Home Novel Komedi/Romantik Komedi SOULMATE
BAB 26

“EH, Bos! Buat apa kat sini lagi? Takpergi makan ke?” Hafiz yang melintasi bilik Najmi terhenti dimuka pintu bilikitu. Dikerling jam ditangannya. Timelunch ni, lagipun hari ni aku nak datedengan my lovely awek! Oh, Noni kusayang! Apeh tesengeh!

            “Tengah‘main bola sepak’ ni!” Selamba saja nada suara itu. Najmi kembali termenungsambil tangannya bermain-main dengan pen diatas meja.

            Berkerut-kerutdahi Hafiz mendengar jawapan Najmi itu. “Owh! Kalau gitu, boleh aku join? Bestjugak kalau main ‘bola’ kat ofis ni!” Hafiz melabuhkan duduknya.

             Najmi menjeling tajam Hafiz bila terasa seolahHafiz menyindirnya! Hafiz mengangkat kedua belah tangannya, tanda tak bersalahsambil tersengeh. “Kau ni kenapa? Dari semalam aku tengok muka cekodok basi kauni. Dah macam baru lepas tertelan skru je. Kau ada problem ke? Ce kongsi dengan aku. Itupun kalau kau nak berkongsidengan akulah. Hah! Tapi kalau masalah pasal minah gedik yang selalu datangpejabat ni cari kau tu. Sorry!Awal-awal lagi aku tarik diri. Aku tak nak masuk campur!”

            “Bukanpasal dia lah. Ikah tu aku tak hadap sangat pun! Aku tak ada hati langsungdengan dia.” Balas Najmi lemah.

            “Hah!Ni mesti pasal Mak Tini kan? Dia tak vacuumkapet bilik kau pagi tadi.” Laju saja Hafiz mencelah. Melihat tajam sangatjelingan Najmi itu, Apeh tersengeh. “Alah, aku gurau je lah. Emo sangat kau  hari ni kenapa??”

            Najmimengeluh perlahan. Entah! Dia pun tak tahu apa yang dah jadi dengan kehidupandia sejak dua menjak ni.

            Hafizyang masih menanti jawapan kawannya itu sekadar menggeleng-geleng pelik. “Dahberapa bulan kau tinggalkan Anim eh?” Hafiz mula mengeluarkan topik yangsewajarnya mereka sebut dan sememangnya dah lama Hafiz nak bincangkan.

            Najmimemandang tajam Hafiz. Tak suka nama bekas isterinya itu disebut-sebut. Apatahlagi nak mengingatkan dia tentang Anim. “Kau boleh berhenti tanya aku soalanyang sama macam tu berulang-ulang kali tak? Jemulah aku dengar.”

            Hafizketawa sinis. “Aku tak tahu apa sebenarnya yang kau nak dalam hidup kau. Akupun tak faham kenapa kau ni tak suka nak fikir dulu sebelum buat sesuatukeputusan. Apapun, aku nak bagi tahu kau somethingni, ‘bagus’ jugak kau ceraikan Anim tu! Boleh aku masuk line!” Saja Hafiz membakar lagi hati Najmi. Spontan Najmi mendengusmarah.

“Eh, marah pulak dia. Sorry-sorry tersasul dengan sengaja!”Hafiz menakup mulutnya. Tahu pulak Mamat ni cemburu, tapi yang pandai-pandaidia lafaz cerai tu kenapa? Adoii!! Sejak bila kau ni ego Kimi uit?

            Najmiterus diam. Entah kenapa makin sakit pulak hatinya bila Apeh cakap macam tu.Walaupun dia tahu Apeh hanya main-main saja, tapi hatinya tak boleh terima!!!

            “Okeylah,aku nak pergi melantak dengan tunang aku. Kau telan lah ego kau tu sampaikenyang ye Encik Najmi.” Hafiz terus meloloskan dirinya dari bilik itu.

            Tiba-tibaNajmi bangun dari kerusi lalu berlari ke tandas. Hafiz yang terkejut melihatNajmi yang bagai Superman nak selamatkan orang itu terus saja membuntuti Najmi.

            Najmimemicit tengkuknya. Rasa perit pulak tekaknya. Dikumuh mulutnya sambil mengeluhseketika. Walaupun rasa loyanya ini tak sekerap selalu, namun tetapmerimaskannya!

            Hafizmembantu Najmi dengan mengurut tengkuk kawannya itu. “Muntah lagi? Buat penatje kau breakfast pagi tadi. Eh,Kimi.. Kau agaklah anak kau tu perempuan ke lelaki?” Hafiz dengan penuh terujamenyoal.

            Najmimenepis tangan Hafiz yang berada ditengkuknya. Dipandang tajam muka kawannyaitu. Laju saja kakinya melangkah keluar dari tandas itu. Terkedek-kedek Hafizmengejar langkah Najmi yang sudah mara kedepan.

            “Uit!Tak kan marah kut? Aku tanya je..”

            “Bolehtak kau tanya benda lain? Tak habis-habis kaitkan muntah aku dengan kandunganperempuan tu. Apa yang buatkan kau yakin sangat itu anak aku? Perempuan macamtu, tak layak mengandungkan anak aku tau tak!” Merah padam Muka Najmi menahanrasa marah dihati.

            TersentakHafiz mendengar ayat terakhir Najmi itu. “Astafirullah’alazim..Bawak-bawaklah mengucap Kimi. Jangan ikutkan sangat baran kau tu. Kau cakap macamorang tak ada iman!”

            Najmitersenyum sinis. “Benda betul! Tak akanlah aku nak puji kut? Aku tak akanpercaya bayi yang dia kandung tu anak aku!”

            Hafizmenggeleng-geleng lemah! “Makin lama, makin aku tak kenal kau. Makin aku rasaKimi yang dulu hilang ghaib entah pergi mana entah! Kau kena ingat Kimi, kalausatu hari nanti kebenaran tu akan muncul. Dan kau orang pertama yang palingkecewa! Waktu tu barulah kau tahu yang kau jauh lebih teruk dari Hitler!” Hafiz terus berlalu keluar daribilik pejabat Najmi. Makin lama dia kat situ, makin nak dibelasah je si Kimini!! Tembak dengan senapang gajah pun sedap jugak!!

            Najmimendengus kasar! Ditolak kasar semua fail-fail yang penuh dimejanya.Sehinggalah sebuah bingkai gambar tercampak dihujung kakinya. Terbentang luasgambar perkahwinannya bersama Tasnim. Manis wajah Tasnim berbaju gaun itu,membuatkan hatinya sedikit terpujuk! Tapi cuma sekejap, bila gambar-gambar yangada di CD itu mula meniti satu-persatu dimindanya.

            Dicapaibingkai gambar itu lalu dibaling kuat ke dinding! Berkecai kaca daripada bingkaigambar itu. Najmi terduduk perlahan ke lantai. Hatinya sudah merasa sakitnya!Diraup perlahan wajahnya. Pelbagai rasa yang menghuni hatinya saat ini! YaAllah! Tabahkanlah hati hambaMu ini! Aku ke yang bersalah?

 

TASNIM mengalihkan baringnyamembelakangi Noni dan Qila. Berita yang disampaikan oleh Noni sebentar tadimembuatkan hatinya makin terhiris! Sampai hati Ikah buat aku macam ni! Sampaihati Kimi buat aku macam ni! Airmata Tasnim menitis lesu.

            “Anim..Janganlah macam ni! Kau tak boleh diam je. Kau kena bersihkan nama kau yang dahIkah calarkan tu. Kimi mesti kena tahu jugak cerita sebenarnya!” Naik penatNoni memujuk Tasnim. Kawannya itu masih diam tak berkutik sebaik saja diamenceritakan perkara sebenarnya. Sementellah, Tasnim sekarang sedang demam.Makin tak berapa stabil sangatlah emosi kawannya itu.

            Tapi!Tasnim kena kuat! Sejak penangkapan lelaki suruhan Ikah minggu lepas, makinmenyenangkan tugas pihak polis menjalankan kerja. Kay ditangkap semasa mahumeceroboh masuk ke rumah milik Tasnim, mujurlah waktu itu Tasnim tidur di rumahNoni. Dengan kepantasan Jihan, akhirnya Kay dapat ditangkap. Paling mengejutkanbila pihak polis memberitahu bahawa Ikah merupakan penjenayah palingdikehendaki polis. Sebenarnya, Ikah merupakan suspek utama dalam kes membunuhDatuk Kalid!

            “Betultu Nim. Kau tak boleh diam kan diri macam ni. Inilah peluang yang palingberharga yang patut kau ambil. Jangan biarkan Kimi terus-terus hukum kau!”Aqila pula mencuba.

            Tasnimmenahan tangisnya. “Tak payahlah.. Aku dah tak larat nak terima apa-apa lagicacian dari Kimi. Aku dah penat! Hati aku ni dah banyak sangat terluka.Sekarang aku dah tak kisah dah, lantaklah apa pun yang dia nak fikir pasal aku!Itu hak dia.”

            “Tapianak kau jugak nak kan hak dia! Tak akanlah kau nak biarkan Kimi terus-terustak mengaku yang itu anak dia? Fikirlah sikit Nim! Jangan ikutkan sangat hatikau tu, makin kau biarkan perkara ni tak dibetulkan.  Makin hati kau sakit nak terima semuanyananti.” Noni mula naik geram dengan keras kepala Tasnim itu.

            Aqilamenghampiri Tasnim. Dilap perlahan airmata Tasnim. Noni juga melakukan perkarayang sama. Aqila tersenyum manis, memberi sedikit semangat kepada kawannya itu.“Kalau kau tak fikir pasal Kimi, kau fikirlah pasal anak dalam perut kau tu.Kau sanggup ke tengok dia lahir tanpa ayah sedangkan dia punya ayah kandungyang sah. Sanggup ke kau tengok dia terus dipulaukan oleh ayah kandung diasendiri? Sampai hati ke kau tengok dia dihina dibenci oleh ayah kandung diasendiri? Kau fikirlah Nim, kau tolak tepi dulu soal hati dan perasaan kau. Kauingat anak yang berapa bulan lagi nak lihat dunia ni, nak tengok siapa mak ayahdia.  Jangan satu hari nanti dia salahkankau, sebab biarkan dia diejek kawan-kawan dia sebab dia tak ada ayah. Jangansatu hari nanti kau mula rasa bersalah bila tengok anak kau menangis cemburukankawan-kawan dia yang punya ayah. Selagi benda ni boleh disenlensaikan, kitaikhtiar selensaikan. Andai kata dah tak ada jalan penyelensaian, tak apalahkita redha. Sekurang-kurangnya kau tak akan terkilan satu hari nanti.”

            Kata-kataQila betul-betul mengusik hati Tasnim. Tasnim terdiam, airmatanya sudah takhenti-henti mengalir. Noni memegang erat bahu Tasnim. “Mungkin dengan cara kauberhadapan dengan mereka, kau boleh merubah sesuatu yang lebih baik dalam hidupkau. Aku kenal Kimi tu macam mana, aku tahu dia sayang sangat dengan kau.Insyallah bila dia tahu perkara sebenarnya, hati dia akan terpujuk.”

            Makinkuat tangisan Tasnim bila dia dipeluk erat oleh Qila dan Noni. Dia tak tahu apayang patut dia buat! Tapi mendengar nasihat kawan-kawanya itu, hatinyaterpujuk!

Previous: BAB 25
Next: BAB 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.