Home Novel Komedi/Romantik Komedi Benar Aku Suka
Benar Aku Suka
Lily Js
7/3/2018 22:42:13
73,036
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 4


"Maaf... saya mungkin tidak menyenangi awak. Tapi saya mahu..."


"Tak mengapa. Ini cafe sekolah. Semua pelajar berhak untuk duduk dan bersantai di sini. Tapi kawan-kawan awak kat mana?" potong Hana setelah dia seperti boleh membaca fikiran lelaki itu.


Adam tersenyum mendengar suara lunak Hana. Perempuan itu sangat menarik hati, apatah lagi menatap wajahnya yang putih bersih, cantik, comel dan demi Tuhan ciptaan makhluk Tuhan di hadapannya indah dan nyata. Dia yakin setiap lelaki yang menatap Hana pasti terpaut. 


"Kawan-kawan saya mereka di sana, Hana." Adam membalas sambil menunjukkan kawan-kawannya yang sedang duduk santai bersama dengan beberapa pelajar perempuan dan tidak jauh dari meja mereka. 


"Kawan-kawan awak hebat. Saya yakin awak juga mempunyai teman wanita seperti kawan-kawan awak," teka Hana amat yakin.


Adam tersenyum. Senyuman yang pada Hana menarik dan menyerlahkan lagi wajahnya yang tampan.


"Saya tidak seperti mereka Hana. Mereka suka bercinta dan juga suka mempermainkan hati perempuan. Tapi saya berbeza."


Hana tertarik dengan sikap terbuka Adam yang entah jujur atau bohong. "Awak mempunyai wajah kaa... kacak. Kenapa awak tidak mencari sahaja seperti mereka? Remaja seperti kamu suka bercinta dan tidak salah asalkan tetap menjaga batas hukum pergaulan antara lelaki dan perempuan. Benar kan?" 


Adam tersenyum kecil mendengar buah fikiran perempuan yang dia puja dalam diam. 


"Saya setuju Hana. Saya kagum dengan sikap terbuka awak. Tapi pada saya bermain cinta tanpa ada perasaan jujur, ikhlas dan juga cinta ia seperti menghukum seseorang yang tidak bersalah." 


Hana mengangguk seraya tersenyum simpul menatap wajah Adam yang turut menatapnya, tenang dan mendamaikan jiwa. 


"Status awak, single?" soal Hana dengan suara dengar tak dengar. Entah mengapa soalan itu terlalu mudah diluahkan. Mungkin Hana merasa ragu dengan kata-kata Adam yang seolah-olah tidak berminat tentang hati dan wanita.  


Adam menjungkit bahu seraya tersenyum. "Yes I am single but I'm happy," jawabnya ceria.


"Kenapa?" soal Hana tenang.


"Sebab saya sedang berdepan dengan perempuan yang saya sukai." Tanpa basa-basi Adam berani mati meluahkan isi hati walaupun berkenalan mereka masih terlalu awal. 


"Awak... awak kata apa?" soal Hana bingung walaupun suara lelaki itu cukup jelas di pendengarannya. 


"Saya suka awak, Hana. Jelas?" Adam menjawab bersahaja. Sebuah senyuman kacak dilemparkan pada Hana yang kelihatan terkejut. 


"Err...awak... awak okay tak? Awak masih budak-budak. Saya dah dewasa dan lebih berumur dari awak. Awak tidak boleh..."


"Hana, umur bukanlah penghalang pada lelaki untuk menyukai dan bersama dengan wanita yang mereka cintai. Saya tulus sukakan awak, Hana. Tak boleh ke awak terima saya?" potong Adam agak terdesak.


Hana menggeleng kepala. "Adam, awak sedang bingung sehingga berfikir tak betul. Kalau itu tujuan awak berkawan dengan saya, awak berhentilah mendekati saya. Kerana... kerana saya tidak berminat. Maafkan saya," ujar Hana seraya cuba berdiri dari tempat duduk.


"Hana, please... dengar penjelasan saya. Saya tulus berkawan dengan awak. Saya mahu mengenali awak dengan lebih dekat. Lagipun awak senior saya. Salah ke saya cuba berkawan dengan awak?"


"Baik, awak betul. Saya adalah senior awak dan awak adalah junior saya. Saya harap awak jangan sentuh tentang itu lagi. Awak dan saya hanya berteman. Awak faham maksud saya?" jelas Hana serius. 


Adam mengangguk walaupun penjelasan Hana agak kebudak-budakan. Dia bukan lelaki kecil lagi, walaupun Hana memandang dia seperti budak mentah.


"Okay Hana. Kita adalah teman... Teman tetapi mesra."


"Hahhh... Teman tetapi mesra? maksudnya?" Sekali lagi Hana memasang wajah bingung.


Adam tergelak kecil. Dia terhibur dengan reaksi Hana yang mudah terkejut, mudah menggelabah dan juga polos. Reaksi itulah yang mampu mencuit hati Adam. Pendek kata, Hana polos tetapi comel.


"Awak terlalu luruslah, Hana. Awak lawak..." ujar Adam sambil tersenyum riang.


Sejenak Hana merenung wajah lelaki di sebelahnya yang tampak terhibur. Dia lawak? Dia bukan seorang pelawak, malah dia dikenali sebagai pelajar perempuan yang serius dan tidak menyeronokkan.


"Awak mesti fikir, mengapa awak lawak. Benar tak?" soal Adam sambil menjungkit kening, santai.


"Awak dah silap. Saya tak merasa seperti itu tapi awak yang lawak. Dasar awak masih budak mentah." Hana menjawab yakin. 


Hana menafikan tekaan Adam yang tepat. Lelaki muda dari dia namun entah mengapa lelaki kacak dan bermata coklat terang itu mampu membuat degupan jantung Hana tidak menentu.


"Terserah Hana. Awak cakap jujur atau bohong tapi... sungguh awak lawak tapi comel," bisik Adam yang mendekati pendengaran Hana. 


Hana tersentak dengan tindakan nekad Adam. Tiba-tiba dia sangat membenci sahabatnya, Rosse. Mengapa Rosse terlalu lama ke bilik air sehingga dia menjadi mangsa kepada budak remaja lelaki yang pada Hana bersikap kurang sopan. Wajah-wajah pelajar perempuan menjeling tajam kearahnya dengan seribu pengertian dan amaran. Membenci dia yang sedang duduk semeja dengan pelajar lelaki yang digelar "flower boy" di sekolah. 


Duduk semeja dengan lelaki terkacak di sekolah bukanlah pilihan Hana, malah dia mahu Adam beredar dengan kadar segera. Namun tanda-tanda lelaki itu beredar dan meninggalkan dia tidak mungkin. 


"Awak, saya dah siap. Saya nak..."


"Awak nak ke kelas? kalau macam tu jom saya temankan. Tapi kawan awak?" soal Adam agak prihatin.


"Rosse... dia terlalu lama. Dia boleh balik kat kelas," jawab Hana lembut walaupun dia amat yakin  Rosse sedang mempermainkan dia. Hana tidak sabar mahu bertemu dengan kawan bertuahnya di kelas.


"Okay jom... Lagipun rehat dah nak habis," ujar Adam yang sudah berdiri tegak. Dia gembira apabila Hana tidak menolak untuk berjalan bersama.


Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lily Js