Home Novel Komedi/Romantik Komedi Benar Aku Suka
Benar Aku Suka
Lily Js
7/3/2018 22:42:13
73,030
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 3

Hana menyisip minuman perlahan-lahan. Matanya yang cantik tak lekang dari melihat sahabatnya yang tampak gelojoh menghabiskan makanan yang sudah separuh. Dia pelik selera makan Rosse semakin meningkat hari demi hari. Tubuhnya juga kian berisi. Mungkin sahabatnya sedang mengalami proses perubahan hormone yang mendadak sehingga cara pemakanan tidak terkawal.


"Rosse, makanan awak takkan lari ke mana. Awak tenanglah. Waktu rehat masih lama. Tenang okay..." tegur Hana setelah Rosse menjamah makanan seakan-akan terlalu kebuluran. Dia yakin gadis cantik dan berdarah campuran British itu tidak kecatuan makanan di rumah. Rosse berasal dari keluarga kaya-raya.


"Maaflah Hana...  Mungkin saya kurang sopan tapi saya mahu menghabiskan makanan ini secepat mungkin. Makanan ini enak tahu. Awak nak rasa tak?" balas Rosse yang sudah menghulurkan sudu pada Hana. 


Hana menggeleng kepala. Dia tidak berselera, walaupun  Rosse melahap makanan dengan berselera. Pada Hana, mengambil bread dan milo itu sudah cukup. 


"Oh ya Hana, tentang jodoh awak. Ada apa-apa tak yang berlaku?" soal Rosse setelah mengunyah makanan. 


"Saya dah kenal," jawab Hana singkat.


"Wowww... awak dah kenal dia. So what happened?"


Hana menjungkit bahu. "Saya hanya kenal dia melalui gambar, Rosse. Tak mungkin saya nak mengenali dia dengan lebih rapat. Lagipun, saya tak berminat bertemu dengan dia. Malam ini ayah ajak ke rumah kawannya tapi saya menolak. Cukuplah saya mengenali dia setakat ini."


Rosse mengangguk cuba memahami perasaan Hana. "Okay cute girl. You're right... actually tengok lelaki muda itu dia asyik merenung awak je dari tadi. Saya yakin dia ada hati kat awak," ujar Rosse nakal yang masih sempat memandang sekeliling walaupun dia leka menghabiskan makanan.


Hana menjenggilkan mata ke arah Rosse yang suka mengusik, walaupun dia juga menyedari ada sepasang mata yang sedang memarhati namun Hana tidak mengendahkan. Memikirkan masalahnya menjadi keutamaan Hana.



******



"Hi girls... boleh saya joint tak?" sapa seorang jejaka kacak yang berwajah ala-ala mat salleh. 


"Err... awak..."


"Hi... awak boleh joint kami. Duduklah," potong Rosse setelah dia boleh membaca penolakan halus dari Hana.


"Okay thanks... dan awak kalau kurang senang, maaflah." Lelaki muda dan bertubuh bak model peragaan tersenyum manis pada Hana. Dia sedar dari riak wajah gadis yang dia puja tidak menyenangi kehadirannya. 


"Kawan saya agak moody so... awak janganlah ambil kisah. Tapi kenapa awak..."


"Kenapa saya nak duduk semeja dengan kamu. Itu awak nak tanya?"


"Yeah, that's right." Rosse melemparkan senyuman manis pada lelaki muda yang bukan sahaja kacak tapi berminda tajam. Dalam hati dia sangat memuja ketampanan lelaki itu. Dia berdoa supaya lelaki itu berjaya mendekati Hana.


"Itu sebab saya berminat berteman dengan kamu. Especially your bestfriend," jawab pelajar lelaki itu berterus-terang. Matanya sesekali melirik ke arah Hana, walaupun Hana langsung tidak memberi respon. 


"Oh my God! Awak sangat berani. Saya sukakan sikap awak dan Hana juga pasti sukakan sikap awak yang jujur. Betul tak sayang?" Rosse cuba memasukkan Hana ke dalam perbualan mereka yang menarik. Rosse sangat berpuas hati dengan sikap matang lelaki itu.


"Err... thanks. Awak terlalu jujur," respon Hana setelah hanya menjadi pemerhati mereka berdua. 


"You're welcome cute girl. Dan salam berkenalan saya Merlin Adam. Can you call me, Adam. Awak pula?" ujar Adam seraya menghulurkan tangan mahu bersalam.


Hana menyambut huluran tangan lelaki itu walaupun ragu-ragu. "Saya Hana," jawab Hana singkat.


Merlin Adam tersenyum kacak menatap wajah cantik Hana. Dia menggenggam erat tangan Hana yang kecil sahaja. Entah mengapa dia teringin memeluk tubuh kecil itu setelah Hana membalas senyumannya. 


"Hmm... dengan saya, awak taknak kenal?" ujar Rosse cuba memecahkan renungan redup di antara Hana dan Adam. Kedua makhluk Tuhan itu terpempan dengan suara Rosse yang bersahaja lalu dengan pantas Hana menarik tangannya yang digenggam kemas oleh Adam. 


Adam tersenyum kecil melihat reaksi Hana. Ya, gelagat gadis comel itu selalu mencuit hati. "Maaf... salam berkenalan juga kat awak. Nama awak?" ujar Adam ramah seperti selalu.


"Saya Rosse David. Nice to meet you too. Dan maaf rasanya saya nak ke toilet. Awak tolong jaga kawan saya dengan baik, boleh?"


"It's okay. Saya akan jaga dia dengan sebaiknya. Awak usah risau. Pergilah..." jawab Adam riang. 


Rosse tersenyum mendapat respon yang sangat positif. Malah, Adam seolah-olah tidak sabar mahu menghalau dia dari tempat duduk mereka di cafe sekolah. 

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lily Js