Home Novel Komedi/Romantik Komedi Benar Aku Suka
Benar Aku Suka
Lily Js
7/3/2018 22:42:13
73,039
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 1

Bunyi loceng bergema di seluruh pelosok kawasan sekolah. Para pelajar yang lebih 'bersedia' berseronok berbanding belajar di dalam kelas kelihatan riang beredar dari kelas yang umpama sangkar. Seorang gadis remaja yang kian meningkat dewasa dan bertumbuh sebagai seorang gadis yang bukan sahaja cantik tetapi menarik hati sesiapa sahaja yang memandang kelihatan muram.


"Hey Hana... sampai bila awak nak melamun? dan awak taknak rehat?" ujar Rosse yang tersenarai sebagai pelajar tercantik di sekolah. 


Hana tersenyum nipis yang tampak terkejut dengan teguran kawannya yang sedang memasang wajah bingung. Mungkin merasa bingung dengan perubahan sikapnya. Hana dan Rosse sudah bersahabat selama tujuh tahun. Ketika dia menghadapi masalah kecil atau sulit, Rosse insan pertama yang mengetahui masalahnya lalu menjadi penasihat dia yang terbaik. Hana beruntung mempunyai sahabat baik seperti Rosse yang seindah namanya.


"Rosse maaflah... mungkin saya membuatmu bingung. Tapi sekarang saya keliru dan saya tidak tahu... tidak tahu harus memilih jalan yang mana," luah Hana ragu-ragu menyusun ayat dan menyerlahkan lagi kekeliruan yang tersimpan di dalam jiwa.


Mendengar luahan perasaan sahabatnya dengan lembut Rosse menepuk bahu Hana dengan wajah prihatin. Dia tidak tahu masalah yang sedang dihadapi oleh Hana namun seperti selalu dia akan menjadi penasihat terbaik pada Hana setelah mendengar dengan jelas masalah yang dihadapi.


"Hana, saya faham awak tapi kita ke cafe dulu sebab saya dah lapar sangat. Sambil itu kita boleh saling sharing tentang masalah awak. Boleh kan?" balas Rosse sambil mengusap perutnya yang berbunyi. Entah mengapa selera makan Rosse semakin hari semakin meningkat. 


Hana hanya mengangguk melihat sahabatnya yang tampak kelaparan. Dia harus lebih peka tentang keperluan Rosse yang meminati makanan sejak akhir-akhir itu. Tidak seperti dia yang tidak berselera mengambil makanan semenjak masalah itu menghantui hidupnya. 



******



Seusai mendengar masalah sahabatnya, Rosse menarik nafas dalam. Masalah yang menimpa Hana sudah cukup berat pada gadis super aktif itu, apatah lagi empu badan yang sedang memikul. Masalah Hana bukanlah masalah remeh tetapi gadis cantik dan manis itu perlu membuat keputusan dengan baik kerana semua itu adalah yang terbaik padanya kelak. 


"Rosse, kenapa awak diam saja? Awak tak boleh ke bagi saya apa-apa idea yang bernas. Rasanya saya akan jadi gila, tahu tak."


"Hana, relaxlah... awak kena bertenang menghadapi masalah ini. Jika tidak awak akan betul-betul jadi gila. Tentu saja awak tidak mahu gila dan yang pasti awak mahu mencapai impian awak itu dulu, sebab itu awak kena bertenang sayang..." Rosse menasihati Hana yang memerlukan penyelasaian detik itu juga. 


"Okay Rosse. Tapi saya dah banyak bersabar tapi nampaknya sampai sekarang saya belum ada jawapan yang tepat walaupun sebenarnya saya sangat... sangat ingin menolak. Tapi saya juga tidak mahu menyinggung perasaan ayah saya sebab ayah adalah insan yang sangat berharga dalam hidup saya," ujar Hana agak lirih. Seredup hatinya ketika itu yang seakan-akan tidak mempunyai pilihan yang lebih baik.


Rosse tersenyum mendengar kenyataan Hana yang padanya sangat murni. Tidak semua anak perempuan yang di dunia ini berfikir seribu kali mahupun cuba mengambil peduli tentang perasaan orang tua ketika mengambil sesuatu keputusan tetapi Hana berbeza. Hana membuktikan masih ada gadis remaja yang berfikiran matang walaupun tindakan yang bakal diambil memakan dirinya sendiri.


"Hana, terus-terang saya tak boleh komen apa-apa tentang masalah awak tapi sebagai sahabat, saya akan selalu menyokong awak walau apapun keputusan awak kelak. Awak juga kena tahu setiap keputusan orang tua adalah yang terbaik. Jadi tidak salah kalau awak mencuba sesuatu yang baru walaupun idea itu sebenarnya tidak logik dan juga melucukan. Betul tidak sayang?" ujar Rosse yang pandai bermain kata malah sempat tersengih.


Hana hanya menjungkit bahu walaupun dalam diam dia mengiyakan saranan Rosse yang kadangkala bersikap gila-gila. Dia perlu mencuba sesuatu yang baru walaupun sebenarnya masalah yang dia hadapi bukanlah sesuatu yang baru tetapi sejak dahulu kala idea kuno ayahnya amat terkenal.


"Oh ya sayang... awak dah kenal ke future husband awak?"


Hana membuntangkan mata ke arah Rosse sebagai amaran seraya matanya melilau ke sekeliling, walaupun mereka memilih tempat duduk di cafe yang agak jauh dari kerumunan pelajar. Namun mendengar suara Rosse yang agak tinggi membuat Hana was-was. Dia tak mahu gossip tentang dirinya akan tersebar luas di sekolah. 


"Kenal awak kata? Tak minat tahu tak. Lagi satu awak control suara awak. Mana saya letak muka saya nanti kalau sampai students kat sini tahu. Awak faham ke tak?" ujar Hana geram.


"Okay friend. Sorry... tapi awak perlu kenal orang itu kalau taknak menyesal seumur hidup. Sebab awak taknak kan kahwin dengan orang asing," ujar Rosse sedikit berbisik. Dia tak mahu Hana yang comel memarahinya sekali lagi.


Hana mencebik bibir dan reaksinya itu sangat comel dan menggelikan hati pada seseorang yang sedang memerhati dia sedari tadi. 








✳ Thank you for reading 💗



✳ If anything wrong this story, sila tunjuk ajar ya  😊



Previous: Snopsis
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lily Js