Home Novel Komedi/Romantik Komedi SOULMATE
BAB15.2

“Jangan risaukan aku ek, kau tu kenarisaukan diri kau sendiri! Esok nak jadi isteri orang.” Bisik Aqila ditelingaTasnim.

            “Akutahu kau ada masalah..” Bisik Tasnim pula. Rasa tak sedap hati pulak bilamelihat wajah Qila begitu.

            Aqilaterdiam, cuba mengukir senyum yang terlalu susah sangat untuk dia ukir. “Janganrisau, masalah aku… Aku sendiri yang selensaikan. Terima kasih sebab jadi kawanaku Nim.”

            “Danaku sepatutnya berterima kasih kat kau sebab banyak bagi aku semangat.” Tasnimmenggenggam erat tangan Aqila dengan tangan kirinya yang masih belum berinai.

            “Bukanaku, tapi kau kena berterima kasih kat babyni. Inilah satu-satunya penguat semangat yang kau ada Qila.” Tasnimmengusap-usap perut Aqila yang mula membuncit.

            Bunyitalifon yang berbunyi nyaring itu membuatkan bilik itu senyap sekejap. Linmencapai talifon bimbit milik Tasnim yang berada di atas meja solek. Melihatnama diskrin membuatkan Lin ketawa mengkekeh. ‘si IGUANA KiMi’.

            “Aitakak, dah nak jadi husband pun nama panggilan tak tukar lagi?” Lin tersengeh.

            Tasnimtersenyum. “ Nak tukar macam mana dik uit? Tak sempat, tiba-tiba kena jadipengantin dalam masa tiga hari!” Terburai ketawa mereka.

            ‘Hello baby! Tengah buat apa?’ Gediksemacam je suara Kimi ditalian. Aku pulak yang rasa macam nak tertegak buluroma.

            “Tengahbuat apa? Tengah panjat pokok petai sayang…” Sindir Tasnim. Lagi mau tanya ke?

            Kimiketawa. “Hati-hati panjat pokok petai tu, nanti naik pelamin tempang pulakpengantin perempuannya.” Giat Kimi lagi.

            “Orangdisana dah selensai ke?”

            “Orangdisini dari tadi dah siap, nyaris-nyaris lah jugak sepuluh jari ni ayah inaikan.Kalau tak, jadi pengantin perempuanlah nampaknya.”  Kimi ketawa.

            Tasnimturut ketawa! Dah agak dah! “Habis tu tengah buat apa? Dah tak ada kerja kacauanak dara orang malam-malam buta ni?”

            “Hah!Memang niat dihati jangankan kacau, nak bawak lari pun ada. Hahah.. Orangdisini tengah buat ulangkaji pelajaran untuk ‘final exam’ esok. Takut tak past!Tak akan nak repeat banyak kali kutkan? Malu woo...” Ujar Kimi penuh semangat.

            Tasnimmengerutkan dahinya. “Final exam?Bila masa pulak awak belajar lagi ni?”

            Kimimenepuk dahi! Aduh! Lupa pulak bakal isterinya itu terlalu lurus macam pembaris!Hahaha! “’Final exam’ nak goncangtangan tok kadi sayang.. ‘Lecture’abang ni, sumpah tak boleh dipakai. Mengajar diluar silibus tok kadi. Ada kepatut dia suruh abang past je katdia, biar dia je yang tolong copy paste kan.Apa dia ingat ini acara past baton berkumpulan apa?’

            Mengkekehketawa Tasnim dibuatnya!! “Macam-macamlah awak nih..”

            “Alah!Kenapa panggil ‘awak’ lagi.. Panggil Abang laah..” Kimi membuat suaramenggodanya.

            Tasnimtergamam, merah pipinya saat itu. Malu nye rasa!! Gila punya Kimi, kantoi pulakaku dengan Qila, Lin dan Noni ni nanti. “Nanti-nantilah. Kejap lagi saya buatlatihan tubi sepuluh kali sebelum tidur.” Nak biasakan diri panggil ‘awak saya’dalam masa tiga hari ni pun, aku rasa dah macam cakap bahasa negro! Inikanpulak nak ber’abang’ dengan kau?

            “Cakapsekarang lah, teringin nak dengar.” Saja Kimi mengiat, dia tahu Tasnim tengahmalu. Macam mana tak malu kan? Dah bertahun-tahun jadi kawan, kawan rapat pulaktu. Dulu panggil ‘aku-kau’ je, cakap pun tak payah nak tapis-tapis. Main semburje. Sekarang lain, bayangkanlah dari kawan jadi suami?? Hahaha. Nonsense je cerita aku ni.

            “Err..Ermm.. Hah! Ada orang panggil okey, bye..Assalamualaikum.” Tasnim ketawa mendengar keluhan Kimi yang sangat kecewa itu.

            “Yela,wa’alaikumsalam. Tak apa-tak apa, esok tengoklah.. Hehehe..” Kedengaran ketawanakal lelaki itu.

            “Tahuapa? Tampar nak? Dah-dah pergi tidur..” Merah padam muka Tasnim! Hampeh punyaKimi, saja je nak buat aku malu! Selepas mengucapkan salam sekali lagi Tasnimcepat-cepat memutuskan talian walaupun masih terdengar lagi ketawa jahat Kimi.

Previous: BAB15.1
Next: BAB 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.