendiri, ayah. Saya bukan hamba abdi ayah lagi. Itu ayah kena faham dan hadam! Oh ya sebelum saya terlupa, gadis pujaan yang ayah nak sangat jodohkan dengan saya, ayah yakin ke gadis kampung itu gadis suci? Atau mungkin sahabat ayah yang baik hati itu cuba menipu ayah. Maklumlah hidup mereka mis..." 


"Nurhan! Cukup, cukup! Awak sedar tak kata-kata awak sudah melampau. Dasar awak anak tak kenang untung!" potong ayah Nurhan. Tuan Qasim sudah berdiri tegak di hadapan Nurhan dan tangannya bakal mendarat di pipi anak lelakinya namun dihalang.


"Abang! abang nak buat apa dengan Nurhan? Abang cuba nak bunuh dia lagi ke?!" pekik Puan Vanessa penuh amarah. Dia tidak mahu mengalah lagi dengan suaminya yang selalu mendera emosi Nurhan. Entah dimana kesilapan anaknya sehingga suaminya membenci Nurhan.


"Vanessa, awak jangan masuk campur. Ini urusan saya dengan Nurhan. Awak tidak tahu apa-apa. Awak hanya tahu memanjakan Nurhan sehingga sikap anak awak tidak sesuai dengan umurnya yang semakin meningkat dewasa," jawab Tuan Qasim jelas dan tegas. Dia kembali duduk ke atas sofa. 


Nurhan merengus seraya mentertawakan ayahnya yang tampak kolot di matanya. Sejak dulu ayahnya adalah musuh utama Nurhan sehingga dia meningkat dewasa. Kadangkala Nurhan ragu-ragu adakah dia darah daging Tuan Qasim. 


"Terserah apa nilai saya di mata tua ayah. Namun yang jelas... Ayah kena jelaskan status sebenar gadis kampung itu. Kalau tak ayah kena terima akibatnya," ujar Nurhan dengan riak muka sinis dan bongkak. Tidak menunggu respon ayahnya yang membara-bara, Nurhan beredar membiarkan kedua orang tuanya ternganga. 


"Abang sudah dengar kan permintaan Nurhan? Permintaan Nurhan itu bernas abang. Abang kena jelaskan dengan segera status sebenar perempuan itu. Atau Nessa juga akan menolak keras dengan idea kuno abang," ujar Puan Vanessa agak mendesak.


Tuan Qasim melepaskan keluhan berat. Sekali lagi anak lelakinya menimbulkan masalah. Dia yakin Hana tidak seperti anak dara yang lain. Hana, gadis polos dan menghormati orang tua. Tidak mungkin gadis muda itu melakukan onar di belakang ayahnya. 



Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lily Js