Home Novel Komedi/Romantik Komedi SOULMATE
BAB 3.2

Terangkat kening Tasnim mendengar ayatNasriq itu. “RM1.80 pun duit jugak cicak! Aku tahulah kau kaya. Tak mainlah penRM1.80 ni.. Tapi sekurang-kurangnya aku beli guna duit aku sendiri. Bukan duitorang lain!” Marah benar Tasnim nampaknya..

            Terkedusekejap Nasriq dan Najmi. Adus! Anim dah kecik hati!  “Nim, sorrylah kalau kau rasa kecik hatidengan ayat aku tu… Aku tak sengaja, terlepas pulak.” Nasriq sudah berwajahdurja.

            Tasnimyang tak tahan melihat wajah Nasriq dan Najmi yang nampak sangat rasa bersalahtu akhirnya ketawa perlahan. “Kelakarlah korang ni, dah.. Bagi pen aku balik!”

            Beratsangat tangan Najmi memberinya. Tiba-tiba najmi bersuara. “Nim,aku nak tanyasikit. Apa si Noni tanya kat Cikgu tu? Aku tengok, macam kusut jer Cikgu tu nakjawab…” Najmi menunjukkan kearah Noni dan Cikgu Rizduan.

            Nasriqdan Tasnim turut melontar pandang kearah Noni dan Cikgu Rizduan. Melihat gaya Cikgutu memang! Soalan apa lah minahci tu bagi. Berkerut-kerut dahi Cikgu tu nakjawab.

            “Kamuni Noni! Ini soalan Prinsip Akaun yang kamu tunjuk ni! Macam mana pulak soalan PrinsipAkaun ada dalam buku nota Fizik kamu? Kamu ingat buku nota kamu ni memory kad?Semua boleh masuk? Aduh, patutlah saya tak mampu nak jawab. Keluar dari silibussaya..” Cikgu Rizduan menggeleng-geleng lemah sambil meraup mukanyaberkali-kali.

            “Lah,ingatkan soalan inertia tadi Cikgu. Maaf Cikgu, saya tak perasan….” Nonimenggigit bibir. Patutlah aku rasa lain macam je soalan ni. Gumam Noni.

            Meledaksuara ketawa seluruh makmal itu. Tambah-tambah lagi Tasnim,Nasriq dan Najmi.Nak tertungging-tungging mereka ketawa. Namun disebalik ketawa mereka itu, sempatlagi Nasriq menarik pen Tasnim yang ada diatas meja itu masuk ke poketnya.

            Duamasa kelas Fizik hari itu akhirnya habis macam tu jer… Punyalah bengang Cikgutu. Yang Si Hafiz langsung tak masuk-masuk makmal. Rupanya dia memang seriusmasuk tandas, kena cirit-birit! Esoknya kami tak boleh balik awal bila masaterakhir ialah masa Fizik. Dan Cikgu Rizduan menggandakan masa itu sehinggalahpukul 2.30. Denda bagi menggantikan masa yang tercicir semalam.

Nasriq tersentak darilamunan, hilang ghaib  kenangan manisnyadulu apabila suara seseorang menegurnya. Nasriq memusingkan kerusinya menghadapkehadapan. Jelas wajah Aqila dihadapannya sambil tersenyum manja.

“You ni, mengelamunpasal apa? Dah banyak kali I panggil. You diam je…” Aqila mula merapat menujukemeja Nasriq.

Sememangnya Nasriq amattak selesa dengan Aqila. Mama nya saja yang lebih-lebih nak satukan mereka.Tapi tengok gaya Aqila tak minat pun dengannya, masih lagi melayanlelaki-lelaki lain kat luar sana tu. Ini menantu yang Mama nak sangat? Mamamemang mata duitan. Apapun yang jadi, aku tak akan senang-senang nak buatwanita macam ni jadi isteri aku.

Aqila tersentak sekejapmelihat bingkai gambar yang ada di atas meja itu. “You ingat lagi budak ni Riq?You jangan cakap kat I, yang You masih cintakan dia..” Mendung dan adalahsedikit tanda-tanda kilat nak berdentum diwajah Aqila.

Nasriq tersengeh sinis.“Why not? Itu hak I, and you tak adahak nak halang…”

“Mak Long dah cakap, youakan kahwin dengan I.” Marah Aqila.

“Mama yang cakap, tapiI tak cakap apa-apa pun… Kan?” Nasriq mula menghampiri pintu keluar.

“You tengoklah nanti! Itak akan benarkan You dapatkan Anim jadi isteri you! Tak akan Ariq!!” Laung Aqilakuat. Namun semakin membakar perasaannya apabila Nasriq tak menghiraukankata-katanya sambil berlalu keluar.

“Setan kau Anim!” Aqilamencampakkan bingkai gambar itu diatas sofa lalu beredar.

Previous: BAB 3.1
Next: BAB 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.