Bab
25
“ Nur, kenapa Ezri tak ikut balik?”Pak
Samad memandang anak sulungnya sambil menghembuskan asap rokok. Mak Leha pula
sibuk melipat baju yang diangkat petang tadi. Maria pula menolong Airi dan
Nelly menyiapkan kerja sekolah. Nur Jannah yang mendengar sedikit hiba.Ada luka di hatinya yang bila akan hilang.
“ Abang Ezri sibuk ayah! Kena outstation kat Melaka. Tu dia tak dapat
balik. Tapi dia kirim salam kepada mak dan ayah,” Nur Jannah terpaksa
berbohong. Maria yang mendengar memandang sekilas. Dia tahu Nur Jannah pasti
kecewa apabila kepulangannya tanpa suami di sisi. Pasti sahabatnya itu menangis
di dalam dihati. Mengenangkan kelukaan Nur Jannah, Maria juga turut terasa
pedihnya.
“ Aik! Masa mak pergi KL hari tu pun
dia outstation. Sibuk sangat ke suami
Nur tu?” Mak Leha menyampuk. Dia memandang ke arah Nur Jannah yang turut
menolongnya melipat kain yang masih berbaki.
“
Abang Ezri memang sibuk mak. Nak selesaikan kerja kat pejabat. Lepas tu Dato’
Ismadi minta tolong dengan abang Ezri jumpa client
dia kat Melaka pasal promosi minyak wangi yang baru syarikat diaorang
keluarkan.Jadi..Nur tak
dapatlah nak paksa!” panjang Nur Jannah bersuara. Ada kesal kerana menipu orang
tuanya. Kalaulah mereka tahu tentang
masalah rumah tangganya, pasti mereka akan bersedih dan kecewa. Mungkin hati
mereka lebih terluka berbanding dirinya.
“ Kalau dia ada kerja, tak apalah..
tak perlu susahkan dia. Nanti ada masa pulanglah dia,” Pak Samad selaku orang
tua seolah faham.
“ Kak Long! Nanti dah habis periksa,
Airi nak duduk dengan Kak Long kat KL tu.Mesti
seronok! Bolehlah Airi cari kerja sementara tunggu keputusan,” Airi bersuara
tiba-tiba.
“
Nelly pun nak ikut! Tak best asyik
duk kampung je. Rumah Kak Long kat KL cantik. Nelly seronok duduk sana,” Nelly
turut bersuara. Dia melirik senyum pada Airi yang mencebik.
“ Boleh! Tapi kena habiskan sekolah
dulu.Belajar betul-betul..dapat A dalam semua
subjek. Kak Long nak adik-adik Kak Long berjaya.’’
“
Ala..lambat lagilah Kak Long,” Nelly
memuncungkan mulutnya tanda protes.
“
Tak ada lambatnya Nelly. Cuti semester pun boleh pergi rumah Kak Long,” Nur
Jannah separuh memujuk. Maria yang berada di sebelah adiknya datang
menghampirinya.
“
Tak payah nak ngada-ngada..hari tu kan dah pergi rumah Kak Long. Bagi tumpuan
kat pelajaran. Mak tak nak Airi dan Nelly gagal dalam periksa nanti,” Mak Leha
bersuara mematikan senyuman mereka berdua. Wajah dua beradik itu mulai kelat.
Bosan dengan nasihat yang sama berulang kali.
“
Ala mak ni..nak pergi rumah Kak Long pun tak boleh!”Nelly mencebik. Airi juga menarik muka. Pak Samad hanya
tersengih mendengar perbualan mereka anak beranak. Dia bangun untuk keluar ke
kedai kopi. Mak Leha turut bangun untuk ke dapur. Nelly dan Airi turut bergegas
mengikuti Mak Leha.
“ Nur..ada Ezri call kau?”Maria bersuara
perlahan. Bimbang percakapannya didengar oleh Mak Leha. Nur Jannah mendiamkan
diri seketika. Wajah Ezri bermain di matanya..namun hilang saat Maria memegang
jari jemarinya.
“
Tak..dia tak call! Maybe dia benci sangat kat aku ni Mar.”
tutur Nur Jannah juga dengan suara perlahan. Risau jika percakapan mereka
didengari oleh Mak Leha.
“
Tak patut Ezri buat kau macam ni Nur!Sampai bila dia nak gantung kau tak bertali? Dia pula seronok dengan
perempuan lain..kalau aku dah lama aku minta fasakh!” Maria seakan mengeluh.
Sakit juga dihatinya dengan sikap lelaki seperti Ezri.
“
Aku dah minta tapi penampar yang aku dapat Mar.”Nur Jannah terasa ingin menangis. Tiada tempatkah dirinya
di hati Ezri? Ke mana hilangnya rasa sayang yang dilaungkan selama ini?
“
Nur..sebagai isteri tempat kita disini, dekat dengan hati untuk
disayangi, bukan di kaki untuk dipijak atau di atas untuk dijunjung. Cukuplah
kita dihargai sebagai isteri. Andai dia suka sangat kat perempuan tu, kau
relakan saja Nur. Aku akan teman kau untuk permohonan cerai!” Maria bersuara
marah. Bukan niat dia untuk menghancurkan mahligai temannya. Namun apa guna
mahligai dihiasi berlian andai tiada kasih sayang atau cinta. Maruah dicalar
berkali-kali tanpa belas kasihan. Sungguh Maria merasa sakit hati.
“
Cerai? Tapi macam mana Mar ? Aku cintakan Ezri..aku tak mampu hidup tanpa dia!”
“ Dan kau sanggup menjadi pungguk
rindukan bulan! Sampai bila Nur? Cinta Ezri sudah terkubur untuk kau.Yang
ada sekarang, perempuan tu..please
lah Nur..cinta bukan segala-galanya andai diri kita menjadi hamba cinta!”
“
Aku tak kuat Mar!” air mata Nur
Jannah mula menitis.Maria yang melihat merasa
serba salah.Dia memegang erat
tangan temannya.
“
Aku minta maaf Nur. Aku yang
terlebih emosi..” Maria seakan memujuk.
“ Kau tak salah Mar! apa yang kau
cakap memang betul. Cinta Ezri bukan lagi untuk aku. Malah aku dikatakan
perampas..aku akan cuba hidup tanpa Ezri. Aku akan cuba,” Nur Jannah bersuara
sebak. Dia menyapu air mata yang tumpah agar emaknya tidak perasan
kesedihannya.
“ Jomlah..kita ke dapur..kau jangan
fikir lagi. Nanti kat KL kita selesaikan segalanya. Senyum sikit!” Maria menarik
pipi Nur Jannah. Nur Jannah tersenyum tawar dan bangun untuk ke dapur. Dalam
hati, sebenarnya dia amat merindui Aiman Ezri.
****
Ejay terkebil-kebil
memandang jam di dinding yang
menunjukkan jam 12.00 malam. Dia cuba melelapkan mata namun bayangan Nur Jannah
datang menjelma menari-nari
di hadapannya. Uh! Parah macam ni! Macam mana aku boleh sayang sangat
kat si Nur ni! Ejay bangun
menuju ke arah tingkap. Dia memandang keluar dan mendongak melihat ke dada
langit. Dia cuba mengira bintang untuk menghilang resah.Tiba-tiba
dia teringat pula pada Maria. Senyuman dan renungan gadis itu seolah menggoda
hatinya. Sungguh dia merasa semacam. Jantungnya seakan berdegup kencang, apatah
lagi gadis itu sering mencuri pandang
kepadanya. Ejay cuba menutup rasa hati. Bimbang menjadi bahan ketawa Nur
Jannah sepupunya. Seorang lelaki yang pernah merayu cinta darinya telah beralih
arah. Cintakah ini ? Jika benar,
bagaimana reaksi Nur Jannah nanti? Bagaimana pula dengan Maria yang telah
menambat hatinya tanpa disedari? Ejay mula berpeluh. Dia kembali menghempaskan
diri ke atas tilam. Kipas yang ligat berpusing direnung lama. Namun fikirannya
hilang entah ke mana. Saat itu Ejay benar-benar keliru.