Home Novel Komedi/Romantik Komedi SOULMATE
BAB 3.1

NASRIQ TERSENYUM LAGI, diletak elokgambar yang dia terjumpa tadi didalam bingkai gambar. Lalu diletakkan diatasmeja kerjanya. Matanya terpandang pula pen yang sudah hampir lapan tahundisimpan. Bukan senang nak dapat pen ni. Walaupun terang lagi bersuluh ada tandaharga yang masih terlekat dipen itu berharga RM1.80. Nak dapatkannya, pergghh!Susah sangat der.

            Teringatperistiwa mengenai pen itu bagaimana boleh ada dalam simpanannya…..

            “Okey,saya cakap. Kamu semua tulis erk! Buat nota sendiri, jangan nak harap Cikgubagi jer. Usaha sikit! Berapa bulan lagi nak SPM.. SPM tau, bukan UPSR. Masadepan kamu semua. Dah bersedia semua? Bla…bla…” Kedengaran suara Cikgu Rizduanmemberi kata dua.. (sebenarnya bukan katadua dah berkata-kata banyak sangat tak terkata dah!)

            Tasnimmenggelabah mencari sesuatu. “Noni,Nampak pen aku tak? Cepatlah, nanti CikguRizduan nak start. Tolonglah carikan untuk aku.”

            Nonimengerutkan dahinya. “Kau tak bawak pen lain ke? Aduh, aku punya kotak pensilpun tertinggal kat laci meja dalam kelas.” Noni menepuk dahi.

            “Akupun, lepas rehat tadi aku bawak buku nota dengan buku teks lepas tu dengan pensebatang tu masuk makmal Fizik ni.. Huhuhu, mati aku Noni.” Tasnim mula cuak.

            “Sayanak kamu semua hantar nota kamu yang dah berkurun rasanya saya tak semak. Siapatak hantar, Jessica. Tolong jangan bagi makhluk Allah tu balik eh.” CikguRizduan melirik pandang kemeja kami berlima. Memang la pun, bab nota ni. Kamilow sikit. Tapi bab buku latihan, tak payah tunggu Cikgu cakap. Awal-awal lagikita orang hantar. Walaupun tak mintak. Tunjuk rajinlah katakan… Haaa kipas!!

            “Kaudengar tu Noni? Aduh,macam mana ni?” Tasnim terdiam sekejap apabila kedengaransuara bisik-bisik macam orang bergaduh dibelakangnya.

            “Akupunyalah.. Aku dapat dulu. Kalau kau nak, kau curilah pen orang lain. Sibuklahkau Ariq.” Marah Kimi.

            Nasriqmasih sedaya upaya menarik pen itu ditangan Najmi. “Aku tak kira,aku nak pen nijugak. Kau ambiklah pen Qila tu. Mesti dia bagi punya..” Nasriq menunjukkearah  Aqila yang berada dihadapanmereka.

            Tasnimmengetap bibirnya. Uish! Geram tahap gaban! Perlahan dia menghampiri dua ekorreptilian itu. Nasib baik Hafiz pergi tandas. Kalau tak dengan dia-dia sekalijoin tarik tali ni. Tasnim menarik kuat kedua-dua telinga dua ekor reptilianganas ni. Nasib baik Cikgu Rizduan sedang rancak melayan soalan Noni yang entahapa-apa ditanyanya, semata-mata memberi peluang untuk Tasnim kerjakankawan-kawannya itu.

            “Ouu..Uch..Awwwh!” Serentak mereka berdua meraung kesakitan.

            “Pandaierk! Curi pen aku? Apa ketandusan sangat ke pen korang? Siap main rebut-rebutpulak tu. Eii, ikut hati aku. Aku sumbat korang dengan penunu Bunsen ni!”Tasnim melepaskan telinga Nasriq dan Najmi sambil itu sempat lagi Tasnimmenyuakan tong kecil penunu Bunsen itu.

            “Uish,relaxar Nim.. Kita orang saja jer.. Nak practice teater Cikgu Sab jer nih.” Najmimembuka kata dua.

            “Practiseteater? Ceh, macam korang layak jer belakon teater tu nanti. Hahaha! Apapun, akumemang rasa macam nak bom jer korang. Itulah, aku dah pesan dah sebelum rehattadi. Bawaklah apa yang patut. Ini, jangankan pen. Buku pun korang tak adabawak?” Nak terbeliak biji mata Tasnim melihat kertas test pad je yang ada katdepan dorang.

            SerentakNasriq dan Najmi tersengeh. Buat muka tak bersalah! “Kita orang lupalah,Apehtolong pergi ambiklah tu. Saja je dia bagi alasan nak pergi tandas, nantimembebel lagi Cikgu Rizduan tu. Alah, pen RM1.80 jer tu.. Itu pun kedekut.”Nasriq mencebikkan bibirnya.

Previous: BAB 3
Next: BAB 3.2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.