Home Novel Komedi/Romantik Komedi SOULMATE
BAB 6.2

Aqila sekadar menunduk. Kau terlalu baikdengan aku Nim, walaupun dulu aku jahat sangat dengan kau. Kau tetap jugak buatbaik dengan aku… Aqila mula teringatkan zaman sekolahnya………..

 

AQILA,HANI DAN SYASYA melangkah laju menuju kearah Nasriq yang sedang rancak bergelakketawa bersama Tasnim dan Najmi. Aqila dengan penuh rasa benci laju sajamenghampiri Tasnim yang sedang duduk di kerusi batu ditaman Fizik dan Biologiitu.

            Sebaik saja Nasriq meninggalkanTasnim sendirian untuk menemani Kimi ke bilik guru, makin laju langkah Aqilamerapati musuhnya itu. Hani dan Syasya yang sedang membawa sebaldi air paiphanya menunggu saja apa arahan ketuanya yaitu Aqila.

            “Hoi  Nim!! Dah berkali-kali aku cakap kat kau! Kauni dah buta? Pekak? Bebal? Jangan sesekali rapat dengan Ariq! Tapi kau degilek, nak jugak rapat dengan dia..” Aqila sudah bercekak pinggang.

            Tasnim tersenyum, kalau bukan si Qilani anak angkat Mama si Ariq. Dah lama kena balun dengan aku. Tasnim tersenyumlagi. Namun dimatanya kecik besar-kecik besar saja dia melihat perempuan itu.Sebab perempuan sejenis macam inilah buat aku tak suka berkawan denganperempuan. “Qila, kau kan tahu… Kita orang dari sekolah rendah lagi berkawan.Kawan saja Qila! Bukan lebih dari tu… Cubalah kau faham.”

            Aqila tersengeh sinis. “Kawan sajaQila…” Aqila mengajuk memek muka Tasnim. “Macam orang lain buta tak nampak! Taktahu!  Berkepit sana sini tu apa?Sudahlah Nim! Kau ni memang penipu!”

            “Kau ni Qila, saja je cari salahaku. Aku tak pernah berkepit-kepit dengan Ariq lah. Dengan Noni tu adalah!”Tasnim mula naik mual nak berlembut lagi.

            “Mengaku sajalah Nim!!  Dasar perempuan tak tahu malu!!..” Aqilapantas memberi isyarat agar Hani dan Syasya menyimbah Tasnim dengan air yangada didalam baldi itu.

            Laju saja ‘minah turut’ tumenyimbah. Sekali simbah saja sudah basah satu badan Tasnim. Tapi wajah gadisitu sekadar tenang. Dikibas-kibas baju yang dah basah, dipandang Aqila dengankepala menggeleng-geleng dan  denganlemah dia melangkah berlalu dari situ. Itu yang membuatkan hati Aqila semakinbaran.

 

 

            Kalaudiingati balik perbuatan jahatnya, rasanya banyak sangat. Tapi tak sangka, Tasnimkekal menyambut baik dirinya. Aqila yang sedari tadi mendengar Tasnim membebel berceritayang dia pun tak berapa faham mengenai apa, dengan tiba-tiba Aqila menggenggamerat tangan Tasnim.

            Tasnimterdiam. Aqila memulakan bicara. “Maafkan aku Nim. Banyak sangat dosa aku nikat kau kan? Aku je yang buta menilai kawan sebaik kau. Kalau masa tu bolehdiputarkan kembali, aku nak sangat jadi kawan rapat kau macam Noni dari dululagi. Tapi sikap aku yang..”

            PantasTasnim meletak jari telunjuknya dibibir Aqila. “Aku tak pernah anggap kau musuhaku Qila.. Walaupun dulu aku kadang-kadang giveup nak berbaik dengan kau, tapi bila aku tengok muka kau yang seolah-olah macamkau pun tak tahu apa yang kau dah buat. Buat aku rasa yakin kau bukan manusiakejam macam tu, mungkin Ariq terlalu istimewa buat kau. Aku tahu kau baik Qila.Aku yakin sejak dulu lagi, tengok sekarang… Sifat yang aku yakin ada pada kaudah mula nampak kat diri kau sekarang. Kau bukanlah sekejam mana pun dulu, akuanggap itu semua zaman yang manis buat aku…”

            Aqilamerasa amat bersyukur sekali kerana dia kini punya kawan sebaik Tasnim. Sejakdia berubah memakai tudung, dan meninggalkan segala aktiviti sosialnya sebulanyang dulu. Seorang demi seorang kawan-kawan rapatnya meninggalkannya.Termasuklah Hani dan Syasya.. Tapi Allah itu maha adil, dia kurniakan Tasnimsebagai kawannya.. Aqila tersenyum.

Previous: BAB 6.1
Next: BAB 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.