Home Novel Komedi/Romantik Komedi Benar Aku Suka
Benar Aku Suka
Lily Js
7/3/2018 22:42:13
72,791
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 6


Hani merenung dalam wajah Hana yang sentiasa ada di sisi tidak mengira waktu mahupun situasi. Hani menyenangi sikap kakaknya yang bukan sahaja prihatin, malah memahami jika dibandingkan dengan ayah kandung mereka. Alangkah indah jika ibunya masih hidup, wanita itulah tempat dia mengadu.


"Hai kak... kakak sibuk memanjang je dari tadi. Kakak tak rasa penat?" tanya Hani sopan.


Hana tersenyum ramah ke arah Hani yang bersikap manja. "Rasa penat juga tapi siapa lagi buat kerja semua ini kalau bukan kakak. Ayah pula sibuk bekerja. Taknak pula susahkan ayah bila balik rumah nanti. Tuisyen hari ini okay tak?" soal Hana prihatin seperti selalu. Hani mengikuti kelas tuisyen yang berbayar.


"Okay je kak seperti selalu. Alahhh... saya kan ada. Saya boleh tolong kakak buat kerja. Kakak tidak perlu susahkan diri sangat. Kakak buat saya seperti adik yang jahat tahu," jawab Hani tidak menyenangi sikap Hana yang terlalu bekerja keras.


"Hani, siapa pula kata yang adik ini jahat? do not think negative, boleh? Lagipun lepas sekolah kakak di rumah saja. Kakak banyak masa terluang. Dari membuang masa elok kakak buat kerja di rumah. Tengok simple tak kerja kakak?" balas Hana ceria memujuk hati Hani yang mudah terluka.


Hani cebik bibir. Geram dengan sikap Hana yang ada sahaja jawapan dan menyebabkan dia mengalah. 


"Okay, okay kakak menang. Tapi kakak nak stpm tahun ini, kakak tak fikir yang buat kerja ini semua boleh menjejaskan masa untuk kakak belajar, buat revision dan sebagainya. Kakak tidak tekanan dengan semua ini?" soal Hani tidak puas hati.


Hana tersenyum mendengar kritikan Hani. Melakukan kerja di rumah tapi dalam masa yang sama dia juga seorang pelajar. Sudah tentu dia mahu keputusan yang cemerlang. Hana membuat jadual waktu belajar untuk membahagikan masa supaya dia boleh melakukan tugasan lain. Hana juga tidak mengikuti class tuisyen, dia tidak mahu membebankan ayahnya yang memerlukan wang.


"Adik, kakak tak merasa terbeban sebab kakak melakukan dengan rela hati. Adik dan ayah adalah kebahagiaan saya. Dunia kakak semenjak ibu pergi," jelas Hana penuh perasaan.


Hani mengangguk lalu tersenyum merenung wajah lembut Hana. "Adik faham kakak. Terima kasih kerana menjadi kakak terbaik pada Hani. Adik respect kakak." Hani memuji perwatakan Hana yang luar biasa. Dia tidak mungkin dapat menggantikan tempat Hana. 


"Sama-sama kasih adik. Adik cuma perlu usaha dalam pelajaran sehingga berjaya dalam hidup kelak," jawab Hana yang sentiasa menyokong Hani dari belakang. 


"Yes kak. Good luck sehingga kita jadi kaya-raya dan tidak susah-payah lagi dalam hidup." 


Hana tertawa mendengar harapan adiknya yang melambung tinggi. Menjadi kaya-raya bukanlah impian utama Hana tapi melalui hidup aman-damai di samping insan tersayang itu sudah cukup membahagiakan. 



******


Seusai menyiapkan santapan malam, Hana dan Hani ke ruang tamu untuk menunggu kepulangan sang ayah yang berusaha mencari nafkah hidup. Harith mempunyai dusun buah-buahan yang tidak seberapa dan memberi pendapatan yang tidak seberapa. Setelah itu dia akan bergegas ke tempat lain. Bekerja sebagai pekebun di ladang milik sahabatnya. 


"Kak, boleh adik tanya?" 


Hana mengangguk melihat wajah Hani yang ragu-ragu melontarkan soalan. Entah soalan apa yang bakal ditanya oleh adiknya yang berbeza malam itu. 


"Apa hubungan kakak dengan lelaki itu?" 


"Hubungan kakak dengan lelaki itu? maksud adik?" tanya Hana bingung.


Hani tertawa melihat kerutan di wajah cantik kakaknya. 


"Alahhh... kakak ni pura-pura dalam perahu lagi. Siapa lagi lelaki itu kalau bukan pelajar flower boy di sekolah kita. Kakak tak faham lagi maksud saya?"


Hana menepuk dahinya lembut setelah berfikir sejenak. Jejaka itu merunsingkan fikiran adiknya yang comel. 


"Ya Tuhan... kenapa adik meragukan hubungan kakak dengan lelaki itu? Dia tidak ada hubungan dengan kakak," jawab Hana yang agak tersentap dengan soalan Hani.


"Kakak tak ada hubungan dengan dia? kakak jawablah jujur. Lagipun gossip kakak dengan dia takkan tersebar luas kalau tidak benar." Hani tidak mempercayai kakaknya. 


"Adik, untuk apa kakak menipu? Memang kakak dan dia berkenal dan berkawan dan cuma berkawan. Apapun gossip yang adik dengar itu tidak benar. Malah ini mengejutkan kakak." 


Hana menjelaskan hubungan sebenar dia dan lelaki itu. Dia tak mahu Hani meragukan dia, setelah itu dia mahu Hani menjelaskan kepada kawan-kawan dia bahawa gossip itu hanyalah khabar angin.


"Okay. Saya percayakan kakak," jawab Hani seraya tersenyum lega.


Melihat senyuman bahagia Hani menimbulkan tanda tanya di minda Hana. "Tapi kenapa ya adik bertanyakan tentang lelaki itu? jangan-jangan adik ada hati dengan dia?" teka Hana lembut sambil tersenyum merenung wajah Hani yang sudah bertukar rona.


Hani senyum malu-malu setelah Hana mudah membaca isi hatinya yang tidak boleh dibendung lagi. "Kakak, dia terlalu kacak dan rasanya... rasanya saya menyukai dia. Mungkin ini melucukan tapi saya menyukai dia sejak dulu," luah Hani jujur. 


Hana tidak terkejut dengan pengakuan Hani. Memiliki wajah tampan dan mempunyai karisma yang sangat menarik, lelaki muda itu menjadi pujaan sesiapa sahaja wanita termasuklah Hani. Memendam perasaan terhadap insan yang sangat dicintai amatlah menyakitkan. Hana kagum dengan sikap penyabar Hani. Sabar menanti hatinya akan terbalas oleh lelaki dicintai.


"Adik dan dia sama bacth, kenapa tak berkenalan dan meluahkan perasaan itu pada Adam. Siapa tahu dia akan menerima adik. Lagipun, dia kan lelaki pemain hati wanita." Hana menasihati adiknya tenang.


"Kak, dia bukan lelaki seperti itu. I think... dia seperti kakak. Tak mudah menerima hati seseorang mahupun cuba mempermainkan seseorang yang tidak bersalah. Tak baik kakak menuduh dia seperti itu," protes Hani tidak berpuas hati dengan tuduhan melulu kakaknya. 


Hana terkesima. Benarkah jejaka itu bukan pemain cinta? Melihat Hani yang mendadak memarahinya memecahkan keraguan Hana terhadap sikap lelaki itu yang sebenarnya jujur.


Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lily Js