Home Novel Komedi/Romantik Komedi SOULMATE
BAB 20

SEMINGGU sudah kejadian itu berlalu.Hubungan Tasnim dengan Najmi mulai baik semula, tapi tak seratus peratusseperti dulu. Setiap hari Najmi mencuba untuk mengambil hati Tasnim, tapiTasnim masih begitu. Najmi bersyukur sekurang-kurangnya sikap Tasnim tak lahterus macam seminggu yang sudah, sampaikan melihat mukanya pun dia tak mahu.Tapi entahlah, kadang-kadang tu aku rasa kecik hati sangat bila aku nak sentuhjari dia macam-macam alasan yang dia bagi. Apatah lagi nak pegang  tangan dia lama-lama. Cukup susah!

            Tapiwalau apa pun, aku masih boleh bersyukur sebab Tasnim sangat sayangkan aku!Rasa bertuah sangat dapat dicintai dan mencintai Tasnim. Inilah nikmat yangpaling terindah dalam hidup aku!

            “Ait,senyum lebar bos.. Nak naikkan gaji kami ek?” Entah bila masa pulak Fizah masukpun Najmi tak sedar.

            Najmitersengeh mendengar gurauan setiusahanya itu. “Pandai lah kamu tu.. Ye, kenapa?Ada meeting lagi ke?”

            Fizahketawa. Sejak enam bulan bekerja dengan Najmi, Fizah amat menyenangi cara Najmiyang amat professional. Sedangkan jadi bos pun dia sangat bertanggungjawab,inikan pulak jadi suami. Nasib baik aku ni dah kahwin, kalau tak memang akucuba nasib. Ish, mampus aku kalau Abang Hans dengar! Haha! “Entahlah boss..Tadi ada orang talifon saya, dia nak saya buat appointment dia dengan boss pukultiga petang nanti. Bila saya tanya nama, dia cakap panggil dia Mat je. Takutjugak saya, entah apa-apa tah orang tu. Hah, lagi satu dia cakap dia bolehjawab semua soalan-soalan yang boss cari selama ni. Lepas tu dia kirim salamkat Puan Tasnim.”

            Najmiterdiam. “Err.. awak yakin ke dia nak jumpa dengan saya? Manalah tahu salahnombor ke?”

            “Mestilah,dia sebut nama penuh boss lagi tau. Siap suruh kirim salam dengan Puan lagi.Tak akanlah salah kut?” Fizah menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Aku rasatelinga aku ni masih okey lagi..

            Najmimasih diam tak berkutik, mindanya diburu pelbagai soalan! “Tak apalah, cakapdekat dia saya akan datang. Fizah, jangan lupa cakap kat dia tunggu kat tempatselalu saya meeting tu.” Ujar Najmi.

Previous: KEJUP
Next: BAB20.1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.