Home Novel Komedi/Romantik Komedi Benar Aku Suka
Benar Aku Suka
Lily Js
7/3/2018 22:42:13
72,879
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 21


"Adam, kita pu... putus. Saya mahu putus." Pinta Hana setelah sekian lama memendam dilema. Meluahkan kalimat itu amat menyakitkan hati, namun Hana harus melepaskan hasrat hati yang tidak mungkin Menjadi miliknya. 


"A... apa Hana? Putus? Awak nak putus?" soal Adam dengan reaksi terkejut. Selama ini hubungan dia dengan Hana baik-baik sahaja, namun mengapa kini kekasihnya ingin mengakhiri hubungan suci mereka.


"Benar Adam. Saya nak putus dengan awak. Awak faham kan maksud saya?" jawab Hana tenang walau Tuhan yang tahu dia terlalu terseksa ketika itu. 


"Tidak Hana. Saya tidak mahu putus. Saya juga tak faham awak. Siapa awak yang suka hati sahaja memutuskan hubungan ini. Apa salah saya, Hana? Hanya katakan apa salah saya, tapi jangan..."


"Cukup Adam. Kenapa awak tidak mahu faham? Awak tidak melakukan apa-apa kesalahan. Tapi... Tapi saya yang bersalah. Saya perempuan jahat, Adam. Saya tak sesuai untuk awak. Masih banyak perempuan yang lebih sesuai untuk awak. Adam lupakan saya. Saya mohon..." Hana merayu lirih. Kedua pasang matanya yang redup menatap wajah kacak Adam yang sudah tidak tentu arah.


"Tak Hana. Tak! Saya tak mahu putus dengan awak! Berhenti memberi alasan awak yang tidak bernas. Hanya awak yang saya mahukan Hana. Tiada perempuan lain yang saya inginkan melainkan awak, Hana. Hanya awak yang mampu membuat saya bahagia. Hana please... Jangan putus dengan saya. Boleh Hana?" pinta Adam. Tegas dan lirih. Adam terlalu takut untuk kehilangan Hana.


Hana menggeleng Kepala sambil menutup mulut dengan jemarinya yang runcing. Dia tidak menjangka cinta dan kasih Adam terhadapnya terlalu dalam. Di mata lelaki itu dialah segalanya. "Maafkan Hana, Adam. Ketahuilah jiwa dan raga ini hanya untuk awak tetapi hubungan ini harus dinoktahkan. Noktah tanpa ikatan." Bisik Hana lirih di dalam hati.


"Maafkan saya, Adam. Saya tak boleh meneruskan hubungan ini lagi. Anggap saja saya... Saya sebagai perempuan kejam yang pernah awak kenali. Maaf Adam, maaf..." Setelah meluahkan kata maaf yang tidak pernah padam dalam hidup, perlahan-lahan Hana mengatur langkah. Dia harus beredar sebelum mutiara mata yang sudah lama dibendung jatuh berguguran. Dia tidak mahu Adam melihatnya menangis. 


Melihat pemergian Hana yang tidak direlakan, Adam lantas menahan Hana. Nyawa Adam bagai telur di hujung tanduk apabila Hana tegar meninggalkan dia. Adam merasa sakit dan tidak adil apabila ditinggalkan begitu saja.


"Hana, please... Jangan buat saya seperti ini. Saya akan gila jika awak tiada di sisi saya, Hana. Saya janji apapun yang Hana mahu saya sanggup lakukan tapi saya mohon jangan tinggalkan saya, Hana." Rintih Adam sepenuh jiwa. Tangannya erat memegang kedua bahu Hana.


Hana tersenyum pahit menatap wajah sayu Adam yang agak dekat di wajah. "Adam, belajarlah menerima hakikat kerana saya bukan untuk awak. Awak, awak carilah pengganti saya. Jangan kisah tentang saya lagi," luah Hana lembut seraya tersenyum manis menatap wajah Adam untuk terakhir kali.


Mendengar luahan Hana yang syahdu namun menyakitkan hati. Perlahan-lahan tangan Adam jatuh. Sungguh, dia tidak bermimpi di siang hari apabila Hana sungguh-sungguh memutuskan hubungan mereka. Perlahan air mata jernih Adam jatuh berguguran apabila wanita yang dicintai jauh meninggalkan dia. Pertama kali Adam menangis hanya disebabkan Hana. 


Kenangan pahit ketika dia memberi Kata putus seakan menghantui hidup Hana setiap hari. Malah setiap detik wajah kacak Adam yang berubah sayu bermain segar di kepala Hana. Dia seperti disumpah oleh ahli sihir kejam setelah kejadian itu. Tidak pernah tenang mahupun bahagia.


*****


"Kakak, sampai bila kakak macam ini?" tegur Hani. Bosan melihat Hana yang bagai mayat hidup. Bernyawa tapi tidak seperti manusia normal. Hana berada di dalam dunianya sendiri. Terkurung sepi dan tidak ceria seperti dulu.


Hana tersentak mendengar jerkahan adiknya. "Maaf Hani. Kakak akan masak, adik tentu lapar," respon Hana lemah sambil berlalu ke arah dapur.


"Tidak perlu kakak. Saya tak lapar. Jangan risau tentang saya, saya boleh buat sendiri. Kakak perlu risaukan diri-sendiri. Kakak sudah jauh berubah." Hani menegur Hana sinis walau dia bersimpati dengan nasib Hana.


Hana hanya mengangguk. "Kakak akan masak makan malam," jawabnya singkat. Tidak mahu berbalah dengan Hani.


Hani tersenyum sumbing melihat Hana yang berpura-pura tenang. Dia memasang langkah menghampiri Hana yang sudah membelakangi dia. "Kakak, kenapa kakak tidak berterus-terang pada Adam?" 


Mendengar nama Adam disebut membuat langkah Hana terhenti. "Usah sebut nama dia lagi Hani, dia tidak ada hubungan dengan kakak." Pinta Hana tegas.


"Oh begitu... Tapi kenapa wajah kakak seperti mayat hidup setelah putus?" soal Hani sinis.


"Adik, kakak cuma letih. Tolong jangan buat kesimpulan ikut suka hati awak." Hana menjawab lelah. Lelah bersoal jawab.


Hani tertawa mendengar alasan Hana yang tidak reti menipu. "Jika kakak terus begini saya akan memberitahu kawan-kawan lelaki itu. Mereka selalu mengganggu saya di sekolah, saya sudah terlalu bosan. Mereka mahu alasan, sebab kakak sudah membuat lelaki itu absent kelas selama satu minggu."


"Memberitahu? Apa adik merepek?" soal Hana bingung.


"Ya memberitahu. Memberitahu alasan sebenar mengapa kakak mahu putus. Itu lebih baik kakak daripada kakak terus menyeksa diri dan juga lelaki malang itu. Kakak faham?" jawab Hani dengan yakin.


"Hani jangan. Itu lebih menyakitkan Adam. Lagipun kisah kami sudah selesai, adik." Hana merayu. 


Selepas persekolahan Hana tamat, dia dan Nurhan bakal bertunang dan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat. Hana hanya mampu pasrah dan bermandikan air mata siang dan malam.


"Jangan bermimpi kakak. Hubungan kakak dengan Adam sebenarnya belum selesai. Lagipun, kakak tak kenal lagi siapa saya?" respon Hani dengan wajah angkuh. Dia harus campur tangan. Di sekolah dia terganggu, bila di rumah dia merasa sedih melihat keadaan Hana yang memerlukan pertolongan. 


Hana menggigit bibir, resah. Dia cukup kenal siapa Hani. Apakah rencana adiknya? Hana keliru sambil memandang tubuh Hani yang sudah beredar.


Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lily Js