Home Novel Komedi/Romantik Komedi Benar Aku Suka
Benar Aku Suka
Lily Js
7/3/2018 22:42:13
72,972
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 24


Adam dan Dhafir, dua jejaka kacak yang mempunyai character berbeza. Dhafir berwajah bad boy tapi di sisi lain mempunyai tarikan yang tersendiri. Manakala, Adam si jejaka tampan yang mampu memukau sesiapa sahaja wanita yang memandang. Apatah lagi, menatap senyuman Adam yang cool dan manis. 


Semenjak Adam putus hubungan dengan Hana, wanita yang dicintai setulus hati. Adam lebih terbuka melayan sesiapa sahaja perempuan yang ingin mendekatinya. Tidak kisah mahupun ambil peduli tentang kesan buruk. Adam hanya mahu berseronok semata-mata, namun menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana perempuan Adam tidak bersedia lagi. Mungkin cinta pertama adalah cinta terakhir Adam, walaupun jodoh mereka tidak berpanjangan.


"Adam, awak apa khabar?" soal Dhafir memecahkan kebisuan di antara mereka. Dia mengajak Adam berjumpa di luar setelah lama mereka tidak meluangkan masa bersama. Adam pula hanya menurut walau dia menolak keras pada awalnya. Perbuatan Dhafir terhadap dia dan Hana masih berdarah di hati Adam.


Adam tersenyum kecil. "Macam biasa, Dhafir. How about you?" Adam menjawab santai. Dia mahu menghilangkan suasana hambar dengan Dhafir yang sehingga kini menjadi kawan versus musuh Adam. Entah apa tujuan Dhafir mengajak dia keluar tanpa membawa kawan mereka, Rifqi. 


Dhafir turut tersenyum kecil menatap wajah Adam yang selalu santai dan menyenangkan seraya dia melarikan pandangan ke arah lain. "Saya pun baik-baik saja Adam. Syukurlah... Tapi saya nampak awak semakin berubah, Adam. Hmm... Kenapa ya?"


Adam mengerutkan dahi tanda bingung dengan persoalan Dhafir. Dia tidak berubah, dia masih Adam seperti yang dulu. Hanya sekarang dia kembali single tanpa perempuan yang perlu dijaga dan disayangi sepenuh hati. Apa natijah Dhafir mempersoalkan itu? 


"Apa maksud awak, Dhafir?" tanya Adam kurang mesra. 


Dhafir tersenyum sumbing. Dia tidak faham, mengapa Adam berpura-pura tidak mengerti atau sebaliknya. Sedangkan di mata Dhafir, sahabatnya sudah berubah. Walaupun ketampanan dan karisma Adam masih seperti dulu. Tidak berubah dan tidak dapat ditandingi oleh sesiapa sahaja jejaka. 


"Maksud saya, awak sudah tidak kisah keluar dengan mana-mana perempuan. Malah hubungan awak dengan... dengan Diana semakin akrab. Awak dengan dia ada apa-apa ke Adam?"


Adam tertawa mendengar penjelasan Dhafir yang agak menggelikan hati. Siapa sangka lelaki playboy seperti Dhafir menjadikan itu sebagai isu. Lelaki keluar bersama dengan perempuan bukanlah perkara baru pada Adam. Sejak dahulu, dia sering keluar dengan teman-teman perempuan. Kawan perempuan Adam berasal dari keluarga besar dan mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi. Rifqi mahupun Dhafir tidak mengetahui tentang kisah peribadi dia yang lain itu.


"Dhafir, sebenarnya apa masalah awak? Saya tak mahu membuang masa melayan soalan awak yang lucu. Oh ya, tentang Diana... sepupu awak yang comel. Awak jangan risau Dhafir kerana saya takkan menyakiti dia. Dia gadis baik tidak seperti awak yang banyak cabang, Dhafir." Adam sudah tidak berbasa-basi. Dia sudah lelah berteka-teki dengan lelaki licik itu.


Dhafir mengeluh seraya meneguk minuman caffee latte yang dipesan. Dia sedar sehingga kini, Adam masih membencinya walaupun di mulut lelaki itu sudah memberi kemaafan. Melihat aura dingin di mata Adam sudah memberi penjelasan, namun Dhafir tidak menyalahkan Adam kerana yang memulakan sengketa adalah dia. Kini Dhafir ada misi tersendiri, dia harus menjernihkan hubungan Adam dan Hana yang sudah keruh. Dhafir berharap ada sebuah keajaiban yang akan berlaku.


"Eloklah kalau hubungan awak dengan Diana baik dan akrab, Adam. Sudah tentu Diana ialah gadis comel dan berbeza dari saya. Tapi Adam, saya nak berbincang tentang Hana..." ujar Dhafir dengan nada tenang. Walaupun setiap kali memikirkan Diana, si gadis cantik dan comel itu membuat fikiran Dhafir kacau.


Mendengar nama perempuan yang acap kali dirindui membuat Adam terkesima apabila Dhafir menyebut nama Hana. Setiap kali Adam merindui Hana, dia hanya mampu menatap gambar-gambar Hana yang tersimpan kemas di hand phone miliknya. Walaupun mahu sahaja Adam menghapus setiap jejak gambar Hana di telefonnya setelah Hana memberi kata putus. 


Mengapa menyimpan gambar insan yang pernah menyakiti hidup kita? Pada Adam soalan itu kurang wajar. Cinta dia terhadap Hana adalah cinta teragung. Sangat wajar pada Adam untuk menyimpan setiap gambar Hana yang cantik dan pernah menghiasi isi hatinya yang kosong. 


"Apa mimpi awak mahu berbincang tentang dia, Dhafir?" respon Adam masih dingin. Walau jauh dari lubuk hati dia ingin mengetahui apakah rencana Dhafir.


Dhafir tersenyum sinis menerima reaksi dingin Adam yang hanya sebuah 'action.' Siapa lelaki tidak bahagia apabila menyentuh kisah perempuan yang pernah bertakhta di hati. 


"Adam, Hana sebenarnya tak bersalah. Hana masih sayangkan awak, Adam. Saya harap awak memikirkan kembali. Awak masih mempunyai peluang untuk mengembalikan hubungan awak dengan Hana, Adam." Dhafir menjelaskan dengan riak wajah serius. Dia berharap Adam membuka hati dan mengambil inisiatif dengan segera. 


Adam memandang lama wajah Dhafir. Mencari kebenaran di atas kata-kata Dhafir yang mengejutkan. Dahulu Dhafir membenci malah merosakkan hubungan dia dengan Hana, namun mengapa kini Dhafir memberi dorongan untuk mengembalikan hubungan dia dengan Hana yang sudah musnah. Tidak mungkin istana yang dibina di atas pasir boleh diperbaiki kembali. Terlalu sukar dan menyakitkan apabila luka yang berdarah ditoreh kembali, apatah lagi menggapai cahaya kebahagiaan yang tidak mungkin mampu digapai.


"Siapa yang bersalah dan siapa yang memutuskan hubungan ini Dhafir? Hana yang membuat keputusan untuk memusnahkan hubungan itu. Sekarang awak berjumpa dengan saya semata-mata mahu membincangkan perkara kosong ini. Berhentilah membuang masa Dhafir." 


"Ini bukan membuang masa, Adam. Tapi saya buat semua ini demi kebaikan kamu berdua. Dan... awak janganlah terlalu ego Adam. Saya tahu awak masih cinta dan sayangkan Hana. Berhentilah mendera perasaan awak sendiri, Adam." Dhafir menegur Adam dengan sinis. Merasa geram dan kesal dengan sikap Adam yang agak degil dan ego. Padanya, tidak salah apabila Adam mencuba berbaik dengan Hana. 


"Siapa kata saya masih sayang dan... cinta, cintakan perempuan itu Dhafir? Awak sudah silap menilai saya. Dari dulu awak selalu salah menilai saya. Tak pernah betul dan berubah. Awak faham Dhafir?" jawab Adam turut menjawab sinis.


Dhafir tersenyum mengejek. "Benar ke Adam? Atau awak cuba menipu saya? Maklumlah awak masih membenci saya. Tak dapat memaafkan saya dengan ikhlas. Tapi saya tak kisah Adam. Cuma satu yang saya minta, berbaiklah kembali dengan Hana. Hana itu..."


"Sudahlah Dhafir. Saya dah muak dan penat dengan semua ini. Saya dah tak berminat. Tapi saya dah sukakan perempuan lain. Itu awak kena faham dan ingat, Dhafir." Putus Adam antara keliru dan ego. Dia berasa dikhianati dan berjauh hati apabila Hana melakukan dia seperti lelaki yang tidak berguna dalam hidup. Dia juga lelaki yang mempunyai maruah diri. 


Untuk apa dia perlu merayu bila sudah jelas Hana tidak menginginkan dia lagi? Mungkin aktiviti Hana juga sama seperti dia yang sedang berjinak-jinak dengan insan lain. Walaupun insan itu tidak menjentik perasaan Adam walau hanya seinci. Mengikuti nasihat Dhafir? Itu bukan cara hidup Adam. Dhafir bukan insan yang perlu dicontohi mahupun harus mempercayai setiap kata-kata Dhafir. Kisah silam mengajar Adam untuk tidak mudah mempercayai sahabat handai. 


"Adam, jangan cakap awak dah lupakan Hana lalu jatuh hati dengan Diana? Betul ke Adam?" soal Dhafir agak terkejut. Adam yang dikenali tidak mudah berubah hati. Lelaki kacak bak artis American itu seorang lelaki yang setia pada cinta. 


Adam tersenyum. Senyuman yang sulit untuk Dhafir gambarkan. "Saya tak mahu berbahas dengan awak lagi, Dhafir. Saya nak balik. Saya ada temu janji dengan seseorang," jawab Adam bersahaja seraya menyisip caffe americano yang sudah separuh.


Dhafir mengetap bibir menahan amarah dengan tingkah laku Adam yang benar-benar menguji kesabaran. Dia mengambil berat tentang hubungan dia dengan Hana namum Adam sebaliknya. Malah, Adam hanya meninggalkan teka-teki di minda sempit Dhafir. Mujurlah dia masih menghormati Adam apabila lelaki cool itu telah meninggalkan dia di Starbucks Coffee. 


******


Nada dering panggilan Adam bergema, tidak membuang masa Adam menjawab panggilan dengan ceria. Sedari tadi Diana sudah menghantar whatsapp. Gadis muda itu tidak sabar mahu bertemu walaupun Adam sudah memaklumkan dia akan terlewat sampai.


Seusai berbual di telefon, Adam menutup panggilan setelah mendengar suara manja Diana yang berada di sekitar panggung wayang atau cinema. Diana mengajak Adam untuk menonton wayang. Adam pula hanya mengikuti walaupun dia tidak suka bersesak-sesak dalam keramaian orang. Dia tidak tahu cerita apa yang hendak ditonton oleh gadis comel itu. 


Adam merasa bosan ketika menonton wayang dengan Diana. Padanya jalan cerita itu membosankan dan membuang masa. Dia tidak faham mengapa Diana memilih cerita mature romance yang terlalu menyedihkan dan kurang sesuai untuk ditonton oleh gadis remaja. Menghilangkan rasa bosan Adam menyisip minuman coca-cola ice, sesekali dia mengunyah honey popcorn yang sempat dibeli sebelum wayang dimulakan. Diana pula khusyuk menonton sesekali mengunyah makanan. 


"Adam, bila saya boleh datang kat rumah awak?" soal Diana seusai keluar dari hall wayang. Adam sering menolak apabila dia menyampaikan hasratnya. Dia mahu berkunjung ke rumah Adam namun lelaki seumur dengannya sering menolak.


Adam tersenyum kecil. "Maaf Diana. Belum ada masa yang sesuai. Mama saya agak sibuk kebelakangan ini. Saya harap awak faham," luah Adam lembut.



"Tapi Adam... Saya dah beli bahan masakan. Saya nak buat apa dengan semua itu?" soal Diana manja dan tidak puas hati. Dia sanggup membeli pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan segar sebagai buah tangan. Mama Adam gemar dunia masakan, malah mempunyai beberapa buah restoran mewah. 


Adam tersengih melihat sikap Diana yang suka mengada-ngada. Dia tidak pernah menyarankan Diana untuk membeli-belah lalu memberikan kepada ibunya. Membawa Diana untuk berjumpa dengan kedua orang tuanya juga Adam tidak pernah membahas. Hana yang sering diperlawa datang ke rumah namun sering menolak dan tidak pernah bertemu dengan ibu bapanya, apatah lagi Diana. Perempuan itu Adam anggap sebagai teman biasa.


"Err... itu awak kenalah simpan kat rumah awak. Atau awak berilah pada siapa-siapa yang memerlukan, Diana." Jawapan Adam yang menyebabkan Diana memuncungkan bibir. Tidak berpuas hati apabila Adam sering mengecewakan dia. 


Previous: Bab 23
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lily Js