Home Novel Komedi/Romantik Komedi SOULMATE
BAB21.1

NASRIQ tersenyum melihat tubuh Aqilayang semakin tembam disebabkan kandungan Aqila yang sudah semakin membesar itu.Aqila tertonggeng-tonggeng mencari sesuatu. Syukur Alhamdulillah, semakin hari, semakin mekar kasih dan cinta buatisterinya itu. Itulah, kalaulah dah namanya jodoh tak kemana punya. Macam akudengan Qila. Dan macam Kimi dan Anim. Dah dekat beberapa bulan aku tak jumpadorang, cerita pasal dorang pun aku tak tahu. Tipulah aku, kalau aku cakap yangaku dah lupakan Tasnim 100%, tapi aku berani cakap yang aku dah jatuh sayangsangat dengan isteri aku. Pasal Tasnim, aku dapat terima dengan redha takdirdan jodoh yang Allah berikan ni. Pilihan Allah adalah yang terbaik diantarayang terbaik.

   Berkatdoa isterinya, Berjaya Qila membuka hati aku. Menyesal? Memang, aku menyesalsebab lambat mencintai isteri aku tu. Kesabaran Qila buatkan aku makin sayang,cinta Qila buat aku, buatkan aku rasa terharu. Aku tahu bukan senang untuk Qilabuka pintu hati aku ni, berbulan-bulan dia menahan rasa dengan sikap aku.Maafkan abang sayang…

“Abang tak ada pun.Abang nampak tak kat mana?” Aqila yang lengkap berjubah dan berselendang labuhitu melabuhkan duduknya disebelah Nasriq. Sejak berkahwin, Aqila dah mengubahimejnya dengan tudung labuhnya dan jubbah.

Nasriq ketawa. Dicapaitangan isterinya dan dibawa kedadanya. “Benda tu kat sini..” Ujar Nasriq sambilmemandang mata Qila lembut.

Aqila mengerutkandahinya. Demam apa suaminya itu. Aku nak cari buah epal yang tergolek tadi.“Kang, Qila tumbuk kang. Main-main ek.. Qila teringin nak makan epal..” Aqilamencebik.

Nasriq ketawa. “Cukup-cukuplah sayang uit, dah dekat tiga kotak abang beli. Dua hari je dahlicin. Qila makan ke, buat mandi?” Usik Nasriq. Pelik dengan cara Aqilamengidam.

“Ada pulak buat mandi,Qila makan lah. Jom,jom! Kata tadi nak pergi shopping mall kan? Kita beli lagisekotak ye sayang. Heheh!” Aqila mencubit perlahan pipi Nasriq. Nasriq ketawa.

 

Tasnim masih berteleku di restoran Jepunitu, entah kenapa tekaknya teringin benar mahu merasa makanan jepun. Hafiz danNoni sudah pergi mencari barang hantaran mereka. Puas mereka memaksaku agarikut mereka, puas jugaklah aku cuba yakinkan dorang yang aku tak akankemana-mana selagi dorang tak habis membeli barang. Tasnim membayar bayaranmakanannya tadi, kemudian dengan lemah dia menapak keluar dari restoran itu.

            Taktahu kemana nak dituju. Penat malam tadi pun tak hilang lagi, boleh pulaktengah-tengah malam dia kena pergi ke tapak projek untuk selensaikan satumasalah. Baru beberapa langkah berjalan, kakinya keras. Tergamam melihatseseorang didepannya. Najmi?

            Makintergamam Tasnim melihat reaksi manja perempuan disebelah Najmi itu. Ikah?Sebaik saja Najmi melihatnya, makin kejap pegangan tangan Najmi dibahu Ikah.Aku tahu dia sengaja buat macam tu, tadi elok je jalan jauh-jauh. Ikah peluklengan dia, dia tepis. Sekarang depan aku, nak tunjuk mesra.

            Ikah makin suka dengan reaksimendadak Najmi itu. Sebaik saja melintasi Tasnim yang menunduk, Ikah berhenti.Najmi sikit pun tak memandang ‘bekas isterinya’ itu.

            “Eh,sekejap! Macam kenal je minah ni kan sayang? Err.. Rasanya, Err.. Your wife. Betul tak?” Soal Ikah kepadaNajmi.

            Najmimendengus marah. “Pembetulan! Bukan mywife, tapi ex-wife..” Ujarnyalangsung tidak dipandang wajah Tasnim.

            Ikahketawa suka. “Oh, really? Good sound..Oh, anak you.. Alolooo.. So sad.” Ikahsengaja mengusap perut Tasnim sambil memandang Najmi bersilih-ganti.

            Najmiketawa sinis. “Entah anak siapa entah dia kandung tu. Aku tak akan ngaku ituanak aku..” Tajam mata Najmi merenung Tasnim.

            “Abang!!Sampai hati abang tuduh Anim macam tu. Sumpah bang, anak yang Anim kandung nianak abang!” Tasnim sudah dihujani dengan airmata yang tak henti-hentimengalir. Kecewa, terkilan, macam-macam dia rasa saat ni!

            Najmitersengeh sinis. “Anak aku? Oh, ini anak aku? Kau ingat aku ni bodoh ke? Dahbanyak lelaki sentuh kau, kau nak sumpah pulak ni anak aku?!”

            Pangg!!Entah dari mana kudrat Tasnim untuk menampar Najmi, dia pun tak tahu. Yangjelas, dia memang tak boleh terima langsung tuduhan melulu Najmi itu. Dahmelampaui batas kesabarannya! Sampai sekarang dia tak boleh nak lupa detikhitam itu. Inikan pula sengaja Najmi menyebutnya. Rasa tercarik-carik hatinyamendengar ayat lelaki itu.

            Najmimemegang pipinya yang sudah terasa berpinar. Dipandang sekeliling, ramai orangyang lalu-lalang disitu memandang mereka. Shit!!Dia malukan aku! Najmi mencengkam kuat dagu Tasnim. “Kau ingat sikit, Aku takakan sekali-kali mengaku itu anak aku! Sekali aku dah ludah, jangan harap akujilat balik!!”

            “Oit!Kimi!! Apa yang kau buat ni?!” Satu suara yang entah tiba-tiba munculmembuatkan Najmi mendengus marah. Dengan kasar dia menolak Tasnim. Mujurlahseseorang menyambut tubuh Tasnim yang nyaris-nyaris terhentak pasu besar itu.

            Najmimelontar pandang kearah lelaki yang menyambut Tasnim tadi. Nasriq?? “ Kau dahhilang akal ke buat isteri kau macam ni?!” Tengking Nasriq!

            Najmisenyum sinis.. “Isteri? Perempuan ni tak layak jadi isteri aku!! Dia bukanisteri aku! Dia bekas aku. Kalau kau nak, silakan kutip.” Najmi terus berlalu. Ikahpula membuntuti Najmi dengan wajah ceria, macam orang baru lepas menang loteri.

            Nasriqmembantu Tasnim bangun. Aqila juga menghampiri untuk membantu, dipeluk eratbahu Tasnim sambil dihulurkan tisu.

“Kau okey?” SoalNasriq.

            Tasnimmengangguk perlahan. “Abang kita bawak Anim masuk restoran tu.” Nasriqmengangguk setuju dengan cadangan Aqila.

            Perlahansaja Tasnim melabuhkan duduknya, tangisan tadi masih tak reda-reda. Terlukasangat hatinya saat ini.

 “Kenapa Kimi buat macam tu kat kau?” Nasriqmenyoal. Soalan yang dari tadi asyik menjengah dibenaknya. Tiba-tiba rasamarahnya menyala-nyala!

Tasnim mengeluh. Susahsangat mahu diterangkan. Tasnim hanya tersenyum kelat. Satu hari nanti korangberdua akan tahu, tapi bukan sekarang. Aku betul-betul tak mampu nak ceritaapa-apa kat korang.

“Nim! Kau okey? Kauokey Nim?!!” Cemas saja riak wajah Noni yang tiba-tiba muncul itu. Hafiz jugabegitu.

“Nasib baik kau adaRiq. Kimi tu sejak dua menjak ni, macam apa entah. Kena sampuk setan gamaknya!Tak pun dia dah memang jadi setan!” Marah Hafiz.

“Maaf, kalau tak jadimasalah korang. Boleh aku tahu kenapa Kimi macam tu?” Soal Aqila pula, dia danNasriq juga mahu tahu sebenar-benar cerita. Mereka kenal Kimi dah lama, Kimitak mungkin tergamak buat Tasnim macam tadi. Takut rasanya bila teringat balik.

Hafiz mengeluh!Perlahan-lahan Hafiz dan Noni ceritakan perkara sebenar bersilih ganti. Nasriqdan Aqila mendengar penuh teliti. Masyallah! Tak sangka sama sekali rumahtanggaTasnim dan Kimi boleh berkocak begini hebat! Mereka berempat sama-samabersetuju nak cuba selensaikan masalah ini. In Sya Allah, moga Allahpermudahkan.

Previous: BAB 21
Next: BAB 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.