Home Novel Komedi/Romantik Komedi SOULMATE
BAB18.1

“TAHNIAH PUAN TASNIM! Kandungan puan dah9 minggu. Puan kena jaga diri elok-elok, saya tahu puan seorang yang kuat darisegi dalaman dan luaran, tapi puan kena tahu kandungan puan sangat lemah. Yangpaling penting sekarang ni, puan kena jaga emosi puan. Jangan stress dan terlampau tertekan ye.”Doktor Shida tersenyum manis.

            Tasnimyang mendengar dari tadi ternganga tak percaya. Noni pula dah ketawa. “Terimakasih doctor. Hah! Kan aku dah cakap.Degil, tak nak percaya. Tengok sekarang, masin mulut aku!” Noni ketawa lagi.

            Selepasmengambil ubat dikaunter klinik itu, Noni dan Tasnim beriringan keluar dariklinik itu. “Tak nak bagitahu Kimi?” Soal Noni yang masih tersenyum.

            Tasnimtersenyum nakal. “Biar dulu, aku nak surprise kan dia. Kau jangan bagi tahutau.”

            Noniketawa lagi. “Macam-macamlah kau ni. Hah, jaga anak menantu aku ni baik-baiktau. Dengar cakap doctor tu. Aku kenacepat ni, nak kejar kapal terbang aku tu. Kang lambat pulak aku sampai Jakarta.”Ujar Noni dengan tergesa-gesa. Berita gembira ni boleh buat aku terbang keJakarta without kapal terbang. Haha!Noni memeluk Tasnim dan mencium pipi kawan baiknya itu.

            “Terimakasih Noni, kau pergi berapa lama?” Tasnim menggenggam tangan Noni.

            “Sebulanje, balik dari Jakarta aku terus kena prepareuntuk majlis kahwin aku pulak.” Nak cari duit punya pasal, sebulan punsebulanlah. Asalkan majlis perkahwinan aku nanti berjalan lancar. Hafizsekarang pun macam aku, kerja kuat untuk kahwin.

            “Lamanya,aku mesti rindu dengan kau. Dengan siapa aku nak mengadu nanti?” Tasnim memelukerat Noni.

            “Ish,Kimi kan ada wahai Cik Tasnim sayang? Kau tu, jaga diri baik-baik tau. Okeylahaku gerak dulu ek. Sayang kau..” Noni mencium pipi Tasnim sambil bersalaman.

            Tasnimsekadar menghantar Noni yang sudah memasuki kedalam teksi dengan pandanganmatanya saja. Tasnim pantas ke tempat parking keretanya keretanya. Namun diarasa macam tak sedap hati, rasa macam ada orang mengikutinya. Pantas Tasnimmenoleh kebelakang, tak ada siapa-siapa pun.

            Ish,perasaan aku je kut! Malam ni aku nak masak sedap-sedap! Abang, Ayang adahadiah yang paling terindah yang ayang nak bagi kat abang.. Tasnim tersenyum!Tasnim mencapai telifon bimbitnya lalu nombor Kimi didail. Beberapa minit sajapanggilan disambungkan.

            “Abang!Abang balik awal tak malam ni?” Soal Tasnim manja.

            Najmimengerutkan dahinya. Lain macam je suara bini aku ni. “Insyallah sayang.Kenapa?”

            “Alah,abang balik awallah! Ayang nak sebelum pukul tujuh abang dah balik tau. Kalautak ayang merajuk setahun!” Ugut Tasnim.

            Najmiketawa. “Setahun? Lama tu! Iye, abang balik awal. Ayang tunggu ye.”

            Tasnimtersenyum. “Okey, ayang tunggu kat rumah tau. Bye sayang, assalamualaikum.”

            “Wa’alaikumsalam..”Talian dimatikan. Najmi terdiam, pelik pun ada! Apa pulak bini aku nak buat ni?Birthday aku lambat lagi. Ulang tahun perkahwinan apatah lagi. Lamunannyaterhenti bila wajah Hafiz terjojol dimuka pintu biliknya.

            “Uitbro! jangan lupa tau malam ni! Pukul 8, lepas magrib.” Ujar Hafiz sambilmatanya memandang Najmi.

            Berkerutdahi Najmi. “Ada apa?”

            Hafizmengeluh lemah. “Lah.. Mesyuarat yang dah enam kali kau cancel tu lah. Malam ni betul-betul jadi tau, cause owner syarikat tu nak terbang balik ke Korea. Kang susahpulak kita nanti.”

            “Oh!Adoi!” Najmi menepuk dahi!

            “Kenapapulak tu?” Soal Hafiz terkejut dengan reaksi Najmi. Dah kenapa pulak! Kaujangan cakap nak tunda lagi. Kang aku tunda kau dengan lori penunda kang.

            “Akudah janji dengan Anim nak balik cepat hari ni.” Najmi memicit dahinya. Pening!Mesti Anim marah.

            “Lah..Kau ni sebelum nak berjanji tu checklah dulu diary tu. Kesian Anim tunggu kau, tak apalah aku tolong handle kan.” Hafiz menawar diri. Kesianpulak kalau Tasnim dah tunggu.

            “Takapa, it’s okey. Nanti aku bagi tahudia. Mr. Leong tu kawah emas kita, lagipun dah banyak kali aku cancel meeting dengan dia.” Najmitersengeh.

            “Lah,suka hati kaulah.. Ingat pukul 8 tau.” Hafiz terus berlalu.

            Najmimencuba mendail nombor Tasnim, tapi talian tak bersambut. Dan akhirnya matisendiri. Mungkin Tasnim sedang memandu, nanti aku talifon balik. Bisik hatiNajmi.

Previous: BAB 18
Next: BAB 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.