Home Novel Komedi/Romantik Komedi SOULMATE
BAB 7.1

Najmi menggaru-garu kepalanya yangtiba-tiba gatal. Boleh pulak saja-saja nak buat muka pucat macam ni? “Kalaurasa tak sihat. Awak boleh ambik MC. Saya ni bukan seorang bos yang kejamsangat..”

             MC? Minggu lepas aku cuti sehari pun dah asyiktalifon je. Ini hilanglah.. Itu tak adalah.. Macamlah segala harta benda diaaku yang jaga? Sampai naik tertungging aku dibuatnya, setiap jam talifon!  “Tak apalah Encik Najmi, kalau saya cutinanti.. Lagi banyak fail-fail Encik Najmi hilang. Dan saya pulak terpaksa jadioperator menjawab panggilan talifon. Kalau tak ada apa-apa saya keluar duluEncik Najmi, ada kerja nak buat..” Gadis itu pantas meloloskan diri keluar daribilik itu.

            Najmipula terpinga-pinga dari tadi, ternganga tak sudah-sudah. Aku balik dikenakan?Memanglah perempuan ni! Aku bukan saja-saja nak talifon kau lah. Dah benda yangaku cari tak jumpa nak buat macam mana? Yang selalu kemas bilik aku ni pun kaukan? Banyak cakap pulak dia..

            Najmimencuri pandang wajah manis milik Ikah  melalui cermin gelap dibiliknya. Sejakperempuan ni kerja disini, rasa hidupnya penuh kesesakkan. Rasa macam taksempurna kalau tak tengok dia dalam sehari. Apa aku jatuh cinta? Uish! Takakanlah!! Tapi lagi tenang mindanya kalau melihat wajah Tasnim. Huhuhu Bila lahagaknya pukul 3?

            Najmikembali menghadap kerjanya semula. Namun matanya sesekali memandang kearah Ikah.Najmi meraup wajahnya resah. Gila! Memang aku dah gila! Aku tak tahu apa yangdah jadi dengan aku, tapi aku yakin ini bukan tanda-tanda aku jatuh cinta.Najmi mengambil fail-failnya diatas meja lalu dibawa ke meja kopi yang adadihujung biliknya. Sesak mindanya asyik nak tengok perempuan tu je…

Previous: BAB 7
Next: BAB 7.2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.