Home Novel Komedi/Romantik Komedi SOULMATE
BAB 2

DAH GENAP SEMINGGU aku kerja. Operasiuntuk aku kesan kembali jejak kawan-kawan aku tu masih lumpuh. Petang-petangmacam ni seronok jugak meronda-ronda kat Bandar besar ni. Kuala Lumpur, takpernah surut dengan manusia. Sambil melangkah ala-ala bersantai tepi pantai,Tasnim menghampiri butik Alisa. Belum sempat pun gadis itu menghampiri butikitu, bahunya terlanggar seseorang. Berpusing-pusing jugaklah tubuh Tasnimdibuatnya.

            Tasnimmenggeleng-gelengkan  kepalanya, peningpulak main pusing-pusing ni. Pantas saja dia membuka cermin mata hitamnyasambil merenung gadis yang turut sama macam pening lalat jugak tu. Namun sebaiksaja gadis itu mengangkat muka kedua-duanya terpempam. Kalau lalat ada, dahboleh buat pesta kat dalam mulut dorang. Lama sangat ternganga. Mata pulakterkebil-kebil tak percaya.

            “Anim!!Rindu kamu!!!”

            “Noni!!Huhuhu jumpa jugak aku dengan kau..” Mereka saling berpelukkan. Melepaskan rasarindu yang dah berguni-guni disimpan.

            Pelukkandilepaskan, Noni tersengeh. “Mana rambut kontot kau? Wah, ayu loh!” Nonimencubit pipi Tasnim.

            Tasnimmenepis tangan Noni, sakit ler! Digosok-gosok perlahan pipinya yang baru sajadicubit Noni. “Biasalah, mestilah ada perbezaan. Asyik sama je dulu dansekarang… Jemu loh!”

            “UitBedah, aku jenuhlah cari kau. Enam  tahuntau kita tak jumpa. Aduh rindu tahap gaban dah ni. Kau tersepit kat mana hah?”Noni tak lepas-lepas menggenggam tangan Tasnim.

            Tasnimtersenyum. “Aku tersepit kat Pahang lah. Aku pun sedaya upaya  cari member-member kita. Tapi Alhamdulillahlah aku dapat jumpa kau.. Rindu kat kau.” Tasnim menggoncang-gongcang tubuhNoni.

            Noniterblur sekejap. Rasa bergegar otaknya digegarkan begitu. “Ish kau ni,stilllagi buat aku macam Barbie kau. Ehem, rindu kat aku ke? Rindu bangat katMr.Kimi?” Noni mengenyitkan matanya.

            Tasnimtersipu-sipu malu. Memang Noni sorang je tahu pasal ni. “Pun boleh.. Hehehe”

            MengkekehNoni ketawa. Tiba-tiba ada seseorang menjerit dari arah belakang Tasnim,memanggil-manggil nama Noni. Tasnim terdiam. Macam kenal je suara tu? Lelakiyang smart berbaju kemeja dan berseluar slack itu menghampiri Noni dengan wajahkeruh.

            “Babe, Apeh tunggu Babe dah dekat sepuluh minit tau. Lamanya pun nak beli kasut? Katadah order, tinggal nak ambik je. Ni, kenapa..” Ayat lelaki itu tergantungapabila bahunya dicuit-cuit oleh Tasnim.

            “Ish!Ni buat aku makin berang tahap dahsyat ni. Siapa pulak ni… Aku tak ada duitkeciklah nak bagi.” Hafiz langsung tak menoleh kearah Tasnim. Malah siapmenepis lagi tangan Tasnim.

            Nonidah tak tahan nak ketawa. “Uit Mamat! Dasar Biawak tanah! Tak sedar diri… Akubawak lari Noni baru kau tahu..” Tasnim bersuara. Geram pulak aku rasa, bolehlah pulak dia main tepis-tepis tangan aku?

            Hafizmula cuak. Siapa pulak yang panggil nama power dia tu? Rasanya dah bertahun-tahuntak dengar gelaran agung dia tu. Hafiz memusingkan tubuhnya. Ternganga mulutnyatak percaya. Macam kenal, awek siapa sesat ni? Cun pulak tu, rambut ikal mayang.Pipi pauh dilayang. Hidung mancung macam pedang. Macam model pulak.

            “Babe.. Ni..” Hafiz melirik pandangkearah Noni, minta penjelasan.

            “Iyalah,Anim.. Apeh lupa lah tu. Sorrylah Nim, kau faham-fahamlah si Apeh ni. Dayaingatan dia ni lemah sikit…” Noni cuba membantu. Hafiz tersengeh.

            “CayalahNim! Cun gila! Kau jadi model pulak ke selama ni??” Hafiz menyoal.

            Tasnimmengerutkan dahinya. “Gilak kau, aku kalau jadi model roboh pentas. Ceh, hampehkau Apeh. Eh,jom kita makan. Aku belanja.” Beria-ia Tasnim mengajak.

            “Akuon jer..” Serentak pasangan kekasih itu bersuara.

Previous: BAB 1.2
Next: BAB 2.1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.