Home Novel Komedi/Romantik Komedi Benar Aku Suka
Benar Aku Suka
Lily Js
7/3/2018 22:42:13
73,016
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 8


Hana melihat jam tangan seraya meminta diri. Dia perlu beredar dari tempat itu sebelum lelaki muda itu muncul di hadapan mereka. Dia harus memberi peluang kepada adiknya untuk berduaan dengan Adam. 


"Adik, saya kena pergi sekarang. Kejap lagi Adam sampai. Adik kena tunggu dia di sini," ujar Hana lembut. 


Hani mengangguk namun dia risau dengan reaksi Adam. Adam setuju bertemu disebabkan Hana yang tampak ayu di tempat duduk. Namun setelah mengetahui rancangan sebenar mereka, mahukah lelaki itu bertemu empat mata dengannya?


"Kak, perlu ke kakak buat macam ini? Saya risau kalau... kalau Adam mencari kakak. Apa pula saya akan jawab nanti," ujar Hani risau.


Hana tersenyum melihat adiknya yang tampak cemas. Adam mencarinya? Tidak mungkin. Adam pasti bertanya tetapi hanya sekadar pertanyaan kosong. Dia yakin seusai menatap wajah Hani yang sudah berhias cantik, lelaki itu pasti melupakan dia dengan sekelip mata. Apatah lagi, lelaki lebih suka perempuan muda.


"Sayang, kamu terlalu cemas. Bertenanglah... Adik kena bayangkan yang hari ini hari special untuk kamu berdua. Adam takkan mencari saya. Kalau dia mencari sekali pun, adik berilah apa saja alasan asalkan adik bertemu dengan dia. Hani faham kan?" pujuk Hana tegas. Dia mahu Hani bertenang dan menikmati detik-detik yang bakal terjadi.


"Baik kak, saya faham. Terima kasih kerana telah banyak membantu saya. Kakak terbaik untuk saya," jawab Hani kagum dengan sifat pemurah Hana. Dia tidak sabar mahu bertemu dengan Adam. 


Hana tersenyum. "Ingat ini adalah peluang keemasan adik. Good luck sayang..." luah Hana seraya beredar dari tempat itu. 


Setelah meninggalkan tempat itu suatu perasaan tidak menyenangkan menyelimuti jiwa Hana. Apakah benar apa yang dia lakukan itu adalah yang terbaik? Atau hanya terbaik untuk adiknya? Tapi bukankah itu yang dia mahukan. Mahu mempersatukan dua jiwa yang asing. Hani juga merayu dia untuk bertemu dengan Adam. Setelah semua bakal terjadi, mengapa Hana merasa sakit seperti dia bakal dihempap batu yang besar.




*********




Mata Adam melilau di seluruh pelosok restaurant namun tidak menemukan susuk tubuh yang dicari. Putus asa lalu mengambil tempat duduk setelah dia melalui setiap meja namun wajah perempuan yang dirindui tidak ditemukan. Adam merasa kesal atas kelewatan dia selama 15minit dan menyebabkan Hana meninggalkan dia.


`Hana, awak di mana? Saya sudah sampai tapi awak tiada. Tak... takkan awak meninggalkan saya setelah saya lewat sampai. Maafkan saya, Hana. Saya sangat menyesal kerana membuat awak menunggu lama. Saya berjanji takkan mengulangi kesilapan ini lagi.' Bisik hati kecil Adam, kesal dan sedih. 


"Excuse me... awak Adam ya?"


"Err... Ya, saya Adam. Kenapa?" jawab Adam yang tampak terkejut.


"Awak tunggu Hana?" 


"Ya benar. Saya sedang tunggu Hana. Awak ini siapa?" soal Adam, bingung melihat gadis menawan itu.


"Oh maaf... Saya Hani. Adik Hana." Hani tersenyum manis menatap Adam. 


Adam mengangguk perlahan-lahan sambil menatap wajah ceria Hani yang setia tersenyum sedari tadi. Mungkin hobi gadis muda itu tersenyum sepanjang masa. 


"Maafkan saya. Saya tidak tahu yang awak ialah adik Hana. Tapi Hana di mana ya?" Adam bertanya sambil tersenyum.


"It's okay Adam. Hana tak dapat jumpa awak. Dia ada urusan lain. Dia meminta maaf," jelas Hani tenang. 


"Tak apalah saya faham. Tapi... urusan Hana penting sangat ke hingga tak dapat jumpa dengan saya?" soal Adam kecewa. 


Hani terpaksa mencipta cerita yang tidak wujud. Telahan dia benar belaka. Lelaki yang dia cintai dalam diam akan mencari kakaknya walaupun dia sudah berada di depan mata pemuda itu.


"Benar, urusan kakak saya lebih penting daripada berjumpa dengan awak. Awak juga kena faham, kakak saya lebih dewasa dari awak dan tidak ada masa untuk bertemu dengan awak." Hani menjawab angkuh. Dia sakit hati apabila Adam tidak mengendahkan dia.


Adam tersenyum senget mendengar jawapan Hani yang sinis. Dia cuma bertanya namun mengapa gadis anggun itu seakan-akan memarahi dia. Apa salah dia? Apakah benar dia adik kepada Hana. Gadis yang duduk di hadapannya sangat berbeza dengan Hana.


"Maafkan saya tapi saya cuma bertanya. Saya harap urusan penting Hana selesai dengan sempurna. Terima kasih kerana sudi datang dan memberitahu saya tentang Hana." Tidak membuang masa, Adam bangkit dari tempat duduk namun sempat dihalang.


"Awak duduklah dulu. Awak boleh bertanya apa sahaja tentang kakak saya. Saya tak kisah asalkan soalan awak tidak sukar. Dan... awak tak usahlah minta maaf, awak tidak melakukan apa-apa kesalahan. Saya yang harus meminta maaf. Maafkan saya, Adam." Hani pasrah dalam terpaksa. 


"Tak mengapa Hani. Tapi betul awak tak kisah?" jawab Adam, teruja. Dia tak sabar mahu mencungkil rahsia Hana dari Hani. 


Hani mengangguk kecil. Dia gembira melihat Adam tersenyum bahagia. Dari lubuk hati yang paling dalam, Hani terlalu kecewa. Adam tidak memandang dia walau dia sudah mengenakan mekap yang cantik dan seksi.


Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lily Js