Home Novel Komedi/Romantik Komedi SOULMATE
BAB 21

TASNIM masih berteleku diatas buaianitu. Wajahnya cengkung, matanya sembab. Dah sebulan perkara itu berlalu. Sudahbanyak sangat airmatanya mengalir sehinggakan tiada setitis pun yang mampukeluar lagi. Tasnim mengusap-ngusap perutnya yang sudah mula membesar. Bila teringatkantinggal beberapa bulan lagi bayinya itu akan keluar melihat dunia, makin beriburasa bersalah yang dirasakan.

            Puasdipujuk hati Najmi, puas diterangkan perkara yang sebenar-benarnya. Tapisia-sia, lelaki itu langsung tak peduli. Hati lelaki itu seolah-olah tertutuprapat untuk dirinya. Sekarang aku tak ada sesiapa! Along dah dekat dua bulanberada di Korea disebabkan urusan kerja.

            Mama..Papa.. Dugaan apa lagi yang menimpa adik ni? Paling sebak bila Tasnim pergikerumah Mama dan Ayah semalam. Dia bagaikan kucing kurap dihalau oleh Najmi. Mamadan ayah tak pernah membenci aku, tapi Najmi teramat-amat bencikan aku.

            Akutak tahu siapa yang sanggup meruntuhkan rumah tangga aku. Mungkin ada hikmatyang paling besar yang mahu Allah kurniakan, aku kena tabah! Tabah untuk anakyang ada dalam perut aku sekarang! Maafkan Mama sebab biarkan anak Mama lahirtanpa belaian seorang ayah. Mama mintak maaf! Lepas anak Mama lahir, sahlahcerai ayah kepada Mama. Mama akan kuat untuk baby Mama ni.

            Tasnimtersenyum tawar, tiba-tiba terasa ada tangan memegang erat tangannya. Tasnimmendongak. Menitis airmatanya, dipeluk erat tubuh Noni.

            Nonimengusap-ngusap belakang badan Tasnim, cuba menenangkan hati kawannya itu.Sebaik saja balik dari Jakarta, dia dikejutkan dengan berita tentang penceraianTasnim dan Najmi! Ya Allah, rasa nak terputus nadinya. “Dah Nim, banyak-banyaksabar ek. Aku tahu kau kuat! Kalau kau tak cukup kuat sekalipun, kau kena tahubaby dalam perut kau tu. Dia harapkan kau sorang je.”

            “Kenapasemua ni jadi pada aku??  Kenapa Noni?!Kimi sikit pun tak nak dengar penjelasan aku. Itu aku boleh lagi terima, akumampu lagi bersabar. Tapi bila dia tak mengaku anak yang aku kandung ni anakdia, rasa nak gugur jatung aku ni Noni.” Luah Tasnim dalam sendu!

            “Takapa, aku yakin ada hikmah semua yang berlaku ni. Aku dan Apeh akan sedaya upayatolong kau. Kita orang tahu kau tak bersalah Nim. Aku kenal kau siapa. Aku  pun terkilan dengan sikap Najmi. Bertahun diakenal kau, tak akanlah dia masih tak kenal kau. Bulat-bulat je percaya ceritayang entah dari siapa-siapa tah. Tak apa, kita dah buat report polis kan? MogaAllah permudahkan segalanya.” Ujar Noni.

            Tasnimmasih diam membisu. “Okey, apa kata esok pagi kau teman aku dengan Apeh belibarang hantaran. Aku tak sukalah tengok kau macam ni, macam dah tak ada life. Life must  go on. Don’t lookback, go straight. Be happy. Live your life. Smile. Stop thinking about yesterday.Get ready for tomorrow. Okey? Jangan risau aku sentiasa ada dengan kau. Daningat, aku bukan sekadar kawan kau tapi aku sebahagian dari diri kau. Kausakit, aku pun akan rasa.” Noni masih memujuk, walaupun dia tahu Tasnim taksemudah itu nak menerima semua ni secara mendadak macam ni. Selagi aku hidup,kebahagiaan kau, adalah kebahagiaan aku juga. Kau sakit, aku rasa. Apatah lagiwaktu sekarang, waktu kau benar-benar sedang jatuh tersungkur.Aku tak akanbiarkan kau. Noni menuturnya tenang.

            Tasnimmemandang wajah Noni dengan mata berair. Tak mampu untuk dia membalas jasakawannya itu. “Thanks Noni..” dipelukerat tubuh Noni. Noni tersenyum.

Previous: BAB20.2
Next: BAB21.1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.