Home Novel Komedi/Romantik Komedi SOULMATE
BAB 14

 

BERKERUT dahi Tasnim sebaik sajameletakkan ganggang talifon pejabatnya itu. Apa ke gila Mamat sekor ni?  Dia ajak aku pergi beli barang hantaran?Aduh!  Kau ingat aku ni mampu keberhadapan dengan situasi berlakon sangat ni? Sakitnya tu disini, didalamhatiku. Hah! Ni buat aku nak nyanyi ni!

 Macam parah je dia ni, minggu lepas ajak akupergi khusus kahwin. Katanya tak semestinya orang nak kahwin je boleh ambikkhusus kahwin. Baby dalam perut pun boleh ambik khusus ni. Aiyak!!  Dah lah masa khusus tu, dia boleh cakap katustaz tu yang aku ni bakal isteri dia. Sah ada wayar putus kat kepala Mamatbernama Najmi tu!

            “Okey!Sekarang kita pergi butik pengantin dulu.. Jom, jom!” Kimi menarik tanganTasnim menuju ke butik Pengantin Bella. Tak sikit pun dihiraukan tanda soalsebesar alam yang tergantung diatas kepala gadis itu.

            “Kejap!Kejap! Ni, apa ni? Adoi, wahai Encik Najmi tolong jangan buat otak sayaberketul-ketul boleh  tak? Cuba ceritadulu, apa motifnya kita kat sini?” Tasnim menarik tangannya sambil berpeluktubuh memandang Najmi yang tersengeh.

            “Ermm..Aku.. Aku.. Saja je, nak surveymanalah tahu kalau aku kahwin nanti kan senang terus je kesini. Jom lah, alahbukan kena bayar pun!” Najmi menarik tangan Tasnim lagi.

            Kahwin?Tiba-tiba pulak mood aku hilang!  Akutahu, memang untuk kahwin kau kan? Tak apa aku faham Kimi. Tak apalah, akujenis manusia yang selamba! Aku boleh tolong kau, aku bo.. Aku.. Boo.. Gulp!!Boleh kut… Tasnim mengeluh akhirnya! Kebahagiaan kau, kebahagiaan aku jugak.Aduh, ni rasa macam nak nyanyi lagi ni!

            “Owh,okey!” Tasnim tersenyum. Pura-pura berwajah tabah. Sedangkan didalam hatinyadah berlagu macam-macam lagu rock kapak dah ni.

            “Naktema warna apa dik? Boleh, ‘hakak’ carikan yang sesuai untuk adik..” Akak, ehakak ke tu? Err,abang.. Eh, ish susah nak cerita lah. Akak dua alam ni denganselamba melayan kami seolah-olah macam kami betul-betul nak kahwin.

            Akuterdiam. “Sebenarnya kak…” Tasnim mencuba untuk menjernihkan kekeliruan. Namun,laju saja Kimi memotong.

            “Sebenarnyakami baru nak fikir, apa agak-agaknya warna tema yang paling cantik?” PotongNajmi sambil tersenyum.

            ‘Kami’?Aku merenung tajam Najmi yang masih buat selamba! Akak yang bernama Kak Beteitu masih tak lekang dengan senyuman. “Kalau dikutkan warna kulit kamu berduadan susuk badan pengantin perempuan semua warna sesuai. Apa kata warna putihhijau epal untuk nikah, Hijau  putihuntuk sanding dan gaun putih dan texido untuk potong kek waktu malam.”

            Akucuba pandang kebelakang, siapakah yang dimaksudkan ‘pengantin perempuan’ olehKak Bete itu? Eh, tak ada orang pun. “Pengantin perempuan?” Aku menunjukkanjari telunjukku kemuka aku. Aku ke yang dimaksudkan?

            KakBete ketawa sambil mengangguk.  Tasnimmengeluh lagi. Ish, dah salah faham ni… “ Akak sebenarnya, saya bukan pengantinperem…”

            “Okeyjugak tu Kak.. Mana bajunya? Boleh kami cuba?” Najmi cepat-cepat memotong ayatTasnam, susah kalau Tasnim menerangkan apa-apa kat Kak Bete diwaktu sekarang ni.Kang mau Kak Bete pitam kat situ jugak nanti.

            KakBete tersenyum. “ Sekejap ek.. Akak dah siap sikit dah ni.” Sementellah Najmisudah menempahnya dua minggu lepas. Senang bekerja dengan Najmi, tak banyaksongeh! Walaupun Najmi seorang yang sangat teliti, tapi mudah dibawaberbincang. Hasil buah fikiran Najmi juga membuatkan kerja Kak Bete semakinmudah!

            Tasnimternganga! Dia dah siap tempah?? “Kimi, kalau Lin tahu nanti lain pulakjadinya. Aku rasa, ada baiknya kau telefon dia sekarang. Tak akanlah aku nak try baju pengantin dia pulak? Nanti apapulak cakap dia. Kau ni suka buat benda diluar kewarasan manusialah!”

            Najmitersengeh. “Lin? Owh, Lin sibuk. Alah, badan dia dengan kau kira setaraf je.Tak salah kan? Alah, nak try je punbukan nak sanding dengan kau malam ni jugak pun.” Tak apa Anim, relax.. Aku tahu kau pun exited nak try baju kahwin kita kan? Najmi tersenyum-senyum.

            Tengkorakkau, banyak punya relax? Apa kaitandan sangkut paut aku dengan cerita kau ni?? Adoi! Boleh gila aku macam ni Najmiuit!! Mereka seolah-olah boleh membaca isi hati masing-masing. Dek kerana marahpunya pasal.

            “Kimi,Anim.. Tengok, okey tak?” Kak Bete membawa enam pasang baju dan diletakkandiatas meja kopi itu.

            Tasnimmenelan air liurnya! Gila! Cantiknya! Tambah-tambah dengan gaun warna putih dansedikit labuci berwarna hijau itu! Aku menyentuh baju itu seakan sedikitteruja. Kak Bete tersenyum.

            “Cantikkangaun ni? I pun tak boleh nak terfikir nak buat gaun yang sebegini cantik.Untunglah you dapat husband yang sentiasa mahu yang terbaikuntuk you.” Bisik Kak Bete ditelingaku.

            Terjongkitsedikit keningku, apa pulak yang Kak Bete ni merepek disiang hari. Husband? Nonsense jek!

            “Hah,you all try lah. Tak sabar Kak Betenak tengok hasil yang paling meletup yang pernah Kak Bete buat ni.” Penuhteruja wajah Kak Bete meluahkan rasanya!

            Tasnimterpinga-pinga. “Hah? Saya? Err.. Tapi..”

            “Jomlah!Tak akanlah aku pulak yang nak pakai kut?” Sindir Najmi dan ditarik tanganTasnim ke bilik fitting.

Previous: BAB13.1
Next: BAB14.1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.