Home Novel Cinta Aku Bukan Perampas
Aku Bukan Perampas
Amylieyhaizani
25/12/2013 02:47:46
206,123
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 23

Bab 23

“ Aku benci kau! Aku benci..dasar perampas. Tak sedar diri. Sudahlah miskin ada hati nak kahwin dengan orang kaya!” Zurina menjerit di dalam biliknya. Dia mencampak apa saja yang berada di hadapannya. Dadanya turun naik menahan marah. Sejak semalam dia tidak senang duduk. Sakit hatinya pada isteri Aiman Ezri bukan sedikit. Teringat dia pertelingkahan dengan Ezri ketika Nur Jannah keluar dari bilik petang semalam.

Why dia datang jumpa You? You explain to me!” Zurina menjerkah kuat. Matanya tajam memandang ke arah Ezri yang masam mencuka.

You jangan menjerit boleh tak? Staf I yang lain dengar, malu I nanti!” suara Ezri juga kedengaran sedikit kasar.

So..You ingat I tak malu? Pasal siang tadi, orang pandang I ni gila bayang! Gila kat suami orang!” suara Zurina semakin kuat. Dia tidak peduli pada pandangan sesiapa. Apa yang dia tahu, hatinya cukup sakit dengan kehadiran Nur Jannah ke pejabat itu.

Honey! I don’t know what she wants! Dia datang tanpa diundang. So, You jangan nak tuduh I bukan-bukan. I dengan dia tak ada apa-apa..hanya surat nikah yang mengatakan kami suami isteri , but between us is nothing!. Please don’t be jelous ok!”

Jelous? I tak patut cemburu bila You ada orang lain? Macam tu? You kata nak divorce! But when?” tutur Zurina dengan dada yang berombak. Ada kemarahan yang masih terpahat di situ.

“ Sabarlah sayang! I dah cakap bagi I masa..You jangan buat I macam ni! Apapun, I hanya cintakan You! Really love you!” Ezri mula bersuara sedikit kendur. Malas dia menambah minyak di dalam api yang sedia marak. Silap haribulan, dia juga yang akan terbakar.

“ Uh! Cinta You tak tahu ada harga atau tidak. You cakap kat I, You tak pernah jumpa dia. I tak tahu apa yang perlu I buat! MaybeI perlu tarik diri!” Zurina sengaja mengugut. Sedangkan di hatinya mulai resah kalau-kalau katanya menjadi alasan untuk Ezri meninggalkannaya. Pasti dia sendiri yang akan menggigit jari nanti.

“ Ina..Ina…kau kenapa?” panggilan Maisarah mengejutkan dirinya dari lamunan.Dia memekakkan telinga dan bersimpuh di birai katil. Dia mengerutkan dahinya beberapa kali. Apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan Ezri secepat mungkin. Beritahu Dato’ Ismadi tentang hubungan mereka. Uh! Mahu dikeratnya Ezri seandainya orang tua itu tahu. Tapi bagaimana? Pujuk Nur Jannah ceraikan suaminya! Emm.. Ezri yang perlu menceraikan bukan Nur Jannah. So..kenapa susah sangat Ezri melepaskan perempuan tu!

“ Argh…aku benci…” jerit Zurina lagi. Bilik yang sebentar tadi kemas mulai berselerak bagai diserang geroda. Hatinya benar-benar kacau. Maisarah yang masih di luar pintu menggelengkan kepalanya melihat tingkah laku temannya yang bersifat kebudak-budakan. Pantas dia duduk kembali di hadapan televisyen. Jam di tangan hampir 9.30 pagi. Sahara belum menampakkan batang hidung. Mungkin belum bangun. Fikir Maisarah apabila tidak nampak kelibat gadis itu dari tadi. Maisarah cukup tahu waktu cuti begitu memang susah untuk Sahara dan Zurina bangun awal. Cuma pagi itu Zurina mungkin terkena penyakit angau. Pagi-pagi dia dijamukan dengan maki hamunnya. Maisarah sendiri tidak pasti kenapa Zurina berkeadaan begitu. Sakit juga telinganya mendengar suara Zurina yang mebingitkan suasana pagi di rumah mereka.

“ Apahal tu?” Sahara tiba-tiba muncul sambil mengeringkan rambutnya menggunakan tuala. Dia duduk di sebelah Maisarah yang memandang ke arahnya.

“ Entah! Pagi-pagi buat perangai. Apa hal dia tu?” Maisarah memandang tajam pada Sahara. Dia pasti Sahara pasti tahu kerana mereka bekerja dipejabat yang sama.

“ Mungkin pasal semalam!” Sahara melepas kata. Dengan Maisarah dia tidak tahu berbohong. Gadis itu begitu serius kalau bertanya sesuatu.

“ Pasal apa?” Maisarah sedikit hairan.

“ Semalam..isteri Encik Ezri ada datang ofis!Maybe pasal tu dia mengamuk!” Sahara berterus-terang.

“ Kenapa? Isteri Encik Ezri marahkan dia ke?”Maisarah menjungkit kening.

“ Tak adalah pulak. Tapi mungkin Zurina cemburu.”

“ Cemburu buat apa?Dah tahu suami orang! Dia pun satu..dah tahu, gila lagi kat jantan tu!Yang seronok Aiman Ezri tu. Aku pun tak fahamlah!” Maisarah mula membebel. Sahara hanya memekakkan telinganya dengan kata-kata Maisarah yang cukup berbisa.

“ Pastu budak tu tahu ke skandal suami dia dengan Zurina?” Maisarah bersuara pedas. Sahara juga turut terkena tempiasnya. Dia juga pernah curang dan masih curang kerana meninggalkan John David untuk bersama Fakhruddin semula.

“ Tahu agaknya! Sebab masa keluar tu..isteri Encik Ezri menangis sambil berlari keluar bilik. Pastu, Zurina keluar dari bilik tu. Bila dia masuk bilik Encik Ezri pun saya tak perasan!”

“ Apalah Zurina tu buat orang macam tu? Dah tak ada jantan lain ke? Pasal lelaki sanggup lukakan hati perempuan lain. Aku dah banyak kali nasihat tak nak dengar..lepas tu kata busy body! Entahlah aku pun tak faham..” Maisarah menggelengkan kepala tidak puas hati. Kemudian kedengaran derap tapak kaki Zurina ke arah mereka. Wajahnya yang masam mencuka dipandang oleh Sahara dan Maisarah. Kemudian dia berdiri di tepi tingkap dan berjalan ke hulu ke hilir sambil menggarukan kepalanya. Lagaknya bagai cacing kepanasan itu menyerabutkan mata mereka yang memandang.

“ Ina, what happened to you! Pagi-pagi menjerit macam orang sasau.Nanti apa kata jiran-jiran kita. Kalau ye pun ada masalah, bincang dengan kita orang. Bukan menjerit bagai orang gila!” Maisarah bersuara sedikit marah. Sahara yang mendengar hanya memandang ke arah Zurina. Sesekali rambutnya yang masih basah di usap lembut dengan kain tuala.

“ Mai, kau kena tolong aku!” Zurina bergegas duduk disebelah Maisarah. Air matanya terhembur di situ bagai empangan pecah. Maisarah memegang bahu Zurina yang terhenjut-henjut menahan tangis. Sahara pula bagai terpana melihat Zurina yang sebentar tadi garang bagai singa lapar kini lemah terduduk di sisi Maisarah.

“ Ina..jangan macam ni. Takkan pasal lelaki macam tu kau nak rosakkan diri kau..apa yang berlaku telah pun berlaku. Kau lupakan saja si Ezri tu!” Maisarah memberi nasihat.

“ Aku takkan tinggalkan Ezri! Perempuan tu yang tak tahu malu datang jumpa dengan boyfreind aku Mai..Dia yang merampas Ezri dari aku..Ezri tidak cintakan dia! Tapi kenapa dia tak faham?” Zurina membentak. Maisarah bagai ingin tergelak memikirkan sikap Zurina yang tidak matang. Cuba mencari kesalahan orang lain walau hakikatnya dia yang bersalah. Cinta memang membuatkan Zurina hilang pedoman.

“ Tapi dia isteri Ezri! Ina..apa pun alasan, hakikat tu tidak boleh diubah. Melainkan Ezri dah cerai dia. Kalau tak, selagi tu dia berhak atas jiwa raga Ezri. Malah cinta lelaki itu juga. Tentang cinta Ezri, kau pasti lelaki tu sukakan kau?Kau pasti bila dia ceraikan isteri dia, kau akan bahagia dengan dia? Ina..think positif!Jangan ikutkan perasaan yang hanya akan membuatkan kau menderita kelak.”

“ Mai..aku takkan menderita adanya Ezri! Aku sayangkan dia..kau pun tahu tentang percintaan kami yang bertahun lamanya.Nur Jannah yang merampas telah merasa bagaimana sakitnya bila cinta tidak terbalas. Aku takkan sesekali lupakan atau tinggalkan Ezri..sungguh sesekali tidak!” Zurina mengetap bibirnya. Cuba menarik nafas agar hilang sedikit rasa sakit yang membelenggu jiwanya.

So..apa kau nak buat sekarang?”Sahara tiba-tiba menyampuk. Zurina memandang ke arah gadis itu. Dia tahu Sahara juga ada rahsia yang dia sendiri tidak tahu. Hubungannya dengan Fakhruddin yang masih dirahsiakan. Siapa Fakhruddin dalam hidup temannya itu?

“ Aku nak jumpa Nur Jannah!” mata Zurina kembali bersinar.

“ For what?” Maisarah pantas bertanya. Wajah Zurina yang mula ceria dipandang lama.

“ Aku nak dia minta cerai dari Ezri!”

“ Tak baik kau buat macam tu Ina!” bentak Maisarah tidak setuju. Sampai hati Zurina ingin mengguris hati Nur Jannah yang sedia terluka. Bagaimana reaksi gadis itu nanti. Sudahlah suaminya berlaku curang dan sekarang Zurina pula ingin menambah racun di hatinya.

“ Aku terpaksa Mai! Kau kena tolong aku.” Zurina kembali merayu.

“ Tolong kau runtuhkan masjid orang lain? Macam tu? You are very cruel Ina!

“ Mai..kalau kau tak nak, aku ajak je Sahara. Bukan aku yang meruntuhkan masjid orang, orang yang runtuhkan mahligai cinta aku dengan Ezri. Walau dihalang, aku takkan berganjak Mai. Tidak sesekali!” Zurina bangun menuju ke biliknya dan menghempas pintu dengan kuat. Maisarah yang melihat menggelengkan kepala dengan karenah Zurina. Sahara pula masih tercegang apabila terbabit sama dalam masalah Zurina.

Previous: Bab 22
Next: Bab 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.