Home Novel Komedi/Romantik Komedi Benar Aku Suka
Benar Aku Suka
Lily Js
7/3/2018 22:42:13
73,051
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 11


Rosse menjerit riang sambil melambai-lambai tangan ke arah batang tubuh yang tidak asing di pandangan mereka. Mendengar namanya dipanggil, Adam membalas dan menuju ke tempat mereka berdiri. Adam tersenyum menatap wajah kedua gadis cantik yang menarik hati, apatah lagi menatap wajah ayu Hana.


"Eh, Rifqi pun joint sekali?" ujar Rosse, ceria.


Lelaki muka jambu itu meleretkan senyuman lebar. "Yeah Rosse... saya taknak ketinggalan date istimewa ini," jawab Rifqi. Nakal.


Rosse tergelak kecil. Dia berharap pertemuan mengejut di antara Adam dan Hana bakal menjadi pertemuan yang istimewa. Rosse berharap Hana tidak keras kepala ketika bersama dengan Adam. Sebagai sahabat baik, dia mahu Hana dan Adam menjadi pasangan kekasih.


"Benar Rifqi. Semoga pertemuan ini yang teristimewa pada kedua sahabat kita." Doa Rosse, tulus. Hana yang menjadi pemerhati mengutuk mulut Rosse yang tidak mempunyai insurans.


Rifqi mengaminkan doa Rosse. "Oh yeah... hai Hana. I'm Rifqi, selaku bestfriend Adam. Gembira bertemu dengan awak..." sapa Rifqi ceria sambil menghulurkan tangan. Dia terpana dengan kecantikan semula jadi Hana. 


Hana gembira melihat keramahan Rifqi seraya cuba menyambut tangan Rifqi. "Hai Rifqi... saya Hana. Gem..."


"Hana tak usah... Rifqi dah kenal awak," potong Adam sambil menatap wajah bingung Hana. 


Adam menyambut tangan Rifqi yang tampak tidak sabar mahu bersalam. Melihat tindakan mendadak Adam menyebabkan Hana keliru. Dia tidak faham, mengapa Adam menghalang dia dari berjabat tangan dengan Rifqi, sahabatnya sendiri.


"Rif, awak jangan melebih-lebih. Awak ikut saya bukan untuk kacau daun, faham?" tegur Adam. Sinis. Rifqi hanya tersengih bagai kerang busuk melihat wajah serius Adam. Adam bukan saja menyukai Hana tapi turut menyimpan rasa cemburu yang tinggi. 


"Baik big boss... maaf ya..." ujar Rifqi sempat bergurau.


Mata indah Adam dan Hana bertembung. Mereka saling merenung lama. Renungan yang hanya mereka faham. Namun beralih kembali ke arah Rifqi yang tidak betah berdiam diri persis seperti Rosse. Ada sahaja isu perbualan. Mungkin kedua insan itu perlu diubati dan diberikan ubat penenang dari membuka topik yang tak diterima akal. 


"Rosse, atmosfera di sini mengasyikkan ya... apatah lagi melihat kedua-dua mereka yang umpama Romeo dan Juliet. Saling merenung tanpa menyatakan sesuatu."


Rosse tergelak dengan gelagat Rifqi yang suka mengusik. Wajah Hana sudah merah merona, dia tahu Hana sedang menahan malu. Adam pula seperti selalu, santai dan bersahaja. 


"Rif, awak lucu. Atmosfera di sini memang menarik. Dan... sebelum kita dihalau dari sini baik kita beredar. Mahu?" Rosse meriuhkan suasana. 


"Wahhh... idea hebat Rosse." Rifqi dan Rosse meminta diri dan menuju ke gerai yang menjual pelbagai jenis makanan yang enak. Wajah Rosse semakin berseri apabila menyentuh tentang makanan.


"Tapi Rosse..." ujar Hana, resah namun lantas dipotong oleh Adam.


"Hana, biarkan mereka. Rifqi lapar dan Rosse mahu menemani. Atau awak juga lapar? Saya boleh temankan," ujar Adam lembut. Dalam hati dia berdoa kepada Tuhan supaya Hana tidak menolak dia lagi. Dia bersyukur apabila kedua kawannya memberi ruang untuk berdua dengan Hana.


"Hana, kami pergi dulu. Awak dengan Adam ya..." pujuk Rosse seraya beredar bersama Rifqi yang sudah tersenyum-senyum. Entah apa yang menghiburkan mereka berdua.


Hana mengangguk lemah. Pasrah dalam terpaksa. Melihat wajah Adam yang bersungguh-sungguh mahu bersama dengan dia perlahan-lahan mencairkan hati keras Hana. Bukankah ini peluang dia untuk meminta maaf setelah apa yang telah dilakukan oleh Hani kepada pemuda mat saleh itu. 


Adam tersenyum kacak melihat reaksi comel Hana. Hana tampak kaku setelah lama mereka tidak bertegur sapa.


"Hana, mari duduk kat sana." Adam mengajak Hana duduk di sebuah kerusi kayu yang terletak di bawah pokok yang rendang.


Hana mengangguk. Senyuman manis mekar di wajah cantiknya. Dia senang apabila Adam mengajak berehat. Kakinya sudah lenguh untuk berjalan-jalan. 


Menyedari keluhan halus Hana membuat Adam risau. Risau kerana menyebabkan Hana keletihan. Mineral water miliknya dibuka lalu menghulurkan kepada Hana.


"Minumlah... awak dah penat dan kehausan," ujar Adam prihatin. Dia merasa bertanggungjawab menjaga Hana. Wanita yang dicintai sepenuh jiwa.


Hana tersenyum simpul lalu menyambut mineral water. "Thanks Adam," jawab Hana singkat. Adam hanya mengangguk dan membalas senyuman manis Hana. 


**********

Adam dan Hana tampak mesra bersama. Sikap semula jadi Adam yang cool dan baik hati menyerlahkan lagi sifat matang. Hana tidak merasa perbezaan umur mereka walau kenyataan Adam dua tahun muda. Chemistry mereka pelik tetapi menarik.


"Adam, sebenarnya saya nak minta maaf," pinta Hana. Serba salah.


"Why Hana? You didn't do anything wrong." Adam tidak berkelip menatap wajah cantik Hana.


"Tak Adam. Saya nak minta maaf sebab tak bertemu awak pada hari itu. Saya juga tidak membenci awak. Saya harap awak tidak membenci saya dan Hani. Hani sebenarnya..."


"Hana, saya tidak akan pernah membenci awak. Saya gembira awak seorang yang jujur. Saya juga tahu awak tidak membenci saya. Tentang adik awak... Saya sudah maafkan. Manusia biasa tidak akan lari dari melakukan kesilapan, Hana."


Hana tersenyum, kagum dengan sifat rendah diri Adam. "Awak tahu adik saya sukakan awak?" soal Hana tanpa basa-basi.


Adam mengangguk lemah. Tidak berminat. "Saya tahu tapi saya tak berminat pada Hani. Maafkan saya," jawab Adam. Jujur dan kesal. 


"Tapi Adam, Hani sangat sukakan awak. Sebagai kawan, saya harap... awak boleh menerima adik saya." pujuk Hana tenang walaupun dia agak terluka. 


Adam sakit hati apabila gadis yang dia suka telah meminta dia untuk menerima perempuan lain. Tidakkah Hana mengerti yang dia mahukan hanyalah dia. Hanya Hana yang mampu membuat degupan jantungnya tidak menentu. Walaupun terlalu banyak wanita yang cuba mendampingi dia namun rasa indah itu hanya pada Hana. 


"Adam, awak kenapa?" Hana menyapa setelah Adam hanya menyepi. Adakah dia telah menyakiti hati Adam? 


Adam tersenyum sumbing menatap wajah comel Hana tapi bersikap lurus. Ikut kata hatinya yang gila dia mahu menjerit pada Hana dan menjelaskan, cuma Hana yang dia mahukan seumur hidup. 


"Kalau saya Kata saya tak baik. Awak faham tak? Awak tak boleh paksa saya untuk menerima adik awak yang pelik itu." 


Jiwa Hana tergores apabila Adam menuduh adiknya pelik. "Adam, Hani cuma sukakan awak. Salah ke dia mencintai awak? Tidak bukan?" Hana merasa kesal kerana Adam tidak memahami kemahuannya. 


Adam terlopong. Hana terlalu baik hati terhadap adiknya sehingga tidak peduli perasaan orang lain yang terluka dalam. 


"Itu salah Hana. Adik awak mencintai lelaki yang salah. Mencintai lelaki yang sudah terang lagi bersuluh tidak mahukan dia. Mencintai lelaki yang salah juga berisiko. Hana faham?" ujar Adam tegas. Dia mahu Hana faham. 


Hana mengangguk perlahan-lahan. Adam benar dia tidak berhak memaksa Adam untuk menerima Hani. "Maafkan saya. Saya tak wajar memaksa awak." Hana kehilangan kata-kata untuk memujuk Adam.


"Saya tak perlukan kemaafan awak, Hana. Tapi saya nak awak faham... saya sukakan awak, Hana. Sangat suka..." Adam meluah dan berharap Hana menerima hatinya.


Hana terpegun mendengar luahan Adam yang ikhlas. "Tapi Adam... Awak dan saya berbeza. Saya lebih dewasa..."


"Saya pula lebih muda dari awak. Itu maksud awak?" potong Adam dengan wajah sinis. 


Hana mengangguk. "Itu kenyataan Adam. Awak kena terima."


"Saya tak boleh terima. Saya tak faham mengapa awak berfikiran kolot seperti itu. Awak sudah tersilap Hana. Cinta itu seluas mana awak mencintai seseorang. Cinta saya terhadap awak seluas lautan. Awak tak ada alasan lain untuk cuba menolak saya, Hana?" ujar Adam yang sejak bila menjadi penyair cinta.


Hana terkesima dan ingin menolak namun...


"Sudahlah Hana. Kalau awak tak boleh terima saya tak mengapa. Saya akan menunggu sehingga awak boleh menerima saya apa adanya," ujar Adam. Redha.


"Awak, sebenarnya... Sebenarnya saya juga... Juga..."


"Awak juga apa Hana?" soal Adam tampak tidak sabar menanti ayat Hana yang terputus-putus. Sekali lagi dia memohon kepada Tuhan, kata-kata yang keluar dari mulut comel Hana adalah yang terindah. 


Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lily Js