Home Novel Komedi/Romantik Komedi SOULMATE
BAB10.2

“ANIM!!” Nasriq memangku kepala Tasnim.Ditampar-tampar perlahan pipi Tasnim yang kemereh-merahan kerana terkena panascahaya matahari.

            Tasnimmembuka mata sambil tersenyum. “Tau takut.. Kau tahu tak aku penat tau, dari KLke Johor cari kau. Bila aku datang, kau pulak ajak aku main lari-lari…” Sempatjugaklah Tasnim membebel.

            Terbeliakbiji mata Nasriq. “Kau tipu aku Nim! Ah,malaslah layan kau.” Selamba Nasriqmenolak kepala Tasnim jatuh ke pasir semula.

            “Ouch!Sakitlah..” Tasnim mula duduk sambil menggosok-gosok kepalanya.

            Nasriqmelabuhkan duduknya diatas pasir itu. Kehadiran Tasnim secara mengejut inimenambahkan rasa dihatinya. “ Sakit kau je yang kau fikir. Sakit-sakit kau,sakit lagi hati aku ni Nim..”

            Tasnimterdiam. Tasnim mula bangun, lalu duduk disebelah Nasriq. Silap gaya orangcakap aku tengah dating pulak dengan si Cicak kobeng ni. “Kau tahukan sejaksekolah lagi aku cakap.. Kawan dan persahabatan kita lima orang adalah satuperkara yang paling aku sayang selain keluarga aku. Kau tahukan tu? Aku sayangkau Riq, tapi aku sayang sebagai seorang kawan. Tak lebih.. Tak kurang.. Akunak tengok kawan aku bahagia..”

            “Tapikeputusan Mama yang nak percepatkan tarikh perkahwinan aku dengan Qila tu, takmembahagiakan aku langsung Nim. Kau tahukan aku tak pernah ada secebis perasaanpun dengan Qila. Huh, kadang-kadang tu aku rasa macam budak-budak lagi.Segalanya nak kena ikut telunjuk Mama. Adil ke kalau soal masa depan akusendiri, aku tak boleh nak aturkan sendiri? Kau cakap senanglah Nim. Bukan kauyang rasa..” Nasriq mengesat airmatanya yang tiba-tiba mengalir.

            Gulp!Nasriq menangis? Sumpah, aku tak pernah tengok laki ni menangis. Kena tulisdalam diary ni! Hahaha.. Ops, orang tengah sedih boleh pulak aku gelak-gelak?Kejam ar pulak..

            “Memangaku tak pernah rasa. Bagi tahu aku mak mana yang tak nak tengok anaknyabahagia? Tak ada tau tak. Qila punya cirri-ciri yang terbaik untuk dijadikanisteri. Berkahwin tak perlukan cinta Ariq, cinta tu tak pernah kekal. Adamasanya dia hilang tiba-tiba.. Tapi sayang dan rasa tanggungjawab tu yang buatsatu ikatan perkahwinan menjadi kukuh. Sorrylah kalau ayat aku ni terlalu berbunga. Tapi itu yang aku belajar dari apayang aku lihat. Yakinlah cakap aku ni. Kalau aku jadi isteri kau pun tak guna,aku memang tak mampu nak terima kau. Dan aku tak mahu disebabkan aku, kaudengan Mama kau bergaduh. Dalam dunia ni kita ada sekali je peluang nak hargaiibu kita. Bila Allah tarik balik nikmat tu, kau mesti menyesal. Ikutkan apayang Mama kau rancang, mungkin ada hikmah yang Allah nak bagi pada kau. Kitatak tahu kan? Cuba kau buat sembahyang istikarah. Allah tu kan maha kuasa, pastiada jalan penyelesaiannya disebalik kesulitan kan?”

            Akumerenung sekejap wajah Nasriq. Hensem, tapi aku tak tahu. Kenapa aku masih takboleh terima kau selain dari kawan.. “Inilah hidup, apa yang kita nak. Itulahyang tak pernah kita dapat. Tapi benda yang kita tak nak, itu pula yang muncul.Itulah namanya takdir. Percayalah cakap aku, kau pasti bahagia dengan Qila.Lebih baik kita pilih orang yang sayang kita, dari kita pilih orang yang kitasayang. Itu lebih bermakna kan?”

            Nasriqmasih diam membisu. Dia merenung Tasnim lama. Uish, malu la aku. “Apa kautengok aku macam tu? Make-up aku cair ke? Rambut aku serabai?” Menggelabah akumembetulkan rambut aku yang entah mana hilangnya ranting kayu tadi.

            Nasriqketawa. “Aku tak sangka, kau memang berbakat dalam pujuk memujuk ni. Insyallah,aku akan cuba. Kalau ini Allah takdirkan buat aku.. Apapun kau sentiasa jadiorang pertama yang aku cinta dalam hidup aku Nim. Terima kasih sebab tolongbukak minda aku ni. Bila aku fikir-fikir balik, betul jugak cakap kau. Mama akuadalah segalanya bagi aku sejak kecik lagi. Sebabkan benda keduniaan macam ni, akubuang pulak Mama aku. Terima kasih Nim. Kalau kau tak pengsan tadi mesti akutak dapat dengar khutbah panjang lebar kau tu..” Nasriq mencuit hidung Tasnim.

            Tasnimtersengeh. “Sama-sama, itulah namanya kawan kan??”

            “Tapimacam mana aku nak berdepan dengan Qila nanti? Aku dah maki hamun dia minggulepas. Itupun aku bukan sengaja, terlepas marah pulak kat dia. Yang dia pulakdiam jer. Lagi sedaplah aku marah dia. Jahatkan aku ni Nim?” Nasriq mengeluhsambil melontar pandang ke laut.

            Tasnimtersenyum. “Kau tu memang, dengan katak pun boleh kau maki hamun. Asalkan kaulepas apa yang kau pendam. Tapi aku solutela kat Qila, apapun kau buat kat dia. Dia diam je, sabar dengan perangai kautu. Kalau akulah, dah lama aku rendam mulut kau dalam air cuka.” Selamba gilaaku kritik Mamat ni, tak perasan pulak dia tengah tenung maut kat aku. Aku punrasa meremang bulu roma aku ni. Rasa macam tercacak-cacak je. Aku toleh sebelah.Sah, Mamat cicak kobeng ni tengan tahan rasa nak mencekek aku.

            Akutersenyum, tersengeh dan menyerongeh. Perlahan-lahan aku bangun, lepas tu..Zuppp!! Lari selamatkan diri!!

            “Hampehkau Nim! Siap kau. Aku dapat, aku campak je dalam laut. Biar jerung makan, itupunkalau jerung nak makan. Bukan sedap sangat daging sikit kau tu, wat taik gigipun tak lepas..” Sempat lagi Nasriq membebel sambil mengejar Tasnim yang dahlari jauh kehadapan.

            “Jerungcuti hari ni. Buang la angan-angan kau tu nak bagi dia makan..” Tasnim menjawabsambil menjelir lidah kearah Nasriq.

Previous: BAB10.1
Next: BAB 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.