Home Novel Komedi/Romantik Komedi SOULMATE
BAB 13

ALHAMDULILLAH, perkahwinan Ariq dan Qilaselamat pun dilangsungkan. Baru tadi Ariq dengan tenang melafazkan akad nikah dimasjid Al-Amin. Cuma, aku masih dapat rasakan seolah-olah Ariq macam… Ish, fikirmacam-macam pulak aku ni. Yang buat aku sedikit bahagia, walaupun tak berapanak bahagia bila baju yang aku pakai sedondon dengan Kimi hari ni! Wah!Alangkah indahnya! Hahaha! Nonsenseje aku ni! Tapi buat spoil semangataku hari tu bila nampak seorang perempuan yang dari tadi asyik nak berkepit jedengan Kimi. Ish, Tasnim! Mestilah dia nak berkepit je dengan Kimi, mybe itulah bidadari yang Kimi maksudkanhari tu kan? Aku mengeluh lagi untuk yang ke berapa kali entah, aku dah lupa!

            “Ait,sorang je?” Tegur satu suara menyapa ramah.

            “Sibuklah!”Marahku, sibuk je nak tanya-tanya pulak! Pergi main jauh-jauhlah! Kacau je akunak berperasaan ni.. Tak sedikit pun aku memandang siapakah yang cuba menegurtu!

            “Ait,marah nampak.. Tak baik marah-marah, nanti muka berkedut.” Ujarnya denganketawa bersisa.

            Tasnimmengeluh, tolonglah bagi aku nak layan perasaan kejap. Ada je orang nak kacau,mood aku dah lah hilang etah kemana ni. Sibuk je nak kacau!  Tasnim memusingkan badannya mahu melihatsiapakah gerangan Mamat itu?! Membebel je lah Mamat ni!

    Aku baling deng… PAPP!!

            Tasnimternganga, aku main-main je tak sangka pulak terbaling betul-betul.  Mangkuk berisi cendol itu tepat mengena muka….Kimi? 

            “Betul-betulmarah ni…” Sindir Kimi, dilap mukanya yang sudah melekit dengan cendol itu. Pantasdicapai tisu yang ada disebelahnya.

            Tasnimtersengeh. “Sorry, tak sengaja! Hahaha!Sorry… Itulah kau, tegur orang takbagi salam dulu. Kan tak pasal-pasal kena siram.” Aku masih ketawa mengkekeh,namun tangan aku turut membantu Kimi mengelap mukanya.

            Kimitersengeh, dia merenung sekejap muka polos milik Tasnim. Peluang yang adajangan dilepaskan, bukan senang nak tengok muka Anim dekat-dekat macam ni. Tapi sekejap! Cincin tu? “Cantikcincin tu.. Dah tunang ke?” Soal Kimi laju.

            Akumengerutkan dahi. Apa pulak yang Mamat ni merepek ni? “Hello Encik Kimi, tak semestinya pakai cincin dah dikatakanbertunang. Along bagilah. Tak ada maknanya aku nak bertunang, siapalah yang nakorang macam aku ni kan? Tak cantik mana pun..” Tasnim mencebikkan bibirnya,buat muka kesian.

            Kimiterdiam. Ceh! Hampeh punya Jihan! Patutlah dia bagi tahu aku.. ‘Pasal cincin tukau sendirilah yang tolong explain kat dia, causeaku sendiri pun tak sampai hati nak tengok kebluran adik aku tu.’

            “Tapikau cantik dimata aku..” Perlahan saja ayat itu terluah, sejujurnya itulah yangselama ini aku nak cakap!

            “Apadia? Apa kau cakap tadi? Sorry, bunyikompang ni kuat sangat.” Tasnim sedikit menjerit melawan bunyi kompang yangmenyambut kedatangan pengantin.

            Kimimenarik nafas lega! Kebetulan pulak pengantin sampai! Hahah! Nasib baik! “Akucakap, hemsem kawan kita tu..” Kimi sengaja cuba untuk fokus memandang Ariq danQila yang lengkap berbaju pengantin berwarna hitam merah itu.

            Tasnimmemandang Kimi penuh curiga, iye ke dia cakap macam tu? Macam lain je.Macam-macamlah kau ni Kimi!

            “Abangjomlah balik, lepas ni kan kita kena pergi kenduri anak Mak Long.” Perempuanitu memaut mesra lengan Kimi.

            Kimitersenyum, dipandang pula Tasnim. Cepat-cepat Tasnim buat-buat tak nampak.“Owh, lupa pulak. Kejap lagi eh, dalam pukul 2.30 ke. Lin, abang kenalkaninilah Tasnim. Nim, kenalkan Lin. Inilah ‘bidadari’ aku. Comel tak?” Kimimengenyitkan matanya.

            Linmenghulurkan tangannya sambil tersenyum. Tasnim menyambut huluran tangan itudengan teragak-agak. Bidadari? Aduh! Kecewanya aku dengar! Tenang Nim! Akumencuba untuk tersenyum, tapi macam tak menjadi je senyum aku ni!

            “Owh,inilah Kak Anim. Abang ada cerita kat Lin. Tak lama lagi akak jadi kakak… Gulp!”Cepat-cepat Kimi menakup mulut Lin.

            “Eh,Lin.. Kata tadi nak makan cendol kan? Jom, jom! Kita makan cendol eh..” Kimimengenyitkan matanya kearah Lin.

  Lin menggaru-garu kepalanya. Salah ke akucakap? “Okeylah kak, Lin pergi makan cendol dulu ek. Bye..”

Tasnim tersenyum. Jelassekali Kimi terlalu sayangkan perempuan itu. Huh! Apalah aku ni, sepatutnya akukena tersenyum cause semuakawan-kawan aku bahagia dengan kehidupan mereka. Senyum Anim! Senyum! Tasnimmenarik kedua-dua hujung bibirnya lalu ditarik keatas, agar mulutnya tersenyum!

Previous: BAB12.1
Next: BAB13.1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.