Home Novel Cinta Aku Bukan Perampas
Aku Bukan Perampas
Amylieyhaizani
25/12/2013 02:47:46
205,930
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 28

Bab 28

Nur Jannah meluru ke bilik Aiman Ezri dengan wajah yang merah padam. Suri yang melihat cuba menghalang gadis itu namun tidak berjaya. Fakhruddin yang berada di sebelah Encik Shahidan dapat menangkap wajah Nur Jannah yang merah menahan marah. Pantas pintu bilik Ezri ditolak dari luar dengan kuat. Ezri yang sibuk membelek fail terkejut dengan kedatangan Nur Jannah yang bersikap bagai harimau yang ingin menerkam.

What’s wrong with you Nur Jannah? Datang tanpa salam! Main terjah je! You ingat ni bilik bapak You ke?” Ezri menengking kuat. Panas hatinya dengan sikap gadis itu yang dianggap kurang ajar.

“ Nur tahu ni bukan bilik bapak Nur! Apa yang Nur nak tahu..apa masalah awak tak balik semalam?”Nur Jannah mula hilang hormat. Semalam dia menunggu kedatangan Ezri sehingga lewat malam.Sakit hatinya apabila kelibat suaminya tidak kelihatan.

“ So..pasal tu You melenting macam orang gila! Datang serbu pejabat I macam perompak!Apa yang awak nak sebenarnya?” Ezri memandang Nur Jannah dengan perasaan benci.

“ Nur macam perompak datang pejabat ni? Ezri! Don’t forget, I’m still your wife! Apa yang awak nak sebenarnya sampai awak gantung saya tak bertali. Saya bukan mahu kemewahan awak. Tapi kasih sayang dari seorang suami. Kalau itu pun awak tak dapat bagi, apa guna kita sebagai suami isteri..awak layan saya dengan buruk, seolah-olah saya memaksa awak menikah dengan saya.. What happened with you, Ezri?”. Air mata Nur Jannah tumpah lagi.Ezri terdiam seketika. Memang salah dirinya menghukum Nur Jannah sebegitu. Dia yang tidak betah membuat keputusan. Dia bangun dari kerusi dan berdiri di tepi tingkap. Nur Jannah yang teresak-esak dipandang lama. Ada kesal yang bermain di benaknya.

“ Ok! Abang yang salah. Apa yang Nur nak sekarang?” tutur Ezri sedikit lembut.

“ Tolong lepaskan Nur!” Nur Jannah menyapu air matanya. Seksa benar mengharapkan pengertian daripada seorang suami seperti Ezri. Cintanya masih untuk Ezri! Hanya Ezri. Namun lelaki itu tidak mengerti.

“ Maksud Nur?” Ezri menjungkit kening.

“ Ceraikan Nur! Nur tak nak bersama abang lagi..Hidup bersama abang seperti hidup di pintu neraka. Nur terseksa..Nur bukan hamba abdi abang. Juga bukan perempuan yang tidak bermaruah dengan membiarkan suami sendiri berfoya-foya dengan perempuan lain!” Bentak Nur Jannah geram.

“ Berfoya-foya? Dengan perempuan? You means Zurina! Nur..dia yang bercinta dengan abang sebelum Nur! Nur tak berhak mengata yang bukan-bukan..Dia yang terseksa kerana abang pergi berkahwin dengan Nur..Nur yang merampas abang daripada dia!” Ezri bersuara kuat. Nur Jannah terpegun dengan kata-kata suaminya. Benarkah dia merampas, sedangkan dia sendiri tertipu. Sampai hati Ezri berkata begitu. Tergamak Ezri menambah luka di hatinya.

“ Abang ingat abang lembu yang boleh Nur tarik sesuka hati. Abang yang bercinta dengan Nur tanpa paksaan. Apa pun alasan, Nur isteri abang! Abang sedar tak? Bukan dia yang abang sanjung! Tapi tak apa, Nur sendiri pun dah tak ada hati pada lelaki seperti abang. Mungkin sebagai lelaki abang cukup sempurna. Tapi sebagai seorang suami, you’re failed!” tutur Nur Jannah dengan keras.

“ Abang boleh nikah lain kalau abang nak!’’ getus Ezri sendiri.

“ Jadi abang tetap dengan keputusan abang? Kalau macam tu, lepaskan Nur!’’

“ I takkan ceraikan you!”

“ Nak atau tidak, abang terpaksa jugak!’’ Nur Jannah berlalu untuk keluar dari bilik Ezri.

“ I takkan ceraikan You!’’ Ezri menjerit sekuat hati.Nur Jannah tidak menoleh lagi. Matanya pantas menangkap seraut wajah Zurina yang masam mencuka. Dia menghala ke arah gadis itu sambil tersenyum sinis. Perempuan itulah yang telah meranapkan rumahtangganya.

“ Awak dah dapat apa yang awak nak! Saya dan Aiman Ezri akan berpisah seperti mana yang awak mahu. Thanks for everything..” Nur Jannah separuh berbisik. Dia berlalu dan sempat melempar senyum pada Fakhruddin yang memandang ke arahnya. Sahara yang melihat dipaut cemburu. Sakit hatinya apabila Fakhruddin turut membalas senyuman Nur Jannah.

“ Perempuan bodoh! Tak tahu malu..memang patut kau dan Ezri berpisah..” Zurina menjerit kecil. Ezri yang berada di muka pintu biliknya hanya memandang tingkah laku Zurina yang terjerit bagai bagai orang sasau. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan saat itu. Sungguh, sebenarnya dia keliru dengan apa yang telah berlaku.

****

“ Pergi mahkamah? Buat apa?” Maria mengerutkan dahinya. Tiba-tiba Nur Jannah datang ke tempat kerjanya untuk mengajaknya pergi ke Mahkamah.

“ Kau dah lupa ke..aku dengan Ezri perlu buat proses cerai. Isi borang dulu buat permohonan..kalau tak, sampai bila aku nak macam ni!” tutur Nur Jannah dengan wajah yang mendung.

“ Kau serius ke Nur?” Maria memandang Nur Jannah yang yang asyik membelek bunga ros yang tersusun rapi.

“ Aku dah buat keputusan Mar! Sampai bila aku nak mengharap kepulangan Ezri? Dia dah tak cintakan aku.”

“ Mak dan bapak mertua kau macam mana? Kau perlu bagitahu dia orang Nur..Apa pun mereka tak bersalah. Yang salah hanya Ezri..suami kau.”

“ Aku tak sanggup Mar!” Nur Jannah sedikit mengeluh. Wajahnya muram mengenangkan kebaikan Dato’ Ismadi dan Datin Ezrin. Dia akui orang tua Aiman Ezri melayannya dengan baik walau dia bukan dari kalangan orang berada. Sungguh Nur Jannah serasa ingin menangis saat itu.

“ Kau terpaksa juga bagitahu Nur. Jangan mereka berjauh hati dengan kau nanti. Aku pasti mereka akan faham,” Maria menepuk bahu Nur Jannah sambil melempar senyum. Dia tahu sedalam mana luka gadis itu. Namun, apa yang mampu dilakukan, hanya kata semangat untuk Nur Jannah terus tabah menghadapi konflik yang dilaluinya.

“ Apa kata Ezri nanti?” Nur Jannah bersuara sebak.

“ Buat apa fikir pasal jantan tu!Fikir diri kau Nur! Aku panas hati betul dengar nama lelaki dayus macam tu!”

“ Kau dengan Ejay macam mana?” Nur Jannah mengalih topik.

Pleaselah Nur.Jangan ubah topik k!”

“ Aku tak suka kau marah-marah..so, how about my cousin?Dia ok tak?” Nur Jannah tersengih panjang.Maria yang melihat mencubitnya kuat. Pandai-pandai alih topik!

“ Aku memang sukakan dia.Tapi dia bukan suka kat aku pun..”Maria mencebik. Dia terbayang wajah tampan Ejay. Kemudian dia tersenyum sendiri.

“ Emm..tu senyum ada makna tu!Kalau kau tak berani nak cakap, aku boleh tolong kau!” Nur Jannah melempar senyum.

“ Tolong apa?” Maria mengerutkan dahinya.Dia memandang lama ke arah Nur Jannah.

“ Tolong bagitahu Ejay, kau dah jatuh cinta kat dia! Bukan susah pun.” Selamba Nur Jannah menutur kata.

“ Cakap senang. Kalau orang tak suka, mana aku nak sorok muka. Lagipun aku tak nak orang cakap, aku ni perigi cari timba!” Maria melepas keluhan berat. Kemudian dia melihat kereta Puan Moi Yan berhenti di hadapan kedai bunga. Pantas wanita itu keluar dan melemparkan senyuman kepada Maria dan Nur Jannah.

“ Apa macam ini hari, Maria. Ada customer?” Puan Moi Yan bersuara ramah. Nur Jannah hanya memerhati wanita cina itu dengan senyuman. Kemudian dia memandang ke arah Maria..

“ Ok Puan Moi Yan. Macam biasa..pasal bunga, memang orang suka.Mahu bagi boyfriend, girlfriend! Saya seorang je yang masih sendiri!” Maria tersengih menutur kata-kata itu. Nur Jannah hanya tergelak kecil mendengar kata-kata temannya.

“ Itulah, You jangan banyak memilih. Nanti sudah tua, itu lelaki tarak suka.Ini siapa?” Puan Moi Yan memandang ke arah Nur Jannah yang hanya mendengar percakapan mereka.

“ Nur Jannah..kawan Maria,” Nur Jannah memperkenalkan diri.

“ Ooo..You sudah kerja?” matanya bersinar menutur kata.

“ Emm..saya tak kerja..”

“ You mahu kerja kat sini?” Puan Moi Yan bersuara serius. Nur Jannah yang mendengar berfikir sejenak.Kemudian matanya tertangkap pada senyuman manis Maria.

“ Tengoklah nanti Puan Moi Yan. Saya nak fikir dulu. Nak kena tanya suami dulu!” tutur Nur Jannah tanpa menyedari pandangan Maria.

“ Ok! Kalau jadi, You bilang sama Maria!” tutur Puan Moi Yan tersenyum manis. Kemudian dia melihat buku yang tercatat jualan bunga untuk hari itu. Selepas berbincang dengan Maria tentang stok bunga yang perlu ditambah, dia bergegas pergi dengan senyuman yang tidak lekang di bibir.

Previous: Bab 27
Next: Bab 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.