Home Novel Komedi/Romantik Komedi SOULMATE
BAB 9.1

NASRIQ MASIH KAKU MELONTAR PANDANGkearah lombong kaku itu. Tasnim merapati Nasriq, sempat Tasnim melirik pandangwajah kawannya itu. Macam kusut sangat je rupanya.. Apa pulak ni?

            “Ehem,kalau kau suruh aku datang semata-mata temankan kau layan perasaan dalamkeadaan senyap macam ni. Lagi sedap aku tidur kat rumah je.  Kau kenapa? Lain macam je muka kau tu.” Tasnimberpeluk tubuh sambil merenung Nasriq.

            “Kaukahwin dengan aku Nim…” Lemah saja Nasriq menuturnya. Namun mata lelaki itumasih tak berkalih dari memandang ke seberang lombong.

            Tasnimpula mengkekeh ketawa bagai nak gila. Nasriq berpeluk tubuh sambil merenunggadis itu. “Aku serius ni, kau ingat aku main-main?” Kening lelaki itu mulaterangkat.

            Tasnimmenyapu air matanya yang keluar akibat ketawa tadi. “Okey.. Okey… Aduh, lawakapa yang kau buat ni Riq? Kau tahukan apa yang…” Ayat Tasnim tergantung bilaNasriq memintasnya.

            “Akudah agak, mesti kau tak terima. Nim, aku tak boleh terima Qila! Kau faham tak?Kenapa semua orang tak faham?! Mama aku pun tak faham aku!” Jerit Nasriqlantang.

            Tasnimmenelan air liurnya. Aduh,garang pulak dia. “Ariq.. Kau tahukan, aku tak pernahanggap kau lebih dari kawan. Aku pun perempuan, tak akanlah aku nak kecewakankaum aku sendiri semata-mata nak turutkan kata kau? Qila kawan aku, aku takakan kecewakan kawan aku sendiri..”

            Nasriqtersengeh sinis. “Masalahnya aku tak pernah cintakan dia! Aku dah lamasayangkan kau! Cintakan kau Nim!!”

            PANGG!!!Tamparan Tasnim itu membuatkan suasana sepi seketika. Tasnim mula menahan rasamarahnya, dikawal pernafasannya yang turun naik tak menentu.

            Nasriqyang terdorong kebelakang tadi semakin geram. Nasriq tersenyum sinis. “Kau nakbunuh aku sekalipun, aku tetap cintakan kau!! Dan aku tak akan terima perempuanlain selain kau Nim!!”

            “Cukup!!!Aku tak pernah simpan apa-apa perasaan pun pada kau Riq! Tak pernah! Cubalahkau faham! Aqila terbaik untuk kau, buta sangat ke kau ni tak nampak kebaikkanQila? Bebal sangat ke kau sampai kau boleh terfikir untuk menyintai aku?” Tegassekali nada suara Tasnim.

            “Kauyang buta! Tak pernah nampak cinta aku!!” Balas Nasriq.

            “SudahlahRiq!! Kalau kau sayangkan persahabatan kita. Tolong jangan cakap macam ni lagipada aku. Aku tak suka. Kau..” lagi sekali Nasriq memintas kata-kata Tasnim.

            “Baik,kalau kau nak tengok aku kahwin dengan Qila.. Aku buat, tapi kau janganmenyesal kalau aku tak layan dia macam isteri aku nanti!” Penuh tekad Nasriqbersuara. Dalam benar maksud kata-katanya itu.

            “Ariq!Kau sedar tak, apa yang kau cakap? Aduh!! Tolonglah Ariq!! Cuba matang sikit.Jangan jadi macam budak-budak.” Tasnim mula merasa rimas dengan perangai Nasriqyang semakin menyesakkan mindanya.

            “Kalaukau kawan aku Nim, mesti kau tahu apa yang aku cakap ni betul.  Mesti kau tahu aku cakap ni jujur. Tapi kaumacam nak rosakkan masa depan aku. Kau paksa aku kahwin dengan Qila, sedangkanaku tak pernah cintakan dia…” Kata-kata Nasriq tergantung apabila giliranTasnim pula memintas.

            “Macamitu jugak aku! Aku tak pernah cintakan kau! Macam mana aku nak kahwin dengankau?? Fikirlah sikit Riq! Tolong guna otak!” Tasnim mula meraup wajahnya.Rimas!

            Nasriqterdiam, terasa perit sangat mendengar pengakuan Tasnim itu. Rasa bagai hatinyadikikis halus. Nasriq tersenyum sinis. “Okey.. Kalau itu yang kau nak. Aku akan kahwin dengan Qila. Aku ni memang dahtak ada perasaan pun kan? Okey, aku ikut cakap Mama aku. Puas hati semua orang!”Tanpa pamitan laju saja Nasriq berlalu.

            Tasnimterduduk diatas kerusi itu. Ya Allah… Apa pulak masalah kali ni? Ariq, aku takakan lukakan hati kau kalau kau tak macam ni! Kenapa dengan kau?

Previous: BAB 9
Next: BAB 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.