Home Novel Komedi/Romantik Komedi SOULMATE
BAB 2.1

RESTORAN KFC MENJADI PILIHAN, beria-iaHafiz nak makan ayam goreng. Macam budak kecik Mamat sekor ni. Noni punsekarang semakin ayu, jangan tak tahu dia sekarang bergelar eksekutif pemasaranmacam aku jugak tapi kat syarikat yang terkenal tu….

            “Syarikat QLine Sdn. Bhd.. Bos aku si Cicak kobeng..” Bergempita ketawa merekamemecah kesunyian restoran itu.

            “Aiseman,aku mula asalnya tak tahu pulak itu syarikat Ariq. Masa aku interview minggulepas, terus je dia ambik aku. Hahah..Untung jugak ada kawan yang memang dahada syarikat ni.” Noni kembali ketawa.

            “Hah,kau Apeh.. Kerja apa sekarang?” Tasnim mula melontar pandang kearah Hafiz yangsudah tersengeh-sengeh.

            “Akujadi perancang landskap jer under syarikatkecil-kecilan milik Kimi. Hehehe… Tengok, senang betul hidup aku dengan Noni.Masing-masing kerja dengan kawan sendiri.. Untung betul.” Hafiz tersenyum.

            Sebaiksaja dengar nama Kimi, berdetak pulak jantung aku. “Wah, Kimi buka syarikat?Heheh… Kayalah aku nanti kan Noni?” Tasnim mengkedip-kedipkan matanya kearahNoni. Ayatnya itu hanya Noni saja yang faham maksudnya.

            Noniyang faham maksud Tasnim itu sekadar tersenyum. “Boleh sangat Nim… Silap gayapangkat Datin kau nanti. Haha..”

            “Uish,lupa pulak aku… Kau kenal lagi Jessica? Alah, ketua kelas kita yang garangtulah. Dia nak buat reunion bulan depan. Dia cakap,wajib! Sekarang ni dia jelahyang sedang bersusah payah menggali balik kawan-kawan kelas kita dulu..Alhamdulillah, muncul pun kau. Jess cakap banyak-banyak kawan kita, kau je yangbelum dapat dikesan.” Hafiz ni memang, kalau cakap tak pernah nak serius.Macamlah aku ni spesis binatang yang nak pupus.

            “Urmmm,seronokjugak kan? In Sya Allah, aku boleh jer… “ Tasnim tersenyum gembira.

            Punyalahrancak mereka berbual menggali kembali kenangan lama-lama yang sememangnya takpernah pahit, manis jer… Tak sangka pulak jam dah pukul 7 malam. Setelah salingbertukar nombor telefon, masing-masing meminta diri untuk pulang.

Previous: BAB 2
Next: BAB 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.