Home Novel Komedi/Romantik Komedi SOULMATE
BAB 18

TIGA BULAN SUDAH BERLALU… Tasnim semakinbahagia disamping Najmi, hari-harinya sentiasa indah. Cintanya buat suaminyasemakin hari, semakin mekar. Tasnim merenung cincin kahwinnya sambil tersenyumpanjang.

            “Amboi!Cik Anim kita sorang ni, senyum sampai ketelinga! Tak akan baru sejam masukpejabat dah rindu dengan Cik Abang kut?” Noni tersengeh melihat kawan baiknyaitu. Angau ke apa minah ni?  Nonisekarang dah bekerja satu pejabat dengan Tasnim, Noni dah ambil keputusannak  letak jawatan disyarikat Nasriq disebabkanoleh sebab-sebab yang tertentu. Dan demi persahabatan kami berlima.

            Tasnimketawa. “Hello, bila masa pulak akusenyum sampai ketelinga? Kau ingat mulut aku ni mulut Popeye? Hah, pagi-pagilagi dah masuk bilik aku ada apa? Nak bagi aku kopi secawan ke?” Usik Tasnim.Noni ni suka muncul tetiba je. Aku kadang-kadang tu konfius dia ni muncul daricelah dinding ke apa?

            “Kopi?Banyak kau punya kopi, tak adalah kejap lagi aku nak mesyuarat. Ada lagisetengah jam, aku nak lepak-lepak dengan kau kejap. Naik magrain aku mengadap kertas kerja dari subuh tadi.” Noni melabuhkanduduknya diatas kerusi berhadapan dengan Tasnim.

            “Lah,tak selensai lagi ke projek tu? Kau ni, asyik kerja je. Apeh tak marah ke?”Soal Tasnim. Rasanya dah lama jugaklah Apeh dan Noni bertunang. Lama tauu! Tapidua-dua sibuk dengan hal masing-masing. Pelik pulak aku rasa!

            “Marah?Haha! Tak lah, kami lebih suka macam ni. Lagipun aku yakin, kalau ada jodoh takkemana. Macam kau dengan Kimi. Dulu kawan lepuk-lepuk, kawan gaduh.Tengok-tengok, tiba-tiba je dah kahwin! Eh, sebut pasal Kimi aku nak tanya kau something ni..” Noni merapatkankerusinya dekat dengan meja kerja Tasnim. Gayanya dah macam Mak Jemah nakbergosip je.

            Tasnimmengerutkan dahinya, apahal pulak minah ni? Lain macam je. “Kenapa? Apeh dapatnaik pangkat? Atau Kimi nak hadiahkan aku Pulau Jeju?” Gurau Tasnim sambil ketawa.

            “Banyakkau punya Pulau Jeju.. Err.. Betul ke kau tak ada isi apa-apa ni?” Soal Nonipenuh curiga sambil matanya mencuri-curi pandang perut Tasnim.

            Makinberlapis-lapis kerutan didahi Tasnim. “Isi apa pulak ni? Of cause lah ada!” Jawab Tasnim dengan penuh yakin!

            Bersinar-sinarbiji mata Noni. “Wah! Taniah Nim..” Ucap Noni penuh exited! Rasa macam nak melompat je.

            Tasnimmakin blur! “Tahniah? For what?” SoalTasnim lagi dengan wajah sehabis blur tak faham maksud Noni yang sebenar.

            “Dahberapa bulan?” Soal Noni lagi dengan wajah yang sangat teruja. Alhamdulillah, kawan aku bakal jadi ibu.Aish, nasib baik kau tu berat. Kalau tak, dah lama aku timang-timang. Tak sabaraku nak dapat menantu!!! Hahaha!

            “Bulan?Apa kau merepek ni Noni uit? Aku cakap, aku memang lah ada isi. Aku baru makankaripap pagi tadi.. Kejap lagi aku nak makan nasi lemak Kak Batiah pulaklah.Ermm, sedapnya!” Tasnim menjilat bibirnya mengingati betapa sedapnya nasi lemakitu.

            Terbeliakmata Noni, rasa macam kerusi  yangdidudukinya itu nak telentang kebelakang je saat ni. Apa ke blur punya manusiani?? Adoi!! Noni menepuk dahi! “Aku telan jugak budak sekor ni. Lain yang akucakap, lain pulak yang dia faham! Maksud aku kau dah mengandung ke?”

            “Eh!Mana adalah.. Pandai-pandai kau je. Kenapa? Ada ciri-ciri orang nak mengandungke aku ni? Cik Noni, kau ni sama je macam Kimi.. Aku tak mengandunglah. Kalauaku mengandung mesti muntah-muntah! Lepas tu suka makan masam-masam, mestipunya aku kena morning sicknesstiap-tiap pagi! Dan yang paling penting, semestinya aku tahu kalau akumengandung!” Panjang lebar Tasnim menidakkan apa yang difikirkan oleh Noni.Merepek je kawannya itu.

            “Lah!Yeke? Tapikan kenapa Apeh cerita Kimi sekarang dah pelik?” Soal Noni penuhcuriga.

            “Pelik?Kenapa? Dia ada sindrom-sindrom nak berpoligami ke?” Terangkat kening Tasnimmendengarnya! Ini nak marah ni! Nak nangis pun ada!

            Nonimenepuk dahi! “Kau ni suka sangat fikir negativelah Nim. Maksud aku, Apeh cerita kat aku yang Kimi suka sangat makanmasam-masam. Asam jangan cakaplah, satu balang kat atas meja dia. Itu yang akumusykil sangat ni atau  Kimi ada penyakitke? Pagi-pagi mesti dia muntah, mengalahkan orang mengandung. Lagi satu, setiaphari dia tidur kat pejabat kalau waktu pagi! Kau buli dia setiap malam ke ha?”Usik Noni sambil ketawa.

            Tasnimterdiam. Digaru-garu kepalanya yang tak gatal. “A’ah, aku perasan tu. Kadang-kadang aku pun pelik tengok dia macam tu.Aku ingatkan dia demam biasa je. Dia sakit ke Noni?” Soal Tasnim dengan riaktakut!

            “Tak,dia sihat walfiat wahai Cik Anim. Apeh teman dia pergi klinik semalam, doctor cakap dia okey! Sihat! Akurasalah…” Ayat Noni terhenti. Wajahnya tergambar riak macam citer sinetronindon!

            “Kaurasa apa?” Potong Tasnim tak sabar!

            “Ish,kut iya pun bagilah aku habis cakap dulu. Aku rasa Kimi jadi macam tu sebab kaumengandunglah. Maksud aku memang kau tak rasa apa-apa alah, tapi alahan kau tuKimi yang rasa. Macam kes ayah dengan mak akulah. Waktu mak aku mengandung adikaku.. Mak aku tak kena apa-apa alahan pun, tapi bab makan! Perghh!! Memang takterlawan. Tapi kesian dengan ayah aku, dah lembik semacam. Macam dia pulak yangmengandung.” Noni ketawa.

            “Bolehke macam tu?” Soal Tasnim dengan wajah blur!

            “Apatak bolehnya pulak? Itulah tanda Kimi terlalu sayangkan kau, sebab terlalusayanglah dia rela hati terima alahan tersebut. Aku pernah dengar orang cakapkan kalau suami yang kena alahan macam ni tapi bukan si isteri, maknanya jodohdia kuat! Tapi tak tahulah ada kebenaranya cerita tu ke tak. Kau tak nak jumpa doctor check?”  Cadang Noni.

            Tasnimmengeluh perlahan. “Aku pun rasa nak pergi checklah. Tapi kau mesti tak dapat nak temankan aku kan? Tak apalah rehat nanti akupergi sendiri.”

            “Akuteman kau ek. Aku risaulah, rasa macam tak sedap hati je biarkan kau pergi sorang-sorang.”Noni menggenggam erat tangan Tasnim.

Previous: BAB17.1
Next: BAB18.1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.