Home Novel Komedi/Romantik Komedi SOULMATE
BAB 28

            PasalKimi pulak, itu lagi sorang! Dah macam bukan orang dah. Adoi, makin lama..Makin pelik manusia yang ada kat sekeliling aku ni. Noni tersentak bila pintubilik Tasnim dibuka, muncul wajah Jihan. Jihan memandang kearah Noni, Nonimengerutkan dahinya. Kenapa pulak pandang aku macam nak makan orang ni? Nakajak aku join WWF ke? Aku memang pantang orang ajak gaduh ni.

            “Anim?”Soal Jihan dengan wajah resah. Noni menjuihkan mulutnya menunjukkan kearahbalkoni. Laju saja Jihan mengatur langkah menuju kearah Tasnim.

            Jihan  mengeluh perlahan. Melihat keadaan adiknyaitu, buatkan hatinya sebak. Jihan menghulurkan sekeping sampul surat putihkearah Tasnim.

            Tasnimmelihat sampul surat dihadapannya itu dan dia memandang semula kearah mukaJihan. Berkerut dahinya. “Apa ni?”

            “Bukaklah.”Jihan tersenyum.

            Perlahan-lahanTasnim mengambil sampul surat itu dan dibuka perlahan. Membulat biji matanyamelihat tiga tiket penerbangan ke Langkawi. Dipandang wajah Jihan dengansenyuman! Pantas Tasnim bangun lalu memeluk erat tubuh Jihan. “Terima kasihLong!” Tasnim tersenyum.

            “Alahbenda kecik je la tu. Along tak bagi Anim pergi dulu sebab Along belumselensaikan kerja-kerja Along kat pejabat tu. Sekarang kita dah boleh pergi.”Jihan melepaskan pelukkannya sambil mencubit perlahan pipi Tasnim.

            “Err..Kenapa boleh ada tiga keping tiket? Lagi satu tu untuk siapa? Boleh saya sertaianda?” Noni tersengeh bila Jihan dan Tasnim memandang serentak kearahnya.Dengan perlahan dia mengangkat jari telunjuk dan jari tengahnya menunjukkanmaksud ‘Peace Jangan Perang’!

            “Kitaada jemput dia ke Nim?” Soal Jihan sambil menggaru-garu kepalanya. Wajahnyasehabis blur!

            Tasnimketawa. Noni terdiam, merah padam mukanya menahan malu. Rasa nak dicabai-cabaije mulutnya yang sejak- dua menjak ni tak pandai nak jaga!

            Tasnimmakin kuat ketawanya. “Along! Tak baik tau, kecik hati Noni.. Nanti dia merajukkang, siapa nak pujuk?” Tasnim menampar pelahan bahu Jihan.

            “Err,sorry.. Aku keluar dululah Nim.” Nonisudah tak tertahan malunya kepada Jihan. Diketuk-ketuk dahinya bertalu-talu.Bodohnyelah aku ni. Buat malu je!

            “Lah!Pandai rupanya mak cik ni merajuk? Uit, Noni. Memang tiket lagi satu ni untukkau lah.” Jihan tersenyum.

            Noniterdiam. Dipusingkan badannya semula. Jari telunjukknya menunjukkan kearahmukanya. “Saya punya?”

            “Taknak su…”

            “Siapacakap tak nak!” Laju saja Noni merampas tiket itu di tangan Jihan.

            “Okey, esok kita bertolak ek!” Jihantersenyum.

 

HAFIZ menarik kasar patung Domo Kun yangterselit di celah-celah kusyen itu. Siapa pulak yang dera patung Domokesayangan aku ni? Sampai tersepit dia! Malam-malam macam ni layan ultramanbest jugak ni! Heheh.. Hafiz tercengang melihat kearah kaca television.Dilempar pandang kearah Najmi yang khusyuk sangat melihat siaran di TV itu.Sejak bila kawan aku ni belajar bahasa tamil? Sampai berita tamil pun dialayan?

            “Uit!Kut iya pun bahasa ni kau ‘pernah’ dapat A++ masa SPM dulu, kau kesian lahsikit dekat aku yang tak tahu apa-apa ni. Kalau iya pun excited sangat nak tengok berita tamil ni, perlahankanlah sikitvolume suara tu. Dah macam pawagam dah rumah ni. Nak buat konsert ke  apa kau ni?” Hafiz menggaru-garu kepalanyabila soalannya dibiar sepi oleh Najmi. Sikit pun kawannya itu tak berkutik.

            Komake apa budak ni? Dicampak sebuah kusyen kecil kearah Najmi. “Uit! Aku cakapdengan kaulah!”

            Najmitersentak. Laju saja dia bangun dari baringannya. “Kenapa?” Soalnya dengan mukapelik.

  Hafizpulak sudah tersandar lemah diatas sofa itu sambil menepuk dahi bila melihatreaksi Najmi yang entah apa-apa tu. Bukan setakat kat rumah, kat pejabat pundia macam ni. Lagi pening, kalau waktu meetingdengan pelanggan. Rasa nak menyumpah je Mamat ni jadi pasu bunga! Tak ada function langsung! Baik tak payah hadirmeeting kalau macam tu! Nasib baiklah, kawan kau ni ada. Kawan kau inilah yangberusaha gigih kendalikan syarikat kau tu. Sampaikan tunang aku pun, aku takada masa nak melayan tau! Nasib baik Noni memahami. Untung badan aku!

            Sejakdua hari Najmi duduk dirumahnya, makin banyak perubah yang boleh aku tengok!Kerja-kerja kat pejabat pun dah banyak tertangguh. Nasib baiklah aku ni jenismanusia yang baik, boleh dikatakan 95% kerja si Kimi ni.. Aku yang buat! Kerjadia hanya anggukkan semua apa yang aku cakap. Bukan nak berkira, apatah laginak ungkit. Tapi agak-agaklah! Kerja aku siapa pulak nak buat?

            “Kauni apasal? Naik semak hari-hari aku tengok muka zombie kau ni.” Hafizmelabuhkan duduknya disebelah Najmi.

            Najmimengeluh berat. Dipegang perlahan kepalanya yang mula rasa serabut. “Entahlah,aku pun tak tahu apa nak jadi dengan aku ni..”

            “Kauni, aku dah cakap banyak kali kan. Pujuk balik Anim tu. Degillah kau ni. Egotau tak!” Bebel Hafiz.

            “Huh,pujuk?” Najmi ketawa hambar. “Tengok muka aku pun dah tak nak, inikan nakterima pujukan aku ni..” Dah banyak kali dia cuba untuk berjumpa dengan Tasnim,tapi ada saja alasan wanita itu mahu mengelak dari berjumpa dengannya.

            “Akupun tak tahu nak cakap apa. Tapi, aku yakin Anim masih cintakan kau. Dia bolehterima kau balik, tapi kau kena banyak bersabar. Kesabaran kau penting sangatdalam waktu-waktu macam ni. Perempuan akan kalah dengan lelaki yang sabar!Perlahan-lahan kau cuba pujuk dia. Anim tak akan terima kau secara mendadak,sebab kau pernah lukakan hati dia. Kau pernah hina dia. Siapa boleh terimakalau orang yang kita sayang boleh caci- maki kita macam-macam kan? Alang-alangaku kutuk kau ni, aku nak bagi tahulahkan. Sesiapa saja akan rasa terasa sangatterhina bila orang yang kita sayang pernah sebut ayat kau ni. ‘Aku tak akan jilat balik apa yang aku dahludah!’ Kalau kau kat situasi Anim sekarang, mesti kau lakukan benda yangsama kan? Dan sekarang kata-kata kau dah makan diri kau balik. Silalah jilatbalik ludah kahak kau dulu.”

Melihat wajah Najmisemakin menunduk, Hafiz mengeluh, teras lah tu aku cakap macam tu. Dulu cakaptak nak fikir. Hafiz menepuk-nepuk perlahan bahu Najmi sambil bersuara lagi. “Akukenal Anim tu, marah dia tak lama. Cuma kau je, kau tak boleh ada sikap putusasa!” Hafiz terdiam sekejap. Eh! Aku ke yang bagi nasihat tu? Haha! Dah dasyataku sekarang, boleh bagi nasihat kat orang. Hafiz tersengeh sendiri.

            “Akutengah cuba lah ni, tapi aku takut.. Takut kalau Anim tak terima aku balik.”Najmi mengeluh kasar sambil meraup mukanya berkali-kali. “Sumpah aku menyesalapa yang aku buat dulu!!! Kenapalah bukan dari dulu lagi rasa bersalah nidatang? Aku sayang Anim, aku sayang anak aku. Aku sayang rumahtangga aku.Tapi…” Najmi kembali mengalirkan airmatanya. Kalau disentuh soal bersalah, danrasa menyesal memang tak mampu untuk untuk kembalikan keadaan seperti sediakala. Semuanya dah terlambat!

            Kataorang airmata seorang lelaki itu mahal harganya, sebabnya lelaki merupakanmakhluk Allah yang susah sangat-sangat menangis! Kalau dia mula mengalirkanairmatanya bermaksud dia kehilangan sesuatu yang dia paling-paling sayang! Dansememangnya aku menangis sekarang disebabkan aku kehilangan seseorang yang akupaling sayang selain Mama dan ayah aku. Tapi, apalah sangat tangisan aku niberbanding dengan seksanya Anim terima caci-maki aku dulu… Ya Allah!! Kuatkanikatan jodoh kami.. 

Previous: BAB 27
Next: BAB 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.