Bab 5
Jam 8.00 pagi, Rizman Fakhruddin tercegat di
luar pejabat Aiman Ezri. Wajahnya yang tampan sukar benar untuk melemparkan
senyuman. Beberapa orang staf di pejabat tersebut memberi senyuman apabila tiba
disitu.
“
Assalamualaikum.. saudara, boleh saya tolong?” Suri salah seorang staf di situ
bersuara ramah. Senyuman yang bermain di bibirnya kelihatan begitu ikhlas.
“
Emm..Aiman Ezri ada?” singkat pertanyaan Fakhruddin. Senyuman yang diberi tidak
berbalas.
“
Ooo..Encik Ezri belum sampai. Ada apa yang boleh saya tolong?”
“
Saya nak interview kerja..”
“
Interview?Kalau macam tu, Encik boleh tunggu kat dalam. Maybe sekejap lagi dia sampai.” Suri
melangkah masuk diikuti Fakhruddin.
“ Encik tunggu di sini. Apa-apahal
panggil je saya,” gadis itu tersenyum lagi. Murah benar dia dengan senyuman
sedangkan Fakhruddin hanya bersahaja. Dia duduk sambil menjeling ke arah jam.
Kemudian pantas tangannya mencapai
Majalah Wanita yang ada di situ. Dibaca tajuk hadapan dan Fakhruddin
mencebik sendiri. Rahsia kelembutan wanita! Uh! Pasal wanita sebegitulah yang
menghancurkan hatinya, yang meranapkan kebahagiaannya.Lembutnya
wanita hanya luaran tapi hatinya..Fakhruddin membuat andaian sendiri.
Dibaca lagi tajuk di dalamnya
tentang lelaki atau wanita yang mudah curang? Sudah pasti wanita! Tidak pernah
cukup dengan satu lelaki! Fakhruddin panas membaca majalah tersebut. Semuanya menyokong
wanita yang kebanyakkannya dianggap menjadi mangsa kepada kecurangan
lelaki..lelaki curang? Wanita curang pula, berapa ramai yang tidak mampu dibilang oleh jari. Ah!
Memikirkannya hati lelakinya cukup sakit.
“ Ez memang selalu macam tu!” kedengaran
suara Zurina dengan nada merajuk. Pantas Fakhruddin memandang ke arah seorang
gadis bersama lelaki.
“ Ez gurau jelah!Jangan
merajuk-rajuk tak elok! Nanti kita lunch
sama-sama ek!” Ezri mencuit dagu Zurina yang mula tersenyum manis. Fakhruddin
menjeling sekilas. Jam tangannya dijeling lagi. Jam 9.30 pagi. Uh! Nak jumpa
punya susah..
“
Encik Ezri suruh masuk ke pejabat,” gadis yang datang bersama lelaki tadi
bersuara ramah. Fakhruddin bangun dan menuju ke arah bilik Aiman Ezri. Pintu
diketuk dan dia masuk apabila diberi arahan.
“
Encik Aiman Ezri?” Fakhruddin bersuara. Lelaki yang dilihat tadi rupanya bos di
syarikat itu. Dia duduk apabila diminta.
“
Ye saya. Kita pernah berjumpa ke?” Ezri mengerutkan dahinya. Seingatnya wajah
itu tidak pernah dilihat.
“
Saya Rizman Fakhruddin sepupu Arman Mustaqim..”pantas lelaki di hadapannya memperkenalkan diri.
“
Oh ye..dia ada jumpa saya tanya pasal kerja.Awak nak kerja kat sini ke?” Ezri merenung wajah tampan
di hadapannya.
“ Macam tulah niatnya! Ada kosong
ke?” Fakhruddin bersahaja. Ezri tersenyum melihat sikap lelaki di hadapannya.
Ada gaya!
“ Emm..apa kerja yang You boleh
buat? Maksud I, kerja yang You minat?”
“ Bahagian Akaun. Saya rasa tu kerja
yang sesuai buat saya.Tapi kerja apa pun tak
apa. Saya tak kisah.” Fakhruddin bersuara cukup pasti.
“
Oklah kalau macam tu. You tolong Encik Shahidan dalam menguruskan perbelanjaan
dan kemasukkan wang dalam syarikat kita. Mana-mana fail yang berkaitan kewangan
tu adalah tugas You and Encik Shahidan akan pastikan apa yang You buat tu betul
atau tidak.” Kata-kata Ezri seolah-olah satu arahan.
“
Temuduga macam mana?” tutur Fakhruddin lagi.
Mudah benar dapat kerja! Bagi kerja tak fikir dulu ke? Getusnya sendiri.
“
Tak perlu. Saya percaya kepada awak. Arman Mustaqim takkan suruh orang yang
tidak berpengetahuan kerja di syarikat saya. Maybe awak orang yang hebat!” Ezri mengangkat kening sambil
tersenyum. Fakhruddin hanya menjungkit bahu dengan pujian yang dilemparkan
kepadanya.
“
Oklah macam tu. Bila saya boleh mula?” tiada riak bangga di wajah Fakhruddin.
Baginya pujian tersebut tidak membawa apa-apa makna kepadanya.
“
Esok! Jangan lupa bawa fail peribadi andgambar
pasport.”
“ Ok..” Fakhruddin bangun dan
berlalu. Ezri termenung sendiri. Lelaki itu lain daripada yang lain. Tiada riak
berharap di wajahnya untuk mendapatkan kerja di situ.. Tidak seperti orang lain
yang datang dengan senyuman dan sopan semata-mata mengharapkan kerja. Ada yang
merayu demi mendapat kerjaya di pejabatnya. Adakah lelaki itu berfikir dia akan
bersetuju hanya kerana dirinya sepupu kepada Arman Mustaqim? Uh! Kenapalah dia
sibuk memikirkan Rizman Fakhruddin. Adakah kerana keterampilannya yang
bersahaja atau raut wajah Fakhruddin yang tampan mengalahkan dirinya.Entahlah!
Dia sendiri tidak pasti.
****
Aiman Ezri mendail nombor Arman
Mustaqim. Irama lagu dangdut yang menusuk ke telinganya menyebabkan Ezri hampir
tergelak. Jiwang karat rupanya mamat sekor ni!
“
Helo Ezri. Apa hal kau call aku ni?”
kedengaran suara Arman Mustaqim di corong telefon.
“ Kau ni jiwang jugak ek.Dangdut
tu!” ketawa Ezri meletus kuat. Sakit perutnya menahan tawa.
“ Biasalah. Orang bujang katakan..”
tutur Arman Mustaqim bersahaja.
“ Aku pun bujang juga. Tak adalah
macam kau!” Ezri ketawa lagi. Kalau lagu rock ke! Lagu balada ke! Boleh
juga..ni tidak, dangdut yang dipilihnya! Kelakar betul!
“ Bujang ? kau tu dah ada bini!
Jangan nak perasan bujang ek!” Arman Mustaqim membidas dengan tawa yang
panjang. Ezri terkedu! Sememangnya dia lupa tentang itu. Sudah beberapa hari
dia keluar dari rumah.Dan sesungguhnya dia
hampir melupai masalah yang membelenggu hidupnya kini.
“ Emm..tadi sepupu kau datang tanya
pasal kerja. Dia tu orang macam mana?” terlontar soalan itu dari mult Ezri
tanpa menghiraukan kata-kata Arman Mustaqim sebentar tadi. Jika dilayan
sekalipun, dia juga yang akan terkena akhirnya.
“ Macam mana apa? Ada hidung, ada
mulut, tangan, kaki macam kita juga! Kenapa kau tanya?Dia
ada buat salah ke?” serius soalan yang dilemparkan.
“
Tak adalah!Aku tengok susah
benar nak senyum. Bercakap pun tak banyak. Kau agak, dia boleh buat kerja tak?”
“ Eh Bro! Rizman Fakhruddin tu
kelulusan luar negara. Cuma nasib dia belum baik, tak ada kerja lagi. Kalau tak
caya kau tengoklah nanti,” Arman Mustaqim bersuara galak. Bangga benar dia
dengan kejayaan sepupunya itu.
“ Ye ke?” soal Ezri tidak berapa
yakin dengan kata-kata temannya. Cara Fakhruddin tidak menggambarkan dia
seorang yang begitu berkelulusan.
“ Pasal sikap dia tu, dia memang
macam tu. Susah nak senyum..tapi awek ramai berkenan tu..nanti jangan Zurina
terpikat dengan dia sudah!” Arman
Mustaqim seakan berseloroh. Ezri pula hanya tersenyum. Aku pun hensem juga!
Kalau tak, tak adanya perempuan berebut! Getus Ezri sendiri.
“ Kalau dia boleh buat kerja
okeylah! Aku pun malas nak interviewdia.”
“ Oklah tu! Aku nak sambung kerja
ni. Kira jadilah dia kerja kat situ!”
Arman Mustaqim seolah meminta kepastian.
“ Aku dah suruh dia datang esok.”
“ Baguslah kalau macam tu! tak
sia-sia aku jadi kawan kau! Oklah Ez, ada masa kita jumpa dan macam biasa,
jangan lupa belanja!”
“ Yelah..asyik aku je!” Ezri seakan
merungut.
“ Kau kan tokey..oklah
assalamualaikum,” Arman Mustaqim memberi salam dan Ezri mematikan talian selepas
menjawab salam. Seketika dia teringat Nur Jannah yang ditinggal sepi. Sudahlah
duit belanja tidak di beri, makan minumpun dia tidak ambil tahu. Ezri sendiri hairan, mengapa bencinya pada Nur
Jannah menggunung tinggi, sedangkan perkahwinan mereka belum sampai sebulan.
Malam pertama mereka pun belum mereka nikmati lantaran panggilan Zurina selepas
persandingan mengusik hatinya. Zurina menangis-nangis bertanya tentang
kecurangannya. Ah! Dia berdosa kepada Zurina. Pada Nur Jannah? Dia tidak ambil
peduli. Malam pertama dia keluar tanpa orang lain menyedari dan Nur Jannah
sendiri di dalam kamar yang berhias indah. Ezri teringat semula saat-saat
melamar Nur Jannah untuk menjadi suri di dalam hidupnya.
“
Abang ikhlas nak jadikan Nur isteri abang,’’ Ezri ralik menilik
kemanisan wajah di hadapan matanya. Senyuman Nur Jannah benar-benar memukau
pandangan.
“ Abang tak menyesal? Nur bukan
orang kaya ataupun orang senang,’’ Nur Jannah meminta kepastian. Ezri melempar
senyuman. Teringat dia kepada Zurina. Jika dibandingkan keduanya, Nur Jannah
lebih layak mengisi kekosongan di hatinya.
“ Abang tak akan menyesal kahwin
dengan Nur!’’ jawab Ezri cukup yakin.
“
Abang tak ada orang lain selain Nur?’’ Nur Jannah menyoal lagi. Gadis
itu seakan tidak yakin dengan kata-kata Ezri. Ezri menelan air liur dan
tersenyum pula.
“ Abang hanya ada Nur!’’ pantas dia
menjawab tanpa memikirkan sebarang kemungkinan di kemudian hari.
“ Abang! Mengelamun je. Ina masuk
tak perasan,” Zurina menepuk meja dengan kuat. Ezri tersedar dari lamunan.
Wajah ayu Zurina yang tersenyum manis dipandang lama.
“
Abang kenapa pandang Ina macam tu?” Zurina menarik muka dan duduk di hadapan
kekasihnya.
“ Kenapa tak ketuk pintu bila
masuk?” suara kasar Ezri mengejutkan Zurina.
“ Sebelum ni tak apa pun!”Zurina
seakan membentak. Dia memeluk tubuhnya dan memandang ke tempat lain tanda
protes. Wajahnya yang masam semakin kelat bila dipandang.
“
Sekurangnya, Ina bagilah salam. Ni terkejut abang!” Ezri mengurut dadanya tanda
terkejut. Malas dia melihat wajah kekasihnya yang mencuka lama-lama.
“
Abang, Ina dah bagi salam dah. Abang tu, ingat bini kat rumah ke?” Zurina
bersuara berbaur cemburu. Ezri menelan
air liur. Mana minah ni tahu! Macam tok bomohlah pulak!
“
Tak adalah..abang fikirkan Ina.” Lembut kata-kata yang dituturkan.
“
Yelah tu..”Zurina mula
tersenyum. Dia menongkat dagunya di atas meja.Matanya
meliar melihat pejabat Ezri yang tersusun kemas.
“
Ina kenapa? Ada hal nak cakap dengan abang ke?”
“
Em..tadi..siapa bang?” tutur Zurina sedikit manja. Matanya dilirik kepada Ezri
seolah ingin menggoda.
“ Yang mana?” Ezri mengerutkan
dahinya.
“
Yang jumpa abang tadi..yang tinggi..hensem tu.”
“
Tinggi..hensem?”
“
Yang abang suruh masuk tadi!” Zurina mulai geram.Hilang lirikan manjanya sebentar tadi.
“
Ooo….hensem..nama dia Rizman Fakhruddin. Sepupu Arman Mustaqim..ada job untuk dia.”
“
Job? Dah interview?” mata Zurina membutang dengan tiba-tiba.
“
Orang hebat! Buat apa nak interview
lagi..” Ezri tersenyum melihat Zurina yang tidak henti-henti bertanya. Dia
ingat aku ni ambil penjenayah ke? Macam polislah pulak!
“
Abang ni..mentang-mentang sahabat baik perkenalkan, langsung tak payah interview. Buatnya budak tu tak pandai
apa-apa, tak ke naye!” omel Zurina tidak berpuas hati.
“ Orang hensem sayang!” terpacul
kata-kata itu dari mulutnya. Pantas Zurina memandang tanpa berkelip.
“ Dah tu kenapa?” Zurina pula
mengerutkan dahinya. Takkan orang hensem tak perlu ditemuduga! Datang terus
dapat kerja? Senangnya! Kalau macam tu gayanya, tak payahlah belajar
tinggi-tinggi! Buang tabiat ke apa balak ni?
“ Sayang tak berkenan ke?” Ezri
tertawa kecil. Seronok dia menyakat kekasih hatinya.
“ Ke situ pulak. Oklah! Ina nak
sambung kerja ni,” Zurina manarik muka dan bangun dari kerusi. Pantas Ezri
bangun dan berdiri di sebelah kekasihnya. Tangan gadis itu dipegang erat dan
dikucup lama.
“
Abang gurau jelah! Takkan tu pun sayang nak ambil hati. Sudah-sudahlah tarik
muka empat belas tu! senyum sikit!” dagu Zurina dicuit lembut.
“ Abang tu! asyik kenakan Ina
je!”
“
Ok! Abang minta maaf! Nanti kita lunchsama-sama
ek!” tutur Ezri seakan memujuk. Dia mengeyit mata kepada kekasihnya yang mula
berubah wajah. Ada senyuman di wajah manisnya.
“ Ok! Jangan kenakan Ina lagi!Kalau
tak, Ina takkan lepaskan abang!”
“
Jangan lepaskan abang buat selama-lamanya! Boleh?” renungan Ezri melemaskan
Zurina.Pantas dia menarik
tangannya dari pegangan kekasihnya. Dia melangkah keluar dengan senyuman.
Tubuhnya yang langsing semakin menyerlah apabila mengenakan baju kebaya yang
bercorakkan batik. Rambutnya yang lurus disanggul kemas. Sememangnya Zurina
lebih istimewa dari Nur Jannah. Nur Jannah yang tidak tahu bergaya, tidak
pandai bersolek, ah segalanya! Ezri membandingkan dua wanita yang kini merebut
cintanya. Baru kini dia menyedari cintanya pada Nur Jannah tidak pernah ada.Yang
ada hanyalah cinta buat perempuan bernama Zurina. Noktah!