Home Novel Komedi/Romantik Komedi SOULMATE
BAB 1.2

Tasnim mengeluh. Dahmula dah… Dah mula dah! “Uit, korang ni.. Macamlah aku nak sangat jadikan  korang suami aku? Tak mungkin laa.. Korang ni,jangan macam-macam aku belasah nanti baru tahu.” Tasnim mula menunjukkanpenumbuknya dihadapan kawan-kawanya.

Serentak keempat-empatkawannya menganjak tubuh mereka kebelakang. Saja je,nak bagi Anim bangga denganpenumbuk kecik dia tu..

“Hah, betul tu. Manalahlayak korang jadi suaminya Si Anim ni. Lainlah aku, perkasa lagi lemak berkrim.Hot and spicy lagi.” Hafiz menunjukkan riak angkuhnya. Siap buat aksi angkatberat lagi. Nak tunjuk kesado’an lemak lengannya itu.

“Ouch!!” Tiba-tibaHafiz menjerit apabila dengan halus lagi sopan Noni mencubit perutnya  360 darjah.

“Sedap gemok? Gatal..”Noni mencebik marah. Melihat wajah keruh Hafiz yang menahan azab kesakitandicubit membuatkan ketawa mereka semua terburai.

Ermm, inilah bestfriend aku. Aku pun tak tahu bila masanya mereka ni boleh jadi kawan akuserapat ni. Sememangnya sejak sekolah rendah lagi kami berkawan. Aku pun jenismanusia yang tak minat nak kawan dengan perempuan. Kecuali Noni, dia memangkawan terbaik aku. Sebab aku tak berapa kawan dengan perempuanlah aku‘terkawan’  tiga ekor reptilia ini.

Nak tahu kenapa merekadigelar reptilia? Pertama Nasriq memang terkenal dengan nama manjanya CICAKKOBENG, sebab dia kurus tak cukup zat. Kedua digelar BIAWAK LOMBONG, sebab SiHafiz ni memang terkenal ayat powernya mengorat. Lebih kurang macam nil hah..“Hai awak,awak anak Wak? Apa nama awak? Nama saya Biawak.. Awak?” Tak bolehblah betul ayat dia ni. Semua pelajar perempuan dia mengorat guna ayat tu, diaingat sweet? Pirahhhh!

Dan yang terakhirsekali, IGUANA SMART iaitu Najmi. Hehe.. Sebenarnya aku dah lama minat Mamatpoyo ni. Tapi aku diam jer. Malu der.. Antara ahli-ahli geng aku ni, dia sorangje yang komited betul dengan belajar. Itu pasallah  geng kita orang ni tak pernah kantoi dalammana-mana subjek. Mana taknya, Noni terror Kimia. Hafiz pandai Add Math. Nasriqmemang terror Math. Najmi pulak subjek agung dialah Fizik. Aku pulak Prinsipakaun.

Waktu nak dekat SPM, memangseronok. Sebab masing-masing boleh jadi Cikgu, tak payah pergi kelas tambahanpun tak apa. Oleh sebab kami ni kira otai lah jugak kat sekolah tu, sampaikanboleh popular kat sekolah sebelah. Otailah sangat…Hahaha.. Apa pun aku teringinnak jumpa kawan-kawan aku ni balik.

Terakhir sekali akujumpa dorang semula  lima bersaudarani,waktu masing-masing dah dapat lanjutkan pelajaran dan tengah menunggu waktuuntuk ke pengajian masing-masing. Noni dapat belajar kat Perlis, Jurusan samadengan  aku (pemasaran). Hafiz pulakmemang kuat betul jodoh dia dengan Noni. Hafiz dapat belajar kat Perlis jugak, samaU dengan Noni Cuma jurusan je lain. Dia dapat jurusan seni bina. Nasriq pulakdengar kata Mama dia hantar ke London, Mama dia siap hantar dia dengan Qilalagi. Biasalah, Mama dia dah tetapkan jodoh mereka sejak dalam perut lagi. Hahahaha! Najmi pulak, dapat belajar kat Jepundalam bidang arkitek.

Sebut pasal Kimi, huhu…Rindu pulak aku kat dia. Mesti dia dah ada special girlfriend kan? Waktu last jumpa dia dulu, aku tengok diaberubah sikit. Pendiam, Najmi yang aku kenal… Mulutnya mengalahkan murai tercabutekor tau tak. Tapi tengok dari tingkah laku dia,macam nak cakap sesuatu bendayang penting kat aku. Tapi asyik diganggu dengan geng-geng aku jer.

Entah-entah dia nakcakap, dia suka kat aku tak? Hahaha.. Berangan lagi kau Anim? Tak mungkinlah, siKimi tu seorang manusia yang tak punya perasaan. Hahahak! No komen…


Previous: BAB 1.1
Next: BAB 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.