Home Novel Komedi/Romantik Komedi SOULMATE
BAB 27

TASNIM gagahkan juga melangkah, demamnyayang sudah dua hari itu masih belum kebah-kebah. Pertemuannya dengan Ikah pagiini, membuatkan hatinya sakit. Terkilan! Kawan yang dianggap baik, sangguprosakkan rumah tangganya! Tapi dia perlu berjumpa juga dengan perempuan itu.Apa pun, semoga segalanya akan tamat hari ini.

            LangkahTasnim terhenti. Makin berdegup jantungnya bila semakin hampir dengan Ikah. Ikahyang sedang membelakanginya itu sedang asyik menampal bedak dipipi. “Assalamualaikum..”

            Ikahtersenyum! Laju saja dia berpaling, riak wajahnya mula berubah sebaik sajawajah pucat Tasnim memenuhi ruang penglihatanya. Sangkanya Najmi. Sebab diadapat pesanan yang Kimi mahu berjumpa dengannya ditaman itu.

            “Engkau?Hah! Apa kau nak?” Ikah menghampiri Tasnim.

            Tasnimsedaya boleh menahan sebak didadanya. “Kenapa sanggup kau buat macam ni kat akuIkah? Apa dosa aku pada kau?!” Walaupun kedengaran pelahan, namun penuh denganketegasan!

            Ikahketawa! “Aku buat apa kat kau? Aku tak ada buat apa-apa. Please lah Nim! Jangan buat muka kesian kau kat sini, tak berkesan!Aku tahu kau dah tahu apa yang patut kau tahu. Tapi aku rasa kau patut tahuyang Kimi tak akan kutip kau balik, walaupun dia dah tahu perkara sebenarsekalipun. Sebab dia tahu kau sememangnya perempuan murahan!”

            Tasnimmemandang tajam wajah putih itu. PANGG!!! Laju saja tangan Tasnim menampar pipiIkah. “Jaga mulut kau Ikah!” Ujarnya tegas.

            Ikahmenahan rasa berpinar dipipinya. Dia tersenyum sinis. “Tamparan kau ni tak bolehmerubah apa-apa pun Nim! Dan selayaknya kau kena terima yang kau bukanperempuan baik! Perempuan jalang. Sama macam aku jugak!”

            Sekalilagi Tasnim mahu mendaratkan telapak tangannya dipipi Ikah, namun laju sajatangannya ditahan seseorang. Tasnim mengangkat muka melihat siapakah orangtersebut, tersentak dia melihat wajah merah padam Najmi yang sedang menahantangannya.

  “Cukup Nim!!! Kau dah gila ke nak tamparorang tak tentu pasal macam ni?!” Berang Najmi melihat perilaku Tasnim yangtiba-tiba itu. Dilepas ganas lengan Tasnim. Ikah pula tersenyum bangga! Dipautmesra lengan Najmi.

Saat ini, mahu sajaTasnim berlari. Sumpah! Dia tak kuat dengan situasi ni! Tasnim menarik nafasperlahan dan dihembus tenang. Ditenung wajah yang dulu mampu memujuk hatinya.Wajah yang paling ditenang bila dipandang, tapi sekarang wajah itu sudah tidaksetenang dulu. Jelas sekali raut wajah itu terlukis riak benci dan marah. WajahKimi dipandang puas! “Memang aku gila!! Memang aku tak betul! Tapi kau kenatahu Kimi, Ikah bu..”

“Kau jangan naksalahkan orang lain! Salah diri kau, jangan nak libatkan Ikah pulak!” PotongNajmi dengan tengkingannya.

Tasnim terduduk lesudiatas kerusi kayu itu, kepalanya sudah kuat berdenyut. Sementellah dia masihbelum sihat. Tengkingan Najmi itu menambahkan lagi sakit yang dah sememangnya sudahberparut dihatinya itu. “Aku tak tahu, apa yang susah sangat kau nak dengarpenjelasan aku?” Ujar Tasnim sayu.

Najmi tersenyum sinis. Lajusaja lelaki itu memotong kata-kata Tasnim. “Sebab aku tahu, penjelasan kau tutak betul! Kau sengaja nak bagi aku kasihankan kau. Kasihankan anak yang entahsiapa punya tu. Aku tak akan sesekali mengaku itu anak aku Nim! Dan buat pengetahuankau, aku tak akan jilat balik apa yang aku dah ludah! Kau kena ingat kata-kataaku ni sampai mati!”

Tasnim terdiam. Terasamakin perit menahan rasa sakit ini. Sumpah! Dia dah tak kuat! Tasnim bangun,biarlah! Nantaklah! Apa nak jadi- jadilah! Aku dah tak larat dengar cacian darimulut lelaki yang aku sayang itu! Saat kaki Tasnim mahu melangkah pergi, lantasditahan oleh Nasriq yang muncul tiba-tiba. Tasnim memandang wajah Nasriq,meminta simpati agar biar dia berlalu saja dari situ. Namun Nasriq seolah takfaham dengan isyaratnya, tetap meminta agar Tasnim tidak pergi dari situ.

“Wah! Nampaknya kaubetul-betul sambut tawaran aku. Tahniah, kau berjaya! Tapi kau sanggup ke jagaperempuan tak bermaruah macam dia Riq?” Dushh!!!!Tepat tumbukkan padu Nasriq mengena muka Najmi. Mengalir darah merah dihujungbibir Najmi.

“Ariq! Sudah tu. Kitabalik je.” Marah Tasnim, terkejut dengan tindakan drastik Nasriq. Najmi yangsudah terduduk diatas rumput memandang tajam wajah Nasriq penuh benci.

“Aku belum habis lagidengan manusia yang tak tahu nak bersyukur ni! Hoi Kimi!! Perempuan yangsepatutnya kau gelar murahan bukan Tasnim! Tapi betina tak guna tu!!” TengkingNasriq sambil menuding jari kearah Ikah.

Najmi bangun lalu mulamenghampiri Nasriq, sebaik saja mahu dihayunkan tanganya kemuka Nasriq.Terlebih dahulu Nasriq menendang Najmi. Najmi tersungkur, menahan rasa peritdiperutnya.

You! Dah lebih!! Berani you tuduh I macam tu!!!” Ikah sudahbersedia mahu menikam Nasriq menggunakan gunting yang ada didalam begnya.

Namun dengan cepat,Jihan menangkap Ikah dari arah belakang. Ikah mengelupur mahu dilepaskan!Nasriq mencengkam kuat pipi Ikah! Ditenung penuh benci wajah putih itu! “Baikkau cakap perkara sebetulnya sekarang!”

Ikah ketawa sinis. “Bodoh! Buat apa aku nak mengaku benda yang aku tak buat!”

“Eiii, akulah kalaudengan mangkuk jamban ni! Nak je aku lipat-lipat masuk dalam kubur!” Noni yangberada disebelah Jihan mula naik geram! Kayu ditangannya dipatah-patahkandengan rakus!

“Aku cakap, baik kau mengaku!Kalau tak aku terburaikan isi perut kau!” Marah Nasriq sambil mengacukangunting yang sudah beralih tangan.

Ikah masih selamba! Riakwajahnya langsung tiada rasa takut. “ Memang bodoh lah kan korang semua ni!!Sangat bodoh! Hoi, bodoh semua! Aku tak buatlah, buat apa aku nak mengaku? Akubukan perempuan jalang macam perempuan tu!” Muncung Ikah menunjukkan kearahTasnim.

Pangg!!!“Hah! Kan dah kena! Memang nak kena lah kau ni. Aku kalau dah tak tahan sangatmemang terkeluar pelempang sulung aku ni!” Noni meramas-ramas telapak tangannyayang sedikit kebas tu. Lama benar dia menahan rasa geramnya itu. Akhirnyaterberanak juga penamparnya itu.

“Arghh!! Apa ni!! Maintampar-tampar pulak!!!” Ikah mula naik berang.

“Kau tak nak cakap ek? Okey Fine! Kau nampak tak  polis yang ada tu? Sekarang mereka dah ready nak angkut kau masuk penjara! Kautahu apa salah kau Cik Ikah? Kau kenal Datuk Kalid?” Nasriq sengajamempermain-mainkan emosi Ikah.

Muka Ikah mula berubahmendadak! Pucat! Bibirnya terketar-ketar sebaik saja mendengar nama itu. “Kaukenal Kay?” Soal Nasriq lagi.Cuba menggiat lagi Ikah dengan soalan panas.

Makin membiru wajah Ikahsaat itu. Makin seronok pula Noni menyoal lagi. “Kau tahu apa salah kau? Nakaku sebut? Aku sebutlah ek! Aku nak bagi satu taman ni dengar! Cik Ikah HudaBinti Salleh, anda telah didakwa kerana telah mem…”

“Sudah!!! Memang akubuat semua tu!! Puas hati??!! Aku puas hati tengok rumah tangga kautunggang-langgang Kimi!!! Aku rasa dendam aku dah terbalas!” Ikah memandangsinis kearah Najmi.

Najmi terkedu! Diabangun, menghampiri Ikah. “Apa kau cakap ni?”

“Memang aku buat rumahtangga kau bercerai-berai macam ni! Aku puas!!” Ikah ketawa lepas!

Najmi menahan rasa yangsudah bermacam-macam dilubuk hatinya. “Kau?! Kau buat semua ni?!!! Kenapa Ikah?!!!Tergamak kau buat macam ni!!!” Tengkingan Najmi yang kuat itu sikitpun takmenakutkan Ikah.

Ikah merenung tajam wajahNajmi. “Kalau tak sebab kau adu kat JAIS hari tu, aku tak akan kahwin denganlelaki tak guna tu! Kau dah hancurkan masa depan aku!!! Betapa terseksanya akuhidup dengan jantan tak guna tu ada kau ambil tahu!!!! Kau hancurkan hidup akuKimi!!!!” Jerit Ikah bagaikan orang hilang pedoman.

Najmi tergamam! “Maafcik, kami kena bawa Ikah ke balai. Cik Ikah anda ditahan diatas kes pembunuhanDato Khalid. Sila ikut kami.” Pegawai polis perempuan itu mula menggari tangan Ikah.

“Aku puas!! Sebab apayang dulu aku rasa kau dah rasa Kimi!!!” Masih kuat lagi jeritan Ikah walaupundia sudah berada didalam kereta Waja milik polis.

Tasnim bangun darikerusi. Tubuhnya yang sudah tak bermaya itu digagahkan juga berdiri. Najmimelihat wajah pucat dan tangis Tasnim membuatkan hatinya dipukul-pukul rasabersalah yang menggunung!!! Laju saja dihampiri Tasnim.

Dipegang erat tanganTasnim. Tak dikisah lagi air mata lelakinya yang sudah laju menitis dipipi.“Nim…” Hanya itu saja yang mampu mulutnya ucapkan. Dia sendiri bagaikan takmampu untuk berfikir. Cuma matanya saja memandang Tasnim. Berharap Tasnim fahamakan maksudnya.

Tasnim menarik nafasdalam. Cuba memotong ayat yang mahu dikeluarkan oleh Najmi. Wajahnya sikit puntak memandang ke muka Najmi. “Saya tak tahu patut ke saya pasrah atau redha jebila semua ni berlaku pada saya. Dan saya tak tahu boleh ke saya maafkan awaklepas ni. Memang awak seorang sahaja lelaki yang saya cintai. Pertama danterakhir. Tapi untuk terima awak semula… Saya rasa, cukup sampai sini saja.”Walaupun ayat lembut itu dituturkan penuh perlahan dan berhati-hati. Tapi sudahcukup buat hati Najmi ditimpa rasa bersalah yang teramat!

Najmi masih berdiamdiri. Dia hanya menunduk memandang bawah.  Terasa bersalah yang tak mampu untukdiampunkan. Segalanya dah berlaku. Dengan airmata yang mengalir dia melihatTasnim berlalu. Entah kenapa tiada kudrat untuknya mengejar.

Nasriq mengeluh. Takpernah dia melihat Najmi begini. Kawannya itu sejak tadi mendiamkan diri.Nasriq  melabuhkan duduk disebelah Najmi.Ditepuk perlahan bahu Najmi.

            “Banyakkali aku nasihatkan kau. Tapi kau tetap dengan keputusan kau. Nak tak nak,semuanya dah berlaku. Kalau kau sayangkan Tasnim, kau kena kuat untuk segalanyaselepas ini. Aku sentiasa ada untuk kau Kimi. Kau masih ada masa untuk betulkankeadaan ni.” Ujar Nasriq tenang.

Previous: BAB 27
Next: BAB 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.